Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 16 Mei 2009

    MANA AKAUNTABILITI PEMIMPIN UGAMA?

    Dari komen-komen yang ditulis, kitani sudah tahu mentaliti sebahagian pengomen dalam soal menangani masalah masyarakat. Kebanyakkan pengomen, menuduh penghulu tidak bertanggungjawab dan tidak komited dalam menyelesaikan masalah sosial di kampong. Malah ada yang berani mencadangkan beliau digantikan. Walaupun mungkin mereka mewakili sebilangan kecil masyarakat, tetapi kita andaikan mereka yang palak IT inilah yang berpengaruh dan besar kemungkinan berpelajaran.

    Kitani bukan hendak mempertahankan pemimpin yang dipersoalkan, tetapi mari kitani mencari punca atau sebab mengapa seseorang pemimpin itu tidak efektif dalam menjalankan tugas masing-masing.


    Sebenarnya yang membuat seseorang pemimpin itu lesu ialah masyarakat itu sendiri. Memang betul pemimpin itu harus merancang, mengurus, mengepelai dan menunjuk ajar. Tetapi macamana pemimpin melaksanakan rancangan jika SEBAHAGIAN masyarakat menentang, engkar dan menolak usaha-usaha pemimpin. Jika diletak Perdana Menteri Najib sekalipun akan gagal andaikata beliau menjadi penghulu dalam suasana yang serupa.


    "............. kitani hanya ada satu daripada dua pilihan: samada mengumpul tenaga untuk menjatuhkan pemimpin atau bersatu dengan pemimpin bagi menambah tenaga untuk menjatuhkan musuh utama........."

    Rasullullah pernah gagal mengislamkan masyarakat Ta'if apabila tidak mendapat sokongan masyarakat di sana. Bekas PM, Pak Lah rasa tidak selesa dan terpaksa berundur lebih awal apabila sebahagian pengikutnya mulai engkar dan berpaling tadah. Amerika Syarikat merasa bahangnya apabila masyarakat Iraq tidak menyokong kehadiran mereka di sana. Inikan pula seorang penghulu yang bukan maksum.


    Strategi menghentam, memberontak, menghina dan menukar pemimpin bukan jawapan kepada keberkesanan pemimpin. Jawapan yang sebenar ialah konsep 'Berpasukan’. Kita harus menggunakan  masa dan tenaga untuk perkara kearah berpasukan dan satu matlamat melalui dailog dan diskusi.


    HARUS diingat, tanggungjawab menyelesaikan masalah kampong bukan hanya terletak ditangan Penghulu atau KK tetapi tanggungjawab seluruh ahli masyarakat. Semua peringkat pemimpin termasuk Penghulu, KK, JKKK, ketua parti, pemimpin Masjid dan Imam termasuk bilal-bilal  seharusnya duduk bersama bagi menjana 'referent power'. Jika diadun dengan 'legitimate power' yang ada pada pemimpin, kitani boleh merancanakan strategi bersepadu bagi menyelesaikan terutama sekali jika masalah itu rumit dan meruncing. 


    Pada zaman Rasullullahpun memang ada ketidak-serasian diantara kabilah-kabilah di Semananjung Tanah Arab tetapi mereka bersatu-padu apabila mengadapi musuh utama mereka. Mengapa kitani berpecah dan berkabilah menghadapi kemungkaran di kampung.


    Sebagai contoh, di tempat saya menetap sekarang, masalah sosial ditangani oleh AJK Masjid bersama KK setelah berdailog dengan Penghulu. Mengapa AJK Surau dan AJK Masjid kitani mendiamkan diri dan lesu untuk bertindak? Mana akauntabiliti dan integriti pemimpin-pemimpin ugama? Di akhirat nanti kita tidak akan ditanya mengapa tidak menukar pemimpim tetapi Allah akan menyoal mengapa anda membiarkan kemungkaran berlaku didepan mata anda. 


    Mungkin ada pembaca berfikir, "Ah, becakap itu senang!" Memang ianya senang dan praktikal, dengan syarat semua pemimpin yang disebut diatas datang dengan matlamat menyelesaikan masalah, mempunyai minda terbuka dan melahirkan suasana yang harmoni.  


    Selagi kitani menganggap masalah masyarakat adalah tanggungjawab pemimpin, selagi itulah mentaliti kitani masih gostan dan kolot. Dan kitani hanya ada satu daripada dua pilihan: samada mengumpul tenaga untuk menjatuhkan pemimpin atau bersatu dengan pemimpin bagi menambah tenaga untuk menjatuhkan musuh utama.

    Sebagai mengakhiri saya petik satu komen yang mencadangkan agar kitani berbincang dan bermuafakat. (Lihat komen 12 dalam Bebiji Dahi dan Lot Tapak Tanah"

    Assalamualaikum semua,
    Menjadi PEMIMPIN jangan sekali kali bercakap megah atau basar
    Menjadi PEMIMPIN jangan sekali kali dedahkan kelemahan diri
    Menjadi PEMIMPIN jangan sekali kali banggakan diri
    Kalau takut jadi pemimpin jangan sekali.
    Pemimpin sekarang jangan digugur,jangan jua dibiar,biar kita sama berbincang,muafakat membawa berkat.Insya Allah
    Sahabat yang jauh.


    Nota:
    # 'palak' IT bermaksud celik IT
    # 'Kitani' merujuk kepada 'semua dan merangkumi penulis sendiri'
    # 'Referent power'bermaksud Kuasa melalui kolaborasai, perhubungan atau berpasukan.
    # 'Legitimate power' merujuk kepada kuasa rasmi pemimpin.



    16Mei2009 dan di-edit pd 17Mei

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    17 KOMEN:

    1. Sungguh setuju apa kata penulis diatas. Buang masa saja marahkan penghulu barang kadai kopi. macam menyalak bukit. Nah siapa tia baperangai kuyuk? Siapa yang takana atu , tepuk dada tanya salera.

      BalasPadam
    2. Salah tu . bukan tepuk dada tanya selera. Atu maksud nyamu atu tepuk dada tanya nafsu tu eh. kurang lebih sama.

      yang lurusnya tepuk dada tanya iman.

      BalasPadam
    3. Assalamualaikum,
      Terima kasih saudara Najay. Teorinya, pendapat saudara memang benar. Cuma saya ada beberapa pandangan yang agak berbeza sedikit. Mungkin saudara hanya mendengar atau memandang dari jauh lalu teori tersebut dianggap benar.
      Saya pernah membaca minit mensyuarat JKKK Kg Punang (Bukan nak menyibuk kerna bukan AJK – tapi niat kan meliat apa yang dirancang, dengan harapan kampung kitani maju) Dalam minit ,ada dinyatakan Penghulu akan menandatangani dan mengeluarkan surat pekeliling tentang garis panduan berkaraoke terutama kepada keluarga pengantin. Sampai sekarang belum ada pun perkembangannya. Dengar-dengar suara penghulu yang lantang menyokong (tapi lepas atu inda pernah hadir mesyuarat) Alhamdulillah. JKKK memang mahu bekerjasama.
      Saya juga ada mendengar bahawa AJK Masjid ada mengadakan mensyuarat. Dalam mesyuarat, Tuan Imam II mencadangkan agar gejala maksiat dan judi dibanteras segera. Tapi apa yang didapat oleh Tuan Imam ialah suara melenting Penghulu yang kononnya dah bertindak dan pernah dibubut (seperti kenyataan pengomen terdahulu). Malah dari mulut Tuan Imam, saya mendengar beliau dan rakan-rakan akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pendekatan bijaksana , hikmah dan kasih sayang. Apa alasan penghulu , ‘kita akan buat perlahan-lahan’. Ahli masjid, Imam, dan bilai dah beri kerjasama. Tuan Imam dan rakan tabligh sendiri pernah mendekati ‘orang kuat’ main ketam. Penerimaan ‘orang kuat’ tersebut amat baik dan tiada tindak balas kasar. Siapa sebenarnya yang belum bertindak. Kenyataan saudara Najay SEOLAH-OLAH menyebelahi penghulu dan menyalahkan orang lain- maaf jika ANDAIAN saya tersasar. Harap-harap saudara tidak begitu. Maaf sekali lagi.
      Diharap saudara Najay janganlah mengambil mudah dengan membuat kesimpulan bahawa pemimpin agama berlepas tangan dalam hal ini. Minggu lepas, ustaz Islahuddin juga ada memberi dorongan kepada Imam, bilal dan AJK masjid dalam usaha bertindak membanteras main ketam. (Malangnya, penghulu inda hadir. Mungkin ‘out station’ –tugas rasmi) Saudara berada jauh. Dalam seminggu, penghulu hanya dua minggu sekali bersembahyang Jumaat. Sembahyang maghrib dan Isyak berjemaah di masjid hanya apabila ustaz dan penceramah datang. (Mohon maaf, bukan hendak mengukur keimanan sesorang. Saya memandang dari sudut keluangan masa dan keterbukaan dalam perbincangan serta kesediaan dalam bertindak). Kalaulah selang dua tiga hari ,ada Penghulu menjenguk ke masjid, bertanya kepada ahli masjid, imam dan bilal tentang usaha mengimarahkan masjid, tindakan membanteras gejala sosial, saya rasa kesepaduan untuk bertindak bersama itu akan kukuh.
      Wassalam. Pandangan saya bukan bermaksud mengelirukan orang ramai. Mohon maaf saudara Najay, saya melihat dari sudut yang paling dekat (bukan setakat membaca ulasan atau mendengar khabar. Berita sahih saya dengar sendiri dari si pencerita atau pelakunya). Saya juga mengajak semua pihak bersatu dalam satu jalan ke arah kecemerlangan.

      BalasPadam
    4. # 'Referent power'bermaksud Kuasa melalui kolaborasai, perhubungan atau berpasukan.
      dalam ertikata lain, referent power bermaksud kebolehan seseorang pemimpin untuk mendapat kepercayaan daripada pengikutnya, yang disebabkan oleh karisma dan kebolehkan komunikasi antara pemimpin dengan pengikutnya. seseorang pemimpin mungkin di pilih berdasarkan kebolehan istimewa nya yang tidak terdapat pada orang lain

      # 'Legitimate power' merujuk kepada kuasa rasmi pemimpin.
      dalam ertikata lain, pemimpin mendapat kuasa disebabkan kedudukan rasmi yang diperolehinya

      BalasPadam
    5. Diamati, memang si Mareesta atu anti-pemimpin. Ia inda ada lain memang meliat kesalahan orang lain saja. Siapa Ustaz Islahuddin? Mengapa ustaz membiarkan kawannya spt Mareesta mengumpat dan mencaci org lain? Mengapa dia menhampiri org yang menghina org lain. Apa mentaliti dia? Diorg ani cakap saja pandai tapi semua takutkan si Bunai. Sekarang menyalahkan Hj pula dgn alasan ia jauh. Hampirpun, kalau inda membuat apa2. Pandai maresta saja. Inda jua guna. Macam perangai kuyuk.

      BalasPadam
    6. kalau dah macm atu (aapa yang udah dibuat oleh pengomen 3 atu) bagus banar tu eh..apa lagi kan di tunggu penghulu 'yang inda begarak-berusik atu. slow pengulu atu slow kura2 nama nya tu. slow kadikamu atu slow samut. kalau miyatu pengulu punya perangai, baik tah kitani 'singkirkan' tapi cara beradat lah. suruh tia letak jawatan atu. lagipun kediya atu udah diam di sualai. tanah punang jaya pun udah abis dibagi kroni2 nya. tanah sualai lagi kan di kerajakan nya tu.

      kalau disualai pun kan di kongker nya, atu banar babigi dahi tu banar karang.. Jadi kalau macam atu gaya nya 'bekeraja', baik tah kitani di punang ani keluarkan 'undi' inda pecaya. tukar banar tia pengulu atu. inda luan mambari untung kampung kitani ani. unjar kan tia orang yang banar2 layak jadi pengulu. pertama pilih agamanya, kedua pergaulan dangan urang kampung, ketiga inda 'bernafsu' basar dalam berabut hal hartanah, dan yang lain2nya. inda tah ku tau lagi yang lain2nya..

      slow banar pengulu ani. patut tah inda luan belauk lagi laut kitani ani.....tamban rumahan pun payah2han. inda pulang pasal pengulu slow, tapi pasal maksiat atu banyak banar sudah bah. atu judi katam yang nampak tu. yang banyak lagi 'beranak luart nikah'.

      maksiat macam atu sudah macam membali gula2. murah dan sanang dapat. atu tia baala atu turun. salah satu nya ialah nikmat inda luan belauk lagi laut punang atu..NIKMAT yang kana tarik oleh ALLAH atu inda urang kenampakan dan inda urang menganggap satu bala tu. Jadi sebelum bala yang cam tsunami atu datang, baik tah besedia kitani. ATAu kitani tunggu saja tia kah? APA macam pengulu ??

      BalasPadam
    7. Salam Kalian,

      1. Saya boleh simpulkan yang anda seorang yang ‘bad listener’, melihat dengan penuh prejudis dan beremosi negatif. Apa tidaknya, tulisan saya memfokus kearah menyelesaikan masalah sosial secara berpasukan tetapi anda memfokus kearah kepincangan pemimpin secara total. Satu kaedah berbeza seperti ayam dan itik. Hebat!

      2. Dalam artikel di atas, tiada langsung perkataan menyokong atau anti pemimpin kerana bukan matlamat saya untuk mengeluarkan nanah mereka. Mengungkit kelemahan seseorang adalah dosa besar walaupun benar. Kelalaian beliau dalam menjalankan tugas dan ibadah bukan tugas saya tetapi perhitungan antara dia dengan Tuhan. Tolong hayati Al-Hujurat 12 atau Al-Humuzah 1

      3. Anda tidak dapat maju dan melangkah kehadapan kerana mental anda tersangkut oleh perkara yang diluar kawalan seperti marah keatas kepincangan pemimpin. Sedangkan anda diperlukan untuk menolong menyelesaikan kemungkaran. Dan anda akan terus-menerus tersangkut selagi anda bersikap ‘Bangau oh Bangau.4. Anda bermatlamat merobah pemimpin dengan cara anjing menyalak bukit, sedangkan anda belum pasti dan saya pasti anda tidak boleh berubah. Tuhan tak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri mengubahnya (Ar-Rad 11 dan Al-Anfal 53)”

      5. Memang betul saya berada jauh, tetapi anda yang berada di kampong juga mengaku ‘mendengar dari AJK dan mendengar dari Imam’. Sepatutnya anda terlibat dalam merancana strategi bukan hanya mendengar. Anda berada dekat tetapi sebenarnya jauh dari masalah kampong. Ini bukan sifat munafik tapi kurang bertanggungjawab terhadap masalah kampong. Anda hanya handal dalam skima menjatuhkan pemimpin bukan penghapusan maksiat.

      6. Sila perhatikan ungkapan ini : “….tapi niat kan meliat apa yang dirancang, dengan harapan kampung kitani maju”. Selemeh-lemah manusia dan senegatif-negatif manusia di Zaman Batu ialah apabila hanya “ meliat’ dan menaruh ‘harapan”. Kami terkejut, dizaman dunia mahu kiamatpun masih ada manusia yang belum berubah.

      7. Apa yang saya katakan hanya teori kepada yang buta hati. Salahkah apabila saya katakan kita bersatu untuk menghadapi musuh utama. Mengapa di tempat lain ianya efektif? Islam juga menyuruh kita bersatu dalam semua segi. Itulah sebabnya saya kata buta hati kerana, secara implikasinya anda mengatakan Islam itu teori. Kalau anda tidak setuju sila rujuk dengan Ustaz Islahuddin.

      8. Kami sedar, seperti orang lain termasuk saya, penghulu atau mana-mana pemimpin mempunyai kelemahan, sumbang malah kadang-kadang ganjil. Tetapi manusia yang paling lemah ialah orang yang senantiasa menimbulkan kelemahan orang lain. Orang yang jahat ialah orang yang senantiasa menceritakan kejahatan orang lain.9. Syukur, ada segelintir yang bertindak terutama sekali tuan imam. Saya amat bangga dengan tuan imam. Tetapi pengomen #3 mahu tunggu apa? Mahu tunggu pemimpin berubah menjadi manusia maddani baru nak join al fadil imam? Patutlah dia kata ‘meliat’ dan ‘harapan’.

      10. Pengomen #3 adalah manusia yang paling lemah sekali pernah dilahirkan di Kampung Punang, kerana dia mengharapkan orang lain bertindak dan yang paling mengecewakan dia menunggu penghulu ditukarkan. Macamana kalau pemimpin yang dipersoalkan itu tidak mahu berubah?

      11. Selepas ini tolong tanya Ustaz Islahuddin; apakah menghina, mencaci dan mengumpat kelemahan pemimpin cara terbaik untuk menyelesaikan masalah social. Kalau dia setuju dengan anda, tindakan anda adalah yang terhormat.

      12. Sebelum saya rehat, saya masih mempertahankan bahawa kitani mesti bersatu untuk membenteras maksiat dan saya masih mempertahankan, berkabilah bukanlah cara yang efektif.

      ...... akan disambung.....

      BalasPadam
    8. Tanpa Nama19/5/09 7:16 PG

      Inda sangka jua ada urang macam pegomen no 5 atu. Ngapa Hj Nazir inda mengatakan no 5 atu orang paling malang dilahirkan di Punang. Siapa Uz Islahuddin lagi tu nya... Dah lah jauh hatinya dari mesjid. Dipertikaikannya lg ustaz tuu..
      Yang no 3 atu (wahai tuan hj) ada benarnya. Ngapa pulang dihentam, dituduh macam2. Apa taraf hj kan menilai ia orang lemah, malang. Baik jua lg ia ada niat kan meliat punang maju drp penghulu kitani yang inda ada niat atu. Ulasan tuan hj atu sikit sebanyak menjejaskan kewibawaan. Marah biarlah bertempat. Ulaslah dengan bijaksana. Baik jua sudah no 3 atu hampir dengan masjid. kalau tuan hj terus menghemtam dan melabelnya macam2, karang terjerumus ia arah main ketam. mau hj ada saham dosa sama kah? Aku ani inda jua luaa bejasa arah kampung, tapi teguranku arah hj (kalau diterima, terima kasih, kalau inda, inda apa, aku inda marah)kalau kan komen orang lain, jangan luan menghentam sampai cuba mematah semangat urang lain, apatah lg yang dah berjinak2 dgn masjid. Pengomen lain mungkin ada jua yag tersasar, maklum urang kampung mcm aku ani, IT pun inda brapa. Hj atu orang berwibawa, komen hj kadang2 diliat sebagai gaya kepimpinan.

      BalasPadam
    9. Tanpa Nama19/5/09 7:40 PG

      Geng si bunaikah no 5 atu? Urang lain (tmasuk Us Islahudiin) takutkan si Bunai nya. Ia mcm mana, inda jua ia berani menghalau si bunai atu. Hj marahkan no 5 atu sbb menuduhnya jauh dr punang. Ada jua banarnya no 5 atu. Komennya inda juga luan kasar mcm no5. jgn luan naik darah hj. Hj, yang patut dimarah no 5 atu.. menuduh orang perangai kuyuk. Kalau perangai kuyuk inda ia berusaha mendengar ceramah ustaz.

      Kitang baik namaku.

      BalasPadam
    10. Salam Kalian,

      Kalau saya bernada marah, maka into bukan salah siapa tetapi kelemahan saya sebagai manusia. Terus terang saya katakan, saya cukup allergic kalau ada orang mengaku pandai tapi tidak faham atau sengaja tidak faham dengan apa yang diutarakan. Lebih kronik apabila dia memilih jalan yang negative. Kami hanya meminta supaya dibaca dahulu sebelum komen. Tidak lebih dari itu!

      Cuba fikirkan, mengapa orang kampong kitani lebih faham bahasa ‘jangantah mengungkit kisah lama’ dibanding dengan manusia bernama pengomen #3. Bukan ajaib namanya. Kitani tidak perlu mengetahui siapa pengomen itu, tapi cukup kalau kami mengetahui apa niat, matlamat dan buah fikiran dia. Kami tidak ada masa untuk mencari siapa dia. Kalau dia memberi fikiran yang bernada maju, kamilah orang pertama akan memartabatkan dia. Seringkali saya katakan, laman ini direka untuk memartabatkan kampong dan jemaahnya, bukan sebaliknya.

      Cuba kitani fikirkan apa untung kita ‘menggali kubur yang lama hanya untuk mencari keaiban simati’. Kami tidak menyokong perbuatan penghulu dan juga tidak membenarkan perbuatan pengomen #3 yang lapok. Apakah kegelisahan saya masih ‘tidak bertempat??”

      Kalau disebabkan komen-kontra saya dirasakan keras dan menjatuhkan sesiapa yang terasa, itu bukan kehendak saya tetapi adalah kemahuan dia sendiri yang berminda gostan.

      Terus-terang, kami tidak mempertikaikan keprihatinan dia terhadap masalah kampong, tetapi mengapa mahu berpecah tatkala kami mencadangkan harmoni dan berpasukan. Mengapa tidak kata: “OK kita cari formula”. Dalam hal berperang untuk kebaikkan kampong kita bukan hendak menang berdebat tetapi mengalahkan musuh utama. Mengapa pengomen menghina diri sendiri hingga menjatuhkan martabat diri tetahap menjadi musuh harmoni dan musuh perpaduan.
      Saya pernah mempersoalkan pembahagian tanah sakai ( atau mengoreng??) dan saya buat approach professional. Saya tidak berselindung, tertera nama saya dan akhirnya kesilapan diperbetukan dan Shaban, Hj Tundak, Matyasin mendapatkan hak mereka. Cuba fikirkan- apa biShaban dapat kalau approach saya seperti anjing menyalak bukit?.

      Itulah saya kata orang seperti pengomen #3 perlu merobah sikap, budaya dan cara berfikir. Kalau dia masih berfikir begini, Kami rela kehilangan dia daripada dia mempengaruhi dan merosakkan pemikiran orang kampong. Pemikiran dia bahaya daripada orang yang bermain judi. Orang bermain judi memang nyata dan ketara tetapi, pemikiran yang bercirikan memecah qariah sungguh subversive. Orang akan seronok mendengar dan akan percaya dia. Perbuatan ini sama dengan Islam orientalis. Memangpun tujuan utama dia untuk mempengaruhi orang lain supaya pendengar menyokong dia.

      Banyak kali saya katakan, anda boleh mengkritik kami tapi bukan mengumpat. Contohnya : “ Hj saya tidak setuju dengan saranan ‘berpasukan’ kerana sebab-sebab berikut……” Silakan. Kita berdailog secara ilmiah dan dialam nyata. Tidak rugi kalau bercanggah pendapat. Tetapi kalau nak mengumpat jangan bawa saya. Saya sudah cukup banyak dosa, mengapa saya perlu menambah?

      Saya sudah cadangkan dan Ketua Ranting PJ bersetuju untuk berdialog dengan Penghulu, KK, JKK, Pengerusi Masjid, Polis dll, untuk menyelesaikan masalah ‘kasino’ dan masalah lain. InsyaAllah dengan niat yang suci dan dalam keadaan harmoni kita akan berjaya. Saya harap Pengomen #3 memunculkan diri untuk menjayakan formula ini. Sama-samalah kita berjuang. Kami tidak akan menunggu Penghulu untuk bertindak, biar kita yang mendahului tindakan beliau. Anggaplah beliau sebagai koran buruk.

      Masa sudah terlalu sedikit untuk menuggu orang yang gostan.
      Salam Hormat
      Nazir

      BalasPadam
    11. Tanpa Nama20/5/09 7:17 PG

      Terima kasih saudara Najay,
      Saya sangat setuju dengan istilah 'koran buruk' itu. Doa dan harapan saya dan seluruh warga kampung semoga judi dan maksiat dapat dihapuskan, kampung dapat dimajukan, industri kecil dibangunkan. Kita tak perlu bergantung 100% kepada bantuan kerajaan. Sama-samalah kitani menyedarkan orang kampung bermula dari ahli keluarga sendiri. Hentikanlah saling menyalahkan orang lain.

      Perantau Bermusim

      BalasPadam
    12. Salam Perantau Bermusim,

      Doa orang yang merantau banyak ertinya kepada kami. Dan saya setuju saranan menghentikan pertelingkahan/berkabilah. Saya dapati anda orang yang waras kerana antara orang yang tidak menunggu bantuan kerajaan.

      Dengan ini juga saya ingin tarik balik perkataan ".... manusia yang paling lemah ialah orang yang senantiasa menimbulkan kelemahan orang lain. Orang yang jahat ialah orang yang senantiasa menceritakan kejahatan orang lain" Saya terbaca dan teringat prasa di atas suatu masa dulu tetapi apabila saya cuba rujuk hadis, saya tidak jumpa prasa yang serupa. Saya minta maaf.

      Salam hormat
      Nazir

      BalasPadam
    13. Saya rasa beruntung kampung ini mempunyai orang yang bernama Najay/Nazir. Tegas dan berpendirian. Berpemikiran yang bertaraf antarabangsa. Tulisannya ada krisma. Yang paling mulia, apabila beliau menarik balik perkataan diatas. Tidak ramai yang jujur dan sanggup mohon maaf seperti dia. Orang kampung ini sepatutnya menilai beliau sebagai permata dan ambil pemikiran beliau.

      Salam.
      Orang Luar

      BalasPadam
    14. Assalamualaikum,

      Satu contoh dan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. jarang ada org maca atu. mengapa penghulu, kk, jkkk inda bersifat macam Najay, minta maaf atas kesalahan. Atupun blum tau perkataan Hj atu inda lurus. Maruah hj mungkin sedikit terkurang tapi kesannya pd pembaca amat baik. teruskan sifat yang jujur Hj.

      sekian

      BalasPadam
    15. Salam Orang Luar (#13),

      Saya kurang pasti samada pujian atau cacian, tetapi saya ingin bersangka baik terhadap anda. Saya ucapkan terima kasih, tetapi sebenarnya taraf saya bukanlah setinggi yang saudara katakan walaupun saya teringin menjadi personaliti bertaraf global.

      Bagi pihak pentadbir ini, kami ucapkan syabas kerana melawat laman ini dan dengan sumbangan idea dari mana-mana pihak kami yakin laman ini menuju kearah sumber informasi yang berkualiti dalam masa terdekat ini. Harap bersabar.

      Salam Hormat

      Nazir

      BalasPadam
    16. Salam Kalian,

      Ada pengomen yang mencadangkan agar diadakan satu ruang forum untuk kitani. Cadangan yang baik, tetapi saya rasa belum tiba masanya lagi kerana ada segelintir kita masih belum bersedia berforum secara ilmiah. Saya takut kalau-kalau ruang itu digunakan untuk membantai orang lain yang mungkin tidak ada ruang dan upaya untuk mempertahankan diri.

      Selain dari itu, ada orang yang masih takut dan berselindung disebalik bermacam-macam nama.

      Salam hormat - Nazir

      BalasPadam
    17. pasal forum tu, rasanya biar la komen di buat secara terbuka. lagi pun forum tu mesti register dulu, baru boleh post/ambil bahagian dalam forum.

      jangan la buat pasal politik saja, mungkin boleh buat pasal hobi, pasal it, pasal computer, gaya hidup.

      dan mungkin forum tu boleh di promote seluruh lawas..

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: MANA AKAUNTABILITI PEMIMPIN UGAMA? Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top