Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 10 Julai 2009

    MESYUARAT AGONG RANTING PBB, KPG. PUNANG JAYA



    PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU N.71 BUKIT SARI, LAWAS
    RANTING KAMPUNG PUNANG JAYA

    Tarikh: 10 Julai, 2009

    Kepada:

    Semua Ahli PBB Kampung Punang Jaya.


    Tuan / Puan,

    Per: MESYUARAT AGONG RANTING PUNANG JAYA PBB N. 71, BUKIT SARI

    Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

    2. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

    Tarikh: 18 Julai, 2009
    Masa : 2:00 petang
    Tempat: Surau Nurul Syakirin, Kpg.Punang Jaya

    Agenda:

    1. Ucapan Pengerusi
    2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas
    3. Laporan Setiausaha
    4. Laporan Bendahari
    5. Pembubaran AJK Protem Ranting Kpg. Punang Jaya
    6. Pemilihan AJK Sessi 2009 – 2012
    7. Ucapan Pengerusi Baru

    3. Kehadiran Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

    Sekian, terima kasih.



    Saya yang menjalankan tugas,


    …………………………………
    (AWANG MARAJEH B. AMIT)

    s.k Tim. Ketua Cawangan Parti PBB N71, Bukit Sari
    Kr. Rosni
    Abd. Latip Hj. Sahat
    Fail
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. salam,

      apakah kita sedari tanpa politik pun kita masih boleh servive.
      apakah keuntungan yang kita perolehi seandainya agm dibuat di surau?
      apakah parti politik di Malaysia ini bersih dari gejala rasuah,krononisme atau berpuak-puak.
      mengapa kita tidak berfikir atau terfikir bahawa parti politik adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang cuma menguntungkan grup-grup,individu-individu tertentu demi servival kehidupan peribadi mereka.
      Mengapa kita yang diakar umbi ini begitu mudah diperbodohkan dengan diciptakan ranting kemudian kita dijadikan berpuak dan bermusuh dan bersosek-sossek.Apakah ini namanya 1MALAYSIA.


      kita sambung kemudian...............

      telor pecaaaah.

      BalasPadam
    2. ..........1MALAYSIA ialah bukanlah sebuah konsep atau teori yang baru dan segar.Ia hanyalah satu bentuk duplikasi terma yang dicipta untuk merealisasikan ghayah politik kaum sekularis semata-mata.

      Dr.Burhanuddin al-Helmy pernah meuar-uarkan legasi agung iaitu Falsafah Kebangsaan Melayu.Ia mengejutkan seluruh Malaya.

      1Malaysia ialah satu bentuk penjenamaan baru terhadap legasi murni tinggalan Dr.Burhanuddin atau falsafah Malaysian Malaysia.

      Penjajaan idea,'rakyat didahulukan,prestasi diutamakan' adalah kosong.Brandingnya cantik tapi ingredientnya hancur.Kita masih sangsi dan ragu-ragu 1malaysia memelihara kebajikan rakyat.Sehingga kini cuma golongan tertentu sahaja yang mendapat manafaatnya.Golongan akar umbi masih dibuai mimpi atau beretorika.Betapa manis mulut golongan tertentu menjaja 1malaysia agar kepentingan mereka tidak tergugat dan hancur.

      Berbicaralah nelayan punang 1malaysia,tapi sumber yang mereka harapkan dari laut makin berkurangan,kenapa,kerana ada sebahagian dari manusia-manusia yang berkepentingan sanggup merogol undang-undang atau membelakangkan sistem yang telah Tuhan ciptakan?'kerosakkan dibumi ini adalah dari tangan-tangan manusia itu sendiri'.

      Pembuangan sisa-sisa toksid dari kilang sawit telah mencemarkan perairan dan mengakibatkan kekurangan pembiakan dan tangkapan nelayan.

      apakah kita mahu meninggalkan ruang kosong tanpa diisi?


      telor pecaaaah

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: MESYUARAT AGONG RANTING PBB, KPG. PUNANG JAYA Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top