Terkini
  • Terkini

    Isnin, 30 November 2009

    Majlis Korban 2009: Bob & Co melakar sejarah

    28 November 2009: Pada usia Ranting PBB Punang Jaya baru mencecah 4 bulan, Bob & Co telah berjaya melakar sejarah bagi Daerah Lawas dan sejarah peribadi Datuk Amar. Kepimpinan yang boleh dikatakan mengejutkan Datuk Amar sendiri mempunyai pelan kerja yang mantap dan mempunyai traksi yang harus di ‘cut and paste’ oleh orang lain.

    Dengan gaya dan cara yang kontemprari serta menyematkan semangat perpaduan dan kerjasama kasih antara individu, Bob & Co telah melangkah kehadapan sebagai pencipta sejarah. Kejayaan menganjurkan Majlis membabitkan menteri kanan adalah diluar jangkaan kebanyakkan orang, tetapi kumpulan ini telah membuktikan segalanya berlaku seperti ada pelincir.

    Dipetik daripada kata pembukaan ucapan Datuk Amar : “… ini adalah Majlis Korban yang pertama yang diatur sebegini rupa di Lawas ini dan ianya sungguh bermakna bagi kita semua….” Kata-kata pujian Datuk Amar, yang menerima tepukan gemuruh membuatkan orang-orang Bob merasa kehilangan penat dan berada di persada atmosfera.

    Antara sejarah yang dicipta ialah:
    1. Kerjasamam 3 penjuru - PBB Ranting PJ, JKKK dan Surau Nurul Shakirin
    2. Semua kerja perpusat dan bernadikan di Surau
    3. Berkhatan beramai-ramai
    4. Kerjasama Bomba dalam majlis seperti ini
    5. Makanan rakyat lebih sedap daripada pemimpin
    6. Jemputan secara sentuhan peribadi pemimpin
    7. Berkonsepkan hybrid - Berkorban, berkhatan, sumbangan peribadi Menteri, berzikir bersama menteri.

    Apa tidaknya, disebabkan oleh tugas, ada tatkala AJK terpaksa bermesyuarat melalui ‘audio conferencing’.

    Mari kita sama-sama perhatikan templat “Work Culture” mereka seperti di bawah:
    • Menerajui melalui tauladan
    • Tidak menanguhkan kerja
    • Berinteraksi serta bermesra
    • Penurunan Kuasa
    • Berdisiplin dan berakauntabiliti
    • Berbangga dengan pasukan
    • Berusha menambah ilmu
    • Ikhlas bekerja


    Bob & Co bermesyaurat dengan bantuan komputer riba. Penuh kontemporari!

    Bob berdudun dari rumah ke rumah menjemput warga kampung ke Majlis Korban dan Berkhatan. Inilah 'sentuhan peribadi' seorang pemimpin. Macamana pemimpin lain?


    Saudara Bob, Shaban dan Kadir mengambil masa 2 hari untuk mengunjungi tiap-tiap rumah.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 KOMEN:

    1. Tahniah buat JK Pengelola. Syabas kepada warga kerja. Terima kasih buat penduduk kampung. Jadikan kekuatan ukhwah sebagai panduan di masa mendatang. Jangan melatah dengan sebarang komen dan kritikan kerana itulah bekalan untuk menyusun strategi yang lebih mantap.Ini merupakan salah satu aktiviti besar yang dijalankan tanpa sebarang keadaan kelam kabut, tanpa sebarang prejudis dan tanpa wujud semangat berpuak-puak.

      BalasPadam
    2. Tahniah Warga Punang,

      Saya bersetuju - kamulah pencipta sejarah dalam hala ini. Memang aktiviti ini layak dimasukkan ke dada akhbar. Saya juga terserempak berita ini di TV1. Mana aktiviti kampung lain? Tahniah sekali lagi Tetapi jangan berhenti di sini.

      BalasPadam
    3. sejarah tercipta dengan pelbagai cara, ada sejarah yang tercipta dan semua orang tahu, namun ada juga sejarah yang tercipta selepas mereka yang mencipta sejarah itu talah tiada di muka bumi ini...untuk lebih lanjut tentang sejarah berbicaralah di tahailawas.blogspot.com

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Majlis Korban 2009: Bob & Co melakar sejarah Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top