Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 22 Ogos 2009

    SELAMAT DATANG RAMADAN

    Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnianya, sekali lagi kita menyambut ketibaan Ramadhan bagi tahun 1430 Hijrah. Ketibaan Ramadhan semestinya membuat kita gembira kerana bertemu dengan bulan yang mulia. Akan tetapi tidak mustahil kegembiraan itu di selit juga oleh rasa hati yang berdebar. Berdebar kerana kita bertemu dengan bulan yang penuh fadilat, dimana setiap perbuatan kebajikan dan kebaikan serta amal ibadah akan mendapat pahala yang berlipat ganda.

    Jika diaplikasikan teori kaedah pengukuran produktiviti yang mentakrifkan produktiviti adalah nisbah output per input, kita dapat melihat bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan dimana Allah SWT mengemukakan tawaran mega spesial untuk kita rebut.

    Tawaran mega spesial itu adalah dalam bentuk jaminan pemudahcaraan peningkatan ketara output dengan sedikit tambahan input sebagai insentif untuk peningkatan produktiviti keimanan kita.

    Bulan Ramadhan ini dijamin oleh Allah sebagai bulan peningkatan langsung indeks produktiviti jika kita merebut peluang tawaran yang disediakan. Ini dapat di lihat daripada riwayat hadith yang menyebut Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah, bulan yang didalamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan dimana puasa itu adalah ibadah wajib dan menunaikan ibadah selain daripada ibadah wajib didalam harinya adalah sunat, bulan didalamnya ditambahkan rezeki, bulan ampunan dari dosa – dosa dan pembebasan dari api neraka.

    Peningkatan ganjaran dalam bentuk nisbah output ini adalah dengan anjuran menunaikan kewajipan ibadah wajib puasa dan ibadah wajib lainnya dan ditambah dengan sedikit anjuran lainnya seperti membanyakkan tafakur, iktikaf, bersedekah serta melakukan solat malam (Qiamullail), solat tarawikh, solat sunat lainnya dan lain –lain ibadah sunat.

    Untuk mendapatkan peningkatan produktiviti ibadah kitani marilah kita sama sama memperingati diri sendiri untuk beriltizam mendapatkan ibadah puasa yang cemerlang selari dengan beban tugas khalifah baik dalam keluarga atau dalam masyarakat.

    Tahniah kami ucapkan kepada PBB Ranting PJ diatas usaha murni memperbanyakkan aktiviti Ibadah Puasa Ramadhan dan sekali gus mendalamkan penghayatan Ramadhan yang mulia ini.

    Akhir sekali Selamt Datang Ramadhan dan Salam Hormat kepada warga Punang dan Lawas
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: SELAMAT DATANG RAMADAN Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top