Terkini
  • Terkini

    Khamis, 7 Mei 2009

    SEPATUTNYA

    Atas permintaan Mareesta dan kawan-kawan yang bernama Tanpa Nama saya luangkan sedikit masa untuk memenuhi permintaan. Saya kurang pasti dari sudut mana saya melihat kerana sabjek ini dikira sensitif dan deliket terhadap hablum minnannas.

    Mari saya komen secara generik terutama sekali ciri-ciri pemimpin abad ke 21. Secara ringkasnya, cara dan pendekatan pemimpin abad ini bukan hanya berbeza tetapi juga wajib seiring dengan masa dan kehendak masyarakat.

    Pemimpin harus sedar bahwa disebabkan oleh palak IT, ramainya graduan universiti dan ada yang keluar negeri, maka cara masyarakat berfikir sudah jauh mendahului pemimpin terutama sekali pemimpin yang senior. Arakian, timbullah jurang antara pemimpin dan masyarakat. Apabila jurang perbezaan itu semakin luas maka penyudahnya berlakulah pergeseran ataupun konflik dalam masyarakat.

    Saya tidak menyalahkan pemimpin seratus peratus dan tidak juga mengatakan masyarakat betul seratus peratus. Tetapi sepatutnya dari banyak segi dan sudut, pengetahuan dan tindak- tanduk pemimpin semestinya mendahului pemikiran masyarakat. Saya takut kalau ada pemimpin yang masih berfikir secara feudal, kolot dan yang paling bahaya senantiasa menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri yang tidak disedari.

    Tindak-tanduk pemimpin bukan lagi reaktif tetapi sewajibnya proaktif - baik dalam merancang, menyelaras, mengetuai, menganjur dan mengajar. Reaktif bermakna bertindak SETELAH berlaku sesuatu. Dan proaktif bermakna bertindak atau berinisiatif SEBELUM berlaku sesuatu perkara. Sebagai contoh:

    Jika ada sesuatu masalah sosial dalam masyarakat, pemimpin jangan menunggu komplen atau rintihan masyarakat tetapi harus turun padang dan tengok masalah itu dengan mata kepala sendiri.

    Walaupun masalah itu kecil, pemimpin mesti membuat perancangan dan strategi yang berkesan dengan bermesyuarat dengan pihak-pihak yang berkenaan. Tetapi jangan setakat pelan tindakan di atas kertas. Mesti ada tindakan yang bersepadu oleh semua pihak. Pemimpin juga mesti memastikan tindakan berjalan secara teratur dan istiqamah. Kalau setakat mesyuarat dan TIDAK ADA tindakan susulan, saya rasa budak menengah rendahpun layak jadi pemimpin.

    Sudah tiba masanya pemimpin kita berubah secara drastik kalau dirasakan belum. Masyarakat sudah tidak lagi mahu menerima alasan-alasan atau ‘bersilat’ dalam sesuatu isu. Baik masyarakat atau pemimpin atasan sudah tahu sepak-teranjang dan rentak yang lama lagi sama.
    Prasa “siapa dulu makan garam” adalah penyelewangan dan harus ditolak jauh-jauh. Untuk menyaingi kepantasan putaran dunia, kita memerlukan pemimpin yang sepantas putaran atau ditukar dengan pemimpin yang membawa perubahan, idea baru, berfikiran positif, turun padang, berjiwa rakyat dan berorientasikan menyelesaikan masalah.

    Pemimpin mesti bersedia bekerja tanpa mengira wang dan waktu kerana pemimpin adalah golongan yang terpilih untuk semua ranjau ini. Mengambil iktibar kisah Syaidina Omar yang senantiasa meronda dipelusok kota hingga jauh malam dan beliau sendiri yang mengalas dan menghantar makanan kepada fakir miskin yang berada di padang pasir. Kita di Malaysia tidak mengkhendaki pemimpin madani seperti Syaidina Omar tetapi sekurang-kurangnya tahu bahawa jawatan pemimpin bukan satu keistemewaan tetapi perkhidmatan.

    Kata PM dua hari lalu di Kota Kinabalu “…Saya tidak mahu pemimpin ditakuti. Saya mahu pemimpin disayangi dan dihormati...”
    7Mei09
    print this page Cetak Halaman Ini
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    25 KOMEN:

    1. Tanpa Nama8/5/09 8:18 PG

      Salam,
      Saya amat bersetuju dengan pendapat anda. Persoalannya sekarang pempimpin yang bersifat demikian amat sukar berubah melainkan ada kesedaran, istiqamah dan mengingati Allah sepenuhnya. Hal ini ditambah dengan ada segelintir 'Yes man' atau 'tukang angguk' dalam masyarakat. Tindakan ini menjadikan pempinpin beranggapan apa yang dilakukan adalah benar. Dalam masa yang sama golongan 'yes man' ini akan menyanggah tindakan pemimpin di depan masyarakat umum, agar mereka dianggap pejuang masyarakat. Mujurlah golongan ini tidak ramai di kalangan kita, TETAPI jika tidak dibendung parah jadinya.

      BalasPadam
    2. Tanpa Nama8/5/09 10:14 PG

      Mana tia komen kamu najay tentang Penghulu,KK2 dan JKKK.Jgn ditapok tapok bah .Biarkan terdedah luas apa apa yang mereka lakukan.Siapa yang makan cili dia lah yg akan merasa kepedasannya!!!Harus kah org org Kitani menaruh harapan ataupun bersandarkan kpda mereka mereka ini.Harapan hanya akan tinggal harapan jika mereka mereka masih .....Sia sia aja org Kitani.Kepunan bah.

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama8/5/09 10:51 PG

      Apa lagi? komen Najay jua diatas ani. Secara sindiran, kitani pun baca secara sindiran. sdr Najaypun inda wajib penuhi permintaan kitani. baik sudah ia ada membari pandangan diatas atu supaya Penghulu, KK, JKKKKKK faham. Mun inda paham, paloi banar tah pemimpin kitani atu. macam lingkatak tia

      BalasPadam
    4. Tanpa Nama8/5/09 4:19 PTG

      salam kemesraan,

      ada segelintir dari anda ingin mengetahui siapa si mareesta?
      si mareesta begitu teruja.tidak dinafikan persepsi memainkan peranan penting dalam bicarawara dalam laman ini.

      adakah si mareesta berada di kedudukan penting dalam sebuah ngo-ngo disekeliling anda?Jkkk,Pbb atau apa saja.
      sebenarnya si mareesta berada di mana-mana.si mareesta tidak mahu dikongkong atau dihalang.si mareesta bebas seperti bayi yang baru lahir tanpa membawa secebis kain dan sekelumit masalah.

      si mareesta lebih suka tidak dikenali,kerana lebih mudah baginya untuk mencari penyelewangan dan kepincangan dan ketidakadilan dalam sistem kehidupan yang di pelopori oleh dasar-dasar kerajaan yang sumbang,tidak telus dan tidak menguntungkan masyarakat marhaen.

      berapa banyak lagi masyarakat yang berada disekeliling yang inginkan pembelaan,penyelesaian pada permasalahan yang sengaja diciptakan oleh manusia-manusia yang bernama pemimpin moden.si mareesta tidak akan berhenti walaupun diganggu-ugut kerana si mareesta pasti Tuhan akan bersama-sama dengan orang yang teranyai.
      si mareesta tidak mahu dilahirkan untuk menjadi pengikut kepada generasi setan yang bersorak gembira melihat kemungkaran dan penyelewangan dan bersedih hiba melihat ketulusan dan kehebatan
      manusia.

      semestinya si mareesta tidak akan menggangu gugat ketenteraman kehidupan anda seanadi kebahagian yang anda miliki dan perolehi berdasarkan kepada sistem yang betul.

      insyaallah,si mareesta akan berjuang untuk anda berdasarkan membuat pertimbangan secara intelek yang jujur dan bebas tanpa dipengaruhi prasangka dan ideologi yang songsang.si mareesta akan melakukan perubahan dengan cara melihat dan berfikir.kita akan sentiasa peka terhadap sebarang perubahan.

      mareesta

      BalasPadam
    5. Salam Pengomen ke Dua,

      Mohon maaf kerana saya tidak berani membuat ulasan mengenai seseorg kerana saya tidak mempunyai data dan fakta yang sahih untuk berbuat demikian. Bukan saya takut kepada kebenaran tetapi saya takut kepada kesilapan fakta. Bukan hanya bertujuan untuk menjaga daripada mengumpat tetapi juga menghindar dari menjatuhkan maruah seseorang jika saya membuat andaian yang salah.

      Sebagai pentadbir laman ini dan seorang yang berwibawa dan berintegriti, saya harus profesional walaupun saya bukan journalis yang bertauliah. Kevokalan kita biarlah bertempat dan kena pada faktanya.

      Mengenai kevokalan saya, sedikit masa lagi saya akan menulis tentang pertembungan saya dengan seorang menteri semasa saya pelajar lagi. Saya pernah buktikan bahwa, kalau kita punya fakta dan alasan yang kukuh untuk bersuara, kita tidak akan jatuh, malah kita akan disanjung. InsyaAllah.

      Salam hormat
      Najay

      BalasPadam
    6. Salam Pengomen Semua,

      Semua komen secara otomatis akan mempunyai identifikasi nombor yang berada di sebelah kanan. Contohnya, notis ini mempunyai nombor 6.

      Salam Hormat - Najay

      BalasPadam
    7. Tanpa Nama9/5/09 5:07 PTG

      Bagus, satu pembaharuan supaya senaang kita memberi nama orang yang Tanpa Nama. Contohnya: "Tanpa Nama No2, saya rasa kurang pendengaran..."

      BalasPadam
    8. Tanpa Nama9/5/09 8:38 PTG

      askum semua,
      sepatutnya ?
      hj najay x perlu membicarakan hal mcm ani d blog, seolah - olah hj mau jd hero kpg punang dan nampak gaya hj x mau melepaskan peluang utk melobi jawatan dlm ranting PBB punang jaya dan bukan nya kan menolong urg kpg punang.
      Sepatutnya
      hj menyelesaikan hal ani berbincang dgn pemimpin kpg bukan nya memburuk kan keadaan dgn cara mcm ani.
      Sepatutnya
      Hj perlu tau bukan semua urg kpg yg menyokong pendapat hj dan pendapat saudara si mareesta yg hanya tau memburukan urg atau menjatuhkan maruah pemimpin, si mareesta atu bukan tau apa yg baik oleh pemimpin. Seolah-olah hj berkempen dlm blog ani utk melobi jwtn dlm ranting dan taktik mcm ani biasanya di gunakan oleh pembangkang di semenanjung. x kan kitani terikut - ikut cara kotor dorg atu, taktik ani x sesuai utk urg kitani.
      Sepatutnya
      hj and the gang patut fikir kenapa masa kita org memimpin perahu kayuh urg kpg banyak yg x suka kita org punya kempimpinan, urg kpg tau memikirkan siapa yg niat nya baik. Kalau kita org berniat baik di sana sudah kita org mendpt sokongan, kalau niat baik baiklah jd nya, kalau niat jahat kan menjatuhkan urg itulah yg berlaku dalam perahu kayuh kpg punang.
      Sepatutnya
      Kita dpt tau sikap baik dan jahat seseorang itu apabila memberi komen

      Atu tah yg sepatut patut patut patut nya

      LUUUUUUUUUUU pikir lah sendiri

      atu tah yg sepatutnya

      BalasPadam
    9. Salam Tanpa Nama 8,

      Salah pendpt mu atu. Sudah kami selidiki, Hj Najay inda mau jawatan di kpg. Tapi kena bawa sebagai jambatan dgn org di Kucing. Dan Hj Najay inda pernah ikut dlm komiti Bakayuh Punang. Hj adalah komiti INDUK di Kucing. Hj banyak mainkan peranan dlm membawa org Punang ke Kuching. ngapa sabarangan ani kan?

      No 8, berniat jahat sbb membari komen jahat dan x lurus fakta dalam blog ani. Hj Najy x perlu kempen dlm blog ani tapi hj beri pendpt dgn terbuka. Tapi kitani minda tertutup... itulah inda faham cakap hj. Apabila x faham, dituduhnya tia kempen. Dituduhnya tia

      Rasanya No 8 atu seorg pemimpin kpg yang inda faham tulisan hj. Hj bukan tulis mengenai pemimpin kampung. liat pulang perkataan SEPATUTNYA, PEMIMPIN ABAD 21, CONTOHNYA.... Yang kamu terasa cili apa hal???? Cuba baca banar-banar komen No 5 nya.

      Rasa kami, sbg pentadbir blog ani, ia boleh menulis apa saja ia suka utk memburukkan sesiapa. Atau menyokong si Mareesta. Tapi ia sebenarnya meredakan pengomen lain supaya tidak buat andaian dan jgn memburukan pemimpin. Kalau hj hasut org membenci pemimpinpun boleh bah..

      Nganya ranting! kursemangat... bukan taraf hj. Taraf Awgku Danan nganya. Kitani perlu buat pilihan - melihat pembaharuan atau stail lama. Mengapa takut kan hj atukan? Bukan ia kan jadi Pengerusi, ia akan jadi Bendahari.

      Kalau pemimpin x mau berubah spt cadangan hj najay, teruskan saja untuk kemunduran kampung. Kampung punang akan di beri nama baru - Kampung Mundur disebabkan oleh org yang bacul spt No 8.

      BalasPadam
    10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      BalasPadam
    11. Pengomen No 8, atu sepatutnya tinggal dikabab seorg diri. Merana inda tantu pasal oleh tulisan Hj. tiga kali ku membaca, inda ku terasa satu kempen, inda ada ciri-ciri memburukkan keadaan. Kepadasan kali ia itu. Selama ani Hj atu yang kuat menyokong pemimpin Kpg Punang. Palui jua ah pemimpin No 8 atu. Patutlah jadi pemimpin taraf kabab. Bukan ku menyokong Hj tapi heran dgn kebodohan no 8 atu bah.

      Gurit

      BalasPadam
    12. Salam No 8,

      Ani lah perangai pemimpin Kpg kitani. Apabila menyuarakan sesuatu, mulai tah dituduh dan difitnah- mau kempen, mau jadi hero, berniat jahat, taktik pembangkanglah, melawan kerajaan, derhaka dll. Taktik lama pemimpin Kpg ani sudah lama kitani perhatikan. Mereka ani takut digugat, oleh atu terus tia memfitnah. Satu daripada karaja mereka ialah menfitnah, bekelakar, batapok, angkat pal_r pembasar....

      Atu tah, sekarang tiba2 hj jadi mangsa pemimpin walaupun hj pro diorang. Kerana Punang.com menghantui mereka. Sebanarnya diorg bukan marahkan Hj tapi marahkan laman ani. Atu tah nampak mundurnya pemimpin. Udah tiba masanya kita singkirkan pemimpin yang kolot ani.

      BalasPadam
    13. Salam kalian,

      1. Rencana "Sepatutnya' adalah umun (generik) dan tidak merujuk mana-mana pemimpin. Tidak ada satu patah yang merujuk kepada seseorang. Pengomen #8, harus tahu, laman ini bukan hanya dibaca oleh org Punang tapi pelawatnya berada diseluruh dunia. Dari Ontario ke Bario dan dari Mekah ke Mukah. Bererti komen itu releven untuk mana-mana pemimpin, hatta PM sekali.

      2. Andaikata, ada yang tersinggung- itu bukan salah rancana dan penulisnya tetapi salahkan perasaan sendiri, kerana anda tidak membaca dengan minda yang terbuka dan penuh prejudis. Siapa yang memburukkan keadaan.

      3.Saya tidak akan menulis menyebelahi mana-mana pihak jika saya tidak pasti fakta dan datanya. Pada Rencana "Ranting oh Ranting"- lebih banyak saya (pengomen #2) mempertahankan pemimpin, lebih banyak pemimpin dipersoalkan dan dikomen.

      4. Tapi saya juga tidak takut dan tidak gentar menyuarakan jika ada bukti penyelewangan dan ketidakadilan. Kebatilan mesti di hapuskan.

      5. Jika pemimpin berkualiti seperti apa yang dimahukan Perdana Menteri kita, saya adalah orang pertama akan menghormati dan menyokong dia. Malah saya sanggup bekerja untuk dia.

      6. Saya kesihan kerana Pengomen #8 tidak tahun menilai antara yang generik dan spesefik. Sebab itulah banyak komen yang mengutuk beliau.

      7. Catatan pengomen #10 terpaksa saya buang kerana terlalu keras dan tajam menghina pengomen #8. Tapi saya tidak buang Pengomen #8 walaupun menghentam saya. Kalau tidak mahu menerima teguran, jangan menjadi pemimpin.

      8. Baik pemimpin ataupun masyarakat kampung, guankanlah laman ini dengan baik dan berhemah. Laman ini boleh menjadi saluran yang baik dan berkesan untuk masyarakat.

      9. Saya disenaraikan sebagai protem AJK ranting PJ. Binggungkah? Saya setuju kalian harus binggung sebab, jika saya dipilih saya berhasrat membolot projek IOT dan jalan raya dari Awat-Awat ke Punang dan Benteng Ombak dari Sari Besar hingga ke Sungai Bangat. Semua projek itu bernilai RM450 juta. Itulah matlamat saya.Undilah saya!!

      Salam Hormat- Nazir

      BalasPadam
    14. Atu tah Hj inda percayakan kami mengenai perangai pemimpin ani. Selama ani hj membela pemimpin, tapi sekarang pemimpin ani yang mengiggit hj babalik. Anilah perangai kuyuk. Padan muka hj Nazir. Tapi kami suka komen hj yang no 4- "Inda takut dan inda gentar". Sudahtah.. jangantah membela pemimpin atu lagi. Diorang ani atinya macam lauk pari buntu. babau.

      BalasPadam
    15. Salam,

      kata Pengomen 8 'bukan semua urg kpg yg menyokong pendapat hj' Benar tu. Hj lebih arif tentang ini. Tapi bukan semua urg kpg yg sokong pemimpin kpg macam pengomen 8. Sebenarnya perkataan 'menjatuhkan meruah pemimpin' atu kepunyaan hj apabila ia mempertahankan pemimpin. Saya sokong pendapat pengomen 14. Pengomen 8 atu mengenai perangai kuyuk atu.

      BalasPadam
    16. Tanpa Nama11/5/09 9:10 PG

      Mengapa tia kamu ani bercengkaran tia.Jangan tah tuduh menuduh atu inda tia bisai bila org luar membaca blog kitani.Bisai bisaikan tia kampong kitani tu bah.Buangkan hasut dengki ya bah.Ayoh majukan kampong kitani mengikut lunas lunas pembangunan SATU KITANI.Wassallam.

      BalasPadam
    17. Assalamualaikum semua..direct to the point. BOLEH INDA KATANI bacakap pasalkan memajukan kampung kah? pemimpin kampung inda baik sabanarnya inda jadi masalah pada kemajuan kampung. Yang pantingnya apa katani buat. Apa kata cari 2 3 kawan yang pandai2 untuk berbincang apa kan dibuat inda payah nunggu orang lain lagi. Ani idea saja lah..buat HOMESTAY,rancang simple program untuk peserta : mukat ke laut kah? mintur kah? banyak lagi yang siuk2 dapat dibuat,lapas atu masa pesta lawas jadikan homestay tadi antara pilihan favourite orang,kan hotel panuh masa atu n masa atu kita sudah awal advertise dalam blog ani. Kalau inda ada usin buat proposal baru minta bantuan.INDA PAYAH ingau cerita yang inda bagi untung n cerita YANG SAMA BEBALIK2.
      CALI JUA KAMU ANI HE2.
      INTERNET IALAH SATU PLATFORM UNTUK BUAT DUIT JADI GUNAKANLAH SEBAIK2NYA.
      Sahabat yang jauh.

      BalasPadam
    18. Salam Sahabat Yang Jauh @ #17 dan Pengomen 16

      Terima kasih atas cadangan tuan dan inilah yang kita harapkan dari penduduk Punang walaupun jauh merantau. Walaubagaimanpun, Homestay yang saudara cadangkan itu sudah kami mulakan dan pioneernya ialah Sdr Marajeh dan Sdr Shaban. Kami belum dapat menghebahkan secara rasmi kerana bilik yang dirancang Sdr Shaban masih dalam pembikinan.

      Sila lawat: http://visit-punang.blogspot.com/2009/03/homestay.html

      Salam Hormat - Nazir

      BalasPadam
    19. Salam semua..

      Terlalu jauh sudah tujuan asal blog ini dibuat..untuk mempromosi akan kampung kitani yang memang inda luan di ketahui orang luar SARAWAK. Tujuan asal sudah terpesong jauh, dan blog ini telah di jadikan tempat 'mencurah perasaan' yang gila-gila. Baik untuk menegur pemimpin dan orang perseorangan atau kumpulan, tapi akan jadi 'kurang baik' bila dijadikan tempat mengutuk yang kadang-kadang melampaui batas tata susila manusia beriman.

      Kadang-kadang sampai terkeluar perkatan 'murtad, munafik, sesat dari agama,' Siapakah sebenarnya kita ini dalam menjatuhkan hukum terhadap seseorang itu! Mengapa tak diluahkan semua itu melalui ruangan yang memang khas untuyk membicarakan soal-sial itu. Carilah dan layarilah!

      Kadang-kadang kita juga sering membuat tuduhan-tuduhan..yang kalau benar pun, jangan lah sampai 'ke akar umbi' dalam membuat 'penghinaan'. Konsep LIMA JARI yang kita miliki itu sudah pasti semua kita tetap 'terkena' juga.

      Jadinya...jadikanlah blog ini sebuah WACANA ILMU untuk memajukan 'tempat tinggal kita'. Muda-Tua, Kecil-Besar, Penghulu-Ketua Kampung-Anak Kariah.. Sekiranya berterusan begitu, blog ini akan ditertawakan orang. Dan kita sendiri akan mentertawakan diri kita sendiri, kerana PUNANG.COM adalah untuk penduduk kampung punang-punang jaya.

      FIKIRLAH SENDIRI.

      BalasPadam
    20. baik tah buat kan forum online pakai dorang ani..

      BalasPadam
    21. Tanpa Nama13/5/09 9:10 PG

      Baik tah cerdik pandai org org kitani tu mengadakan forum bagi memajukan kampong kitani.Saya akan bersedia membantu dari segi apa jua pun asalkan kampong kitani bersatu dan maju dalam serba serbi pembangunan.Kampong kitani jauh banar ketinggalan ... apa tidaknya kitani tidak sehaluan .Wassallam.

      BalasPadam
    22. salam kemesraan,

      barangkali ada sebahagian dari kita mengikut rentak sumbang yang dipalu yang sengaja menimbulkan polemik.saya tidak terkejut dan merasa hairan kerana kita harus memikul tanggongjawap itu.

      kita tidak menyalahkan atau menyokong si 1 hingga si 22,kerana kita faham bahawa kesan dari ketidak tentuan politik,ekonomi dan sebagainya maka kecelaruan prinsip dan daya tahanminda tercabar.

      adakah benar toeri mengatakan bahawa manusia mengalami proses mutasi?
      kes politik perak jadi pemangkin kepada goyahnya minda dan prinsip perjuangan sebahagian dari kita.ketidak percayaan kepada parti pemerintah(bn) makav lahirlah pemberontakan minda dan lahirlah komen panas dan mendebarkan.saya tabik hormat pada anda semua kerana sudah keluar dari kotak itu.kalian sudah nampak kepincangan dan ketidakadilan itu bukan?selepas ini moga akan banyaklah lahire pejuang rakyat.

      untuk apa bicarakan pembangunan kalau krisis kepimpinan masih berlarutan,untuk apa berforum kalau pemimpin masih berkroni dan berdolakdalik?untuk menyelesai banyak perkara modal insan harus jadi penekanan yang berkesan pada setiap individu atau pemimpin.

      apa itu '1malaysia'.'rakyat didahulukan,prestasi diutamakan' atau 'bn didepankan kroni dikayakan'.mengapa ada PROJEK BARISAN NASIONAL bukan projek kerajaan malaysia?siapa turut bayar cukai?orang bn atau orang malaysia yang berbilang parti?siapa yang mengajar kita kurang ajar?guru,ibubapa atau sistem kapitalis atau materialis?

      yang saya pasti dan percaya ialah sistem kehidupan yang diamalkan di malaysia masih tidak betul.

      mareesta

      BalasPadam
    23. Salam Kalian,

      Saya ingin kutip sedikit catatan yang menunjukkan Mareesta mempunyai minda dan approach yang salah:

      1. "Utuk apa bicarakan pembangunan kalau krisis kepimpinan masih berlarutan" Prasa ini menunjukkan memunduran minda penulis, bukan kemajuan berfikir. Saya tanya: Apa kita harus berhenti berfikir dan berbicara untuk kebaikkan atau kemajuan hanya kerana kita menghadapi krisis? Seharusnya kita senantiasa berfikir, bergerak dan berusaha untuk maju kehadapan. Mengapa kita harus tersangkut sedangkan bangsa lain sudah dihadapan. Apa kita semua berhenti berkayuh hanya kerana seorang patah pengayuh? Apa kita harus berhenti belajar, hanya kerana guru kita meninggal?

      Palestine menghadapi krisis yang paling besar dan paling getir,tetapi mereka tidak berhenti membina jalan raya dan membangun rumah. Mareesta akan terkejut jika mengetahui Orang palestine masih mempromosi tourism mereka. (Sila lawati http://www.palestine-net.com/tourism/)

      2. Mengenai persoalan '1Malaysia', penulis melahirkan kesangsian dengan persoalan yang penuh prejudis. Disebabkan penulis terlalu kerdil untuk memahami konsep di atas, maka dia meraba-raba dan membuat tuduhan yang berupa igauan melalui soalan.

      Andaikata, Mareesta seorang yang 'good listener', dan berkebolehan mempertimbangkan apa yang dia pandang dan apa yang dia baca, saya pasti Mareesta tidak keliru dalam penulisan beliau.

      Salam hormat

      Nazir

      BalasPadam
    24. sunyi sepi tia punang.com ani dalam 2-3 hari ani eh..ngapa ya?

      BalasPadam
    25. assalamu,

      Ku rasa inda Hj menulis sampai selepas pemilihan. Karang kena tuduh kempen iya. Kita patutnya mengunakan pemikiran hj atu bukan melawan beliau. Lihat macamana ia berani menegur Mareesta pada komen 23. Bernas dan betul.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: SEPATUTNYA Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top