Terkini
  • Terkini

    Ahad, 8 November 2009

    Pusat IT

    Kampung BOGAG, Bau: Penglibatan secara langsung dalam Projek Pusat IT di Kampung Bogag, Bau dengan nama ACCESS@eBogag. Projek kendalian Yayasan Salam Malaysia, ini telah selamat dirasmikan oleh YB Datuk Peter Nansian Nguse pada 8 November 2009. (Hari ini juga YB Datuk Peter Nansian dilantik sebagai Menteri Muda Alam Sekitar). CIMB Bank melalui Yayasan CIMB menaja 10 buah unit komputer jenama Acer.

    Selain CIMB Bank, projek ini juga melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Microsoft. Matlamat projek ini adalah untuk membantu serta memberi peluang kepada masyarakat kampung serta kampung sekitarnya untuk bersaing serta menikmati pembangunan sosial dan ekonomi yang semakin berkembang.


    Najay bersama YB Datuk Peter Nansian Nguse pada majlis Perasmian Pusat IT Kampung Bogag, Bau pada 8 November 2009.

    Berlatarbelakangkan tarian tradisional Kaum Bidayuh pada pembukaan rasmi Projek IT

    Bergambar bersama Ketua Kaum Kampung Bogag dan Aishah, pegawai Yayasan Salam

    Berborak dengan penduduk Kampong di luar dewan di kampung Bogag

    Bergambar bersama Md Ghani Ibrahim, Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Salam Malaysia

    Di belakang ialah pusat IT Kampung Bogag dengan nama ACCESS@e-Bogag

    Bergambar bersama staff CIMB dan penari tradisional Kaum Bidayuh. Kampung Bogag yang dibangunkan pada tahun 1919 terletak di KM14, Jalan Bau-Serikin, Sarawak dan mempunyai kira-kira 800 orang penduduk.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. awu eh..baik tah buat di punang jua..punang atu banyak orang rabun IT tu. Mana tau selepas atu PUNANG akan melahirkan orang macam BILL GATES.. INDA mustahil tu bah.

      Contohnya macam si LIHAN, inda orang sangka kediya jadi tukang jua kereta. inda silap haribulan tu, jadi taukeh jual kereta tu.

      BalasPadam
    2. sambung......,

      Macam Si Bahrin di CELCOM...inda disangka-sangka karang kediya boleh membuka syarikat telekomunikasi sendiri..

      Macam si Marajeh di SESCO...inda disangka-sangka kranag jua kediya boleh membuka hidroletrik sendiri..

      Inda mustahil semua ani.. atu lah disebabkan PALAK IT.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Pusat IT Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top