Terkini
  • Terkini

    Selasa, 5 Mei 2009

    BABIJI DAHI DAN LOT TAPAK RUMAH

    “AKU INDA SANGGUP, KARANG BABIJI DAHI”

    Kata-kata di atas dikatakan dilafazkan oleh seorang pemimpin kampong semasa mesyuarat pada 3 Mei 2009 apabila ada jemaah yang mencadangkan tindakan proaktif terhadap masalah social yang semakin meruncing.  Memang tidak wajar seseorang berkata begitu kerana ianya memberi isyarat tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin yang berpegelaman. Tetapi sebagai orang yang beretika dan atas nama harmoni, kita tidak boleh terburu-buru menghukum pemimpin tersebut. Soal merosakkan maruah orang bukan sabjek yang boleh dijual beli. Samada betul atau putarbelit fakta, imej pemimpin tersebut sekurang-kurangnya sudah tersumpak.


    Saya hubungi orang yang berkenaan untuk mendapatkan cerita sebenar dan beliau meminta agar anak-anak buahnya mengamati mesej beliau dengan hati yang ikhlas. Sebenar beliau tidak bersetuju strategi berkonfrantasi seperti yang dicadangkan kerana orang yang dalam keadaan mabuk boleh bertindak diluar jangkaan. Beliau mencadangkan agar approach yang berunsur seperti 'menarik rambut dalam tepung' perlu diambil supaya tidak ada perkara yang tidak diingini akan berlaku.

    Saya dapati, nasihat dan cadangan ini sungguh wajar kerana menggangu dan mencabar seseorang dalam keadaan mabuk, high dan stoing pasti akan mengundang pertembungan.

    Walaupun secara peribadi, saya kurang setuju dalam beberapa hal di kampung kitani, dengan pengelaman yang luas dalam mentadbir kampong, saya masih menaruh keyakinan terhadap pemimpin yang ada.

    Kita tidak dapat lari dari pemimpin yang membuat kesilapan, tetapi jangan lupa mereka juga membuat banyak pengorbanan dan kebaikan. Manusia tetap manusia. Selalunya kebaikkan akan tengelam oleh kesilapan walapun kesilapan itu hanya sekelumit.


    “MENYURUH INDA MELARANGPUN INDA”

    Sikap non-commital penghulu tentang lot tapak rumah juga sering dipersoalkan. Saya tidak tahu apa rentetan pada 3 Mei 2009, tetapi kalau sesuatu perkara berada di LUAR BIDANG kuasa penghulu, adalah tidak wajar penghulu memberi kata putus. Contohnya, jika sesiapa ingin membangun rumah di tapak yang belum ada empunya, dari segi undang-undang adalah salah. Tetapi atas dasar ‘menjaga mulut’ penghulu pun lafaz “ menyuruh inda, melarang pun inda”.

    Apa yang WAJIB, penghulu dan KK memberi nasihat dan garis-panduan proses memohon lot tersebut. Penghulu atau KK mesti proaktif dengan berkata “Esok datang ke rumah, isi borang dan bawa salinan dokumen -dokumen”.

    Lot tapak rumah adalah paling sensitif pada masyarakat kampung sejak wujudnya PJ. Isu ini bukan saja berlarutan malah membuat pemimpin ibarat berjalan di atas belahan kaca. Pendekatan yang paling baik ialah tidap sesiapa yang terluka oleh kaca-kaca tersebut. 

    print this page Cetak Halaman Ini
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    15 KOMEN:

    1. Salam, 'inda kusanggup eh, karang bebigi dahi'..menampakkan penghulu sudah kalah sebelum berjuang. sedangkan dalam setiap perjuangan menegakkan yang ma'aruf dan mencegah yang mungkar, adalah perlukan kekuatan jiwa dan iman yang mantap. Dan perjuangan seperti itu adalah teramat mulia disisi ALLAH.

      Dan bila disebut begitu, maka nampak lah oleh anak2 kampung dibawah jagaan nya, bahawa penghulu terlalu lemah dalam menegakkan yang ma'aruf. tapi 'menegakkan' tembolok, sanggup berhabis 'peluh'ntuk mendapat kan walau hasil nya hanya 'sekangkang ambuk' atau 'secubit belacan'(ada harga tapi berbau). Jadi macamana penghulu nak menghadapi perkara yang lebih besar (yang mungkin datang dari anasir2 luar kampung). Maka tahap kewibawaan itu dengan sendiri nya akan terlucut dan tercemar di mata anak kariah.

      Maka apakah lagi yang akan diharapkan oleh orang2 kampung kalau berketuakan/berpenghulukan orang seperti ini? Sepatutnya penghulu mesti mengetuai orang2 kampung mencegah perkara itu dari berlaku lagi. Tapi mestilah dengan cara yang penuh berhemah. Nasihatilah dan beri kesedaran . Kerana tiada perkara yang tiada punca nya. Seperti setiap penyakit yang ada obatnya, kecuali dua penyakit iaitu sakit kerana TUA dan MATI.

      PIMPING

      BalasPadam
    2. Tanpa Nama6/5/09 12:06 PG

      Menyuruh inda Melarang pun inda"

      Ungkapan orang yang tak bertanggungjawab.Apatah lagi yang melafazkan itu adalah dari seorang yang tinggi kedudukan dalam masyarakat iaitu penghulu. Sedangkan tanggungjawab nya adalah bukan saja dalam soal memberi 'kebenaran' tetapi juga dalam soal 'menghalang' kerja2 yang melanggar undang-undang. Mana kuasa yang 'diberi' oleh orang kampung itu. Gunakanlah waktu ini, tapi dengan cara yang betul, iaitu dalam memajukan penduduk2 dalam jajahannya itu.

      Itulah yang saya katakan sebelum ini, bahawa penghulu sudah mengaku kalah sebelum berjuang. Kalau begitu lah caranya selalu, maka saya nasihatkan supaya penghulu letak jawatan. Dan beri kepada orang lain yang bertanggungjawab dan 'sanggup bekerja' untuk memajukan kampung Punang/PJ. Berundurlah dengan cara terhormat agar akan lebih dihormati selepas itu. Iaitu sanggup melepaskan jawatan demi untuk kemajuan kampung.

      PIMPING

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama6/5/09 3:09 PTG

      salam kemesraan,

      kembalinya si mareesta ke alam siber bukan mencari populariti lebih pada diskusi lantas mencambah mentaliti.datang kerana di undang dan pergi tak perlu dilarang.

      terpanggil rasa untuk mencipta cerita kerana pencipta laman membahas rendah diri mengajak berdiskusi.
      bukan mau mengundang provokasi jauh sekali mencipta presepsi,bukan mau menyuntik sagai,gabut atau riak sekadar mau mencipta mesra situasi.kerana banyak kekurangan diri lanras sering tumbang bila berdiri.

      untuk apa kita berdiskusi?sekadar membangga diri,mempertahankan prinsip diri atau sekadar memenuhi nafsu berahi?

      darah siapa yang mengalir dalam diri?Hang Tuah yang rela dibuang negeri kerana di hukum sultan tanpa bukti atau Hang Jebat yang mencanggah hukuman itu demi menegakkan keadilan?

      masyarakat apakah kita membiarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya?masyarakat individualistik?

      apa objektif kita berorganisasi dan berparti?adakah sekadar untuk memecahbelahkan masyarakat madani atau akar umbi dengan melahirkan puak dan grup?atau lebih keras kepentingan peribadi atau golongan tertentu untuk meraih keuntungan duniawi?

      contoh,
      Mengapa pemilihan Penghulu dari etnik kedayan jadi pertikaian setelah Penghulu Hj Pandin tiada?3 calon telah disenaraipendek(tuah tengah,sohor diris dan rakawi pangkat).menjadi kemusykilan besar kenapa nama tiada tersenarai yang dapat?bukankah ini namanya penyelewangan dalam perlantikan.
      begitu juga halnya dengan pemilihan dan perlantikan kk kpg sualai.ia dijalankan secara demokratik dengan pemilihan dibuat ala pilihanraya di malaysia.mengapa yang tewas dilantik?ertinya yang tewas tidak diperlukan oleh akar umbi tapi sangat berguna dan memberi keuntungan kepada orang atasan kerana ia akan bersikap yes sir terhadap penyelewangan yang dilakukan oleh orang atasan.

      saya merasa sedih dan kecewa dengan sikap sebahagian dari kita.kita akan dianggap menongkah arus seandai kita mencanang ketidak adilan itu.kita akan di anggap melawan kerajaan dan parti seandai kita mewar-warkan kepincangan itu.
      tapi seandai kita membiarkan penyelewangan dan ketidakadilan itu,kita akan lebih dianggap dayus dan tak ada harga dan prinsipo diri.

      mahukan kita di labelkan pejuang tin kosong??

      mareesta.

      BalasPadam
    4. Tanpa Nama7/5/09 8:16 PG

      Assalamualaikum,
      Terlebih dahulu mohon maaf sekiranya pandangan ini kurang dipersetujui. Tapi hakikatnya sikap pemimpin yang sengaja berlepas tangan amat dikesali. Selain beliau berkata, berbigi dahi, beliau juga takut kereta pecah. kata beliau lagi..’Aku inda mau mengambil risiko. Aku pernah menegur orang berjudi tetapi kena bubut sampai ke rumah. Benarkah ? Bila?
      Secara logik, kalau pemimpin yang dihormati, teguran berhikmah dan bijaksana (sebagaimana yang digambarkan dalam kepetahan berhujah ketika bermesyuarat atau mengelak/memberi alasan – kekadang diselit dengan cakap omputih dan potongan hadis dan Al-Quran), adalah mustahil beliau semudah itu dibubut ke rumah. Mungkin ada yang mabuk lalu bertindak di luar batasan, tapi yang tidak mabuk ( walau tengah berjudi ), adakah tergamak membiarkan seorang penghulu dibubut atau dikeroyok. Tidak mustahil mereka yang berjudi itu ada anak saudara, cucu cicit atau kaitan "bau bacang". Sanggupkan mereka yang lain membiarkan. Mereka bukan pembunuh.
      Kesal, sungguh kesal. walaupun ada pihak yang mempertahankan kepimpinan beliau. Mohon maaf. Adakah patut, seorang pemimpin masyarakat takut pecah kereta, bebiji dahi, tapi tidak memikirkan kerosakan akhlak anak buahnya. Apa yang amat dikesali juga, beliau mencabar orang yang mencadangkan pembanterasan judi dengan kata berikut, “ Cubatah.. kitani aga malam ani. Inda bebigi dahi inda ku pandai.” Dengan nada suara yang tinggi dan keras. Adalah lebih elok beliau berkata dengan nada yang lembut sambil meminta cadangan dari pelbagai pihak.
      Ada beberapa alternatif yang pernah dicadangkan, (dengan cara hikmah dan kasih sayang – tapi masih dipandang sepi) Antaranya; bersemuka dengan mereka sambil mengajak ibu-bapa mereka atau ahli keluarga yang mereka segani. Biarkan mereka mengemukan masalah mereka. Nasihati dengan bijak. Kalau mereka marah atau mengungkit macam-macam, jangan dilawan. Secara psikologinya, kata-kata yang diluahkan oleh mereka akan diimbas kembali sebelum tidur, ketika tenang atau datang sendiri dengan petunjuk dan Hidayah Allah. Apa yang tergambar oleh pemimpin masyarakat kita seolah-olah , sekali orang berjudi ini diserbu, mereka akan terus insaf atau terus ke masjid. Kasabaran itu penting. Jangan lupa setiap usaha diiringi dengan doa dan keyakinan, bukan mengalah.
      “Kitani mesti bertindak perlahan, “ Kata beliau lagi. Sampai bila? Memang sangat perlahan, kerana berapa kerat masa saja beliau ada di Punang ? Apa lagi untuk meronda sambil mendengar permasalahan anak buah. Mesyuarat JKKK pun dah 3 kali inda datang. Ingatlah, bahawa lalai sesaat... berapa jiwa dan roh yang akan rosak.???? Nilaikan lah.

      BalasPadam
    5. Tanpa Nama7/5/09 8:48 PG

      salam saudara mareesta,saudara memang pandai bakurapak.Aku kan batanya adakah saudara dikalangan JKKK yang dilantik atau bukan JKKK? Aku udah lama mengikuti perkambangan laman web Punang.com ani tapi aku inda mambari komen apa-apa sabab aku kan meliat sejauh mana kewarasan orang kampung menggunakan web ani dengan bijak untuk kemajuan kampung.Macam ani saja jangantah luan menyalahkan Penghulu saja mana KK, mana JKKK khusus Biro Agama kalau kan membantras maksiat judi,arak dll.Sepatutnya KK sama biro anitah yang sepatutnya kuat bakaraja untuk kemajuan kampung.Ani inda semuanya arah Penghulu???
      Teropong..

      BalasPadam
    6. Tanpa Nama7/5/09 11:18 PG

      Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      BalasPadam
    7. Salam utk semua.Mana Penghulu,KK dan JKK sama saja.Kami berharap sangat supaya pemimpin pemimpin ini dapat menjalankan tugasan mereka dgn penuh kekitanian bukannya acuh tak acuh aja!!Ada Menteri nak melawat baru gagau kediri.

      BalasPadam
    8. Tanpa Nama7/5/09 1:44 PTG

      Salamat Semua,

      Bangga jua kitani dengan laman ani. Banyak kita tahu yang lama ani inda tau.Tapi kita minta Saudara Najay mengulas tentang Panghulu, KK atau JKK. Apa pandangan hj tentang diaorang ani.

      Harap inda kebaratan.

      BalasPadam
    9. Tanpa Nama7/5/09 3:10 PTG

      Salam sejehtra.Begitulah harapan org Kitani,harap Saudara Najay dapat memberi pandangan yang bernas dan meluas tentang Penghulu,KK dan JKKK kampong Kitani.Jangan tah takut,,,barang banar.

      BalasPadam
    10. Tanpa Nama8/5/09 8:06 PG

      Salam.
      Komen terhadap Tanpa Nama 7/5/09 8:48 AM.
      Apakah anda yang dikatakan ejen parti yang sentiasa merisik tindakan masyarakat kampung. (seperti yang dinyatakan sebelum ini.) Apa yang dikatakan saudara mareesta itu mungkin ada kebenarannya.
      Bukan tujuan untuk menghentam penghulu 100%. Sekiranya cadangan saudara agar biro-biro bertindak dan mengalami risiko, kesulitan dsb.... SEANDAINYA penghulu berkata " aku menyuruh inda, melarang pun inda" malanglah nasib mereka. Sebab menurut komen sebelumnya, semua cadangan tidak diendahkan, cuma angguk dalam mesyuarat.
      Apapun komen saudara mareesta, janganlah dipandang serong 100%. Saya yakin beliau berbuat demikian kerana sayang kan kampung. Gaya penulisannya saja yang mungkin berbeza. Itu adalah perkara biasa, asal jangan melabel sesorang itu sebagai tidak waras atau terpesong aqidah atau membina agama baru. Nasihat kepada pengomen. tolong jangan tulis tiga perkara tersebut atau apa-apa istilah yang membawa maksud sepertinya.

      BalasPadam
    11. syok sndri kmu cni ani..klu berani ckp dpn2..ani mcm mnyalak bukit naga,nda runtuh2..mna tia org tpljar d sna atu..klh oleh org skolah rndh..pkir2,rnung2..

      BalasPadam
    12. Assalamualaikum semua,
      Menjadi PEMIMPIN jangan sekali kali bercakap megah atau basar
      Menjadi PEMIMPIN jangan sekali kali dedahkan kelemahan diri
      Menjadi PEMIMPIN jangan sekali kali banggakan diri
      Kalau takut jadi pemimpin jangan sekali.
      Pemimpin sekarang jangan digugur,jangan jua dibiar,biar kita sama berbincang,muafakat membawa berkat.Insya Allah
      Sahabat yang jauh.

      BalasPadam
    13. pengulu ketani ani pegacut kali bah,
      jgn mcmatu eh,iatah harapan nusa bangsa anak punang tu..
      bila tah lagi kan naik nama punang dilawas ani mun ada penghulu mcm ani..walaupun dimana-mana pun selagi ada urang mcm ani payah tah tu..
      baik tah dipikirkan bawa berunding.....

      manyung tua

      BalasPadam
    14. salam semua,

      ada beberapa sebab mengapa si 1 hingga si 13 punya hentaman,tidak setuju atau puas hati terhadap pemimpin kampong yang bermasalah.

      -kita-kita ini lebih baik dari pemimpin itu(bukan riak)
      -kita tidak mahu kerosakkan itu berlarutan,
      -kita tidak mahu ketinggalan atau ditinggalkan kerana banyak peluang ekonomi,pendidikan dan sebagainya tersedia.
      -kita tidak rela bumi kita dirampas oleh individu yang gila harta dan kuasa(firaun moden)
      dan kita tidak rela ada KASINO di punang.

      BalasPadam
    15. idup jua lagi si limaupurut ani.ku fikir udah mati kau . panjang umur mu.

      riak lah tu kau atu, mengakun diri baik.
      kalau banayak urang macam kau ani memang kerosakan berlarutan.
      memang dari daulu inda ketinggalan, kau nganya ketinggalan pemikiran yang kolot.
      bumi kitani ani indakan dirampas, tapi kitani sendiri menyuruh 'iya' merampas(sokong lagi pemimpin atu??)
      ah! dari daulu punang atu banyak maksiat. liyat saja ANAK LUAR NIKAH BANYAK.

      tukar tiya pengulu atu!

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: BABIJI DAHI DAN LOT TAPAK RUMAH Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top