Terkini
  • Terkini

    Isnin, 1 Jun 2009

    Tahai dan Cincin ke Timur Tengah


    Semasa artikel in the publish, saya, isteri dan seorang anak saya berada di dalam perut kapalterbang dalam perjalanan ke Tanah suci. InsyaAllah kami akan tiba di Jeddah pada pukul 11 malam waktu Malaysia setelah singgah sebentar di Abu Dhabi.

    Kali ini kami membawa makanan tahai, sambal tahai, kuih cincin dan sedikit wajid yang dikirimkan dari kampong. Kebiasaannya kuih cincin akan saya ‘kunyam-kunyam’ semasa dalam perjalanan, manakala sambal tahai adalah kegemaraan isteri saya. Kami akan berada di Medinah Al-Munawarah selama 3 hari dan selebihnya di Makkah Al-Mukkaramah.

    Bagi kebanyakkan kitani, umrah merujuk kepada perbuatan melawat kedua-dua tanah suci, tetapi secara teknikalnya umrah ialah apabila seseorang itu keluar dari tanah suci Makkah dan masuk kembali dengan berniat ihram mengerjakan umrah.

    Pada kebiasaannya, umrah pertama ialah perjalanan dari Medinah, berniat ihram dan miqat di Bir Ali, memasuki tanah suci Makkah, mengerjakan tawaf, saie dan bertahlul (bercukur).

    Dan apabila berada di tanah suci Makkah, seseorang yang ingin mengerjakan umrah seterusnya, wajib keluar dari tanah suci dan miqat di tanah haram dan masuk kembali seperti di atas. Tempat miqat yang popular disekitar Makkah ialah Tan’aim yang berada sejauh 7 km dan Ja’ranah dab Hudaibiyah sejauh 22 km.

    Perjalanan mengerjakan haji atau umrah tidak sama dengan perjalanan ke mana-mana destinasi di dunia ini. Bukan saja kerana buminya yang penuh berkat atau di sana ada Baitullah dan bersemadinya jasad Rasulullah SAW, tetapi kerana ia pengembaraan kerohanian.

    Berbalik kepada persiapan pengembaraan rohani ini, bagaimana persiapan diri dan ilmu kerana matlamat pengembaraan ialah menunaikan ibadat yang ditentukan syarat serta caranya.

    Perlu diingatkan, selain persiapan menghiasi diri dengan sifat mulia, perlu melontar jauh segala sifat keji (mazmumah) seperti pemarah, sombong, mementingkan diri, bangga diri, keluh kesah, bakhil, mengumpat, mengungkit, berbantah dan buruk sangka. Hanya dengan cara ini saja pengembaraan kita akan diterima Allah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 196, Allah berpesan “Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan umrah kerana Allah”.

    Secara ringkasnya, surah di atas bukan hanya menuntut kitani mengerjakan haji dan umrah tetapi juga agar kitani bersedia sebelum dan setelah berada di tanah suci.

    Dalam beberapa kali pengalaman saya ke Tanah suci, saya seringkali diuji dengan bermacam ujian oleh Allah. Selain daripada menjadi kayu pengukur kepada diri saya, saya bersyukur kerana Allah hanya menguji orang yang dia ‘kenali’.

    Ingin saya segarkan sedikit minda kitani tentang rukun-rukun umrah iaitu ihram, tawaf, bercukur, dan ikuti rukun di atas dengan tertib.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Tahai dan Cincin ke Timur Tengah Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top