Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 12 September 2009

    Budaya Balik Kampung


    Semingu menjelang hari raya, warga lawas yang bertebaran diserata negara mulai meninggalkan rumah menuju kampung halaman. Hampir sebulan menjalani ibadat puasa, tibalah masanya untuk pulang ke pangkuan keluarga menyambut ketibaan 1 Syawal.

    Yang terawal sekali bercuti adalah mahasiswa dari beberapa kampus. Sebagai contoh Kampus Politeknik telah memberi cuti semester selama dua minggu mulai 12 September bagi mahasiswa semester pertama dan satu minggu cuti bagi senior.

    Sekali lagi,semua lapangan terbang menjadi sesak kerana di negeri Sarawak, kapalterbang menjadi medium menghubungkan dikebanyakan tempat terutama sekali yang bermastautin di bandaraya Kuching. Sejak sebelum bulan ramadhan lagi tiket kapal terbang sudah habis ditempah dan yang terlambat terpaksa pulang pada hari pertama syawal.

    Perjalanan kedestinasi masing-masing bukanlah semudah yang kita fikirkan. Perjalanan menaiki bas dari Kuching ke Miri mengambil masa selama 13 jam dan ke Bintulu selama 9 jam.

    Untuk sampai ke Lawas mengunakan kenderaan mengambil masa 2 hari suntuk. Tetapi Lawas bukalah destinasi yang sukar seperti Kapit kerana kita boleh sampai ke Lawas dalam masa 4 jam jika pergi melalui Kota Kinabalu dan menaiki kereta selama 3 jam.

    Untuk sampai ke Kapit boleh mengambil masa sehari suntuk atau perlu menunggu keesokan hari jika penerbangan ke Sibu tidak menepati jadual bot express. Lebih parah jika mengunakan kenderaan dari Kuching.

    Perjalanan dari Miri ke Lawas walaupun dekat bukanlah perkara yang ringan dan mudah. Dengan jarak hanya 400 km, perjalanan boleh mangambil masa selama sepuluh ke dubelas jam. Yang pastinya seseorang akan menharungi 4 kesesakan sempadan antara Brunei-Malaysia, iaitu check-point Sungai tujuh (Baram), Kuala Lurah (Limbang), Puni (Temburong) dan Labu (Temburong). Jangan lupa, kesesekan di feri Sungai Panduruan dan Sungai Trusan bersedia menanti anda dan tidak menghairankan jika anda berbuka puasa semasa menunggu feri di Kampung Mengkalap, Trusan.

    Kepada kebanyakan orang, kehadiran Syawal yang dijangka diraikan pada 20 September pastinya menggamit kenangan meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung. Suasana nyaman ditambah ketenangan desa pastinya membuatkan hati meronta-ronta untuk segera bersama keluarga. Bagi yang masih bujang, selain isu tiket bas atau kapal terbang yang mungkin sudah kehabisan, balik kampung tidak mendatangkan masalah.

    Tetapi, bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, pilihan balik kampung akan menjadi masalah. Selalunya masalah itu timbul di kalangan pasangan yang berasal dari dua negeri atau kampong yang berjauhan. Ketika inilah lahirnya bakat berpidato ahli keluarga.

    Tetapi bagi segelintir orang, masalah utama bukanlah ke mana akan berhari raya tetapi berapa banyak duitnya yand ada.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Budaya Balik Kampung Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top