Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 5 Jun 2009

    Tempat Ziarah di Medinah


    Di Medinah terletak Masjid Nabawi yang dikenali sebagai Masjid Nabi kerana di sinilah bersemadinya Makam Nabi Muhammad SAW. Di Masjid inilah terletaknya Raudah yang diiktiraf sebagai ‘sebahagian daripada Taman Syurga’

    Kelebihan amalan menziarahi makam Nabi SAW terkandung di dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa menziarahi kuburku pasti dia mendapat syafaatku.” – (Riwayat Al Bazzar dan Al Darulqutni daripada Ibn Omar)
    Kubur dua sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Omar Ibn al Khattab juga terletak bersebelahan makam Baginda.

    Selaian makam dan Masjid Banginda, tempat-tempat yang menarik Jemaah ialah
    1. Perkuburan al-Baqi’e - kira-kira 400 meter dari makam Rasulullah SAW. Di sini ada kira-kira 10,000 sahabat Nabi SAW yang berjuang bersama-sama Baginda dalam penyebaran Islam, termasuk isteri, putera dan puteri serta ahli keluarga Nabi SAW.
    2. Masjid Quba - Masjid ini diasaskan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan hijrahnya dari kota Makkah ke Madinah, iaitu peristiwa yang sangat besar dan bermakna kepada Muslim hingga ke hari ini. Dugaan hijrah dan kepenatan perjalanan yang jauh memerlukan Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya, Abu Bakar berhenti sebentar merehatkan dirinya di Quba selama empat hari.

    3. Jabal Uhud - kira-kira lima kilometer ke utara bandar Madinah. Di sini ditempatkan 70 jenazah tentera Islam yang syahid dalam peperangan Uhud pada tahun ke-3 Hijrah. Dalam peristiwa itu, kira-kira 3,000 tentera Islam syahid dan mereka dikebumikan di celah Bukit Uhud.

    4. Masjid Qiblat’ain (Masjid Dua Qiblat) - Di sinilah Rasulullah SAW dan sebahagian sahabat mendirikan solat Zuhur, Baginda menerima perintah menghadap ke arah Masjid Haram Makkah pada tahun kedua hijrah sebagai kiblat khas bagi umat Islam.

    5. Masjid Tujuh - Tempat berlakunya Peperangan Khandaq yang dikenali juga peperangan Ahzab pada tahun keempat hijrah. Masjid ini terletak kira-kira dua kilometer di sebelah barat laut bandar Madinah.

    6. Pasar Kurma - Tidak sah kunjungan ke Madinah jika tidak membeli-belah di pasar kurma bagi membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Antara jenis kurma yang mendapat perhatian kami ialah Ajwa (kurma Nabi), Rhutab dan Ambar. Jemaah dinasihatkan membeli kurma di Madinah kerana harganya lebih murah terutama sekali kurma Ajwa.

    Kurma Ajwa digelar kurma Nabi kerana ditanam oleh Rasulullah SAW selepas dicabar orang Yahudi. Sebenarnya mereka mempunyai helah dengan merebus kurma itu sehari semalam. Mereka mencabar Nabi Muhammad menanamnya, sekiranya tumbuh, mereka akan memeluk Islam. Mukjizat Nabi mengatasi tipu muslihat orang Yahudi, apabila benih yang ditanam itu tumbuh subur dan boleh dinikmati sehingga ke hari ini.

    print this page Cetak Halaman Ini
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    18 KOMEN:

    1. Check Out My Blog:http://thenerdboyprojectcom.blogspot.com

      -farhan-

      BalasPadam
    2. salam kemesraan,

      sudah lama saya tidak melayar keserata dunia,kekadang rindu juga.Sudah lama juga tiada berita dari kalian.Mengapa sunyi sepi dunia ini?

      Air France,setakat ini baru 47 mangsa dijumpai dan semuanya sudah mulah.Kasihan,kita turut rasa simpati dengan kejadian ini.

      Andai saya salah seorang penumpang yang terselamat,apa akan jadi dengan kehidupan saya ini?Popular dan penuh glamor!Maka keseluruh dunialah saya mencanang cerita yang belum pasti betul,demi untuk sebuah populariti dan harga.

      Kita kembali kedepan kita,pro dan kontra dalam isu Bahasa Inggeris,peratus bersetuju supaya pelajar lulus dalam spm teramat kecil(saya buat kajian dikampong).Apa kaedah terbaik untuk pelajar dan ibubapa dikampong supaya dapat menerima dan sebagai bahasa ilmu dan universal.

      Mereka juga mahukan supaya ppsmi dihapuskan.Bilalah kita nak maju dan dapat bersaing dengan warga dunia yang sudah seribu langkah didepan dan kita masih merangka.Tidak semestinya belajar bahasa inggeris itu menghilangkan identiti melayu kita.Sedangkan bahasa Melayu kita masih banyak kekurangannya dan sering meminjam perkataan-perkataan dari bahasa lain-lain terutama bahasa inggeris.

      Pada 20.6.2009,ada AGM Persatuan Kedayan.Difahamkan dirasmikan oleh Datuk Amar.Ada calon telah menawarkan diri untuk jadi Pengerusinya,Encik Harris Abdul Majid,Encik Sohor Hj Diris dan Encik Tamit.Calon lain juga ada menawarkan diri tapi masih belum pasti.Saya bukan dari sebahagian dari calon diatas tapi atas dasar ingin melihat persatuan itu digalati dan dihormati,mohon pada ahli-ahli yang berdaftar dengan persatuan ini supaya dapat memilih yang terbaik dan boleh berkerja dari semua dan pelbagai sudut.Pilihlah yang berpendidikan dan ekonominya kukuh.Jangan hanya yang pandai berkurapak tapi berkeraja malas,yang inda karet mengeluarkan duit demi untuk melihat kemajuan dan kehebatan bangsa kedayan itu.

      saya serahkan kepada perwakilan nanti,kerana ada calon yang bertanding bukannya betul untuk berjuang pada landasan keiklasan tapi lebih terarah kepada kepentingan diri.Saya sudah jumpa calon-caloon ini,tapi tiada sesuatu yang baru atau visi yang hebat nak mereka perkatakan kecualilah perkataan atau istilah desakan supaya kerajaan dapat memberi bangsa kedayan kedudukan yang lebih baik.


      telor pecaaaah

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama12/6/09 7:37 PG

      Salam Telor Pecaaah,

      Benar kata anda tentang PPSMI dan perwakilan persatuan yang tidak ikhlas. Paling banyak yang pintar berkurapak tapi tidak pandai buat. Contoh yang paling nyata ialah si Mareesta. Canang kehulu kehilir tapi dia sendiri yang tidak tau apa nak buat.

      Selain itu, yang pintar berbalas cakappun yang mengalahkan loyar dan mufti paling ramai dikalangan kita. Semua orang lain inda pandai. Inilah yang pajal.

      Krasik

      BalasPadam
    4. Assalammualaikum semua...

      Jangan anda semua pembaca terpedaya..Si Telor Pecaaaah boleh menjadi sesiapa saja..jadi Si Mareesta pun boleh,Si Krasik pun boleh,malah macam-macam lagi Nama yang beliau gunakan.Heheheh

      BalasPadam
    5. salam bangga dan redha,

      Ada tiga elemen penting yang membolehkan kita mengetahui mengenai personaliti seseorang itu.Penulisan(percakapan),bahasa badan(body language) dan interaksi sesama insan.

      Contoh terbaik,kita lihat dan baca komen si 3 dan 4.Mereka berdua penuh dengan prasangka dan penuh dendam sedangkan apa yang diperkatakan oleh simareesta atau sesiapa saja belum tentu salah selagi kita tidak menjumpai fakta yang salah itu.Mereka cuma ingin mencari kesilapan dan kesalahan orang sedangkan mereka tidak pernah memberi sesuatu yang berguna dan akan menjadi rujukan dan ristaan kepada generasi seterusnya.

      Kekadang terasa pelik dan heran,kenapa cuma simareesta menguasai carta punang.com ini dengan pelbagai nama.Apakah tiada orang lain mengatasi kehebatan mareesta dalam menguasai alam maya ini?Mereka terlalu phobia dan takut dengan bayang-bayang simareesta.Kekadang inginkan pujian,seseorang akan melakukan sesuatu yang luar dari batas nalur manusia.Tidak salah kita menghargai dan memuji orang walaupun tidak iklas.(iklas subjektif,cuma Tuhan saja yang tahu)

      Memahami dan memengerti naluri sesorang memang sulit tapi menguasai tidaklah sesusah mana.

      Pesta Epal berlangsung dan dirasmikan oleh Datuk Amar pada 12.06.2009 hingga 14.06.2009 di Bakelalan.Pesta Tahai bila lagi nak diadakan di Kpg.Punang??????


      takireeeeet.

      BalasPadam
    6. i can sense someone is trolling here :D

      BalasPadam
    7. Asalamualaikum Kalian,

      Walaupun satu Pesta sudah dirancang bersama Bob untuk Punang tetapi cadangan konkrit belum lagi dilahirkan. Ianya mesti membabitkan bukan saja PeeJay tapi juga Punang Proper. Saya minta jika Takireek dapat membuat Plan Pesta dan kirim kepada email saya untuk dipertimbangkan.

      Plan cadangan saudara mesti membabitkan:
      1. Objektif Pesta
      2. Orang yang terlibat/terbabit
      3. Benefit kepada Warga Kampung
      4. Kesan kepada sosio-ekonomi
      5. Anggaran Kos dan Pendapatan
      6. Timbang tara saudara.

      Harus ingat kita tidak boleh mengharapkan sesiapa jika kita mampu untuk berbuat sesuatu. Kami mahu orang yang boleh bekerjasama, bukan orang yang hanya pandai bercakap

      Salam Hormat
      Nazir

      BalasPadam
    8. Assalammualaikum semua,

      Hehehe kan nyangku,'Dia' dah tukar nama lagi..jadi 'Takireeeeet' tia..hehehe

      BalasPadam
    9. Salam,

      Kami menunggu cabaran Hj terhadap Takereet atau si Maresta untuk mengeluarkan satu plan pesta. Nah tunjukkan kehebatan kamu berdua. jgn pandai cakap saja atau pandai komplen saja. mulut macan jubur ayam.... malar saja takireet.

      Kami sudah seminggu menungguuuu

      BalasPadam
    10. Asalamualaikum #9,

      Saya ingin membuat pembetulan kepada persepsi anda. Saya bukan mencabar Takereet tapi meminta bantuan untuk membuat Plan Pesta.

      Harap maklum
      Nazir

      BalasPadam
    11. salam kemesraan,

      ada sebahagian dari kita cuma mahir dan hebat mencari kesalahan dan kesilapan.Ada sebahagian dari kita tidak begitu mewmahami untuk apa jadi pelayar.Untuk menjyakan sesuatu program sokongan yang jitu dari sudut moral dan material sangat diperlukan.

      Plan pesta masih dalam proses dikertaskerjakan dan insyaallah akan siap sedikit masa lagi.Plan harus ada perincian dan pertimbangan kerana ia melibatkan kos.sasaran objektifnya 95% tercapai kalaupun tidak 100%.Kita tidak harus tergesa-gesa kerana risikonya banyak.Kita harus memikirkan risikonya kalau mahu peratus kejayaan itu tinggi.

      Pejabat daerah memainkan peranan penting dalam program ini disamping PERIKANAN,KEMAS,PENDIDIKAN dan ngo-ngo,jkkk,saberkas,wi dan jk masjid.Ada sebahagian dari program pesta akan dinaiktaraf(upgrade)seperti pertandingan melukis dengan menggunakan komputer dan yang lain-lain juga akan difikirkan nanti.

      Pertandingan lumba perahu diadakan seperti garisan olimpik dengan menggunakan sistem video yang canggih untuk mendapatkan keputusan yang kurang dipertikai.Skrin besar dipacak ditempat strategik untuk tuntunan umum.

      Sebahagian dari kertaskerja saya untuk mendapat tindakbalas dari kalian.

      takireet.

      BalasPadam
    12. Salam Kalian dan Takireet,

      Sikap beginilah yang Bob dan saya akan tagih dari penduduk PJ. Sikap menolong, berpasukan dan tidak tersekat oleh kritikan yang tidak ikhlas. Walauapapun rintangan, kita mesti bergerak kehadapan dengan berpasukan. Kampung kitani sudah jauh ketinggalan dan kitani akan lebih jauh tersasar dalam suasana 1Malaysia, jika kita tidak merobah sikap kearah yang lebih dinamik dan proaktif.

      Sdr Takireet, teruskan plan anda

      Salam Hormat - Nazir

      BalasPadam
    13. Saya tertarik dengan perbincangan Plan pesta ini, maaf mungkin saya jenis orang yang suka berpesta, tapi harap saudara semua jangan salah anggap, ‘jangan menilai di atas kertas’

      Menurut ayat yang di tulis c pengomen ke 11 untuk perenggan nya yang pertama, memang kebanyakan orang kita mahir dan hebat mencari kesalahan dan kesilapan orang lain, sebab manusia zaman sekarang berlumba-lumba untuk menguasai minda semua orang, dan bila mereka sudah dapat menguasainya ini akan menjadikan mereka di hormati, di puji dan sebagainya, paling sedih lagi mereka akan menjadi ego dan akan berlagak pandai semasa melepak dalam arena mengata orang. Dalam Punang.com ini pun kita memiliki orang seperti yang saya katakan itu, ‘Cili itu memang pedas’

      Saya juga tertarik komen yang di berikan oleh takireet pada komen no 5, yang mengatakan 3 elemen penting mengenali personaliti seseorang, akan tetapi penulisan(percakapan) adalah fakta yang senang di ubah suai, dan jika seseorang itu memang jenis penipu dalam kehidupannya, anda pasti tak dapat mengesannya dalam penyamaran dalam tulisan, setiap tulisan/komen yang memberi pujian kepada pengomen lain ada maksud tersendiri kadang-kadang bila seorang itu kurang perhatian dia akan membuat segala yang termampu untuk menjadi terkenal, walaupun terpaksa membunuh orang. Cukup saya bentangkan mengenai penulisan, kerana kita berinteraksi melalui bahan bacaan di alam maya ini.
      Berbalik pada Plan Pesta.
      Ketahuilah, setiap program yang mahu diadakan dan melibatkan kos (RM)adalah perkara yang akan melibatkan banyak peringkat, tapi kita tak kan dapat menjalankan operasi tampa kos (RM).
      Kadang-kadang dan mungkin setiap kali kita duduk di meja rundingan untuk berbincang mengenai plan program dan sebagainya, dan bila membabitkan kos ada setengah orang akan tersenyum dan setengah orang akan bermasam muka, orang yang dilantik untuk mengurus bahagian kewangan mempunyai tanggungjawap yang besar, dan juga mungkin MAKAN BESAR.

      Maaf jika saya menimbulkan perkara ini jika salah saluran, perkara ini terjadi di mana-mana di Malaysia, perbelanjaan sesuatu program akan berlipat ganda jika kejujuran yang di tanam orang tua kita dari kecil dulu menjadi kejujuran untuk menipu sesama sendiri. Kerana inilah kesempatan untuk mengaut keuntungan seadaanya tampa dapat di kesan oleh pihak atasan tapi seandainya pihak atasan juga ingin mengaut keuntungan? Bayangkan berapa besar lagi kos nya?
      Maaf sekali lagi saya pinta, benda ini sebenarnya penting untuk sesuatu yang di rancang, kerana ia jika di jalankan secara jujur kita akan mendapat kepuasan yang mutlak sebagai penganjur
      Ketahuilah..kita selalu berdoa supaya program berjaya, bukan kejayaan hingga tamat nya sesuatu program itu, tapi yang penting bagamana kita menjayakan sesuatu program itu.

      Alangkah hebatnya, seandainya anda dapat mengurangkan kos serendah-rendah (minimum) mungkin, dan ia nya tak mustahil.

      Maafkan saya sekali lagi, saya hanya ingin menyentuh mengenai KOS yang berkaitan RM, jika anda fikir saya meyentuh perkara ini sebagai remeh, mungkin anda akan terlepas pandang kemana pergi nya RM itu (Bukan Rosmah Mansur)
      kita tak boleh amalkan sikap “nda hal lah perkara sudah selasai, yang panting program berjaya”
      Anda mungkin faham kenapa saya berhujah mengenai perkara yang membabitkan RM, kerana RM boleh mencipta musuh dan mencipta pangkat dan sebagainya.

      Maaf lah jika saya berhujah tampa melihat alam sekeliling, tapi anda tahu saya bukanlah orang yang pandai dan bijak, maaf jika saya berfikiran negatif, angaplah ini satu celoteh si pengemis jalanan.

      SEMOGA BERJAYA
      Note: *Menjadi pandai untuk orang lain lebih senang dari menjadi pandai untuk diri sendiri.

      BalasPadam
    14. salam kemesraan,

      ambuyat mencarut,meracau..............
      kalaupun kita terlalu phobia dengan kes-kes atau isu-isu yang berlarutan dikampong dan sehingga kini belum ada npenyelesaiannya,janganlah kita sentiasa bersikap negatif dan menganggap bahawa kita ini lebih baik dari mereka.

      Kita sebenarnay dilahirkan adalah semuanya BAIK-BAIK belaka.Sebahagiannya yang tidak baik itu bukan disebabkan oleh paksaan naluri kita.Disekeliling kita ini didedah dengan sistem kehidupan yang kucar-kacir dan tidak teratur.Ada sistem komunisme,sossalis,demokrasi,sekularis dan yang terbaru fahaman YAHUDIS.

      Kita tidak boleh juga menyalahkan sistem langit terbuka kita dalam menerima maklumat dalam konsep dunia tanpa sempadan.Kita harus melihat kedepan dan menerima apa-apa juga isu atau permasalahan sejagat sebagai sebahagian dari sistem yang dipelopori oleh manusia itu sendiri.

      Kita tidak boleh juga membiarkan isu-isu kehidupan ini berlalu begitu tanpa ditangani dengan bijak.Kita dianggap dayus dan tidak patriotik nanti.Kita juga tidak boleh bergantongharap kepada sistem kehidupan yang belum pasti menghasilkan kebaikkan selain kehidupan yang berlandaskan ISLAMISASI.

      Bagaimana dengan masalah atau isu main katam?Masalah ini sudah lama berlarutan tapi tindakan yang teramat KONKRIT belum ditemui agar masalah terkubur terus dan takan BERULANG.
      kita tidak menyalahkan sesiapa baik Penghulu.kk atau sesiapa saja yang terlibat dalam hal ini.Saya masih menyalahkan sistem kehidupan yang berpandukan kepada isme-isme ini.

      Begitu juga halnya dalam berpolitik,kita tidak menyalahkan Zambry atau Nizar.Tujuan dan niat mereka adalah sama untuk jadi MB tapi olek kerana sisitem kehidupan itu tidak betul dengan melahirkan sistem politik dan ideologi yang berlainan maka percanggahan pendapat dan pendekatan dalam pemerintahan terjadi.

      sebenarnya macamana teruk atau hebatnya dunia ini kita tidak boleh lari dari mengejar kepentingan diri atau keuntungan peribadi kerana sistem itu telah bertapak dijiwa sejak Nabi Adam diturunkan ke bumi.

      Saya cuma mengharapkan agar kita terus fokus kepada perencanaan kita untuk melihat generasi penerus kita kuat dan gagah dalam menghadap sistem kucar-kacior itu.


      telor pecaaaah......

      BalasPadam
    15. salam bangga dan redha,

      saya takkan emailkan plan pesta kerana kertaskerja yang saya lakukan tidak detail.

      OBJEKTIFNYA.

      1. memperkenalkan Punang sebahagian dari destinasi/hub pelancongan yang berpotensi dalam kawasan BIMP-EAGA.

      2. mempromosi dan memperkasakan produk TAHAI sebagai mercutanda(trademark)utara sarawak.

      3. memjurus kepada membuka peluang ekonomi yang berterusan kepada generasi peniaga.

      4. memperhebat dan mendedahkan sistem operasi dan pengurusan yang teratur kepada jkkk dan sebagainya.


      kekuatan yang akan kita ciptakan nanti ialah kita harus berkerjasama dengan;

      1. JABATAN PENDIDIKAN.

      Jabatan yang sangat penting kerana jabatan ini ialah asas kepada keghidupan berilmu.Ayat yang pertama diturunkan kepada Nabi ialah IQRA.(Baca)
      Merangka satu program yang strategik dan berkesan untuk generasi muda terutama yang berumur 5tahun kebawah dekat atau palak komputer.
      Merangka atau memperkenalkan sistem pembelajaran yang berkesan dan digunapakai oleh pelajar terutama sabjek bahasa inggeris,sain dan matematik kerana peratus pelajar Punang yang gagal teramat tinggi dan berada ditahap membimbangkan.
      Memperhebatterangkan disiplin pendidikan yang sebenarnya agar pelajar lebih menghargai dunia dan yang ada didalamnya.
      Memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk berdiskusi atau berdialog dengan guru atau ibubapa mengenai permasalahan disekolah atau dirumah yang mana istilah menang-menang perlu diutamakan.
      Membina tindakbalas mengenai situsai atau kesesuaian pasarana pembelajaran disekolah.


      menambahbaikkan diperlukan dari anda untuk objektif pesta.



      takireeet.....

      BalasPadam
    16. Saya sentiasa bersama takireet jika ini lah salah satu perancangan yang di buat, Kampung yang Paling gemilang di Lawas (Punang) berbangga memiliki orang seperti takireet..

      Yaazeee...

      BalasPadam
    17. Betul ya si takiret atu...palak IT, dan kalau indada punang.com, si takiret pasti inda dapat mengeluarkan idea nya sebatah-batah ani.di mana kah kan kau salurkan ah! Tapi pengasas punang com ani jua yang kau anu. macam si telor pacah,macam si maresta atu, sama jua tu, jahat mulutnya. si acun tuh jua..indada idea nya tah karang ani.Mana tulisan mu macam daulu atu..

      BalasPadam
    18. Saudara Takereet,

      Terima kasih atas bantuan anda, tetapi ianya terlalu general. Tidak berbentuk operational. Lebih baik jika ada financial impact pesta ini.

      Yang dilibatkan sama bukan hanya Pendidikan tetapi dikepalai oleh Pejabat DO atau Residen. Kalau proposal anda siap, kami akan utarakan kepada mereka.

      Selain Pesta Tahai, anda mungkin cari nama lain seperti Pesta Bintur atau sebagainya.

      Harap mendapat bantuan seterusnya.

      Nazir

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Tempat Ziarah di Medinah Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top