Terkini
  • Terkini

    Selasa, 16 Jun 2009

    RANTAI YANG MEROSAKAN AKIDAH MUSLIM

    Ia digelar rantai tangkai iblis, tetapi segelintir Mat Rempit yang gila fesyen kini gemar memakainya kerana percaya mereka boleh menjadi kebal.Rantai mirip kalimah Allah dengan ditambah lambang serampang syaitan itu dijual pada harga sekitar RM15 hingga RM20 satu.

    Mat Rempit, terutama remaja, percaya rantai itu dapat memberi keberanian luar biasa selain pendinding daripada kecederaan jika terbabit kemalangan.Kegilaan terhadap tangkal itu mula menular selepas khabar angin berhubung kewujudannya tersebar dari mulut ke mulut sebelum ia menjadi buruan segelintir kaki lumba motosikal itu.

    Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diminta pendapatnya terkejut berhubung kewujudan rantai tangkal yang mempunyai tulisan seakan kalimah Allah itu.Menurutnya, umat Islam yang memakai rantai seperti itu boleh dianggap syirik kerana menyekutukan Allah.

    Sekali imbas memang rantai itu nampak seperti kalimah Allah, tetapi jika diperhatikan betul - betul, ia menyerupai lambang agama lain,? katanya.

    Katanya, rantai berkenaan secara terang - terangan mempersenda agama Islam dan beliau menasihati orang ramai, terutama umat Islam supaya tidak memakainya.

    ?Biasanya ada antara kami memakainya untuk suka - suka seperti golongan penganut Kristian yang memakai salib. Namun, tiada seorang pun daripada kami menyedari rantai berkenaan dihasilkan khusus untuk menyesatkan golongan belia Islam."

    Bukan sekadar itu sahaja, terdapat banyak rantai, gelang dan cincin yang diukir dengan nama Allah di dalam pasaran.


    Adakah kita terfikir siapakah yang menghasilkan rantai, cincin dan gelang yang diukir dengan nama Allah. Ya! kebanyakan mereka adalah daripada golongan yang bukan beragama Islam.

    Mereka hanya ingin mengaut keuntungan dalam masa yang sama juga mereka ketawa kerana berjaya menyesatkan org islam yang jahil.
    print this page Cetak Halaman Ini
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. salam kemesraan,

      kekadang dan sememangnya kita teramat sedih dan berduka cita diatas masalah yang sering melanda umat Islam keseluruhannya.Setiap abad yang umat Islam tempuhi,masalahnya teramat berlainan.

      Bermacam cara digunakan oleh musuh Islam supaya umat islam berada dikedudukan yang hina dan lemah.Sedar atau tidak kita sudah berada disituasi yang amat genting dan parah.

      Yang menagih dadah,buang anak,matrempit,matregut dan macam-macam mat lagi yang mewarnai kehidupan umat Islam itu sendiri.
      Mengapa masalah ini tidak pernah ada penghujungnya biarpun bermacam kaedah telah digunapakai oleh pihak-pihak tertentu untuk mengatasinya.siapa patut disalahkan?Pemerintah,ibubapa atau..........dunia ini????

      Kalau kita nak menyelesaikan masalah ini kita kembali kepada agama.Agama adalah penyembuhnya.Kenapa setiap program keagamaan yang dianjurkan kurangnya mendapat sambutan?Apakah tiada kesedaran atau tiada kefanatikan dalam beragama?Kekadang ada diantara kita menyalahkan sebahagian yang lain,maka lahirlah grup atau kelompok yang tak sealiran.

      Kenapa umat Islam terlalu rapuh dan mudah diperkotak-katikan?Mengapa benda yang remeh diperbesarkan?Mengapa menyalahkan bangsa Yahudi dan Amerika setiap kali timbul masalah orang Islam?Mengapa orang Islam tidak bersatu dan bergerak dalam kelompok yang orang lain akan merrasa terancam?

      sampai bila takdir menguasai kita sedangkan kita boleh menguasainya.


      telorpecaaaah

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: RANTAI YANG MEROSAKAN AKIDAH MUSLIM Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top