Terkini
  • Terkini

    Isnin, 24 Ogos 2009

    AJAL TIBA WAKTU SAHUR

    Ular sawa sepanjang 14 kaki telah ditembak mati oleh Tamit Hj. Salleh pagi tadi ketika ular tersebut memasuki reban Awangku Mustapa (Ak. Tusin). Menurut cerita Ak. Tusin, beliau terbangun sekitar jam 3 pagi apabila ayam di rebannya bising dan lantas beliau keluar untuk melihat keadaan.

    Apabila beliau mendapati ular tersebut sudah masuk kedalam reban, lantas dia bergegas untuk meminta bantuan dari Tamit Hj. Salleh.

    Sebelum ini ular sebesar itu juga telah mati ditembak di belakang rumah Matzine yang ketika itu telah memakan 2 ekor kambingnya. Oleh itu, kepada warga Punang Jaya khususnya supaya berhati-hati berjalan diwaktu malam. Selamat berpuasa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. Basar tu banar ular atu..kan makan raya pertama cukup tu eh..inda payah membali daging karbau..

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: AJAL TIBA WAKTU SAHUR Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top