Terkini
  • Terkini

    Ahad, 3 Mei 2009

    PENGURUS BARU dan PESERTA KURSUS


    Setelah membaca semua komen yang disematkan pada artikel “Ranting oh Ranting”, bukan hanya saya banyak idea untuk menulis tetapi boleh meminjam kata-kata atau prasa-prasa yang baik, bernas dan juga tidak kurang panas dan ganasnya. 

    Komen-komen itu juga membawa ingatan saya kepada seorang peserta seminar 12 tahun lalu. Masa itu saya mewakili entiti tempat saya bekerja mengadakan seminar mengenai Performance Management System kepada semua staf. Komen peserta berbunyi: “Saya tidak suka kepada ketua saya yang AKAN berpindah ke cawangan kami, kerana beliau selalu keluar pejabat, beliau tidak ramah dengan staf dan tiap pagi selalu baca surat khabar…..” Saya tanya peserta, “How much do you know about him?” Dia jawab: “Never know him!” Saya minta dia harungi pengelaman bekerja dengan pengurus itu dulu dan lepas itu baru buat kesimpulan.

    Selepas sesi itu saya terpanggil untuk mengetahui dan menyelidik mengenai Pengurus tersebut. Rupa-rupanya apa yang dikatakan berbeza 360 darjah. Pengurus itu adalah pengurus yang produktif dan di posting ke cawangan yang bermasalah disiplin, produktiviti, dan peningkatan bisnis. Beliau adalah seorang “trouble shooter”

    Berbeza dengan pengurus sebelum ini, Pengurus baru ini bekerja lebih proaktif dalam meningkatkan bisnes, membuat perubahan proses dan cara dan polisi berorientasikan kerja keras. Staff yang tidak menjaga masa dan curi tulang diberi kata-dua. Apabila pengurus ini mendapat banyak tentengan, beliau berkata:
    "...sesiapa yang tidak mahu ikut perubahan, dia boleh keluar dari organisasi ini. Jangan menggangu orang yang ingin maju. Organisasi ini bukan organisasi amal atau rumah cacat akal. Organisasi ini mesti terus bersaing untuk hidup. Kita tidak mahu dibebankan oleh orang yang berfikiran negatif. Kita hanya memerlukan cadangan dan kritikan membina…”
    Secara lahirnya, sesiapa saja akan menhadapi tentangan kerana ramai manusia tidak suka kepada perubahan. Sesetengah beranggapan perubahan itu menyeksa. Manusia ingin sentiasa berada di zon Selesa. TETAPI manusia lupa Zon Selesa itulah sebenarnya membawa kepada kemunduran, pembunuh nombor satu kepada kejayaan sebenar dan membawa kekolotan minda. Orang yang berada di Zon Selesa mempunyai pemikiran yang buntu.

    Di mana saja, pasti ada orang yang berkarektor seperti peserta seminar tadi. Prejudis, berpandangan negatif, mengaku pandai, tidak berfikir di luar kotak (meminjam kata-kata Hariz, Tanpa Nama, Aku Bukan Mareesta, Pisang Hutan , dll).

    Dan Kampung kita memerlukan orang seperti Pengurus baru yang tidak akan tumbang oleh hasutan, berdiri tinggi dalam cercaan. Bukan itu saja, memikirkan macamana merevolosi-mentalkan SEGELINTIR kitani terutama yang masih berfikiran di dalam ‘ompok’

    Cetak Halaman Ini
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    13 KOMEN:

    1. Tanpa Nama3/5/09 3:18 PTG

      salam semua,

      tiba-tiba nama si mareesta gagah dan popular,tiba-tiba juga hati dan jiwa kita amat terluka dan terhiris dengan komen simareesta.dan tiba-tiba juga kita tidak berpuashati maka lahirlah komen panas.

      seandainya kita memerlukan pengurus baru,biarlah seorang yang dapat menangkis dari serangan-serangan si mareesta.kita tidak boleh menyalahkan simareesta seratus peratus,mungkin ada kebenarannya,kita kena buat kajian atau mungkin simareesta ada dendam peribadi terhadap pengurus baru.tidak semestinya yang baik bagi simareesta itu baik untuk si hariz,pisang hutan dan lain-lain.

      si pengurus baru mesti mempunyai aura untuk menyatupadukan masyarakat,berkrompomi dan berdiplomasi dalam menangani seribu satu masalah,atau sekurang-kurangnya senyum selalu supaya hati yang yang kecewa dan marah sejok jadinya.

      sipeserta kursus juga harus memahami dan melihat diri bahawa kursus adalah untuk menambah ilmu.


      akulah..........!

      BalasPadam
    2. Tanpa Nama3/5/09 3:44 PTG

      Salam uncle semua,

      Palui jua Punang.com ani ah.... Ia saja kami lawati. Siok jua membaca komen bisdikita atu. macam bakalaie. Hebat dan dramatik. Inda jua boring nah....

      Salam dari Pelajar

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama3/5/09 7:32 PTG

      Salam Semua,

      mareesta gagah??? bukan BAGAH. maresta pupolar untuk perkara yang songsang. Kebangaan mareesta ialah menghina dan mencerca orang lain. Itu saja ugama dia. Lahirlah Ugama Mareesta

      BalasPadam
    4. Tanpa Nama3/5/09 9:08 PTG

      Assalammualaikum...

      Petikan dari kata kata Tanpa Nama 03/05/09 03:18pm =
      'atau mungkin simareesta ada dendam peribadi terhadap pengurus baru'. Pada pengamatan saya sebenarnya si Mareesta bukan dendam terhadap Pengurus Baru.Si Maressta sebenarnya sudah menyimpan dendam kesumat nya sekian lama terhadap Pengerusi PBB,TK,Penghulu,Konselor dan kaum kerabat serta terhadap mereka mereka yang Pro kepada Pengerusi PBB Kpg Punang.
      Setelah di amati setiap komen yang tulis oleh si Mareesta ternyata cara beliau berfikir dan mentafsir sesuatu dan keadaan penuh dengan kebencian dan merasa beliau sahaja yang pandai dan betul.kalau kalian tidak percaya,sila baca komen komen yang Mareesta tulis selama ini di Artikel Artikel yang lepas.Adalah dipercayai si Mareesta ini juga menggunakan Nama Samaran yang lain dalam membuat Komen,ini dapat diperhatikan dari Gaya Bahasa dan Ejaan beliau.Beliau juga tidak keseorangan,beliau ada Kawan rapat yang sentiasa menyokong beliau yang perangai nya hampir hampir sama.
      'Patungut Bakau'

      BalasPadam
    5. tapi apa salahnya kalau si mareesta atu buat bersuara? sekurang2 nya ia nampak apa kekurangan orang lain, nda la orang nampak kelebihan orang lain saja. dengan cara atu dapat la di seimbangkan.

      BalasPadam
    6. Mareesta pernah ugut penduduk lawas dalam komen beliau pada artikel 'Program Khas Sambutan Maulidur Rasul' pada 10 Mac 2009."...maka jangan terkejut buat Datuk Amar,bahawa akan ada satu boikot atau 'penghijrahan kepercayaan' dari BN ke PR"

      BalasPadam
    7. Nah..banarkan..!! Tahniah saudara Tanpa Nama 3/5/09 10:24PM.Saudara merupakan seorang Analisys Person.
      'Patungut bakau'

      BalasPadam
    8. Tanpa Nama4/5/09 9:07 PG

      Salam utk semua.Sebenarnya apa kah yang diperabut antara si mareesta dan Pengurusi PBB baru tu ? Ginilah peramba bak kata pepatah cubit paha kiri paha kanan terasa jua!Kita utamakan SATU KITANI seperti yang dilaung laungkan oleh Pemimpin kita SATU MALAYSIA !Jgn tah dibangkit bangkitkan lagi emosi emosi lama tu.Ayoh KITANI majukan ke hadapan dan jadikan KITANI sebuah masyarakat yg berintergriti.

      BalasPadam
    9. SALAM URG Punang.com suruh sj Sulaiman Hj Tuah jadi ketua PBB PJ atu ia bepengalaman di kpg punang dlm PBB, Timbalan Saban inda sakit kepala. daripada urg yg jauh di kch, biar lah urg di pj yg memikirkan dan mengusahakan kpg nya. kalau hj najay mau tolong atau bantu sj, inda payah tah hj sama c bohari memgang jawatan sekiranya hj dan bob benar-benar dan ikhlas mau menolong urg pj. Lg pun hj sma bob masa ni di kch sebagai perantara urg pj utk menyampaikan apa- apa hal yg perlu di sampaikan kpd datuk amar. Mun hj sma c bob ikhlas bg sj urg pj sendiri yg mengurus hal ani, banyak generasi muda perlu di ketengahkan. Seperti Saban, Awg Marajeh, awgku daud, jainal hj timbul, matzin, mereka ini berpengalaman juga utk di ketengahkan.

      BalasPadam
    10. Salam pada semua pembaca, pengomen dan penulis blog kesayangan Kampung Punang ini.
      Saudara sekelian,
      'Menjadi pandai pada orang lain lebih senang daripada menjadi pandai untuk diri sendiri',
      Pasti anda terfikir sejenak dengan ayat itu, kerana saya pasti anda pun pernah berbuat begitu, tapi saya tak hairan dengan sikap sedemikian.

      Saudara sekelian, persoalannya sekarang, apakah ciri-ciri ketua yang anda mahukan?
      1.Kaya
      2.Berpengaruh
      3.Berpelajaran
      4.Tua atau Muda
      5.Orang yang boleh di ampu
      6.Dengar cakap (Bedukang makan tai)
      7.Dan sebagainya..

      Saudara sekelian, banyak perkara yang tak akan dapat di selesaikan seandainya kita hidup satu Kampung tetapi masih berpuak-puak, setiap orang ada pendirian masing-masing yang mereka rasa pendirian mereka betul, ditambah lagi jika ada orang tua-tua di kampung yang penuh dengan dendam lama, kerana sikap dendam ini lah yang akan merosakkan kemajuan sesuatu bangsa, benci pada si anu itu, tak kan anda benci seluruh keluarga nya, itu adalah kesilapan kita sendiri.

      Untuk mencari ketua/pemimpin yang berkebolehan adalah sesuatu yang rumit jika kita masih bertikam lidah sesama sendiri. Memang tak di nafikan, penduduk kita mempunyai otak-otak yang boleh membawa kemajuan kepada kampung kita, tapi masalahnya mereka ini hanya pandai berbicara dan menghasut orang yang mereka boleh pengaruhi. Jika anda seorang ahli perniagaan, dan anda memiliki seorang pekerja yang pandai menghasut, saya rasa anda harus beri si penghasut ini 2 pilihan antaranya keluar dari perniagaan anda atau di terpaksa ubah diri nya, Kesimpulannya..si penghasut ini seperti kuman dalam hati anda, bila di biarkan kuman ini di akan merebak dan akan merosakkan hati anda, dan akan mati lah anda kerana hati anda tak berfungsi lagi.

      Kita boleh buat pemilihan ketua secara demokrasi, iaitu secara undian, tapi harus diingat, calon-calon yang akan bertanding MESTI memenuhi syarat yang di tetapkan. (Syarat-syarat itu pun penduduk mesti perbincangkannya)
      Kita mesti mencari pemimpin/Ketua yang boleh membawa kemajuan dari segala aspek, 'Disiplin, Keperibadian, Pengalaman, Pelajaran' adalah salah satu dari 1001 eleman penting untuk menjadi pemimpin yang berjaya, tak kan kita memilih seorang yang berperwatakan yang kaya tapi anak mereka menjadi pemabuk, main katam, penagih dan pengedar sabu! macam mana nak urus penduduk sedangkan keluarga sendiri pun tak terurus?

      Pada penduduk Kampung Punang, bawa lah berbincang secara sepakat perkara ini, walaupun kita memilih ketua untuk PJ, saya rasa tak jadi masalah jika kita bawa penduduk Punang semua berbincang, ingat lah..kita hidup bermasyarakat perlukan ketua yang benar-benar berkebolehan dari segala aspek.

      Maaf pada semua, saya hanya memberi cadangan, mungkin saya belum sesuai untuk memperbincangkan perkara ini atas dasar saya masih muda, tapi saya pun ada hak sebagai rakyat Punang.

      *
      1 minit untuk menilai
      1 jam untuk menyukai
      1 hari untuk mencintai
      akan tetapi bertahun-tahun untuk melupai
      (Jika kita temui ketua yang sesuai itu nanti)

      BalasPadam
    11. Tanpa Nama4/5/09 8:42 PTG

      Assalamualaikum Tunjang,

      Inilah masaalah kitani. Ingikan perubahan tetapi menolak org yang akan membawa perubahan. Inginkan kelainan daripada ranting yang lama tapi ingin ambil pengelaman dari sana. Cuba kita pikir secara rasional. Apa perubahan dan kelainan yg kumpulan Saban (KS) boleh buat? Kita sudah tahu betul kemampuan KS dan kitapun tau sedikit tentang Kumpulan Hj (KH). Cuba tanya diri sendiri siapa yang lebih bkemampuan?

      Kita jangan liat dimana mereka tinggal tapi kitani liat KUALITI mereka sebagai pemimpin. Hj telah terbukti dihormati di Kuching dan memegang banyak jawatan NGO dan terbukti berkesan. Mengapa kita mensia-siakan kebolehan orang kitani? Mengapa org kuching lebih mempercayai org kitani daripada org sendiri.

      melainkan kita sentiasa ingin berada ditakok macam Kepimpinan si Tuah kita perlu buat pertimbangan dgn matang. Banar Sulaiman hj Tuah ada pengelaman mengurus PBB. Tapi mana perubahannya dan peringkat apa. KH ani pengelaman peringkat negerilah..

      Tanya lagi- bolehkah KS menegur penyelewangan oleh pemimpin sedia ada. Kita perlu org yang digalati oleh Penghulu, DO atau pejabat tanah.

      Saya dengar samada KH atau KS inda mau keraja macam ini. tetapi mungkin ada 'arahan' KH terpaksalah. Memang banar hj boleh bantu dari luar tetapi sbg manusia biasa komitmen membantu diluar parti tidak akan didahulukan walaupun ikhlas. kalau berada di dalam parti, pemimpin terpaksa buat. Nasihat Tunjang itu memang TEORI yang bagus.Tapi teori saja. Mengapa perlu tolng dari luar sedangkan DO ada, penghulu ada, Saban ada, Sulaiman ada. Org kitani ani banyak cakap inda logik.

      Sebenarnya Hj inda perlukan jawatan ani tapi kitani yang memerlukan hj jika inginkan kepimpinan yang dinamik. Saya inda heran kalau Sdr Tunjang mahukan statik, sama seperti tunjang yang zaman berzaman jatuh terpacak.

      Jangan ingat saya dibayar untuk menyokong hj tapi saya adalah orang yang ingin melihat kelainan yang ketara. Kalau kumpulan Hj inda berkesan, kita perlu singkirkan mereka 5 tahun kemudian.

      Pisang Hutan

      BalasPadam
    12. Salam Pisang Hutan dan Tunjang,

      Tidak perlu dipertikaikan kerana kami dengan Saban adalah sama. Terus terang kami katakan, jawatan yang diprotemkan bukanlah idaman kami. PJ tidak semesti memerlukan kami kerana Penghulu dan JKKK sudah ada. Saya pernah diajak berparti di Bintulu tapi saya tolak tanpa alasan.

      Saya nasihatkan penduduk PJ, ikutlah selera dan pilihlah yang betul-betul layak. Saya tidak pandai berpolitik.Pujian Pisang Hutan menjatuhkan saya lebih jauh kerana ianya membuatkan 'expectation' orang lebih tinggi.

      Kalau setakat sebagai protem tiada halangan,dan kami akan pastikan undian berjalan selancar boleh.Saya sudah banyak pengelaman menguruskan pengundian diperingkat persatuan. Menjadi pemimpin bukan perkara mudah. Ianya satu amanah dan jika lalai berdosa jadinya. Pemimpin bukan satu keistemewan.Ianya satu deraan.

      Tua Kampung dan DO bukan galat dengan pemimpin tapi galat pada jawatan. Apa pendapat saudara Mareesta yang saya hormati?

      Nazir

      BalasPadam
    13. assalamualikum....kepada semua pakcik2 yng ku sayangi...mungkin saya terlalu muda(20) untuk mencampuri hal ini.terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan jika kata2 saya ni nanti menyinggung perasaan sesiapapun.ini hanya sekadar luahan hati saya.sebenarnya saya sentiasa menyelidik pa jua yang terjadi di kpg punang..saya sedih bila mengetahui ada saja perkara yang di pertikaian ajk tertinggi mahupun penduduk kpg sendiri.saya bertambah sedih apabila mengetahui penduduk kpg punang dan punang jaya semakin luntur ikatan bersatupadu mereka.sepatut nya mereka harus bersatu padu dalam semua hal biarpun nama kpg dan kedudukan rumah sudah berbeza..tidak kah mereka yang dipunang jaya tu terfikir,sebelum mereka menjadi penduduk punang jaya mereka membesar dan tinggal di punang...dan tidakkah mereka yang di punang tu terfikir bahawa mereka juga bakal menjadi penduduk punang jaya satu hari nanti..kan mereka ada lot tanah juga d punang jaya tu..kpg punang dan kpg punang jaya sebenarnya hanya berbeza dari nama tapi tak berbeza penduduk nya..so saya berharap penduduk kpg punang dan penduduk kpg punang jaya dapat bersatu padu dan lebih profesional dalam menangani semua hal.dan jika ada perbincngan,jgn lah terlalu berkeras dan hanya memihak satu suara saja.kita harus menerima semua cadangan yang ada dan berbincang dengan lebih teliti.mana yang baik kita terima lah,dan dalam perbincangan tu haruslah tolak ansur dan ada persefahaman yang tinggi.."BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA BINASA"..pengalaman saja tidak cukup untuk menjadi pemimpin.pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang bijak,berpengalaman,beriman,penyabar,bijak berkomunikasi,tidak pentingkan diri sendiri,jujur,amanah,berkarisma,tabah dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersungguh2...k...renungkanlah...maaf jika kata2 saya ni melampaui batas dan tidak masuk akal.tp sya yakin semua dgn kata2 saya coz saya berkata melalui pengalaman dan ilmu yang saya perolehi samada di sekolah mahupun melalaui buku2 pemimpin dan buku motivasi yang saya baca.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: PENGURUS BARU dan PESERTA KURSUS Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top