Terkini
  • Terkini

    Khamis, 30 April 2009

    RANTING oh RANTING

    Bulan Mei 2006 mungkin bulan bersejarah bagi pemastautin Punang Jaya (PJ) kerana akan tertubuhnya ranting PBB yang baru. Ketika ini Kampung Punang hanya mempunyai satu ranting yang diketuai oleh Saudara Awang Aris. Sudah lama disuarakan tentang penubuhan cawangan di sini tapi atas sebab teknikal dan ada tentangan maka penubuhannya banyak kali ditangguhkan.

    Ada pihak yang berpendapat tidak perlu 'berpecah' dalam berparti walaupun kampung 'terbelah dua' dari segi fizikal. Segelintir yang inginkan kelainan dan perubahan - mahukan 'break away' dari kepimpinan yang ada, ditambah dengan saiz kampung yang membesar dan penduduk yang bertambah.

    Walau apapun objektif, keputusan sudah dibuat oleh pihak atasan dan orang kampung sudah rata-rata bersetuju dengan penubuhan ini. Maka isu seterusnya bukan soal penubuhan, tetapi siapa yang akan memimpin dan apa perubahan yang akan dibawa.

    Penduduk PJ
    Rata-rata penghuni PJ terdiri daripada 'orang baru' baik dari segi umor dan sepak terajang politik. Mereka lebih banyak melibatkan diri dalan NGO seperti menjadi AJK Surau. Mereka tidak minat arena bertikan lidah mahupun bertumbuk rusok. Sedangkan sehingga sekarang, PJ belum lagi mempunyai seorang KK sejak lahirnya kampung ini belasan tahun lalu.

    Tetapi dalam diam-diam mereka dahagakan pembaharuan dan kelainan. Mereka inginkan kemajuan seiring dengan putaran dunia.

    Ciri-ciri Pemimpin Baru
    Dalam kita menghadapi kegetiran politik negara dan angin perubahan yang kencang, kita memerlukan pemimpin yang membawa nilai dan makna kepada penduduk terutama sekali dari segi perubahan fizikal, perubahan mental dan menyatupadukan ahli. Kata-kata suara seorang pemimpin mesti didengar oleh orang atasan dan diintai orang bawahan.

    Tetapi dalam kita ghairah inginkan pemimpin yang produktif kita mesti faham dengan kuasa terhad yang dimiliki oleh pemimpin ranting. Mereka bukan menteri atau YB yang ada peruntukan pembangunan. Hatta bukan DO atau penghulu yang ada maklumat dan kuasa dalam semua projek. Memimpin ranting adalah kerja sukarela tanpa gaji lagi memenatkan.

    Kita memerlukan pemimpin bukan saja rapat dengan pihak atasan malah tidak ketandusan idea dalam membimbing dan memperhebatkan minda penduduk. Mungkin ada idea-idea tidak boleh ditafsirkan kepada pembangunan fizikal disebabkan oleh batasan kuasa, tapi sekurang-kurangnya minda pemimpin itu sesuatu yang ada nilai.

    KPI
    Sekarang ini PM kita banyak memperkatakan mengenai KPI atau 'Key Performance Indicators' atau dalam bahasa mudah, Kunci Pengukur Prestasi. Kalangan korporat seperti industri perbankan telah lebih 15 tahun mempraktikan sistem KPI. Oleh itu sudah tiba masanya pemimpin ranting mempunyai sistem KPI untuk mengukur prestasi masing-masing. Jika mereka gagal mencapainya maka mana-mana pemimpin harus disingkir selepas penggal pertama. Tetap harus diingat, elemen KPI mestilah berada di dalam bidang kuasa masing-masing. Kita syorkan, element  KPI pemimpin merangkumi:

    1. Projek Pembangunan minda
    2. Melobi pembangunan fizikal untuk kawasan
    3. Mengharumkan nama kampung
    4. Menghentikan penyelewengan
    5. Mempunyai perhubungan cemerlang dengan pemimpin atasan
    6. Kepimpinan yang telus
    7, 8, 9 dan 10

    Andaian yang bahaya
    Kadang-kadang ada segelintir kita membuat andaian bahwa, seseorang pemimpin ranting boleh membolot projek dan seterus memperkayakan diri. Andaian ini bukan hanya tergelincir malah mencambahkan dosa. Belum pernah kita berjumpa pemimpin ranting yang kaya disebabkan oleh limpahan projek kampung.


    Cetak Halaman Ini
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    24 KOMEN:

    1. Tanpa Nama1/5/09 3:46 PTG

      salam semua..........................

      setelah dianalisis,artikel yang diutarakan sebenarnya condong kepada harapan.harapan agar perpaduan tidak di jadikan alasan untuk tidak tertubuhnya rating.kita masih menggunapakai pecah dan perintah(divide and rule),tujuannya adalah untuk lebih senang pemantauan,peruntukan mudah diperolehi dan penagihannya disamaratakan kerana lebih mudah dan senang sebab kelompoknya kecil.
      tapi sesungguhnya untuk memenuhi kehendak semua orang adalah mustahil tetapi sekira ada pemimpin yang berjiwa besar dan bertanggongjawap,mesra rakyat,sering turun padang(?)prihatin terhadap masalah,pemedulian yang tidak semestinya mengosongkan poket sendiri itu sudah dikira baik.tapi rata-rata pemimpin yang dilantik oleh orang atasan adalah manusia-manusia yang cuma mementingkan diri dan perakus.individualistik,kronisme,dan banyak lagi isme-ismenya.mengapa orang atasan memilih pemimpin kampong yang rapat dengan mereka dan bukan yang rapat dengan orang kampong?siapa yang mengunapakai pemimpin kampong ini,orang atasan atau orang kampong?
      apa harapan kita terhadap pemimpin sebenarnya?adakah apabila ada pemilihan mulut manis mengalahkan madu?
      mengapa mereka sendiri yang menodai akujanji yang dilafaskan?
      mengapa ada pemasalahan kampong macam-macam alasan yang kedengaran.untuk apa mereka dilantik oleh orang atasan?
      kita sebenarnya bukan mengharapkan satu keajaiban!
      kita sebenarnya bukan mengharapkan yang pipih datang bergolek dan yang bulat datang melayang(?)kita cuma mengharapakan PRIHATIN.kita bukan mengharapkan rm mereka kerana kita tahu mereka bukan orang kaya.
      kita sudah 50 tahun merdeka.mana internet di punang?mana sistem jalan yang bagus?mengapa masih ada masalah air?mana orang punang jadi doktor,engineer atau pakar dalam bidang nelayan dan lautdalam?bila lagi nak kita lahirkan manusia-manusia begini?
      sepatutnya benda-benda ini tak patut lagi kita pertikaikan dan war-warkan setiap kali kita berdiskusi.seharusnya halwa telinga kita telah disumbat dengan,"anakku tiga orang jadi doktor"."anakku dua di usm,2 di upm".
      sedih teramat sedih,sampai bila kita berpuas hati walaupun kita tahu kita mempunyai kelemahan-kelemahan yang tidak diakui.
      harapan kita tidak terlalu besar sebenarnya kerana kita tahu kematian itu akan datang pada bila-bila.

      BalasPadam
    2. Assalamualaikum Tanpa Nama 1/5/09,

      Saya harap saudara jangan terlalu emosional apabila membuat komen di laman ini. Saya dapati saudara banyak menbuat tuduhan yang tidak berasas terhadap orang lain yang belum pasti memaafkan saudara. Kita sama-sama jaga mulut agar kita tidak terjerumus lebih jauh. Kami lebih suka jika laman ini diguna pakai oleh orang yang matured dan luas pandangan. Jika ingin meluahkan perasaan, bukan di sini tempatnya. Saya sebagai administrator tidak akan menganggu jika tulisan saudara matang dan tidak emosional.

      Saya bagi contoh saya luahkan perkataan atau tuduhan yang tidak berasas di bawah:

      1. Tuduhan "pecah dan perintah" adalah igauan sedangkan penubuhan ranting adalah kehendak orang PJ.

      2. Tuduhan "Pemimpin yang dilantik" sedangkan ada pemilihan. Setakat ini pemimpin Parti Punang belum ada yang di lantik tapi melalui proses pemilihan. Awang Arispun memimpin melalui proses pemilihan.

      3. Saudara sanggup membuat tuduhan dan fitnah seperti "mementingkan diri dan perakus.individualistik,kronisme". Perkataan ini terlalu berat kerana belum terbukti karekter dan personaliti ini ada di Kpg Punang. Sayang, tuduhan ini lebih menunjukkan kelemahan daripada kematangan saudara.

      4. Saudara juga salah tembak apabila menyalahkan pemimpin dan orang lain setelah tiada doktor atau engineer berasal dari punang. Maaf, mentaliti ini salah. Semua kegagalan dan kejayaan adalah atas usaha diri sendiri. Hatta Tuhan sekalipun tidak akan merobah nasib seseorang melainkan diri sendiri. Inikan pula pemimpin. Pemimpin hanya menyediakan sekolah, cikgu dan infra yang lain. Baik pemimpin ataupun indung tidak berupaya memaksa saudara menjadi astronut.

      5. Tentang internet - saya syorkan saudara pergi melihat dimerata negara kalau ada kampung yang sekecil Punang mempunyai internet. Internet bukan projek kerajaan tetapi entiti korporat. Entiti ini tidak akan buat projek ini jika tidak menguntungkan. Jika saudara nak juga, saudara boleh beli dari Celcom. Maaf kerajaan tidak tolong beli.

      6. Sebenarnya saya suka kepada tulisan saudara jika ada sedikit kematangan bukan ikut sedap mulut. Saya perhatiankan saudara lebih banyak anti-establishment daripada memberi pandangan. Saudara lebih banyak merintih kecewa daripada bertatih untuk berjaya. Saudara lebih banyak memandang dari suduk negatif daripada suduk positif.

      7. Seperti artikel-artikel dalam laman ini, tidak semua pembaca yang bersetuju apa yang kita tulis lebih-lebih lagi tulisan yang berbau 'pemberontakan'

      8. Sila tulis kepada saya: nazir@punang.com jika saudara ingin melepaskan geram dan menghantam saya. Jangan dipublish kerana ianya lebih menunjukkan kelemahan daripada kekuatan kita. Do worry, its ok for me.

      Salam hormat - Nazir

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama1/5/09 7:34 PTG

      Salam Tanpa Nama 1/5/09,

      Saya sokong nasihat 'Nazir' atas tulisan saudara. Kami tidak memerlukan penulis emosional lagi songsang. Pembaca tidak akan hormat pada laman ini jika emosi yang dipaparkan. Kami rasa Tanpa Nama 1/5/09 ini macam orang sakit jiwa.

      Pada 'Nazir' saya ingin tanya; Apa itu "Do worry?" Bahasa Murut ke Bahasa Inggeris? Sepatutnya 'Dont Worry kan..??????. Lu pun sama tarak kualiti jugak.

      BalasPadam
    4. Tanpa Nama1/5/09 8:39 PTG

      Salam semua..

      Saya amat bersetuju dengan hujah-hujah saudara Nazir.Nampak dari hujah beliau cara beliau berfikir dan mentafsir tentang keadaan sebenar di kampung.
      Kepada saudara-saudara Pengomen diatas adalah diingatkan kalian telah lama diperhatikan.Kalian memang tidak pernah berpuas hati dengan semua pemimpin yang ada dikampung selama ini,malah kalian juga tidak pernah puas hati dengan para pemimpin kerajaan yang ada di Malaysia ini sebenarnya.Perkara ini telah lama diketahui oleh 'jentera risikan' parti sebenarnya.
      Adalah dinasihatkan,perbanyakkan lah 'Muhasabah Diri'.Tanya diri adakah 'aku' ini disenangi oleh orang kampung atau sebaliknya selama ini.(Di Punang dan Di Sualai).Adakah masyarakatku 'percaya' kepada aku atau sebaliknya?
      Berkenaan dengan 'spelling error dan shortform' para Penulis Punang.com hendaknya janganlah di issue kan sangat.Sepatutnya hayati lah 'Isi' adan buah fiiran yang mereka lontarkan selama ini.Berterima kasih lah dengan mereka kerana dengan hasil usaha mereka dapat juga kalian menumpang mencurahkan perasaan kalian,walau kekadang kalian keterlaluan..tapi ada juga baiknya,mudah untuk mengenali siapa kalian sebenarnya.Berhati-hati lah..

      BalasPadam
    5. Tanpa Nama1/5/09 9:20 PTG

      Selamat sejahtera Semua,

      Palui anak atu kali eh.. Dekat dengan pemimpin tidak semestinya jauh daripada orang kampung. Macamana kalau pemimpin itu mesra rakyat dan sekaligus dekat dengan pemimpin. Nampaknya pertimbangan Tanpa Nama 1/5/09 atu berat sebelah dan pemikiran yang landai. Inda tajam. Apa yang dicakapnya atu semuanya andaian dan igauan disiang hari.

      Kalau dia jadi pemimpin, mati kitani!!!

      Pisang Hutan

      BalasPadam
    6. Salam semua.. nampaknya si pengomen tanpa nama banyak ni. Tapi inda satu pun yang membari nama samaran saja kah atau nama 'hampir-hampir benar'. semua tanpa nama. Dari segi atu sudah menunjukan ada rasa penakut untuk mengenalkan diri, tapi 'berani-takut' dalam membuat 'hentaman'. Dan kebanyakkannya pengomen 'sitanpanama-1/5/09 3:46 pm ', memang emosi habis. Lihat lah kedalam 'dirimu'. Dan kalau saya tuduh engkau memang penakut/bacul(inda bepalir) jangan marah. kalau selalu komen anda itu begitu, maka anda tak akan maju dalam apa-apa bidang pun, walaupun anda 'dihasilkan' dari mana2 universiti yang terbaik pun. Anda harus ingat tentang'falsafah jari tangan'. Gunakanlah jari telunjuk anda untuk menuding orang lain, tapi anda harus ingat bahawa 4 jari anda sendiri akan menuding anda balik. Dan saya katakan lagi disini bahawa tulisan/komen anda langsung tiada nilai untuk membantu memajukan diri anda apatah lagi kampung kitani...maka itu fikirkan lah...! Yang baik datang dari ALLAH SWT. dan yang tak baik datang dari kita yang maha lemah ini..Wasalam

      BalasPadam
    7. Tanpa Nama2/5/09 11:13 PG

      Udah tah jgn tah bercengkaran .Bermaaf maaflah abis kita .Kampong kitani harus dimajukan sealiran dgn pembangunan.Kepada pemimpin masyarakat pimpinlah anak anak kampong seadil adilnya.Wassallam.

      BalasPadam
    8. Tanpa Nama2/5/09 11:28 PG

      Harus kah kita bersengketa selama lamanya hinggakan anak anak kampong merayau kesana kesini mencari nafkah untuk sesuap nasi!!!Tengoklah keadaan anak anak kitani sekarang nun jauh mencari nafkah.Kerana apa ...rakusnya sebilangan org kitani yang tidak menghiraukan kebajikan org kitani...masaAllah.

      BalasPadam
    9. salam semua..........,

      SAYA PENGOMEN PERTAMA.

      saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua dan saya juga merasa bangga kerana berjaya membawa anda semua mengikut dan meraih rentak ke alam minda siber yang tiada penghujungnya.terciptalah pro dan kontra dalam diskusi artikel di papar oleh pencipta blog.

      alhamdullilah provokasi saya berjaya,minda terus bergerak dari kebekuan "yes man","saya setuju".ada segelintir saja yang berfikir di luar kotak yang lain masih tidak mahu mencari idea dan fakta yang bernas.

      saya tahu komen saya akan menjadi igauan buruk kepada sebahagian dari anda dan ada juga yang terlalu emosional hingga mengeluarkan perkataan yang lucah!siapa yang EMOSIONAL sebenarnya.apakah sistem jalan tak bagus,talian internet tak ada, pengurusan air yang tidak teratur dan pengurusan kampong oleh kkampong dan penghulu adakah itu emosional namanya???????????????????.itu adalah keperluan dan asas kehidupan.siapa yang tidak berpijak di bumi nyata?

      siapa yang sakit jiwa sebenarnya?apakah memperkatakan yang hak itu sakit jiwa dan berkurapak berkunyayang mengenai ketidak pemedulian ketua kampong tentang masalah yang tak dapat diselesaikan itu sakit jiwa?untuk apa elaun yang diberikan kerajaan pada pemimpin kampong?

      "kalau dia jadi pemimpin,matilah kitani"ini lagi bahaya dan jumud.bukan saya yang mematikan dan menghidupkan.mengapa begitu cetek ilmu agama anda?mengapa guna perkataan paloi kalau anda rasakan anda yang terbaik daripada saya?mengapa terlalu mudah dan cabul menghina orang?dalam agama pun kita tidak disuruh untuk berbuat kejahatan dan menghina.

      sebenarnya setiap kita mempunyai presepsi yang berbeza-beza terhadap seseorang,terhadap isu-isu semasa dan terhadap artikal atau komen yang terpapar.setiap presepsi tidak semestinya betul atau salah.tertakluk pada tahap tinggi atau rendahnya pemikiran,pengalaman,moral dan usia seseorang.

      kalau tak ada pencambahan tak adalah nilai,

      wasallam

      behere

      BalasPadam
    10. Tanpa Nama2/5/09 1:45 PTG

      Salam tanpa Nama 2/5/09 11.28,

      Apa maksud sdra tentang 'rakusnys sebilangan orang kitani". Boleh tahu siapa dan apa yang dia rakuskan. Lebih baik rakuskan kejayaan daripada tidak.

      Hang Tuah

      BalasPadam
    11. salam untuk mareesta,

      saya rasa bersimpati dan kasihan dengan serangan bertalin arus dari segenap penjuru dari pengomen punang.com.tak ada yang bersimpati,seolah-oleh si mareesta melakukan satu kesalahan yang tak boleh dimaafkan.
      saya sedih dan kasihan kerana pengomen sekalian masih mengamalkan konsep atau prinsip tiada maaf bagimu atau jika nak menjatuhkan seseorang biarlah ketahap kosong(barangkali)sehingga ada yang menggunakan perisik.apakah demokrasi sudah mati dinegara tercinta ini sehingga kampong sekecil punang ada perisik?membari watir!!!!
      hebatkan orang kita,apakah yang dijanjikan oleh parti sehingga sanggup jadi perisik,harta,pangkat,kuasa atau...........?mun kuasa dapat juga numpang sekaki untuk rekomenkan kerja.mun harta,moga-moga siperisik tadi tak lupa fakirmiskin dan yatimpiatu.inilah masa untuk menderma dan mencari gah nama.
      sikap dan sifat orang kita juga cepat melatah(bibiran)belum tahu dan pasti hujungpangkal,kehulu kehilirlah mencanang.
      tapi jangan khuatir wahai mareesta,anda takan dipenjara selagi mahkamah belum mendapati anda bersalah melainkan penggunaan ISA.

      saya juga kurang mengerti apa tujuan dan maksud sebenarnya dalam komen pemula anda?apakah ketidakpuasan hati anda,anda tujukan kepada pemimpin kampongan atau bandaran?

      BalasPadam
    12. Tanpa Nama2/5/09 7:10 PTG

      Selamat sejahtera,

      "...pemimpin yang dilantik oleh orang atasan adalah manusia-manusia yang cuma mementingkan diri dan perakus. individualistik, kronisme, dan banyak lagi isme-ismenya..." Ini adalah petikan Mareesta yang mengaku berugama dan tidak emosional. Kalau di betul punyai ugama, dia tidak akan bercakap seperti ini. Petikan ini juga menunjukkan emosi penuh dendam kesumat. Kalau Mareesta masih mempertahankan ini bukan tuduhan, cacian dan fitnah, maka saya pasti akidah beliau pasti tergelincir jauh. (Saya mohon kpd Pentadbir Laman ini supaya jangan delete petikan diatas sbg rekod)

      setelah tersentak oleh tentangan pembaca lain, maka bersendiwara pula Mereesta... kononya provokasi. sebenarnya orang lain sudah merasa dan tahu 'nada' tulisan yang emosional, melepas geram dan kesumat.... Dan mereesta tak perlu ajar kita tentang 'persepsi berbeza-beza". Ilustrasi mengenai Kapal Tanker dalam tajuk 'KITANI BERBEZA' oleh @pgabsec sudah cukup jelas.

      Definisi Mareesta ialah mengumpat atau bercakap mengenai sesuatu atau mengenai orang lain kepada pihak ketiga yang belum pasti kesahihannya. Di sini dengan kuasa Tuhan, nama samaran betul-betul ngam dengan personaliti dan perangai Pengomen pertama. Mareesta memang pandai Mareesta.

      Sekian - Aku Bukan Mareesta

      BalasPadam
    13. Tanpa Nama2/5/09 7:28 PTG

      Notis: "JANGAN SEGAN MEMBERI KOMEN TAPI BIARLAH YANG BETUL DAN BERASAS. KAMI AKAN AMBIL KOMEN ANDA SEBAGAI MAKLUMBALAS YANG MUNGKIN PENTING. KEMAJUAN SESUATU BANGSA ATU KERANA MENERIMA TEGURAN YANG BAIK" Tapi mengapa Pengomen pertama yang mengaku dirinya Mareesta masih membuat tuduhan yang tidak berasas. Saya akan sokong Mareesta 100% jika beliau ada bukti atas tuduhan beliau.

      BalasPadam
    14. Tanpa Nama2/5/09 7:40 PTG

      Selamat Sejahtera Mareesta,

      "...mengapa terlalu mudah dan cabul menghina orang?dalam agama pun kita tidak disuruh untuk berbuat kejahatan dan menghina.." Dari petikan ini, baru saya tahu sebabnya orang lain menuduh Mareesta tidak matang, songsang, sakit jiwa, tergelincir akidah dll sebab apa yang anda tulis bertentangan dengan apa yang anda kata. Anda tidak mahu orng menghina tapi anda yang banyak menghina orang. Nauzubillah.

      BalasPadam
    15. Selamat Semua,

      Saya kesian pada Mareesta tetapi saya sungguh terpikat dengan kebenaran hujah Sdr Nazir. Analisa saya, apa yang tidak dipersetujui oleh Sdr Nazir ialah CARA dan KAREKTOR penyampaian Mareesta, bukan isu kepincangan kampung. Contohnya, beliau tidak menyentuh mengenai pengurusan air dan jalanraya. Ini bermakna beliau setuju dengan hujah Mareesta. Tetapi Mareesta masih 'cruise' pasal isu itu. Jauh betul kematangan penulis dibanding dengan Mareesta.Saya amati Mareesta kurang matang dalam berhujah.

      Mareesta juga TIDAK berfikir di luar kotak, contohnya beliau menyalahkan pemimpin kerana tiada engineer atau doktor kelahiran PUnang. Tunggu sampai kiamat, tukar pemimpin seratus kalipun, tiada pemimpin yang akan memujuk sesiapa menjadi doktor. Tanya Cikgu Aji Darham- berapa kali pemimpin datang dan suruh anak dia belajar rajin-rajin. Tanya si Ambuyat, pemimpin mana yang suruh dia mencari rezeki ke Bintulu. Tanya Sdr Nazir, pemimpin mana yang suruh dia lahirkan laman ini. Dan tanya si Koin dan si Pit, pemimpin mana yang menolong kejayaan anak-anak mereka. Maka hujah Sdr Nazir -Tuhan sekalipun tidak dapat merobah nasib seseorng adalah tepat sekali. Tuhan juga tidak dapat merobah Mareesta supaya jangan mencaci, jangan menghina, jangan hasad dan jangan menuduh sebarangan. Hari-hari mendatang Mareesta akan bangun pagi dan terus mengumpat, menghina, menuduh, mencaci dan Mareesta pemimpin. Kerana dia seronok dan enjoy pada perbuatan yang keji ini. Pada ANDAIAN saya,(saya ulangi:Andaian) Mareesta adalah seseorang yang menanggap dirinya pandai tetapi sebenarnya tidak. Mujur ada laman ini dan di sini bertemu buku dengan ruas.

      Sekian- Aku Bukan Mareesta (ABM)

      BalasPadam
    16. Tanpa Nama3/5/09 2:35 PTG

      salam semua,

      setelah simareesta diserang bertali-arus dari segenap penjuru rasa sedih,hiba dan lucu amat terasa.sedih kerana ada sebahagian dari kita sanggup menggunakan perkataan yang tak sepatutnya,(songsang,sakit jiwa dan terkelincir akidah)dan lucunya ada yang menggunakan perkataan buku bertemu ruas,(macamkan bertumbuk bunyinya)

      ada juga yang meminta jangan didelete sebagai bahan bukti?
      tapi yang pastinya semua mereka jadi mareesta,memareestakan si mareesta.

      ada juga yang lebih keras menyuruh si mareesta bangun pagi dan mengumpat,menghina,menuduh dan mencaci.itulah harapan abm.hebatkan kita,hebatkan manusia itu.

      apa harapan kita dan pengomen-pengomen semua?untuk melihat si mareesta jatuh tersungkur tak dapat merangka?untuk melihat simareesta menangis tak berairmata?atau untuk melihat simareesta terus sepi dari mencanangkan kebenaran biarpun memperjuangkan kebenaran itu amat pahit?(presepsi saya dari komen simareesta)

      kekadang tanpa sedari kita jauh terpesong dari kebenaran kerana prinsip dan perjuangan kita tidak sealiran.untuk menjadi doktor dan engineer jalannya berlainan.untuk menjadi politikus dan pegawai kastam juga tidak sama.

      untuk memaparkan komen dengan nama si mareesta lebih baik dari tanpa nama.ertinya si mareesta ada rasa tanggongjawap dan senang pengomen lain merujuk.

      aku yang bernama badukang

      BalasPadam
    17. Tanpa Nama3/5/09 3:32 PTG

      Salam Mareesta,

      Saya rasa, ramai yang bangga dengan tanggongjawab yang kamu miliki tetapi kamu salah cara. Kamu banyak menyentuh pasal ugama. Tapi kamu yang banyak melanggar hukum. Kamu mengunakan ugama hanya kerana kesuntukan. Kamu juga memalit lumpur kepada Kampung Punang dengan tuduhan-tuiduhan tidak berasas. Seolah-olah pemimpin kita rakus, individualistik, kronisma dan bermacam lagi.

      Orang yang bertanggingjawab tidak menuduh tanpa bukti. Dan kalau kamu betul-betul bertanggungjawab, sila buktikan tuduhan kamu. Saya rasa pemimpin yang ada sekarang baik Penghulu, KK, JKKK, Konsellor dan pemimpin parti tidak selesa dengan tuduhan seperti ini. Mungkin betul ada pemimpin yang tidak betul tapi sebagai orang yang bertanggongjawab, mengapa tidak tegur mereka cara Islam? Mengapa cara lankatullah.

      Mareesta, kamu mengunakan perkataan sesuka hati tanpa mengetahui apa maksud dan implikasinya. Kamu mengaku bertanggungjawab dan minta diiktiraf sebagai pejuang kampung tetapi sebaliknya merosak imej kampung dan imej pemimpin kampung. Kamu ingin menjadi suara orang kampung tetapi sebaliknya kamu menghina kebolehan orang kampung.

      Kalau kamu terima penghinaan melalui laman ini, maka itu bukanlah kehendak orang lain tetapi atas undangan kamu sendiri. Sekarang kamu sudah tukar name kepada 'badukang'. Sebenarnya nama tidak penting tetapi yang penting ialah hujah yang bernas dan penuh asas.

      ABM

      BalasPadam
    18. Asalamualaikum kalian,

      Sungguh hebat kalian. Membaca pertembungan kalian memberi saya banyak idea. Rupa-rupanya dalam perbezaan pendapat banyak hikmahnya. Selepas Pengurus Baru dan Peserta Kursus, saya akan menulis tentang:
      1. Merayau (Tanpa Nama- 2/5/09 11:28 AM)
      2. Sudut Negatif & Sudut Positif (ABM)
      3. Menyalahkan Orang Lain (Mareesta)
      4. Kepimpinan yang Adil (Tanpa nama)
      5. Revolusi Mental Orang Kitani (ABM)
      6. Kebebesan dan Demokrasi (Mareesta)
      6. Bersyukur atas Nikmat adanya Punang.com

      Salam Hormat
      Nazir

      BalasPadam
    19. jadi ketua?
      menurut apa yang ku baca; ada 5 cara orang jadi ketua.

      1. referent power
      2. expert power
      3. coercive power
      4. reward power
      5. legitimate power

      bagi aku biar la siapa2 yang jadi ketua atu adalah berdasarkan expert dengan legitimate power atau..bukan nya coercive, atau reward..

      BalasPadam
    20. Tanpa Nama4/5/09 2:30 PTG

      salam semua,

      simareesta takkan marah,
      simareesta takkan kecil hati,
      simareesta takkan kecewa walaupun diserang bertubi-tubi dan bertali arus dari segenap penjuru kerana simareesta tahu ada penyerang yang menggunakan senjata tumpol.ada penyerang yang pandai menekan papanhuruf tapi masih tidak berani tampil dengan nama dan tanggongjawap.

      mesyuarat masjid kpg punang diadakan semalam dan banyak agenda dibincangkan,salah satu main katam(judi).yang menjadi kemusyikalan jk ialah mengapa penghulu berkata "aku inda sanggup,karang babiji dahi",saya minta pengomen semua memberi andaian atau presepsi mengenai Penghulu ini.

      andaian saya,penghulu tiada tanggongjawap,takut,tiada berani menerima cabaran dan dayus(belum berjuang sudah mengaku kalah).
      kita bukan sengaja mau mencari kesilapan atau kesalahan orang terutama penghulu atau kk tapi oleh kerana mereka diberi kuasa dan kuasa itu membolehkan mereka menguasai sebahagian dari kita jadi apakah salah kita memberi perhatian yang sewajarnya terhadap mereka.

      begitu juga halnya dengan tanah lot di punang jaya.ada sebahagian dari penduduk punang hendak membuat rumah dan memohonlah dari penghulu dan kk tapi apa kata mereka,"menyuruh inda,melarang inda".apa erti semua ini? bmengapa mereka tidak tegaskan dengan satu jawapan?siapa yang rasa bersalah dan patut disalahkan?penghulu atau kk a tau sistem yang digunakan oleh landsurvei?
      kemudian timbul masalah penagihan lot,ada non-pemastuatin diberi dan pemastuatin tidak.(what happen and what wrong??)pembahagian dibuat oleh landsurvei berdasarkan laporan oleh penghulu dan kk.siapa akan palak-palak nanti kalau tidak mencanggah kepincangan ini?generasi seterusnya!berapa lama sudah masalah ini sehingga kini masih belum selesai.
      saya tahu di dunia ini memang terdapat sejuta masalah dan penyelesaiannya juga ada sejuta cara.kalau tak mampu menyelesaikan cara sendirian cara kolektif ada.

      simareesta takkan takut dan tersungkur kerana kritikan,simrareesta akan terus menulis dan menulis selagi jari jemari ini berfungsi.simareesta tetap akan menghadapi badai ganas pengomen lain hingga ketitisan peluh terakhir.

      mareesta.

      BalasPadam
    21. Tanpa Nama4/5/09 8:08 PTG

      Syabas Mareesta,

      Teruskan perjuangan untuk kampung kitani, awda hanya memerlukan sedikit limitasi iaitu jangan mencaci tanpa ada bukti ditangan. Saya rasa penulis Najay adalah seorng yang terbuka dan berani menegur. Ini yang kita mau sebagai pentadbir laman yang popular ini. Dia tidak pernah berselindung. Kita sama sama pertimbangkan teguran beliau. saya amati beliau tidak membantah isu yang di bawa tapi dia membantah CARA isu itu di bawa.

      saya bangga ada org all-rounder seperti dia. sedikit sebanyak laman ini membawa kitani ke tahap yang lebih baik.

      Saya bangga dengan Punang.com

      ABM

      BalasPadam
    22. Tanpa Nama4/5/09 8:57 PTG

      Salam Mareesta,

      Kalau benar Penghulu mengeluarkan kata-kata begitu maka jatuhlah kelayakan beliau sebagai penghulu. Perkataan ini menunjukkan penghulu membiarkan maksiat itu berlaku. Inilah dikatakan penghulu yang inda bertanggungjawab. Dalam Islam, beliau akan turut berdosa kerana dibabit bersubahat.

      Soal lot tanah- sudah ngalih kitani. biarlah kita tunggu pemimpin PJ yang baru. Kita bincang dengan pemimpin ini dengan ikhlas. pengulu sudah inda boleh dipakai. buat jadi takat baik pulang

      Pisang Hutan

      BalasPadam
    23. Assalamualaiku Mareesta,

      Tahniah atas lapuran kamu mengenai Penghulu. Saya bersetuju lafaz Penghulu itu kurang manis dan tidak sepatutnya berlaku. Berikut nasihat peribadi saya:

      1. Yang rapat dengan Penghulu, tolong beritahu bahwa lafaz yang sumbang mungkin tidak diminitkan tapi akan dibocorkan dan diwartakan di lamanweb. Lafaz di atas, kalau betul, menjejaskan sedikit imej Penghulu.

      2. Soal lot tanah di PJ - pemimpin baru PJ nanti perlu berjumpa Penghulu, DO dan Pejabat Tanah mengenai status dan syarat dan apa disebalik segala karenah.

      3. Segala rundingan dengan Penghulu, JKK dan konselor mesti dalam mode aman, saling hormat dan matang. Tidak ada selindung.

      Selamat Malam

      Nazir

      BalasPadam
    24. Syabas Mareesta !!! Saya menyokong pendirian awak hal lot lot Kampong PJ .Lot lot ini seharusnya dibahagikan kpda org org Kitani dulu BUKANNYA untuk org org luar kampong .Utamakan dulu org org KITANI.Itulah pastikan pemimpin,KK dan JKK org org yg betul betul adil dan berintergriti.Jangan angkat ampu aja!!!

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: RANTING oh RANTING Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top