Terkini
  • Terkini

    Khamis, 5 November 2009

    Senarai Semak Korban

    1. Berkorban mengambil kira kerbau yang sihat. Kerbau yang tidak sihat, cacat, mempunyai penyakit kulit, buta, patah kaki, tidak cukup umur akan menyebabkan korban tidak sah dan akan menjadi lembu sembelihan biasa sahaja. Lembu yang tegap, isi daging yang banyak dan sihat menjadi keutamaan walaupun harganya agak mahal daripada lembu yang kurus tetapi murah.

    2. Sekiranya didapati kerbau korban betina bunting, maka biarkanlah lembu itu melahirkan dahulu anaknya. Sekiranya dikorbankan juga dan anaknya mati di dalam kandungan, maka anak lembu tersebut sah dimakan dan tidak perlu disembelih kerana ibu nya sudah disembelih. Sekiranya anaknya hidup, biarkan sahaja anaknya hidup.

    3. Berhati-hati dengan kerbau liar yang ganas. Sekiranya di dalam proses ingin menyembelih tersebut, kakinya patah atau telinganya putus atau sumpak akibat usaha untuk menjinakkan atau menenteramkannya, maka korban tersebut tidak sah dan dianggap sebagai sembelihan biasa sahaja.

    4. Seekor kerbau boleh dibahagikan kepada 7 bahagian korban. Sekiranya ada yang berhajat untuk aqiqah boleh melaksanakannya pada masa yang sama maka ia dibolehkan contohnya 3 bahagian aqiqah dan 4 bahagian korban. Tetapi sekiranya ada keluarga berhasrat untuk melaksanakan 7 bahagian hanya untuk aqiqah sahaja maka ia adalah satu kerugian. Ini kerana, korban hanya dilakukan sepanjang 4 hari dalam raya AidilAdha sedangkan selebihnya 361 hari lagi ada banyak masa untuk melakukan aqiqah.

    5. Daging korban adalah afdhal diberikan di dalam keadaan mentah. Ianya diberikan kepada orang Islam sahaja. Berbeza dengan daging aqiqah yang lebih dahulu dimasak. Walaupun begitu kedua-duanya tidak dibolehkan untuk disedekahkan kepada bukan Islam. Di dalam kes Aqiqah, sekiranya ada jiran bukan Islam yang ingin diberikan daging Aqiqah kepada mereka, maka, kita boleh membeli daging daripada luar (bukan daripada yang disembelih) dan dicampurkan sekali di dalam masakan. Contohnya, jika berhajat untuk menghadiahkan 10 kg daging kambing kepada jiran bukan Islam, boleh beli daging di pasar dan campurkan sekali di dalam masakan. Maka, setelah masak bolehlah diserahkan kepada yang bukan Islam.

    6. Daging korban tidak boleh dijual. Ini termasuk tulang belulang, isi perut, ekor dan juga kulit. Malah, untuk membayar upah kepada si tukang sembelih dan pelapah juga tidak boleh menggunakan daging korban sebagai bayaran. Ia boleh dianggap hadiah sahaja tetapi bukan upah kepada mereka.

    7. Sekiranya ayah atau ibu sudah meninggal dunia, kita tidak boleh melakukan korban untuk mereka kecuali mereka telah mewasiatkan kita untuk berbuat demikian. Sekiranya ibu atau ayah masih hidup, maka keizinan daripada mereka adalah perlu. Sekiranya tidak mendapat keizinan korban tidak boleh dilakukan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Senarai Semak Korban Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top