Terkini
  • Terkini

    Selasa, 5 Mei 2009

    SAJAK

    HANYA HASRAT


    Ilmu hanya sebiji bacang,
    selebar upih,
    hendak memberi tidak berupaya,
    kerana terlalu miskin,
    lalu ke air tiada berbekas,
    ku ambil air yang lima.


    Ku isikan dalam raga,
    melimpah ke seluruh alam,
    tersimpul ilmu dan amal di tapak tujuh tiang.
    lenyap dalam wujudMu dengan kunci dua kalimah.


    Adat dagang kembali ke negeri,
    adat bergayung bersambut,
    adat kata bersahut,
    jika hutang dibayar yang dipinjam dipulangkan,
    dariNya kita datang kepadaNya sekelian kembali
    atas syariat Rasulullah SAW.
    InsyaAllah.


    Renungkanlah....
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: SAJAK Rating: 5 Reviewed By: hariz
    Scroll to Top