Terkini
  • Terkini

    Isnin, 2 November 2009

    Majlis Korban Peringkat Daerah 2009

    Merasakan sudah lama majlis menteri bersama rakyat tidak wujud di Kampung Punang, PBB Ranting Punang Jaya mengambil kesempatan menganjurkan Majlis Korban secara besar-besaran dengan mengundang Menteri Kanan, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan sebagai tetamu kehormat. Majlis ini akan diadakan pada hari kedua Aidiladha bersamaan 28 November 2009, Hari Sabtu.


    Majlis yang dianjurkan di laman Surau Nurul Shakirin, melibatkan seluruh warga Kampung Punang, Sualai dan Sungai Bangat. 

    Berkonsepkan "Pemimpin Bersama Rakyat", Datuk Amar akan memberi ucapan kepada penduduk kampong sebelum makan tengahhari bersama rakyat. Selepas makan dan solat zohor, pembahagian daging akan dilakukan.

    Persediaan pra-majlis ini bukan hanya melibatkan PBB dan penduduk Punang tetapi juga pejabat Residen dan Pegawai Daerah Lawas.

    Antara objektif majlis ini termasuk memberi kesedaran betapa pentingnya korban sebagai ibadat sunat muakkad serta merapatkan silaturrahim antara penduduk kampong dan pemimpin-pemimpin kampong. Majlis ini juga akan memberi kesempatan agar rakyat berkesempatan bermesra dengan pemimpin.

    Punang.com mengambil kesempatan mengucapkan syabas kepada PBB Punang Jaya yang dipimpin Saudara Bob Lair. Semoga dengan khidmat dan ibadah ini akan mendapat balasan yang baik.


    Barangsiapa yang ingin memberi sumbangan korban sila hubungi Saudara Awang Marajeh Awang Damit atau Saudara Shaban Salleh
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    11 KOMEN:

    1. ada tender ambil gambar time atu kah bos? :P

      BalasPadam
    2. inda payah kan betender tender..
      kalau kan mengambar atu bawa tia kemera sendiri..
      sukahatimu tah tu..kan mengambar tahi karbau pun mana2 saja tah kau..
      karang ani semua orang ada kemera digital atu...

      BalasPadam
    3. hariz: sama kah kamera digital biasa dengan dslr? dont make ur own assumption.

      BalasPadam
    4. Apa khabar Lol,

      Oleh kerana persediaan strategik majlis ini melibatkan Pegawai Daerah, maka semua perkara yang berkaitan tender-menender dsb diputuskan oleh mereka.

      PBB Peejay adalah sebagai penganjur sahaja. Harap Lol berusaha sendiri untuk menghubungi yang berkenaan.

      Salam hormat

      BalasPadam
    5. dslr??? apa tu??
      d: digital,
      s: speed
      l: low
      r: resolution ???

      nah meliyat tah kau dlm web ani mana yang kau kan membali kemera..

      http://www.pcworld.com/products/cameras/slr.html

      nah unjar tah berapa EOS nya CANON atu.
      memang inda luan sama, tapi pakai usin jua tu membali..kau apa kemeramu karang ani..?

      BalasPadam
    6. bagi tia kediyaku saya kali tukang gambar saja eh.jangan tah dibagi si LOL atu, makin tiya tolol karang iya atu.
      aku pakai kemera jenis lama saja nah yag pakai kodak(filem).

      BalasPadam
    7. salam,

      yang saya mau baca bukan pasal kamera atau tender,tapi pasal korban atu mengapa inda dibuat pada raya korban pertama.

      mun talor atu,talor jua.

      BalasPadam
    8. hariz: DSLR = Digital single reflect lens.

      EOS CANON atu salah satu jenis dslr.



      balik ke topik pasal korban; majlis korban ani untuk org punang ganya @ terbuka untuk org kg lain jua?

      BalasPadam
    9. tapi di pikir balik cali jua si hariz atu..
      semangat nya untuk bersaing atu memmang bagus..

      tapi cuba pikir balik
      'pemimpim bepadah kan membuat sebuah makmal komputer di sekolah, lepas atu ada org betanya, ada tender untuk membuat makmal atu kah? sekali dengan setting komputer semua la. dah atu tiba2 org macam si hariz ani menjawab, karang ani semua org ada komputer, jadi semua la pandai setting komputer, semua da cangkul, tukul, jadi siapa2 saja pandai membuat bangunan makmal sekolah...baiktah kediaku saja membuat nya si hariz'...


      ia menunjukkan ia hebat...
      tapi dalam masa sama...menunjukkan ketaluran sendiri..



      renung-renungkan. :P

      BalasPadam
    10. Salam Kursemangat,

      Terima kasih atas teguran saudara.
      Untuk pengetahuan, Ibadat korban boleh dilakukan dalam 4 hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha (10 Zulhijah) sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

      Memandangkan 27 Nov adalah hari Jumaat, kami rasa melakukan majlis ibadat Korban pada hari itu terlalu singkat kerana kita akan melakukan 2 sembahyang berjemaah. Pada Raya ke 3, Datuk Amar terlibat dengan program di tempat lain.

      Kami harap saudara memahami keadaan ini.

      Kepada Sdr Lol,

      Majlis ini melibatkan ramai orang terutama sekali pemimpin masyarakat. Residen, DO, YB dari Limbang dan Lawas akan sama-sama hadir. Tetapi pembahagian daging korban hanya melibatkan penduduk Kampung Punang.

      Walaubagaimanapun, jika kami dapati berlebihan atau ada sumbangan binatang korban dari Kampung lain, maka akan kami usahakan.

      Sumbangan binatang korban terbuka kepada mana-mana individu dari mana-mana tempat.

      Sekian terima Kasih
      Nazir

      BalasPadam
    11. ah camatu tah LOL, madahkan mana yg ku inda tau kutanya orang.dala hal kemera atu dslr atu mmang inda brapa faham ku. jadi kutanya lah tu..yg ku buat atu angapan saja..inda salah kan betanya.

      sabab aku betanya atu, kan kupadah kan tadi aku hanya ada kemera bekodak(filem)..salahkah betanya...KUR SEMANGAT..jangan jadi LOL?? atau kursemanagt dengan LOL adalah orang yang sama ..???
      kali jua..ANTAH JUA??? kalau faham bisai.

      aku inda menganggap hebat, tapi cuba bersaing berabut rezeki cara halal..dalam hal komputer memang kau handal, tapi dalam hal MEROSAK KOMPUTER handal lagi kediyaku...
      AKu memigang 'mouse' sama 'keyboard' komputer pun kajar-kajar tangan, bepaluh sendiri..

      awu..pandai tah kau..ajar tah kediyaku ani nah..

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Majlis Korban Peringkat Daerah 2009 Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top