Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 2 Oktober 2009

    UNIKNYA BERHARI RAYA DI DAERAH LAWAS


    Daerah Lawas mempunyai berbagai budaya dan cara hidup, lebih-lebih lagi daerah ini mempunyai berbagai suku kaum termasuk Melayu Berunai, Keadayan, Murut, Tagal, Cina dan Iban.


    Suku kaum Melayu Berunai lebih sinonim dengan bot atau perahu kerana mereka adalah penghuni muara sungai dan laut teluk Brunei.


    Pada hari raya baru-baru ini Punang.com sempat merakam pergerakan warga Lawas berhari raya mengunakan bot bagi melawat sahabat handai terutama sekali yang menetap di kampung yang berlainan.


    Tidak dapat dinafikan, ada perjalanan menggunkan bot antara kampung atau destinasi lebih selesa dan pintas dibanding dengan jalan raya, terutaman sekali destinasi yang membabitkan WP Labuan dan negara Brunei Darusallam. Sebagai contoh, perjalanan bot antara Awat-Awat dan Punang hanya mengambil 25 minit manakali masa yang diambil dengan menggunakan jalanraya hampri 60 minit. 


    Daging Kerbau atau dalam sebutan lokal 'karabao' juga tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Lawas. Majlis kahwin yang tidak menghidangkan lauk daging karabao akan dianggap sebagai masjis kelas dua.


    Lebih dari itu, kita sering terdengar soalan 'Ada daging karabao?" pada majlis-majlis orang Lawas yang dianjurkan di bandaraya Kuching.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. perbezaan-perbezaan yang ternampak raya dulu dan kini ialah;

      tak ada duit raya.
      berhari raya tak pilih rumah,
      satu baju satu seluar cuma mampu dibeli
      tak ada sms.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: UNIKNYA BERHARI RAYA DI DAERAH LAWAS Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top