Terkini
  • Terkini

    Ahad, 9 Ogos 2009

    Junaidi Bakar di Jerman

    Junaidi Bakar atau nama di kampung lebih dikenali dengan panggilan Jon yang kini telah bergelar suami dan bapa kepada 3 orang anak.

    Beliau telah mula menjejakkan kaki ke Bonn, Jerman mengikut abang iparnya (suami kakaknya, Aminah) yang bekerja dengan Pejabat Kedutaan Brunei untuk mencuba nasib di perantuan dengan hanya berbekal ilmu setakat sekolah rendah pada tahun 1995. Namun sekarang ini beliau telah dapat menguasai bahasa Jerman dan Inggeris.

    Beliau telah mula diambil bekerja di pejabat Kedutaan Brunei sebagai tukang cuci. Berkat ketabahan beliau, apabila drebar asal pejabat itu pulang ke Brunei, maka beliau telah diambil untuk menjadi drebar kedutaan sehingga kini.

    Pada Tahun 1999, suami kakaknya telah dipindahkan ke Kedutaan Brunei di Kemboja, Junaidi terus berkhidmat dengan pejabat Keduataan Brunei yang telah berpindah pejabat ke Berlin, Jerman.

    Di sanalah Junaidi mula terpikat dengan isterinya, Vinnia Sumardi, wanita kacukan Jerman dan Indonesia yang juga bekerja di Pejabat kedutaan sebagai kerani. Pernikahan mereka telah berlangsung sekitar awal 2008 dengan hanya dihadiri bapa saudara Junaidi, Saini Ismail (adik kepada Kahar @ Aliuddin ) yang juga bekerja dikedutaan yang sama.
    Keluarga Junaidi, bersama isterinya Vinnia, anak-anaknya Maxi, Mia dan Mawi


    Bakar Dinin, bapa Junaid
    Junaidi bersama Mawi sewaktu majlis
    berzikir untuk keluarga Junaidi
     
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Junaidi Bakar di Jerman Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top