Terkini
  • Terkini

    Ahad, 12 April 2009

    Misteri #1 - Gangguan Kubor Kampung Punang


    “Daulunya semua orang takutkan kubur ani” terpancul perkataan dari mulut Ngian Jinin setelah ditanya dimana kubur yang dikatakan sering menggangu orang kampung. Mengikut Ngian Jinin, sekarang sudah tidak berlaku kerana kawasan ini sudah 'terlalu cabul’.


    Jauh berada di pinggir kawasan kubur Kampung Punang ada tiga buah kubur yang dikatakan sering menggangu orang yang lalu lalang. Dua kubur mempunyai nisan yang bongkok dan satu lagi mempunyai nisan setinggi 4.5 kaki berbentuk menara masjid. Semua nisan-nisan tersebut diperbuat daripada kayu keras. Sementara nisan yang berbentuk menara masih berdiri megah, dua nisan yang ‘bongkok’ tadi sudah usang dan sekarang hanya kira-kira tinggal 24 inci yang di ‘pacak’kan. Selain dimakan zaman, nisan-nisan tersebut juga sering ditetak oleh mangsa gangguan. Oleh kerana dua batang nisan berbentuk bongkok, orang kampong menggelar ‘Kubur si Bongkok’

    Tiada siapa yang tahu asal-usul kubur tersebut kerana sejak 50 tahun lalu hanya sekali pernah dilihat seorang tua yang tidak dikenali datang melawat dan membersihkan kawasan kubur-kubur tersebut. Ada yang mengatakan waris yang melawat pada sekitar tahun 60an itu datang dari Muara, Brunei dan satu cerita yang bercanggah mengatakan waris tersebut datang dari Sabah. Secara misterinya tidak ada siapa yang bertanya walaupun ketika itu ramai yang berada di perkarangan kubur. 

    Walaupun kubur tersebut terletak jauh di pinggir kawasan perkuburan, orang kampong yang ingin mengambil mengkuang, asam kelumbi atau umbut pokok nibong terpaksa melalui kawasan ini. Berhampiran dengan kubur ada sebatang sungai yang kecil yang airnya kemerah-merahan tetapi sungai itu tidak lagi digunakan oleh penduduk kampong.

    Mengikut Saudara Saban, Arwah Bongsu Narudin pernah diganggu oleh kubur tersebut. Pada petang Juma’at, arwah bergegas mengambil daun mengkuang untuk membuat ‘bahai’. Kebetulan dalam perjalanan pulang hujan renyai-renyai. Pada betul-betul dekat batasan kubur tersebut, daun mengkuang yang digalas dirasakan tersangkut. Apabila arwah memeriksa kebelakang untuk mengenal pasti punca, tidak satupun daun tadi yang tersangkut.

    Walaubagaimanapun arwah berjaya memberanikan diri untuk melawan gangguan tersebut walaupun bulu tengkuk sudah berdiri.


    Nisan berbentuk menara Masjid yang dikatakan menggangu orang kampung. Tidak ada siapa yang tahu asal-usul kubur ini.

    Sebuah nisan Bongkok tetapi sudah usang ditelan zaman. Asas nisan ini sudah burok dan patah. Saksikan bekas tetakkan oleh mangsa gangguan

    Walaubagaimanapun seorang penjaga kubor ini berkata, akhir-akhir ini sudah tidak ada gangguan berlaku lagi. Dua meter di belakang terdapat anak sungai yang airnya kemerah-merahan.

    Saudara Saban menceritakan macamana mengkuang yang digalas 'tersangkut' ditempat ini.

    Tiga buah kubur misteri. Dua nisan berbentuk 'bongkok' dan satu yang berbentuk menara Masjid.

    Tulisan khat pada salah satu nisan yang 'bongkok'

    Saudara Zainal Timbol menenunjukkan bekas tetakan orang kampung
    Cetak Halaman Ini
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    11 KOMEN:

    1. salam semua.........

      sudah 2 bulan setengah krisis politik perak berlarutan dan penyelesaiannya masih belum nampak.kita tidak tahu siapa betul dan siapa yang patut mengalah,masing-masing punya prinsip dan berjuangan yang berbeza.
      prk batang ai,bukit selambau dan bukit gantang sudah selesai dan keputusannya pun sudah kita ketahui.kita tahu trend penggundi sarawak memang sudah dijangkakan,takut berubah dan tidak berani untuk membuat kejutan seolah-olah dunia ini akan hancur dan lebur seandainya bn kalah.
      penggundi didua bukit mempunyai visi dan pendekatan yang berbezadari penggundi di sarawak,mereka lebih terbuka dan demokratik,tiada takut diugut.
      masalah-masalah setempat juga tidak kurang hebatnya.masalah kekurangan kawasan perkuburan dimana tiada tempat alternatif yang difikirkan sesuai kerana kawasan yang ada sudah sempit dan terjadi hakisan terutama berdekatan kawasan sungai.
      pokok gergasi tua yang terdapat kawasan itu juga sering menimbulkan masalah apabila ribut melanda.diminta pihak-pihak yang terlibat supaya dapat mencari pendekatan yang terbaik agar pengunjung tidak terasa terancam keselamatan mereka.
      pihak-pihak yang tertentu juga terutama jkk agar dapat memohon kepada pihak yang bertanggongjawap agar dapat memasang lampu malam dikawasan perkuburan agar pengkebumian dapat dilakukan kerana ia lebih afdal disegerakan.
      mohon juga dari j/kuasa masjid agar dapat mengalunkan ayat-ayat al-quran dari pembesar suara masjid seandainya ada kematian di kampong,supaya warga kampong lebih menghayati dan menyedari hakikat apa itu mati.

      wasallam

      BalasPadam
    2. cobaaaannnnn..........
      malam gelita ketika melintas ada suara kanak-kanak menanggis,kembang bulu roma dan hidong dibuatnya.kuamati dan kusambangi dari mana suara itu,ia berada di belakangku dan dari pakit seluarku,handphoneku rupanya berbunyi.kah.....kah....kah!
      sedih bukan kepalang,banyak diantara kita yang menghantar simati ketanah perkuburan tapi berapa kerat saja yang khyusuk dan mengambil ikttibar dari situasi itu.Yang selebihnya bercerita tentang politik,lot pj yang tak ada penyelesaiannya,kabinet najib,rusuhan di thailand,kuala terengganu dan perlis.Terbaru,menubuhkan protem rating pbb kpg punang jaya,Ada desas desus ngian kifni atau si bong jadi pengerusi,tapi ada yang tidak bersetuju kerana dilihat dari sudut peribadi mereka-mereka ini tidak memenuhi spesifikasi yang diperlukan oleh kawasan jagaannya,calon calon yang diwar-warkan ini tidak bersih.Mereka mahu menangkat belia dan mahu melatih belia untuk jadi pemimpin masa depan yang gemilang cemerlang dan.........!Mereka mahu imam jadi pengerusi pbb cawangan supaya penyewlewangan peruntukan atau dana dapat dihalang atau sekurang-kurangnya peratus penipuan dapat dikurangkan.ada juga yang bernada sinis untuk mengislamkan pbb.islam yang sumul.apa macam orang pj,setujukah?Kalau setuju,kita akan merasai kenikmatan andainya kita sanggup dan mau berubah atau kembali keakar umbi untuk membina negara dengan lebih responsif untuk menggerakkan keterbukaan,urustabir yang baik dan fokus untuk mencapai satu matlamat kehidupan yang hebat.Hai orang pj kita harus merebut peluang untuk menggerakan strategik yang berkesan dan menjadi satu cabaran besar bagi kamu dan generasi kamu.
      apakah kalian dipilih untuk menguasai sebahagian dari alamaya atau retorik irama yang menyesatkan halwa telinga.

      syabas si limaupurut kamu mempunyai irama idea yang sering mencabar kemampuan mindafikir pelayar seperti kami.

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama17/4/09 9:57 PG

      cuba lagau misteri nusantara tv3, kami kan meliat macamanakah usulnya. banarkah inda.

      BalasPadam
    4. abis la punang kalau dua orang yang di sebut oleh mareesta atu naik..
      hancur-hancur. baik pulang bagi arah orang gila tu.

      BalasPadam
    5. yang sering aku kurang setuju dan tidak berpuas hati ialah kita ini terlalu cepat melatah(bibiran)!kalaupun kita tidak suka atau tidak setuju dengan seseorang itu,apakah lebih baik kita berdiam diri atau berdiplomasi.janganlah menghina sehingga menjatuhkan maruah seseorang walaupun kita tahu kita lebih baik dari mereka tapi apatah salahnya kita menghormati mereka sebagai manusia macam kita juga.
      kita pun tahu baik Penghulu atau KKampong dipilih oleh kerajaan bukan memenuhi kehendak dan kemahuan kita tapi sekurang-kurangnya berguna juga untuk menyain borang kwamp,borang asrama dan borang buku teks.walaupun kita tahu pemimpin kampong ini tidak begitu aktif dan inovatif dalam menjalankan tugas kampong yang diamanahkan tapi berguna juga untuk menyain borang pengistiharan bujang untuk berkahwin.agak mustahil untuk memenuhi kehendak semua orang.
      kalau kita rasakan kita yang terbaik di antara yang baik-baik,syukurlah kerana kita masih belum lupa diri.kalau kita rasakan kita masih ada kekurangan dan mahu memperbaiki kekurangan itu baguslah kerana kita sedar diri.
      untuk jadi pemimpin politik yang baik kita mesti ada ciri atau rukun atau sifat mengkontravasikan isu,perlu pandai mengeksploitasikan cerita,kena tahu memanipulasikan berita,bijak membuat prepsi dan harus bersedia untuk bersikap hipokrasi.tapi kalau kita rasakan kita susah atau tidak dapat memenuhi rangkaian ini,kita lupakan saja untuk jadi pemimpin masakini.setiap insan ada kekurangan dan kelebihan,no body perfect.kita gunakan kelebihan itu untuk mencipta dunia hebat dan kita bersatu hati,berpadu tenaga untuk mengisi ruang-ruang kekurangan.
      apakah kita sudah bersedia untuk berubah?

      BalasPadam
    6. encik tanpa nama..dari komen encik atu.. encik macam bersetuju saja yang pemimpin2 di kampung atu pandai mengeksploitasikan cerita, tahu memanipulasikan berita, bijak membuat persepsi dah juga provokatif; selain daripada hipokrit.. banar nda?

      BalasPadam
    7. berdiam diri dan berdiplomasi?
      sebab orang2 berdiam diri dan berdiplomasi la kebajikan orang terjejas. orang berdiam diri akan terus di tindas/atau di eksploitasi oleh pemimpin2 yang macam tanpa nama sebut atu tadi.
      manusia jadi reformist sebab mau perubahan, semua orang mencari kesempurnaan. orang yang di bawah nampak apa kesalahan orang yang d atas; tetapi orang yang udah di atas nda akan meliat orang di bawah lagi sebab takut tergugur..sebab atu orang d bawah merasa terabai, terbiar, jadi dorang bersuara, untuk mencari orang yang boleh dorang harapkan untuk menjaga kebajikan semua; dan bukan setakat yang menjaga kebajikan kroni2 sendiri saja.


      liat di thailand macamana? orang berdemonstrasi sebab dorang rasa apa yang patut di buat; yang mana dorang patut menukar pemimpin. sebab dorang nampak apa yang sebenarnya.

      BalasPadam
    8. benar jua apa yg di katakan saudara schun dlm catatannya pendidikan akademik dan agama berkait tia dgn cerita di punang jaya pasal penubuhan protem pbb, antah mun baik niat urg yg di cadangkan senarai ajk atu baik jadinya mun inda benar tah apa yg di tulis saudara achun atu. Sudah tah masa ajk perahu kayuh pun hancur, ani kan lg hal kpg. Adalah 2 atau 3 urg bukan semua

      BalasPadam
    9. membari cali,yang lain komen yang lain dapat nama................!
      seandainya anda tidak pasti mengenai fakta,buat kajian,jangan di papar dulu.kalau salah buat malu blog punang.com saja.
      sedih teramat sedih sehingga kini kita masih belum berubah,sama macam genertasi dulu juga,membuta tuli,payah mengakui kesilapan dan tidak belajar dari kesalahan.kalau begini selalu MELAYU tidak akan berubah.
      mohon pada pencipta punang.com supaya komen yang tanpa nama jangan di pamer,kerana akan merosakan kualiti,pengomen tiada prinsip diri dan susah pengomen lain nak rujukan jika ada kritikan.

      BalasPadam
    10. as"kum liau GAPLAH apa yg di komen ada saudara tanpa nama on 23/4/09 ada benar jua, sebab apa yg di katakan kita kalau begini urg MELAYU tidak akan berubah. Cuba kita tanya urg yg di lantik apa kan tujuan nya sebenar nya ? Bukan urg kpg x tau dorg atu, dah lah jauh di kch. Sedang kan banyak jawatan yg besar2 banyak yg ada di kch, kenapa jawatan yg ani pun di mau nya. Tp apa yg pasti dan dah berlaku drpd cerita yg lepas jawatan ani cuma utk kepentingan diri sj. Minta maaf la pd sesiapa jika tersinggung, ulasan ini hanya utk urg2 kpg.

      BalasPadam
    11. Tanpa Nama30/4/09 6:13 PG

      Salam Tanpa Nama terakhir

      Kebanyakkan ramai yang ada kepentingan dan bertujuan untuk membolot projek Kpg. Tapi kalau diorg ani bukan org bisnes macamana mereka membolot ah...?? Projek mana yang akan dibolot diorang ah...?? Kur semangat. Orang yang ada kepentingan memperkayakan diri dari projek rakyat harus disingkirkan. Jangan diundi...ngalih saja

      Pisang Utan

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Misteri #1 - Gangguan Kubor Kampung Punang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top