Terkini
  • Terkini

    Rabu, 20 Mei 2009

    OTAK MANUSIA DAN KEMATANGAN BERHUJAH



    Semua manusia mempunyai siaz dan berat otak yang sama iaitu disekitar 1.3 kilogram seorang dan mempunyai 12 billion jumlah neuron. Otak kita dianggap paling mulia kerana Allah meletakkannya paling atas sekali.

    Semua manusia dilahirkan pintar atau genius. Inilah anugerah Allah supaya umatnya berfikir, berfikir dan terus berfikir. Otak kita paling aktif apabila membaca dan menulis tetapi kaku semasa berehat. Seperti badan kita, otak memerlukan latihan harian, memakan makanan yang berzat dan tidur yang mencukupi.

    Disebabkan otaklah kita berbeza daripada haiwan. Kita dilahirkan sebagai anak yang suci dan dimatikan sebagai seorang doctor, penghuni menara, atau saintis. Berbeza dengan haiwan, emak monyet melahirkan anak monyet dan terus mati sebagai monyet. Ertinya manusia adalah mahluk yang special disisi Allah.

    Tetapi persoalannya, mengapa sebahagian menusia tidak genius setelah dia membesar. Malah ada yang memilih jalan hina dan kotor. Tidak kurang yang memilih jalan tengah. Sebenarnya manusia tidak dilahirkan berbeza-beza tetapi proses pembesaran disebabkan perbezaan persekitaran dan budaya yang membuat manusia berbeza.

    Ambil contoh cara sebilangan manusia berfikir dan berhujah. Kematangan manusia berhujah berpunca daripada dua input iaitu: apa yang dia baca dan apa pengalamannya

    Apa yang dia baca bermaksud apa yang dia terima setelah membaca buku, majalah atau pelajaran di sekolah. Kalau seseorang itu rajin membaca mengenai undang-undang, maka dia akan berhujah mengenai undang-undang dengan baik dan hebat. Kalau seseorang suka membaca suratkhabar berbahasa Inggeris, bukan saja dia mendapat informasi malah boleh meningkatkan bahas ‘England’nya.

    Andaikata seseorang itu suka membaca bahan yang berupa anti-establishment maka dia akan senantiasa mencari kesalahan pemerintahan dan akan berhujah apa yang dia dapati. Paling merbahaya, seseorang itu tidak dapat menilai antara betul atau salah. Kalau pemerintah bertukar sekalipun, dia akan masih mencari kesalahan pemerintahan yang baru kerana cara dia berfikir sudah menjadi budaya dalam dirinya.

    Begitu juga kalau seseorang itu membaca propaganda mana-mana pihak tanpa menilai atau tanpa kemahiran analitikal, maka ia akan mempercayai dan mengikut dengan membuta tuli.

    Pengalaman adalah input kedua yang mematangkan cara manusia berfikir. Input ini termasuk kemahiran bekerja. Seseorang yang pernah mengembara ke Jerman akan mahir bercerita mengenai Jerman dan jika seseorang yang pernah mengalami kemalangan bukan saja boleh menceritakan mengenai pengalaman beliau malah boleh memberi nasihat bagi menghindar berlakunya kemalangan. Seorang juruterbang boleh mengajar macamana mengendalikan kapalterbang dibandingkan dengan seseorang yang bekerja menjaga api letrik.

    Tetapi adunan kedua-dua input ini adalah paling baik bagi seseorang manusia. Hujah bersandarkan perasaan, fikiran dan intrepretasi sendiri adalah salah satu proses berfikir yang kurang tepat malah boleh membawa kekecewaan. Malah apa-apa tindakan dan keputusan yang dibuat mungkin memakan diri sendiri.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: OTAK MANUSIA DAN KEMATANGAN BERHUJAH Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top