Terkini
  • Terkini

    Selasa, 28 Julai 2009

    DARIPADA HARTA INTELEK KEPADA LIABILITI MASYARAKAT

    Kelahiran Punang.com bertujuan untuk memartabatkan kampong dan penduduk Lawas amnya. Ianya juga untuk mengasuh agar pembaca berfikir dan menulis dengan berhemah selari dengan bertambahnya ilmu di dada. Berbeza dengan blog-blog murahan, saya berkeinginan Punang.Com bercirikan tazkirah dan ‘dakwah bil lisan’ bukan saja mengenai ugama tetapi dalam arena sosial, merevolusi mental masyarakat tentang ekonomi, pelajaran, IT dan bermacam-macam bidang. Ikhlas, saya mahu mengubah sempadan pemikiran pembaca yang sedia ada berhijrah kepada yang lebih progresif dan dinamik.

    Saya ingin laman ini membawa salam persaudaraan penuh makna kepada semua pembaca yang berkemungkinan terlena dengan mimpi musuh perpaduan, supaya sama-sama mengislahkan diri dalam konteks melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

    Walaupun pada mulanya saya tahu pembaca Punang.com datangnya dari pelusuk nusantara, saya sengaja memilih nama lokal kerana nama ‘Punang’ itu sungguh nostaljik bagi saya. Bukan hanya nama itu mempunyai sejarah yang saya tidak ketahui tetapi dari sinilah saya berjuang untuk hidup dan membesar sehingga kail saya melebihi sejengkal.

    Tetapi apa sebaliknya berlaku, laman ini mengundang bermacam perasaan dan pelawat yang membuat komen terbawa-bawa oleh cara blogger yang kotor lagi mengotorkan. Saya akur dengan percanggahan pendapat dan ideologi. Dan saya akur, masing-masing akan menunjukkan dia lebih baik daripada lawannya. Tetapi dalam perkara baikpun masih ada yang tidak sehaluan.

    Tatkala kita memerlukan tunjuk ajar dan kritikan yang ilmiah lagi membina, ada segelintir pengomen yang sengaja berniat jahat dan mencari kesalahan orang lain. Malah perkataan menguris hati dan lucah juga hadir dari qalbun mayyit dan kalbun maridh. Sepatutnya qalbun kita ditahap yang dikatakan Syaidina Ali r.a.: "Hati seseorang mukmin itu bersih, terdapat padanya pelita yang bercahaya. Manakala hati seorang kafir itu hitam serta berpenyakit”

    Ada segelintir manusia yang tidak membaca dengan perasaan tetapi melemparkan tuduhan yang berupa fitnah yang menguris perasaan orang lain. Ada segelintir yang langsung tidak membaca tetapi mengulas mahu membunuh laman ini.

    Kadang-kadang letih juga dibuatnya, tetapi kita perlu terima semua ini sebagai satu tabiat dan ciri sebilangan manusia yang kurang melihat ke hadapan. Dasar orang yang berniat jahat, apa saja akan dipolitikkan walaupun rencana yang ditulis tidak menyentuh soal politik. Malah lain yang ditulis lain yang dikomen. Benar sabda Rasulullah s.a.w. “Jangan banyak berkata-kata selain zikirullah kerana ia membuat hatimu menjadi keras dan orang yang terhindar jauh daripada Allah adalah orang yang memiliki hati yang keras”

    Kita pasti golongan ini bukan orang politik kerana nada mereka condong kearah dendam, marah dan mungkin egoisma. Kita tidak berani katakan mereka ria’ tetapi mereka menonjolkan kehebatan mereka walaupun mundar-mandir dalam skop yang kecil. Sayidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata “ Barang siapa banyak bicaranya maka banyak kesalahannya. Orang yang banyak salahnya bererti banyak dosanya sehingga nerakalah sebaik-baik tempat bagi mereka”

    Cara penulisan bukanlah pemikiran asli tetapi menampakan aura yang dicorakkan oleh bahan bacaan dan idea-idea dari blog blog politik yang panas dipasaran.

    Golongan yang sekelumit ini amat lupa yang pembaca blog ini termasuk pelajar yang masih muda. Dan golongan ini juga tidak sedar impak penulisan mereka akan mencalitkan pemikiran golongan ini.

    Punang.com dilahirkan setahun lalu dengan seribu kesukaran. Kami mengambil masa yang panjang berfikir samada go ahead atau tidak. Pokok paling asas ialah masalah memantau. Atas kepercayaan saya bahwa pembaca lebih beretika dan berilmu, saya bersetuju membuka raung komen dengan tujuan memberi kesempatan pembaca menyisipkan komen yang seharusnya menjadi ‘harta intelek’. Tetapi rupa-rupanya, Punang.com menjadi liabiliti masyarakat.

    Atas alasan kesukaran untuk memantau dan tidak mahu bersubahat dalam melakukan dosa, maka Punang.com akan direhatkan dan ditarik balik dari pasaran mulai 31 Julai 2009 sehingga masa yang ditetapkan. Saya tidak kisah apa tuduhan dan anggapan pembaca kerana selagi fitnah memfitnah dan tuduh menuduh berleluasa dilaman ini, saya senantiasa akan merasa bersalah.

    Bagi pelajar diperantauan yang sering melawat Punang.com, saya teruskan usaha ilmiah ini di blog yang mungkin berlainan.

    Salam hormat
    Nazir
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    9 KOMEN:

    1. Itu lah dunia, jika kita beri kebebasan ia akan menjadi penyakit yang susah di bendung, tapi bila kita membataskan, kita akan di salahkan tampa usul periksa, ini lah yang terjadi pada Punang.com, laman web ini di lahirkan untuk kita berkongsi maklumat bagi penduduk Punang yang berselerak di serata dunia, dan menjadi rujukkan para pelajar Punang yang juga belajar di serata pelusok dunia dan mungkin serba sedikit meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

      Memang tak dinafikan kemana saja kita pergi kita tak kan dapat lari dari masalah, tapi kita kena hadapinya juga, dan bukan bermakna kita kalah bila kita berdiam diri, seperti yang terjadi dalam Punang.com, banyak permasalahan timbul di sebabkan sikap orang kita sendiri yang inginkan kepuasaan bila mereka dapat menumbangkan minda orang yang berjaya, mereka ini cuma mahukan perhatian, dan bila mereka di beri perhatian mereka mengangap diri mereka hebat dari pengomen lain, tapi mereka tak sedar yang mereka berselindung di balik kain putih kotor yang tak di cuci dan hampir reput.

      Kesedaran si penulis yang hebat menghentam orang lain jauh berbeza dari orang yang sentiasa ingin melihat orang kampung berjaya, mereka suka melihat kelemahan orang dari segala aspek dan mereka berpeluang menonjolkan diri kononnya cara mereka harus jadi ikutan, sikap menunjuk-nunjuk ini akan membuat mereka lebih hebat bagi mereka, mereka ini akan sentiasa menjaja cerita terkini yang kononnya mereka ini lebih tahu dari orang yang berada di sekelilingnya, golongan ini tak akan berubah selagi mereka berjaya mempengaruhi orang lain dan akan membenci orang yang tak dapat di pengaruhi mereka, kerana golongan ini tahu yang mereka tak kan berani menonjolkan siapa dirinya sebenarnya dan tak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan orang inginkan kejayaan dan kemuliaan.
      Saya tak mahu bercerita panjang lebar, kerana selepas ini golongan ini akan lebih bersemangat menonjolkan sikap angkuh mereka lagi, percaya lah tiada yang lebih baik melainkan kita sepakat.

      PUNANG.com sudah menjadi HARTA kampung Punang, oleh itu saya ingin memjemput orang kampung punang untuk menjaga harta kita ini sebaiknya dari segala unsur-unsur negatif, kerana jika harta kita rosak, generasi akan datang tak dapat lagi melihat harta ini, Punang harus berbangga kerana mempunyai apa yang di gelar Harta Intelek.

      Saya rasa pilihan saya betul, saya kunci ayat ini “SAYA TIDAK BERSETUJU PUNANG.COM DI TUTUP”, jika ada talian hayat untuk tidak menutup Punang.com, sila kemukakan untuk di gunakan.

      *mungkin juga Punang @ Punang.com di cemburui.
      *Punang.com terlalu tinggi nilainya dari c pengecut (cili itu pedas)

      Salam perantauan

      BalasPadam
    2. salam kemesraan,

      Ada saat dan ketika saya begitu bangga dan teruja kerana manjadi sebahagian dari pengomen blog ini.
      Ada saat dan ketikanya juga saya menjadi malas dan inda 'bakareh' dan inda 'takerawat'membaca kerana kita sering dihidangkan dengan irama-irama yang sumbang dan 'berampakkan'

      Untuk menyertai kumpulan elite ini,kita harus mengkaji,mencari dan yang utama berfikir secara matang,logik dan rasional.

      Tapi mengapa dan kenapa akhir-akhir ini blog ini bercelaru dengan komen-komen murahan?
      Apakahkah kita terlalu demokratik,terhakis nilai insan,nilai iman atau kita terlalu individualistik.Apakah kerana kita berada didunia internet,dunia yang penuh dengan seribu persoalan dan seribu jawapan,dunia yang penuh persepisi dan provokasi,dunia yang berbillion kemungkinan maka kita lacurkan harga diri atau prinsip insankamil kita?Dimana dan apa kedudukan kita sebagai khalifah untuk jadi penerus mengurus bumi ini?

      Siapakah akan rugi seandai blog ini ditutup?kita tidak menghalang seandai penutupannya menjadi kebaikan baginya tapi apakah ia praktikal?Saya selalu meningatkan anda, untuk meraih kejayaan dan kehebatan yang gilang-gemilang kita tidak boleh lari dari cabaran,cobaan dan hentam yang bertaliarus dari elemen-elemen yang merosakkan dan menjatuhkan.Itu hukum Tuhan.

      Disekeliling kita dihuni oleh masyarakat yang bermacam dan pelbagai.kita tidak boleh lari dari masyarakat andai mau berjaya.Kita tidak boleh dari masyarakat andai mau mencari keuntungan dan kita tidak boleh melarikan diri andi apa-apa yang kita dakwah tiada respon.

      Andai anda menutup atas dasar subahat,anda harus melihat apakah NIAT anda sudah tercapai?

      BalasPadam
    3. Kepimpinan dan pengaruh BN mempegaruhi anda, seperti Pak Lah yang menerima tekanan dan akhirnya mengundur diri dengan alasan peralihan kuasa, itu lah yang terjadi pada punang.com.
      Punang.com seperti jarum yang halus menyucuk, di pergunakan BN untuk mengumpan dan mempolitik punang demikepantingan tertentu, hebat permainan anda, tapi dengan kesedaran kami dari gula-gula politik, kami akan tetap menentang unsur-unsur kepimpinan BN yang sudah basi, perjuangan kami untuk kesedaran rakyat (Demokrasi) tetap utuh, jangan di persoalkan perjuangan kami untuk rakyat yang menderita di bawah BN.

      Salam perjuangan
      *Si pencuri ayam

      BalasPadam
    4. No 3,
      Sekurang-kurangnya Najay bukan seorg perosak masyarakat seperti awak. Dia bukan seorg pengumpat seperti anda. Dia bukan agen fitnah seperti awak dan kumpulan awak. Dia bukan pengecut spt awak. Dia tidak akan bersubahat spt awak.

      Dia punya blog dan bukan menumpang spt awak. mana tia kamu akan bukan cawangan pkr ah??? Kami syorkan pembukaan cawangan pkr spt berikut:
      Pengerusi : Si Budin
      Timbalan : Si Bidin
      Setiausaha: si Mareesta
      Seranta : J. Ayam ( Bossnya dtg dari KL boleh main J nya atu)
      Bendahari: Takereet
      Mesyuarat: di Kedai Kopi

      BalasPadam
    5. Diorg inilah sifat-sifat pemimpin pkr - menindas, mengumpat, mencaci dan diorg ini kilang semua keburukan.

      BalasPadam
    6. No 5,

      Memang itu ciri-ciri demokrasi mereka. Ya ayuhal kafirun..

      BalasPadam
    7. Ini petikan penulis "..Dasar orang yang berniat jahat, apa saja akan dipolitikkan walaupun rencana yang ditulis tidak menyentuh soal politik..." No 3 membuktikan petikan di atas terbukti betul. Memang betul.

      sokong baris kepimpinan pada No4.

      Minda N 3 di pengaruhi oleh angan2 16 September.

      BalasPadam
    8. Salam..
      Kepada semua pengomen Punang.com, saya rasa kita harus mengaji semula mengapa Punang.com di lahirkan, Punang.com bukanlah saluran untuk berpolitik, mengapa anda semua masih tak memahami semua ini, cari lah saluran/laman lain jika anda semua nak berpolitik..please..

      Jika anda masih menyelitkan unsur politik ini bermakna anda masih berkepala batu,saya tak melarang anda membuka cawangan PKR di Punang, saya tak menyalahkan perjuangan anda untuk rakyat jika itu niat baik dan suci anda, negara kita negara demokrasi, saya menghormati perjuangan anda jika dengan jalan yang betul, TAPI SAYA NAK ANDA FAHAM, PUNANG.COM BUKAN TEMPAT BERPOLITIK.

      Dan bagi pengomen yang bencikan PKR, adakah kita beruntung membenci mereka? Fikirlah kehadapan, majukan lah diri anda dulu sebelum anda majukan parti anda...

      Salam Hormat..
      EXORA : Keriangan Kekeluargaan

      BalasPadam
    9. Salam

      begitulah akhirnya sebuah citrawara..no 3 itu sebenarnya keras kepala dan degil. Dari awal lagi sudah dipadahkan bahawa punang.com dilahirkan bukan untuk berpolitik!

      siapa sebenarnya yang 'dipergunakan'? adakah punang com atau si pencuri ayam atu. Dan ternyata si pencuri ayam atu lah yang jadi barua dalam setiap kemajuan kampung punang. minda nya terlalu cetek dalam hal politik. Dan kurang memahami bahasa melayu kitani. Sebabnya peneraju punangcom, penulis2 dan pengomen2 lain dah memberitahu bahwa punang com untuk mempromosi punang dimata dunia yang tanpa sempadan ani.

      tapi kediya masih 'karas kepala @ degil'. dah atu menuduh punangcom ani jadi 'jarum'. Kau sebenarnya jadi jarum perpaduan, memecahbelah dan berpuak-puak. Kalau kau adalah orang PKR, alangkah malang nya PKR dan ANWAR IBRAHIM dapat orang macam kau. Masih jua ada politik ala nasionalis. parti pemerintah pulak ala sekularisme. Jadi dua2 sama saja. itu pendapat ku. sebab membaca dan meneliti gaya bahasa si pencuri ayam. Betullah ALLAH datang kan dalam hati nya untuk menamai dirinya si pencuri ayam. PENCURI itu kan dari segi tatabahasa dan makna adalah JAHAT. Jadi saya amat bersimpati dengan PKR kerana dapat orang macam si pencuri ayam ani.

      - Begitulah bila ada rasa inda puas hati dengan apa yang didapatnya maka si PA atu menjadikan orang lain sasarannya untuk melepaskan dendam nya. Dan kasihan orang2 yang memang mengikuti PUNANGCOM ani, teraniaya oleh sebab orang macam CPA atu.

      Kalaulah dia (si pencuri ayam) atu masih dapat mengikuti blog ani, maka fikirkanlah akan apa yag kau perlu buat untuk sama memajukan PUNANG walaupun kita berlainan parti. Dan ku bagitau arahmu bahawa aku bukan orang Kerajaan, bukan orang PKR, bukan DAP, bukan bukan-bukan, tapi BULAN PURNAMA.

      wasalam

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: DARIPADA HARTA INTELEK KEPADA LIABILITI MASYARAKAT Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top