Terkini
  • Terkini

    Isnin, 4 Mei 2009

    Mulianya orang berhijrah


    Bagi saya ‘merayau ke sana ke sini mencari nafkah’ dalam konteks di bawah ini bermakna “berhijrah untuk mencari rezeki”. Dalam konteks prasa seterusnnya, saya boleh simpulkan segelintir orang kitani melihat atau menganggap BERHIJRAH itu bukan sesuatu yang istemewa atau mulia. 
    Tanpa Nama (2/509 11:28 am): Haruskah kita bersengketa selama lamanya hinggakan anak anak kampong merayau kesana kesini mencari nafkah untuk sesuap nasi!!!Tengoklah keadaan anak anak kitani sekarang nun jauh mencari nafkah. Kerana apa ...rakusnya sebilangan org kitani yang tidak menghiraukan kebajikan org kitani...masaAllah.
    Pendapat ini kurang tepat kerana selagi manusia berhijrah dengan tujuan amal ibadah selagi itu dia mendapat pahala setimpal dengan jarak tempat kelahirannya. Pada zaman Rasullullah ada seorang lelaki yang meninggal dunia yang tempat kelahiran ialah Medinah. RAsulllullah lalu bertanya adakah dia meninggal ditempat yang lain. Apabila para sahabat bertanya apa relevannya soalan itu, Baginda lalu bersabda “ Sekiranya dia meninggal di tempat yang lain, sudah pastilah, tempat lahir dan ditempat dia meninggal itu akan diukur oleh para malaikat dan diberi pahala sebanding atau setaraf jarak diantara dua tempat itu” 

    Nabi Ismail dan Ibu Baginda, Siti Hajar berhijrah dari Palestin ke Mekah dan sehingga kiamat umat islam akan beroleh nikmat dari air Zamzam Nabi Ismail a.s. Malah penghijrahan Nabi Muhamad dari Kota Mekah ke Medinah bukan saja mengembangkan Islam dikalangan orang Ansar tetapi satu taktik perperangan. Khutbah terakhir Nabi Muhamad juga mengalakan umatnya berhijrah untuk menyebarkan agama Islam.

    Orang Arab berhijrah untuk mencuba peluang-peluang yang baru bagi mengusahakan rezeki yang baik disamping berdakwah. Natijah, dari tawakal yang tinggi, mereka akhirnya bukan saja membina empayar perniagaan yang besar malah mengislamkan masyarakat setempat.

    Saya kurang ingat tentang surah yang tepat, tetapi Surah An-nisa kira-kira ada menyebut- orang yang berhijrah akan mendapat REZEKI yang banyak dan kemakmuran. Dan jika ia mati, ia akan mendapat pahala hijrahnya disisi Allah. (Saya akan update jika jumpa surah tersebut)

    Masalahnya ada segelintir orang kitani terkongkong oleh pepatah: "Walaupun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri” Pepatah ini adala satu penyelewangan terhadap bangsa kita bukan saja pepatah ini bertentangan dengan Islam tetapi juga menjurus kearah berfikiran katak bawah tempurong. Pepatah ini menghalang kemajuan bangsa kita.

    Lihat disekeliling kita, Saudara Salleh adik Saudari Lamut telah membuktikan berhijrah itu manis. Mengapa harus kita tunggu Teluk Brunei sedangkan kita mengetahui isi perutnya sudah berkurangan. Mengapa tidak berhijrah ke tempat yang banyak kerja dan peluang. Keluarga Kahar Mail membuat pilihan yang tepat dengan berhijrah ke negeri orang.

    Maksud berhijrah disini bukan bermakna lupa terus dengan kampung halaman walaupun perbuatan melupai terus itu tidak berdosa. Sesiapa yang ingat dengan tempat lahir, lebih-lebih lagi ada sedikit prihatin terhadap keadaan kampung - kita ucapkan syabas dan tahniah.
    Wajib diingat, 
    • Allah menyuruh kita bersungguh sungguh mencari rezeki meskipun terpaksa meninggalkan tempat kelahiran.
    • Orang yang meninggal dunia diperantauan lebih baik daripada meninggal di tanah kelahiran sendiri.

    print this page Cetak halaman Ini
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. Tanpa Nama4/5/09 1:30 PTG

      Salam, Alhamdulilah, dikesempatan ini saya masih dapat meluangkan masa dan diberikan kesihatan untuk memberi komen. Saya setuju dengan catatan saudara najay. Pepatah ini "Walaupun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri” tidak bermakna kita akan lupa daratan ataupun dari mana asal kita. Bukalah minda, renung-renunglah dipersekitaran kita, jika tidak dapat menambahbaik kehidupan kita, tidak salah kita berhijrah mencari rezeki, mencari ilmu. Banyak boleh kita pelajari di negeri orang lain, banyak iktibar yang boleh dijadikan panduan. Keluarlah dari kepompong agar kita dapat merenung kembali dimana kekurangan kita. Disamping itu bagi yang berhijrah jangan lupa dengan tempat asal kita. Jenguk-jenguklah seketika, agar rakan sekampung dapat menikmati apa yang kita kecapi di tempat lain supaya hati dan minda mereka terbuka. Sama-samalah kita mempertingkatkan kemajuan yang ada ditempat kita.

      BalasPadam
    2. Tanpa Nama4/5/09 4:20 PTG

      salam semua,

      syukuralhamdullillah,simareesta kembali lagi setelah jari-jemarinya masih baik berfungsi.Hijrahnya simareesta dari satu laman kesatu laman menandakan simareesta mencari kelainan dalam pemilikandan penciptaan budaya blog.apakah pencarian ini akan berhasil?minda terus merakus masa,jiwa terus melahap situasi dan harapan akan menelan masa silammu.maka lahirlah provokasi dan terciptalah presepsi.

      harapan kita memang besar,
      harapan untuk merasai masa berputar 25jam sehari kerana ada antara kita merasakan bahawa 24jam itu tidak mencukupi.
      harapan untuk melihat punang.com dilayar 100 pelayar setiap masa.
      harapan untuk melihat warga punang(terutama pelajar)melayar internet mencari bahan rujukan dirumah.
      harapan untuk mendengar tidak ada lagi main katam.

      apakah harapan tinggal harapan seandai tiada penghijrahan?
      adakah penghijrahan itu akan merobah gelombang kehidupan?
      selagi minda tidak dianjak dan semangat tidak disuntik penghijrahan akan jadi kosong dan takkan menghasilkan keuntungan berpanjangan.
      apakah penghijrahan menjana peluang.

      mareesta

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Mulianya orang berhijrah Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top