Terkini
  • Terkini

    Rabu, 22 Julai 2009

    PUNANGdotCOM vs PENYAKIT HATI

    Setakat ini Punang.com telah menerima sekitar 20 ribu kunjungan dan pasti akan senantiasa bertambah. Dari feedback yang kami terima samada melalui email atau Biro Aduan, pembaca yang melawat datangnya dari pelusuk tempat dan dari segenap lapisan masyarakat termasuk pelajar.

    Tetapi, laman ini terpaksa membayar harga kepopularitian apabila ‘perperangan’ pembaca sering mendatangkan kekusutan kepada pentadbir. Pada artikel ‘Sekitar Mesyuarat Agong PBB Punang Jaya’ perkataan menghina dan lucah dilemparkan keatas beberapa individu disebabkan oleh desakan emosi pembaca yang tidak terkawal.

    Sebagai pentadbir, kita menerima kritikan dan perbezaan pendapat tetapi biarlah berasas dan beretika. Kritikan yang tidak berasas dan tulisan yang tidak ada nilai etika akan kami anggap sebagai andaian dan igauan dari emosi yang terpancul dari MASYARAKAT YANG ROSAK.

    Kerosakan masyarakat hari ini sebahagiannya disebabkan oleh PENYAKIT HATI yang senantiasa bersarang di dalam badan seseorang. Antara penyakit hati yang teruk ialah hasad dengki, dendam kesumat, iri-hati, pentingkan diri, menghasut, sombong, penakut, kecewa, merasa hina diri, merasa terpinggir dan termasuk merasa diri pandai tetapi sebenarnya tidak.

    Mari kita sama-sama renung templet kata-kata di bawah ini:
    • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
    • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
    • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.
    • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
    • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
    • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. salam kemesraan,

      Memang kita tidak boleh nafikan dunia semakin hari semakin pantas.Pertambahan populasi dunia juga memberi kesan kepada sistem kehidupan kita.Penipisan ozon yang mengakibatan cahaya ultra-ungu keras memasuki bumi banyak menciptakan penyakit dan menjejaskan kesihatan manusia.

      Penyakit-penyakit hati yang terdapat dalam diri manusia itu memang sudah terdapat sejak Nabi Adam a.s diturunkan kebumi.Masalah yang ada ketika itu masih boleh diatasi dan diselesaikan kerana cuma Adam dan Hawa saja menghuni bumi.
      Dengan berkembangbiaknya manusia,penyakit hati makin bertambah dan semakin tenat.
      Kita tidak boleh menyalahkan pemerintah,sistem kehidupan atau individu itu seandai penyakit hati ini tidak dapat diatasi atau tiada penyelesaiannya,kerana penyakit itu subjektif.

      Kita tidak perlu menyalahkan simareesta andai dia sakit hati terhadap sesiapa saja yang dirasakan perlu kerana dia berhak berbuat demikian atas dasar kepentingan dan keuntungannya mungkin tergugat atau tercabar.

      Kita berhak sakit hati andai sistem pembahagian lot tanah di pj tidak adil dan memnentingkan kroni.

      Kita berhak sakit hati andai sistem pengurusan KOPERASI tidak telus dan banyak penipuan.

      Dan kita berhak sakit hati kerana Syarikat Tumbuhak yang menjanjikan pulang keuntungan jutaan ringgit tinggal nama tanpa maklumat terkini.

      Kita juga berhak sakit hati andai ada permasalahan kampong,baik Penghulu,Ketua kampong cuma berkata,'saya tidak tahu'.


      astagafirullahallaziim........

      BalasPadam
    2. salam,

      kita mahu tahu planet mana dia berdiri dan tinggal,kita mau tahu sesudut mana dia gunakan untuk menghasilkan isipadu tepat.Adakah buah epal jatuh kebumi kerana graviti atau kerana disebabkan perkataan 'jatuh'.

      Apakah salah kita bicara tentang alam,kehijauan bumi,kemerahan mentari atau planet-planet yang menggeliling mentari yang berbeza strukturnya.

      Kekadang terlintas diminda dan di hati kecil ini untuk apa aku terlahir kebumi.Adakah untuk menjadi pemerehati pada kerosakkan atau seterusnya jadi perosak atau bersandar dikerusi malas merenung lelangit rumah.

      Kenapa dan mengapa masyarakat atau individu itu rosak?Rosak akhlak,rosak hati atau lebih parah rosak kehidupan?Mengapa peratus menyalahkan individu itu tinggi sebab kerosakkan itu.Berapa billion jiwa mau disalahkan didunia ini.
      Mengapa tidak menyalahkan program yang disusun atur yang tidak praktikal dan mendatangkan hasil yang memuaskan masih dilakukan.
      Mengapa tidak menyalahkan jalanraya seandai kereta yang baru di beli rosak.

      Mengapa menyalahkan si mareesta seandainya apa yang ditulisnya itu benar selagi ia menulis benar dan TANPA BERBOHONG.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: PUNANGdotCOM vs PENYAKIT HATI Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top