Terkini
  • Terkini

    Selasa, 22 September 2009

    Rumah Terbuka Menteri 2009

    ALHAMDULILLAHI Rabbil‘alameen Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

    Jika diamati, Rumah Terbuka Datuk Amar berkonsepkan ‘jambatan’ dan ‘medan’. Jambatan yang dimaksudkan ialah melalui konsep ziarah-menziarahi, kunjung-mengunjungi terhadap keluarga, sahabat handai dan rakan taulan dari berbilang kaum. Konsep ini amat penting memandangkan kepada konsep berdangsanak semakin terhakis terutama sekali dikalangan generasi baru.

    Rumah keluarga Datuk Amar juga adalah medan pertemuan bukan sahaja antara rakyat dengan pemimpin tetapi juga antara rakyat dengan rakyat yang berbilang kaum. Dengan cara ini dapat membina dan memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim antara rakyat di Daerah Lawas. Melalui Aidilfitrilah, segala persengketaan dapat dileraikan dan persaudaraan dapat dijalin dengan baiknya.

    Konsep amalan ziarah-menziarahi dan kebajikan sememangnya satu tradisi turun-temurun dan sebagai catalyst kepada perpaduan dan semangat kekeluargaan kitani. Kerana dari berziarah dan hulur menghulur buah tangan, kitani menanam kasih sayang dan menanamkan bibit-bibit kekeluargaan yang sejati.

    Semogalah konsep Rumah Terbuka yang dibawa oleh Datuk Amar mengajar kita lebih bertanggungjawab, lebih berdisiplin dan lebih menghargai rukun keharmonian bermasyarakat dan bernegara. Marilah kita pergunakan kesempatan hari yang mulia untuk sama-sama bermaaf-maafan dan ziarah-menziarahi bagi mengukuhkan lagi ukhuwah Islamiah.


    GALERI SEKITAR RUMAH TERBUKA DATUK AMAR YB AWANG TENGAH ALI HASAN
    DI LAWAS 21 -22 SEPTEMBER 2009

    Sebahagian rakyat dari berbilang kaum menikmati juadah Hari Raya

    Datuk Amar bersembang dengan remaja dan memberi semangat kekeluargaan

    Datin Amar bersama kawan semasa di Universiti

    Datuk dan Datin Amar posing bersama rakan-rakan yang tiba dari jauh


    Wajik - Makan tradisional Lawas
    print this page Cetak Halaman Ini
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Rumah Terbuka Menteri 2009 Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top