Terkini
  • Terkini

    Ahad, 28 Jun 2009

    MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN PELAJAR-PELAJAR DEWASA KPG. PUNANG JAYA


    print this page 
    Majlis Khatam Al-Quran Pelajar-pelajar Dewasa Kampung Punang Jaya telah berlangsung pada 28.06.2009 jam 2.00 petang bertempat di Surau Nurul Syakirin, Kampung Punang Jaya. Majlis yang disertai seramai 35 orang perserta telah dianjurkan oleh PERKIM Daerah Lawas dan dikendalikan oleh Pertubuhan Perkumpulan Wanita Sarawak (WI), Punang Jaya dengan kerjasama AJK Surau Nurul Syakirin dan telah dirasmikan penangguhannya oleh Yang Berbahagia Datin Amar Hajjah Dayang Morliah Datuk Hj. Awang Daud.

    Antara tetamu yang turut hadir pada majlis itu terdiri daripada wakil Pegawai Daerah, Imam Masjid Besar Lawas,Imam Masjid Darul Iman, Kampung Punang, Penghulu, Ketua Kampung serta Penduduk Kampung Punang dan Kampung Punang Jaya.

    Alhamdullillah, kita turut berbangga dengan program sebegini yang mana sedikit sebanyak telah dapat membuktikan bahawa usia bukan penghalang bagi kita untuk menuntut ilmu. Kita berharap program-program yang menjurus kepada pembangunan dan keagamaan perlu kerap di adakan dengan secara tidak langsung akan dapat merapatkan silaturrahim dan keakraban penduduk setempat khasnya dan para tetamu yang dijemput pada amnya.

    Datin Amar sempat bergambar bersama-sama peserta Khatam Al-Quran
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    15 KOMEN:

    1. Saudara Marajeh,

      Lapuran yang baik. Terima Kasih kerana info begini banyak ertinya untuk warga kampung yang bertebaran diseluruh negara dan dunia. Contohnya saya dapati ada 3 orang pelajar UiTM yang berasal dari Kpg Punang.

      BalasPadam
    2. saya turut bangga dan teruja tapi kita tidak boleh lari dari kepincangan atau ketiidak sempurnaan itu.kita bukan sengaja mau mencari kesilapan dan kesalahan,tapi kita harus berfikir dan bertindak secara positif andai kita mau yang terbaik.

      Walaupun program ini ditaja atau dibiayai oleh Perkim tapi oleh kerana kurangnya komunikasi dan diskusi maka kejayaan tidak begitu membanggakan.
      Difahamkan dan maklumat yang diterima,Perkim tidak memberi garis panduan dan kerjasama yang diperlukan untuk program ini.Mereka seolah-olah lepas tangan dan atas inisiatif dan tanggongjawap untuk melihat program ini berjalan dengan lancar dan teratur jk surau dan wi terpaksa berkerjakeras menutup ketidakteraturan itu.

      Mohon kepada mana-mana jabatan atau ngo-ngo yang ingin membuat sesuatu program dikampong supaya dapat melibatkan sama atau berkerjasam dengan ngo-ngo kampong.kita bukan mencari gahnama atau mencari keuntungan peribadi tapi atas dasar ingin melihat ngo-ngo ini mengurus diatas keupayaan mereka dan seterusnya menghargai kesusahpayahan mereka.Apalah salahnya kita menghargai orang kampong.."........dengan kerjasama JK surau atau WI atau JKKK"

      Kita tidak boleh lagi menggunakan istilah 'belajar' menghormati tapi sudah 'pandai' menghormati.

      BalasPadam
    3. Betul ya si takiret atu...palak IT, dan kalau indada punang.com, si takiret pasti inda dapat mengeluarkan idea nya sebatah-batah ani.di mana kah kan kau salurkan ah! Tapi pengasas punang com ani jua yang kau anu,macam si telor pacah,macam si maresta atu, sama jua tu, jahat mulutnya. si acun tuh jua..indada idea nya tah karang ani.Mana tia tulisan mu macam daulu atu..karing sudah otakmu?

      BalasPadam
    4. Assalamualaikum kalian,

      Mungkin saya salah dalam hal ini kerana saya melihat dari sudut yang lain dan bertentangan dengan #2. Bagi saya ketidakterlibatan Perkim lebih banyak hikmah daripada kemelutnya. Selain mendapat amal kita meraih pengalaman dan team power. “Berebut-rebutlah kamu dalam berbuat amal dan kebajikan” (hadis)

      Apabila Allah memberi kita peluang untuk berbuat amal seperti melibatkan diri dalam khatamal Al-Quran, mengapa harus mempersoalkan kepincangan orang lain? Sepatutnya kita merasa beruntung dan bersyukur kepada Allah diatas kurangnya penglibatan pihak Perkim dan tajaan yang meringankan beban

      Pada pendapat saya, penulis #2 memang betul dari sudut berpolitik. Tetapi kurang tepat dari sudut ugama dan budaya kita.

      Salam hormat - Nazir

      BalasPadam
    5. Salam,

      pengomen 2 atu memang suka cari keselahan org lain. Inda ada cerita, dibuatnya cerita ('difahamkan.." katanya). Kalau inda ada garis panduan, inda apa. Kita bukan inda pandai macam ia atu. Idea ia atu memang lari dari ugama. macamana kan bapolitik kalau berpikiran salah.pendekatan salah. fatwa salah. matlamat salah. Kami sokong idea Hj ttg amal atu.

      BalasPadam
    6. salam kefahaman,

      Percanggahan pendapat memang dibenarkan dalam Islam.

      Untuk meraih kehebatan dan kesyumulan dan menangkat umat Islamn itu ketahap yang dibanggakan sebelum diakhir zaman sebelum kiamat umat Islam dijanjikan kemenangan,apakah salah kita memerah otak dan tenaga untuk membicara sebahagian dari kelemahan orang Islam itu.

      Kalau kita membicarakan atau berdiskusi mengenai agama itu sekadar dimasjid-masjid atau surau atau Pejabat agama,saya rasa kita sudah jauh tersasar atau konsep Islam agama umiversal tidak akan tercapai.

      Mengapa saya mempertikaikannya sistem pengurusan yang tidak teratur?(komen 2)Apakah dalam Islam sistem pengurusan itu tidak ditekankan?Kita lihat sekecil komuniti yang kita ada iaitu keluarga,ada waktu makan,tidur dan perbelanjaan yang diatur.Pengurusan ialah sistem yang perlu dan utama dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat.Begitu juga halnya dengan sesuatu program baik program keagamaan dan bukan,apakah kita biarkan 'book programe'tanpa diisi atau disusun atur?

      Kemudian kita kembali kepada budaya.Apakah setiap kepincangan program kita cuma jadi pemerhati diatas ketidak tentuan itu,apakah ini budaya kita?Sanggupkah kita mengubah atau menghapuskan budaya yang tidak menguntungkan itu?Sanggupkah kita melihat sekiranya budaya 'malastah kuingau','inda apa' dan 'biarkan tia'bertapak kukuh diminda dan dijiwa kita dan secara tidak lansung akan membuat kita makin malas dan minda semakin 'baku'sebab malas berfikir dan berusaha.

      Kalau kita mahu melihat generasi kita akan datang yang terbaik didunia apakah salah kita dedahkan mereka dengan sistem pengurusan yang betul dan teratur.kita pernah mewar-warkan untuk merobah minda generasi penerus kita dengan memberi kebebasan pada mereka untuk mengatur sistem mereka tapi kekadang kita jadi penghalang.Irama dan lenggok tarian kita tidak sama,sumbang.

      Kita harus berlari pantas seiring dengan dunia yang pantas.Apabila Allah memberi kita peluang untuk menjadi kalifah,setiap yang diciptakan yang berada disekeliling kita harus kita pergunakan sebaik dan semaksima mungkin.


      bagaaaaaaaah

      BalasPadam
    7. si no.3 dan si no.5,inda tia pernah membagi apa-apa komen atau huraian,asyik-asyik kan menghina dan mengumpat orang kerajanya.
      baik sitakireet,simareesta,sitelor pecah atau sesiapa saja ada jua kan dibaca huraiannya.
      diorang atu jadi perosak laman saja.

      BalasPadam
    8. Lurus banar cakap pengomen no 7 atu.

      BalasPadam
    9. Tanpa Nama1/7/09 7:24 PG

      Salam ukhwah,
      saya bersetuju dengan komen 2 dan 6. Kadang-kadang bila seseorang atu memberi komen yang berbeza dari budaya pemikiran semasa, mereka dianggap mirip pembangkang. Padahal dalam masa yang sama kita diseru agar berfikir di luar kebiasaan agar seiring dengan perkembangan semasa. Yang lebih parah ialah adanya tukang angguk tanpa memberi komen atau kritikan membina. Mereka cuma berkata, 'au, banar tuu.., lurus tu cakap hj atu, kami sokong haji atu'. bukan tak boleh menyokong, tapi janganlah menuduh si anu atu tau mengpmen saja, tau mencari kesalahan saja. Kita mencari kesalahan agar ia dapat diperbaiki.
      Saya rasa jika setiap program itu sentiasa dikatakan lancar perjalanannya, apa gunanya 'post mortem'. Bukan tujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, tapi kritikan dibuat agar ianya lebih sempurna. Yang pastinya semua ini dilakukan tanpa melukakan hati mana-mana pihak.

      Syabas kepada No 2 dan bagaaah. Terima kasih kepada tuan hj kerna membuka ruang untuk berdiskusi. Diharap masyarakat kita akan dapat mengikis 'sikap ala kadar', 'biar tia' dan 'inda mengapa tuu'

      BalasPadam
    10. Mekom,
      Bukankan menyampuk nganyakan promosi saja ni. Lawati jua deh kami di trusankitani.blogspot.com. Dapat jua ketani berkongsi cerita dan pendapat. Barukan mupuk-mupuk di dunia IT. Best jua punang.dot.com ani ah... Tahniah dan syabas!

      BalasPadam
    11. Salam Semua,
      Kepada si no 10, tiada maknanya MEKOM atu..nak bagi salam biar buat yang betul atau SALAM pun cukup.tapi mekom atu apa ertinya.indada.kosong.

      Betul, tanpa post mortem,kita tak akan tahu apa-apa kekurangan dalam setiap program yang diadakan.Ertinya,mana yang kurang kita boleh perbaiki untuk program2 yang akan datang. inda kira program apapun.Kalau program khatamal qur'an ari atu ada kurang,mungkin untuk program nasyid kah,atau program berzanji kah, inda kan berlaku kekurangan dalam program khatamal qur'an..faham tah kamu semua tu.

      Walaupun post mortem atu inda secara rasmi,tapi secara spontan memang ada.. Contoh, main bola tiap petang, lapas main sambil membuka kasut bola , memang becerita sambil2 atu-(komen= "cuba kau pasing bol atu tadi arahku daulu, memang inda 'curi ayam'..),(.."kalau kau 'heading menyimbit tadi, masuk bol atu..") atu lah contoh post mortem secara spontan..

      Maka hendaknya biarlah komen atu yang membina,bukan meruntuh..

      Wasalam.

      jangan tah benama eh!

      BalasPadam
    12. umat islam...2/7/09 1:37 PTG

      assalammualaikum semua...

      hehehe....btw nayaman jua ati meliat ada yang perihatin pasal kampung punang ani....inda kira tah punang jaya or punang banar...hehehe....bagus ni..bangga ku jadi orang kampung ani..hehehe..tapi kitani idup bekampung ani biasanya mestilah bersatu hati kan...hehehe...tapi kita inda tau lah ati sorang2...hehehe...oleh atu...hadapi tah idup ani dengan penuh keimanan...hindari dari hasrat dengki dan meninggi diri...hehehe...ada juakan urang yang meninggi diri..macam gunung kinabalu...eh...salah,...gunung everest lah...tinggi kaliah...hahahah....hehehe....

      last sekali...mmmmm..renung2 kan..dan selamat beramal...hahaha

      BalasPadam
    13. Tanpa Nama2/7/09 4:02 PTG

      salam,

      Kekadang kita bercerita dan berceloteh tanpa melihat sekeliling.
      Kekadang kita bertindak tanpa mengkaji atau menilai apakah tindakan kita itu nanti akan menimbulkan permasalahan kepada masyarakat atau komunititi sekeliling atau menimbulkan satu polemik yang mengucar-kacirkan gru-grup tertentu dalam masyarakat itu.

      Apakah anda merasa bangga atau sagai menjadi orang Punang?
      Apa yang anda sagaikan dan banggakan sebenarnya?
      Penghulu yang tidak inovatif,Ketua kampong yang tidak kreatif atau Konselar yang tidak berkualitif.

      Apakah anda bangga dengan sistem penagihan lot-lot tanah di Pj sehingga kini penyelesaiannya masih samar-samar?
      Apakah anda bangga konsep PPRT itu telah disalahgunakan sehingga menimbulkan satu permasalahan yang baru di pj?
      Apakah anda bangga setiap kali main bol atau badminton pergaduhan sering terjadi oleh penyokong dan pemain yang berjiwa pahlawan?
      Apakah anda bangga setiap kali mesyuarat diadakan,korum tidak cukup,perancangan untuk pembangunan kampong tidak mencapai sasaran yang diperlukan dan diharapkan?

      Dan apakah anda merasa bangga setiap program yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang cuma bermain diminda dan dibibir kita 'ada tambangkah','ada makankah'.Kita tidak pernah atau jarang bertanya,program apa atau siapa penceramahnya.

      Itulah budaya orang Punang,kita adalah generasi ketiga tapi perubahan itu masih belum kenampakkan.
      Kita cuma berubah dari sudut fiskal,rumah besar,handphone mahal dan canggih,kereta besar(sebahagian),tv berjenama besar,berbini besar dan yang terbaru ber'perut'besar.

      Masih adakah warga Punang yang berjiwa dan bercita-cita besar?Warga yang menciptakan kejutan juara AF,pemain fokbal yang mewakili Malaysia dalam world kap.Atau menjadi setiausaha agong Pbb.Mungkin untuk mencapai ketahap itu tidak mustahil seandainya setiap warga Punang mempunyai komitman yang berterusan dan bersemengat kekentalan yang padu.

      Bilakah agaknya tiba saat itu?


      bagaaaah

      BalasPadam
    14. Tanpa Nama3/7/09 7:59 PG

      kalau boleh tolong senaraikan anak2 warga punang yang merantau menuntut ilmu..untuk rujukan bersama.

      BalasPadam
    15. Tanpa Nama4/7/09 6:39 PTG

      nampak tia kapaluian si Takirereet atu. Mun camatu mbuat Plan cadangan Pesta, inda jua berapa. inda bakualiti. Ia sendiripun inda pasti apa yang dibuatnya atu. Kutuk Perkim bukan main handal. Pos motem konon... sebenarnya mau berselindung. cakap pasak ugama tapi cakap bertantangan dgn ugama. inilah zaman akhir. Alim spt si Takireet ani memang banyak. siapakan mengikut ia atu. inda lurus otaknya atu.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN PELAJAR-PELAJAR DEWASA KPG. PUNANG JAYA Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top