Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 14 Julai 2012

    Puasa Perisai Kejahatan

    Kedua-dua potongan rancana di bawah ini dipetik dari akhbar The Star hari ini . Anda boleh Klik di sini untuk mengikuti keseluruhan rancana:
    “KUALA TERENGGANU: A 70-year-old man and his 60-year-old lover were among 25 couples caught for committing khalwat (close proximity). The elderly couple was nabbed in a compromising position at a budget hotel here during a raid conducted by enforcement officers from the state Religious Department…..”
    “KUALA LUMPUR: THE holy month of Ramadan has not stopped some Malay youths from drinking beer and watching table-top dancing by bikini-clad women at a club in Kuala Lumpur on Saturday night…”

    Kedua-dua keadaan ini sungguh menggangu kerana ianya dilakukan oleh orang Islam tambahan pula dilakukan di bulan yang mulai. Kita sedia maklum Sabda Rasullullah : "Puasa adalah perisai, selama dia tidak memecahkannya" - hadis riwayat al-Nasai dan Ibnu Majah. Perisai bererti menjadikan puasa sebagai imunisasi bagi mengawal diri daripada dicerobohi syaitan. Mendidik jiwa bagi orang berpuasa adalah menjadikan puasa Ramadan sebagai perisai kejahatan.

    Dalam melaksanakan ibadah puasa, segala perbuatan dan tingkah laku kita perlu dijaga termasuk menjaga penglihatan dan pemandangan daripada melihat perkara buruk yang mendatangkan dosa. Kita dikehendaki sentiasa mengawal percakapan kita daripada bercakap kosong, berbohong, mengumpat dan mengata perkara yang boleh menyentuh peribadi orang lain. Apatah lagi caci maki yang menyakiti hati. Jika disakiti, ingatkan bahawa kita sedang berpuasa. “Dari Abi Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Puasa adalah pelindung dari neraka. Sekiranya seseorang dari kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah: “Sesungguhnya aku berpuasa.”(HR. al-Bukhari dan Muslim)


    Kita juga mesti mengawal pendengaran kita daripada mendengar ungkapan kotor dan buruk. Mungkin ada sangkaan bahawa puasa boleh melemahkan jiwa dan jasmani. Anggapan begini sebenarnya meleset kerana ibadah puasa boleh melembutkan perasaan dan mencetuskan tenaga dalam diri manusia, menguatkan akal dan diperteguhkan rohaniah.

    Berpuasa Ramadan sebulan dalam setahun merupakan cara menguatkan kesihatan badan. Sebaliknya, kelemahan diri adalah sentiasa menurut nafsu dan sentiasa gagal mengawal kemahuan.Seorang yang berpuasa akan melatih diri agar sentiasa amanah terhadap dirinya dan orang lain. Di samping itu, dia akan merasai bahawa jiwa raganya sentiasa diawasi Allah pada setiap masa dan ketika.

    Jiwa merdeka yang berjaya dididik melalui puasa akan mencernakan niat yang ikhlas yang mana segala apa yang dilakukan adalah untuk mendapat keredaan Allah, merasai kelazatan ibadah, yakin dengan janji syurga, jiwa damai dan sentiasa mengukuh silaturahim, bersimpati sesama manusia dan sentiasa berusaha untuk melakukan kebajikan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Puasa Perisai Kejahatan Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top