Terkini
  • Terkini

    Khamis, 28 Mei 2009

    FORUM - MISKIN ITU HARAM DALAM ISLAM

    Seekor harimau tidak akan memakan anaknya sendiri. Namun, mengikut surat khabar, di Indonesia seorang ibu tekad membunuh dua anak kandungnya. Semasa soal siasat, sang ibu yang agamanya Islam, mengaku terpaksa melakukannya kerana terdesak oleh kesempitan hidup.

    Berita tragis begini sudah tidak mengherankan lagi kerana sudah kerap kali kekejaman berlaku disebabkan oleh kemiskinan. Di negara kita ramai yang terkorban akibat tindakan peragut beg tangan yang kejam.

    “Kesangsaraan yang paling sangsara ialah miskin di dunia dan disiksa di akhirat” Hadis Riwayat At-Thabrani.. Hatta Rasullah pernah berdoa: “ Aku berlindung kepada-Mu dari kemiskinan dan kekufuran” – Hadis Riwayat Abu Dawud.

    Dengan hujah di atas, saya berani katakan MISKIN ITU HARAM DALAM ISLAM. Anda semua di minta membuat komen mengenai topik ini dan saya akan meneruskan DAN memanjangkan artikal ini setelah mendapat komen dan hujah-hujah anda kalian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 KOMEN:

    1. SALAM UNTUK YANG MEMAHAMI,

      Tuhan itu maha kaya,tapi mengapa masih ada umatnya miskiin?Kita bukan mempersoal tentang kebesaran atau kekuasaan Tuhan tapi seandainya miskin itu haram mengapa Tuhan ciptakan kemiskinan?Adakah Tuhan itu kaya dengan kemiskinan?

      Kita tidak boleh menyalahkan sang harimau keatas pembunuhan anaknya kerana binatang tidak dibekalkan akal seperti manusia.
      Kita akan tetap menyalahkan manusia diatas pembunuhan darah dagingnya sendiri kerana kita sedia maklum bahawa manusia ialah sebaik-baik kejadian yang diciptakan.
      Adakah dalam kes pembunuhan anaknya sendiri ini orang Islam?Kalau bukan Islam saya tak dapat komen tapi kalau orang Islam mungkin saya ada sedikit fakta.

      Kita kembali kepada asal kewujudan manusia itu,adalah dari tanah.Sejarah pembunuhan manusia pertama ialah Qabil dan Habil.Sebelumnya setan telah berjanji untuk menyesatkan umat manusia di hadapan Tuhan.Kes-kes seperti ini bersangkutpaut dengan keimanan yang longgar dean ditambah dengan peranan setan yang begitu licik dan terancang.

      Kemudian kita kembali kepada sistem kehidupan kita,disekeliling kita dipenuh dengan sisitem yang meruntuh institusi keluarga dan moral.Setiap saat dan ketika kita selalu disajikan dengan benda-benda yang membuat kita lalai dan alpa dari meraih kehidupan sebenar.

      sistem ekonomi yang berlandaskan kapitalis,sistem kehidupan harian yang diamalkan adalah sekularis dan ada sebahagiannya yang tidak mempercayai agama(free thinkers).

      Dan yang terdekat kita masih mengamalkan istilah 'indakuasa'.yang condong kepada syirik.Masih ada umat Islam yang melilit 'jimat' dilengang dan mentafsir mimpi yang menghalang kepada keberkatan.

      Walaupun benda-benda begini remah-temah tapi secara tidak langsung ia akan menjadi penghalang kepada kehebatan dan kemajuan umat Islam itu,terutama umat Islam Melayu sebelah sini.

      Yang hebat itu adalah milik Allah dan yang banyak silap dan salah itu adalah aku.

      telorpecaaaah.

      BalasPadam
    2. Saya kurang setuju dengan topik diatas kerana apabila disebut perkataan haram, ia membawa erti badusa. Adakah badusa jika kita miskin. jika begitu tak payahlah orang miskin beribadat kerana udah badusa. Salah tu eh....
      mana tia orang pandai-pandai bakurapak atu? Pandai hantam orang saja kali. Mana si M atu?

      BalasPadam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: FORUM - MISKIN ITU HARAM DALAM ISLAM Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top