Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 11 September 2009

    TEROPONG BULAN DENGAN CARA SENDIRI

    Kadang-kadang rasa kecewa mengapa para pemimpin Islam termasuk ulama tidak dapat bersatu dalam hal menentukan awal Ramadhan dan satu Syawal. Contohnya tahun ini Malaysia menyambut hari Raya pada 20 September 2009 bersamaan hari Ahad, manakala Brunei berhari Raya pada keesokan harinya. Ini bererti rakyat Malaysia berpuasa selama 29 hari.

    Amerika dan Rusia telah lama sampai ke bulan tetapi hingga keabad ini orang Islam masih meneropong kemunculan bulan sabit. Dalam kecanggihan teknologi dan kepantasan peredaran masa, pemimpin Islam masih meraba-raba dan tidak dapat bersatu walau dalam menentukan halal dan haram. Negara Cina telah berabad-abad mempunyai hisab dan kalendar yang tepat mengenai bulan atau hilal.

    Persoalannya, salahkah kita merujuk kepada kalendar Cina sebagai rujukan tambahan kepada rukyah dan hisab? Kelendar Cina telah terbukti tepat sejak beribu tahun lalu! Harus diingat kalendar cina bukannya kepercayaan atau rekaan bangsa cina tetapi  hasil penyelidikan berlandaskan rukyah dan hisab sejak berabad lamanya. Inilah satu-satunya rekod kemajuan bangsa cina yang tidak pernah dipertikaikan. Lagipun Rasullulah pernah bersabda agar kita menuntut ilmu himgga ke negeri Cina. Sebagai rekod, masyarakat cina terlebih dahulu memeluk Islam dari orang-orang di Malaysia dan Brunei.
    Dari segi geografi, negara Brunei terletak di dalam Malaysia dan pastinya berada di dalam satu garis bujur yang sama. Secara tepatnya kedua-dua negara ini mempunyai ufuk yang sama. Apa alasan negara Brunei jika disebabkan cuaca buruk, penglihatan mereka terganggu sedangkan negeri-negeri yang sama ufuk dengannya mampu melihat bulan sabit? Apa alasan jika Bukit Ambok,  Bukit Agok, Padang Tembak dan Bukit Lumut in Belait tidak sestrategik seperti bukit-bukit di Malaysia?

    Siapa yang bertanggungjawab keatas rakyat yang menunaikan puasa pada satu Syawal? Dari Abu Hurairah Rasulullah Saw bersabda: ”Berpuasalah jika telah melihat hilal dan berhari-rayalah bila telah melihat hilal”. ( HR Bukhori dan Muslim).

    Puasa Ramadhan, sholat Aidul Fitri dan Aidul Adha pada dasarnya merupakan ibadah yang seharusnya dilaksanakan secara berjamaah dan bersama-sama. Dalam soal ibadah dan martabat agama Islam, kita tidak seharusnya terkandas oleh sempadan sesebuah negara. Dalam soal melihat hilal kita mesti melihat dari segi kelompok dan kedudukan negara bukan konsep sempadan negara.

    Berbagai hadits yang terkait menunjukkan betapa hari raya adalah syiar Islam yang hanya tegak ketika dilaksanakan secara bersama-sama oleh umat Islam. Pemimpin Islam wajib mengambil iktibar apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah ketika berita tentang terlihatnya hilal di wilayah Syam (Syria) yang baru sampai kepada Nabi di Madinah menjelang dhuhur, maka sikap Rasulullah meminta kaum muslimin untuk membatalkan puasa meski harus menunda shalat Aidil fitri di keesokan harinya.

    Hal itu menunjukkan Rasulullah sangat memperhatikan betapa Hari Raya Idul fitri sedianya dilakukan bersama-sama oleh seluruh umat Islam dengan serentak. Demikian juga pelaksanaan sholat Idul Adha adalah syiar Islam yang dilaksanakan secara bersama-sama dan dalam waktu yang sama.

    Sebagaimana beliau bersabda: “Puasa adalah di hari kalian berpuasa, berbuka adalah di hari kalian berbuka dan aidul Adha adalah di hari kalian berkurban” (HR At-Tirmidzi)

    Dalam menetapkan awal Ramadhan dan Idul Fitri kerajaan kita berpandukan hisab dan rukyah. Hisab dirujuk sebagai landasan untuk merukyah, yaitu berupaya melihat munculnya bulan sabit menjelang terbenam matahari pada tanggal 29 bulan hijriyah. Allah berfirman, “…Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) dibulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu… “ (QS 2: 185)

    Saya petik sekerat petikan dari 'Pelita Brunei' yang mengaku bahwa mereka 'Terus konsisten dengan CARA SENDIRI" :
     "........ kita di negara ini, akan terus konsisten dengan cara kita sendiri. Kita bekerja dan membangun dengan petunjuk Allah dan Rasul. Kita yakin, tidak ada pembangunan yang lebih baik dari pembangunan yang berteraskan hukum dan petunjuk Allah...."


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    6 KOMEN:

    1. membari kasian orang islam ah,inda tia pandai berubah-rubah.kan tidur tia ganya

      BalasPadam
    2. inda salah miyatu..dah ulama kitani mengira,meliyat,menafsir sesuai dengan ilmunya..

      abis, mengapa didatangkan ulama2 untuk orang islam, safiee,maliki,hambali.

      halal,haram,wajib.sunat,makruh,syubahat udah tarang bah tu.

      BalasPadam
    3. salam..

      bukan brunei saja yg raya pada 21hb..tp ada jua arah wilayah indonesia yg mnyambut raya sama mcm brunei..dan arh wilayah indon jua ada yg lbh awal mymbut raya pd 19hb..

      ada tah hikmahnya 2..macam mazhab ..knapa kita inda 1 mazhab sj..so smua umat islam bersatu.

      kenapa pasal raya brunei kn biskita highlight kn?knapa mesti perlu paspot utk masuk kesbuah negara Islam?kn Brunei dan Malaysia sama2 negara Islam?ops jgn lupa Indonesia,Arab saudi ,Iraq Iran dan sabgainya..dan saya yakin biskita ada jwpnnya kn..ada hikmah dsbalik smua ani..

      tapi saya stuju spatutnya negara Islam sama2 mymbut raya..so wat we ned is seorang Khalifah yg dpt myatukan smua negara Islam..dan saya yakin suatu hari nnti akan wujud khalifah utk org Islam smuanya.

      bg pndapat ku,cara islam ada lah yg terbaik jika dbndingkn atau merujuk kalendar cina..just cara Islam ani tidak diterokai oleh org islam sndiri slpas zaman kegemilangan Islam ( abasiyyah )

      BalasPadam
    4. Salam Saudara Mr.Roy,

      Memang logik Indonesia berhari raya berbeza-beza kerana Negara itu merentasi 3 baris bujur ataupun 3 ufuk. Pokoknya kita bukan melihat sempadan negara tetapi sempadan ufuk, yang sepatutnya, dalam masa yang sama, boleh melihat anak bulan.

      Memang kita boleh berbeza pendapat, tetapi bukan berbeza disebabkan oleh kemunduran cara dan kedegilan sesuatu pihak, lebih-lebih lagi dalam menentukan soal halal-haram.

      Mari kita sama-sama berfikir, apakah tidak haram berpuasa dikawasan Brunei, Limbang dan Lawas jika anak bulan syawal kelihatan di kawasan Labuan?

      Juga saya bersetuju, cara Islam adalah yang terbaik dibanding dengan kalendar cina. Tetapi harus diinggat kalendar cina diwujukan sama seperti cara orang Islam menentukan satu syawal. Cara orang cina menentukan kalendar lebih Islam daripada segelintir orang Islam. Dan negara Islam tidak pernah mempertikaikan kalendar itu.

      Salam hormat

      BalasPadam
    5. Salam,
      Jangan salah tafsir mengenai perbezaan dalam Islam. Kita berbeza mazhab bukan dalam soal halal-haram. Dalam soal melihat hilal, semua mazhab bersetuju dengan cara hisab dan rukyah. Yang merosakkan Islam ialah orang yang kaku pemikirannya. Cuba ambil iktibar mengapa Rasullulah ikut negara Syria sedangkan Baginda berada di Medinah. Ikut sempadan negara atau sempadan apa? Orang Brunei tak faham-faham lagi? Antara Syria dan Medinah adalah 3 jam penerbangan. Berapa jauh BSB dari Malaysia? Apa salahnya kita ikut Msia sedangkan Negara kita terletak dalam Malaysia.

      BalasPadam
    6. asal kan melihat anak bulan macam macam percanggahn pendapat sesama islam.Kami sebagai orang yang kurang arif tentang ilmu rukyah dan hisab.Dahagakan seseorang yang bijak pandai agar tampil di khalayak ramai melalui media masa seperti tv,untuk memperbetulkan serta menerangkan masaalah melihat anak bulan yang setiap tahun ada ada saja percanggahan.Khusunya antara Brunei dan Malaysia yang serumpun.sekian

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: TEROPONG BULAN DENGAN CARA SENDIRI Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top