Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 14 Ogos 2009

    Solat Hajat untuk Pelajar UPSR


    Alhamdulillah, Syukur dan terima kasih kepada guru-guru SK Punang, PIBG SK Punang, AJK Surau Nurul Syakirin, Kampung Punang Jaya serta Biro Pelajaran dan Biro Agama Ranting PBB Punang Jaya yang telah sama-sama menjayakan majlis Solat Sunat hajat untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi ujian UPSR tidak lama lagi.

    Majlis tersebut yang telah dihadiri oleh guru-guru, Ibu bapa serta murid-murid dari sekitar Punang, Punang Jaya, Sualai dan Sungai Bangat juga turut hadir sama bagi memohon keberkatan demi kejayaan dalam ujian itu nanti.

    Majlis diteruskan dengan membaca Surah Yassin berjemaah setelah selesai solat hajat. Sementara menunggu waktu Isyak, Biro Agama PBB Punang Jaya, Cikgu Hj. Darham sempat memberi sedikit motivasi kepada pelajar-pelajar dan berjanji untuk meluangkan masa bersama-sama mereka setiap hujung minggu untuk ulang kaji serta tips dalam menghadapi peperiksaan tersebut.

    Sebelum ini majlis seperti ini juga telah diadakan di Surau Kampung Sualai, dan seterusnya minggu hadapan akan diadakan di Masjid Darul Iman Kampung Punang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. Salam kalian,

      Suatau pendekatan yang baik dan kearah fi-sabilillah.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Solat Hajat untuk Pelajar UPSR Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top