Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 10 Oktober 2009

    Cikgu Darham Drahman

    Kemiskinan bukanlah satu penghalang kepada kejayaan. Lahir dalam keluarga yang miskin. Bersekolah tanpa alas kaki dan sebatang pensil dibahagi antara adik-beradik adalah perkara lumrah bagi keluarga beliau. Beliau adalah anak sulong diantara lima beradik. Kini, dua orang adik beliau berada di Kuching, masing masing sebagai pensyarah disebuah kolej dan sebagai guru di sebuah SM dan dua lagi berada di Sibu juga sebagai guru and pegawai tadbir sekolah.

    Walaupun hidup begitu daif sekali, Cikgu Haji Darham Drahman tidak pernah menyesali kepayahan yang beliau alami. Malah beliau menganggap pengalaman itu sebagai pengajaran yang berharga. Berbekalkan pengalaman inilah beliau berjaya mendidik 8 orang anak hingga ketaraf yang boleh dibanggakan. Melainkan seorang yang masih belajar di Matrix Labuan, kesemua anak-anak beliau adalah lulusan universiti.

    Walaupun seramai 3 orang anak beliau telah meninggalkan alam kampus, tidak ada seorangpun yang mengikut jejak ayah mereka sebagai pendidik. Ketiga-tiga mereka bekerja di semananjung Malaysia. Seorang berpangkat Pegawai Tadbir Diplomatik di Putra Jaya, seorang lagi bekerja sebagai pegawai Operasi dengan AM Bank di Kuala Lumpur dan seorang sebagai Pegawai Sains di UPM, Selangor.

    Dua orang yang masih berada di kampus sekarangpun belum ada tanda-tanda yang menunjukkan profesion mereka menjurus kearah menjadi pendidik. Masing-masing mengambil jurusan Jurubina Bangunan dan dalam jurusan Sains di UiTM kampus Samarahan.

    Cikgu Haji Darham memulakan persekolahan pada tahun 1957 di SRK Datuk Bandar, Debak. Disebabkan tidak ada kelas untuk tahun 5 dan 6, beliau bersama murid-murid lain berpindah ke SRK St Christopher, Debak untuk menghabiskan sisa-sisa sekolah rendah.

    Setelah lulus cemerlang dalam Common Entrance, beliau melanjutkan pelajaran ke St Augustine, Betong pada tahun 1963 dan mulai hidup berdikari sebagai penuntut asrama. Kerana disiplin yang kuat dan kesungguhan belajar semasa tingkatan 1 hingga 3, beliau sering mendapat perhatian guru-guru yang mengajar beliau.

    1970 – 1971 - Melonjak hati beliau apabila menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Rajang. Kerja sebagai guru sudah mulai sebati dengan beliau sejak menjadi Guru Sandaran pada 1968. Tidak diduga rupa-rupanya detik menjadi guru sandaran itu membawa kepada profession senagai guru sehingga bersara.

    1972 – 1975 – Setelah tamat di MPR, beliau ditempatkan di SRK Kampung Punang di Daerah Lawas. Pada mulanya beliau merasa kekok kerana bahasa dan budaya yang sedikit berlainan. Pernah seorang murid bertanya “ Apakan ‘panco’ dan ‘Tajo’ atu cikgu?” setelah beliau mengarahkan agar pasu diletakkan di bawah pancur (saludan) disediakan untuk menyambut air hujan kerana pada masa itu air paip belum sampai lagi ke Kampung Punang.

    Tetapi dikalangan semua murid, beliaulah paling mesra dengan penduduk kampung disebabkan oleh pembawaan kampungan beliau. Beliau juga paling popular dalam menyelesaikan masalah pelajar.

    Lebih merapatkan lagi apabila beliau ikut menangkap ikan bersama orang kampung pada hujung minggu. Pada awal 1975 beliau terpikat dengan seorang gadis Punang dan mereka menjadi raja sehari pada 22 Ogos ditahun yang sama.

    1976 – 1988 - Barangkali merancang untuk memperlihatkan isteri yang berketurunan Sino-Malayu Brunei kepada keluarga dan saudara di Debak. Beliau berpindah ke SK Spaoh dan menetap di sana selama 13 tahun sebelum kembali semula ke Punang dan menjadi Guru Besar di SK Punang pada tahun 1989 hingga 1996.

    1997 – 1998 - Cikgu Darham ditempatkan di SK Agama, Lawas dan pada tahun 1999 berpindah ke SK Karangan selama 6 tahun. Pada July 2005 beliau diperlukan di Pejabat Pelajaran Gabungan Limbang sehingga beliau bersara pada 2 March 2006. Sejak itu beliau menjadi penyelia KAFA dengan Jabatan Agama Lawas.

    Biodata ini dikeluarkan sempena perjalanan beliau ketanah suci kali yang kedua. Pertama kali beliau menunaikan ibadah haji pada January 2002 bersama isteri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. this article needs an update.. :)
      thanx for the useful info...

      BalasPadam
    2. Tanpa Nama16/3/12 2:02 PG

      Alhamdulillah....lamak carik Cikgu Haji darham...cikgu kamek dolok di SK Spaoh. Semoga cikgu sihat walafiat sepanjang masa. Budi dan jasa baik cikgu akan tetap dikenang sepanjang zaman. Kamek penduduk Spaoh sentiasa sayangkan cikgu. Terima kasih untuk selamanya.
      Bolhi bin Hj. Narani

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Cikgu Darham Drahman Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top