Terkini
  • Terkini

    Rabu, 22 April 2009

    PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA

    Berbagai usaha dan kertas kerja telah dibuat oleh pakar-pakar pendidikan dunia untuk menangani isu gejala sosial dikalangan remaja dan pelajar. Namun hasilnya masih jauh. Bahkan yang berlaku adalah saling menyalahkan antara satu pihak terhadap pihak lain. Guru menyalahkan ibubapa. Ibubapa pula berkata guru dan sistem yang salah. Pemimpin pula merasa sistem yang telah ada itu tak berjaya bukan kerana sistemnya tapi kerana guru yang tidak menghayati sistem, dan ibubapa yang tidak mendukung. Siapa sebenarnya yang bersalah?

    Bila kita tinjau kembali ke belakang, sebenarnya hasil dari pendidikan di negara-negara umat Islam di dunia, telah berbuah lebat. Walaupun disebut negara Islam, namun sistem pendidikan yang digunakan tidak menjurus pada Tuhan. Termasuk juga yang berlaku di Malaysia sejak merdeka pada tahun 1957. Pendidikan yang ada hanyalah hendak membuat anak didik maju seperti di negara-negara yang maju secara material seperti Korea, Jepun, Barat, dan lain-lain.Dengan kata lain pendidikan hanya bertujuan melahirkan robot-robot pembawa kemajuan material. Kerana hanya memikirkan kemajuan material, akhirnya manusia sendiri terkejut dengan kerosakan yang berlaku.


    Bila pembinaan akal menjadi fokus utama maka pembinaan akhlak, pembinaan kasih sayang, perpaduan, kerjasama, kejujuran tidak difikirkan.Oleh karena sistem seperti ini sudah berjalan lama maka buah sudah banyak dan sudah berperanan. Setengahnya sudah menjadi ibu dan ayah, pemimpin, setengahnya sudah jadi kerani, DO, professor, pensyarah, dan lain-lain. Hasil dari pendidikan telah berperanan dan mempunyai kemampuan yang berbeza-beza mengikut kelulusan masing-masing, namun keluar dari sistem yang sama. Yang tidak sama hanyalah dari segi pencapaian akal: ada yang sederhana ada yang rendah, ada yang tinggi. Tapi perangai, akhlaknya sama. Iaitu akhlak dan perangai yang jauh dari Tuhan. Sedangkan benda yang tak baik itu orang jahat pun tak setuju. Akhirnya yang terjadi adalah saling menyalahkan. Akhirnya guru susah hati kerana ibu bapa, ibu bapa susah karena perangai guru sama dengan perangai ibu bapa. Guru, ibu bapa salahkan sistem, pemimpin susah karena mereka, tapi ibubapa pun susah kerana pemimpin. Masing-masing tak boleh beri penyelesaian karena masing-masing pun bukan buah dari sistem pendidikan yang betul, dan masing-masing bukan pendidik yang baik. Jadi salah-menyalahkan tidak akan berbuah penyelesaian, sebaliknya setiap golongan samada ibu bapa, guru, pihak berwajib, kena menyedari bahwa satu-satunya jalan adalah kembali mengambil Tuhan sebagai rujukan dalam segala hal termasuk untuk mewujudkan pendidikan.Sebagai contoh, selama ini pelaksanaan pendidikan adalah untuk melahirkan orang pandai sahaja. Sedangkan Tuhan mahu manusia dididik dengan tujuan agar anak didik kelak menjadi manusia-manusia yang berakhlak mulia, bersungguh-sungguh dalam ibadah, benci dunia, boleh berkasih sayang, bantu membantu dan juga maju dalam pelajaran/ilmu.Tetapi dunia hari ini hanya hendak menjadikan orang pandai. Bila difokuskan itu, orang tidak fikir lagi kasih sayang, kerjasama, tidak fikir masa depan. Untuk mendidik manusia supaya pandai sahaja, adalah hal yang mudah. Tapi apa ertinya orang pandai tapi perangai macam syaitan?


    Dunia bukan boleh diselamatkan hanya dengan orang-orang pandai sahaja. Bahkan ramai orang yang bertambah pandai maka akan bertambah berat kejahatan yang dibuatnya. Tidak pandai pun tidak apa kalau akhlak dia, cinta Tuhan, boleh berkasih sayang dan lahirkan perpaduan.Pelajar yang punya otak yang baik barangkali dia boleh pandai tetapi belum tentu dia boleh buat kerja. Boleh jadi dia jenis orang yang jumud (beku). Belum tahu dia seorang yang boleh beribadah dengan baik. Belum tentu dia boleh berkasih sayang dengan semua orang. Belum tahu dia boleh sabar dengan semua ujian yang Allah berikan dan belum tahu dia benci dengan dunia. Jangan-jangan dia gila dunia. Kalau begitu dia bukanlah calon pelajar terbaik.Namun sudut kepandaian inilah yang diambil oleh negara dalam menilai seseorang. Kerajaan menganggap kejayaan itu adalah berjaya dalam pelajaran. Sebab itu ditumpu ke arah itu. Pelajar yang pandai akan dibelai-belai hingga akhirnya lahirlah manusia sombong. Dia rasa dia ‘superman’ sebab dilayan lebih istimewa dari pelajar yang tidak pandai.Dalam mendidik dan menilai manusia, Islam tidak memandang hanya dari satu sudut. Kita mesti menerima bahwa setiap orang ada peranan kepada masyarakat dan kepada dunia ini, tidak seorang pun dilahirkan sia-sia. Orang yang akalnya cerdik tidak mesti baik dalam hal-hal yang lain. Ukuran pendidikan bukan pada akal yang baik sahaja.


    Cara barat menetapkan keistimewaan hanyalah pada kemampuan akalnya. Ini sangat tidak sesuai untuk manusia sebab bagi manusia akal itu bukan keutamaan. Raja diri manusia itu ialah rohnya. Jadi kita hendak cari siapa yang paling tinggi rohnya, itu pelajar terbaik dalam kelas kita. Biasanya budak yang rohnya bagus akalnya turut ikut bagus. Sistem pendidikan mesti dapat melahirkan anak-anak yang kuat rohnya, terasah akalnya dan terdidik nafsunya.Pendidik perlu benar-benar mengenal manusia yang akan dididiknya dan juga para pendidik mesti mengenal Tuhan agar ia dapat membawa anak didiknya menuju Tuhan. Jika hal ini benar-benar diberi tumpuan, insya Allah, demi Tuhan yang Maha kuasa, Tuhan tidak akan sia-siakan usaha ini. Insya Allah..

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: PENDIDIKAN AKADEMIK DAN AGAMA Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top