Terkini
  • Terkini

    Rabu, 2 Disember 2009

    Naluri Manusia dan Haiwan

    Kupasan Ucapan Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan

    YB Datuk Amar, dalam ucapan pada Majlis Korban dan Berkhatan di Punang Jaya, antara lain menyentuh mengenai Haiwanisma. Seperti dalam lapuran The Sunday Post mukasurat 21, keluaran 29 November 2009 “ … sacrifice and cooperation are necessary to resolve problems and cast aside animal instincts by upholding humanistic values….” Tambah beliau lagi, “In human terms, ego and pride should be avoided as taught by Islam and Muslim should be responsible and community-centered to be closed to Allah…”

    Dalam bahasa lokalnya, “… pengorbanan dan perpaduan amat penting bagi menyelesaikan masalah dan ketepikan jauh naluri kebinatangan dengan berpegang kepada nilai-nilai kemanusiaan. Dari sudut kemanusiaan, ego dan megahdiri wajib diketepikan seperti ajaran ugama Islam dan Muslim semestinya bertanggungjawab dan menolong masyarakat agar seseorang itu dekat dengan Allah.

    Apa maksud beliau yang sebenar perlu dimengerti oleh rakyat. Kita perlu selidiki pemikiran beliau dari semua sudut. Baik dari sudut kekeluargaan, bermasyarakat, ekonomi, politik dan hingga ke peringkat global.

    Ditinjau dari sudut kekeluargaan atau masyarakat kampung, saya ingin memetik yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Musa Radiyallahu Anhu, dari Nabi SAW, baginda bersabda: “ Allah melaknat orang yang memisahkan antara seorang ibu dengan anaknya dan antara seorang dengan saudaranya”

    Pada sabda lain, Nabi SAW bersabda, “Terlaknat orang yang mencelakakan seseorang mukmin atau berbuat makar (perkara yang dibenci) terhadapnya”. Ringkasnya, Hadis ini bermaksud barangsiapa yang berbuat makar terhadap saudara muslim atau mencelakanya dalam sabjek apa sekalipun, maka baginya laknat dan balasan Allah swt akan disediakan. Maka seharusnyalah saudara muslim bersatu dalam segala hal untuk menjauhkan laknat Allah.

    Kita harus akur bahwa sempadan pemisah antara haiwan dengan manusia adalah sangat nipis sekali. Jarang ada haiwan berperangai seperti manusia tetapi ramai manusia berkelakuan kebinatangan.

    Sebenarnya HATI seseorang adalah punca utama dalam setiap perlakuan manusia. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang HATI dan amal kamu” (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

    Klik di sini untuk bebas komen (Komen Tanpa Nama)
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    10 KOMEN:

    1. Assalammualaikum...dan salam satu Malaysia... Pertamanya Tahniah Kepada Jawatan Kuasa Ranting PBB yang telah menganjurkan aktiviti yang bisa mendekatkan diri kepada-Nya dan antara lain boleh mendekatkan Pemimpin dengan rakyat. namun sedikit teguran kepada Jawatankuasa penganjur.. untuk akan datang kalau boleh berhati-hati dengan nama dan pangkat Yang Berhormat Kawasan kita. sepatutnya..perkara ini tidak terjadi bila melihat penganjurnya adalah orang yang sangat dekat dengan politik lagi-lagi kawasan Datuk Amar sendiri. untuk Pembetulan Nama Yang Berhormat Datuk Amar sebenar dan Pangkatnya ialah.."YB Datuk Amar Hj. Awang Tengah Bin Ali Hassan, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Menteri Kemudahan Awam Sarawak. Berhati-hati dengan "BANNER" bahaya dan memalukan.. jika ada terkasar dan terguris maaf.. sekadar untuk teguran sesama insan untuk kebaikan bersama...

      BalasPadam
    2. Salam,
      Betul kata pengomen 1 dan penganjur mesti tau. Tetapi apa bahayanya. Sebenarnya orang yg tidak buat apa-apa lebih bahaya dari banner di atas. Kalau betul-betul ikut IC, pembetulan yang dibuat oleh no 1 di atas ini pun salah. Sekadar tidak ada 'bin' tara gaduhlah. Tetapi nama arwah beliau memang sambung, walaupun spelling ada berbeza.

      Pesan saya - tiada org gaduh pasal salah nama. Sekurang-kurangnya Datuk Amar bukan jenis orgnya yang macamatu. Remeh. Kalau tiada bannerpun tidak mengapa.

      Harap penganjur jgn patah semangat. Tapi teguran di atas atupun nampak ikhlas. Syabas.

      BalasPadam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      BalasPadam
    4. jk ranting pj harus paham apayg di katakan oleh datk amar dlm ucapan nya, bukan urg x tau apa tujuan sebenar jk ranting pj di tubuhkan. urg kpg punang bukannya bodoh seperti badukang makan tahi, seharusnya kitani x perlu lah kan menunjuk seperti blog ini seperti menempa sejarah seolah olah mcm urg angkat bakul sendiri. cerita ni meluas sehingga ke kch, apa kata urg di kch : bkan urg x tau dorg atu, yg 1org atu capi - capi yg 1org lg eksen pilih bulu.

      BalasPadam
    5. Baik ada bakul tapi geng kamu atu inda langsung inda ada bakul. Kursemangat.

      2. Baik capai-capi tapi kerja jalan. tapi kau dan gengmu atu semua inda ada kan dicapikan.

      3. Ada baik pilih bulu daripada inda ada bulu. Kau dan geng kau langsung inda ada projek. Inda ba bulu !

      4. Sekurang-kurang org pj inda mengumpat macam kau dan geng kau. Saya bukan org pj tapi kejayaan mereka harus kita iktiraf. Kalau kau cemburu buat proj utk Punang tapi jangan mengumpat dan menghina org pj. Dasar melayu jenis kau dan gengmu.

      BalasPadam
    6. Ada pelbagai jenis kategori manusia. Antaranya ialah mereka yang hanya melihat kejayaan orang lain, mereka yang tidak mahu melihat kejayaam orang lain dan yang paling bahaya ialah mereka yang benci melihat kejayaan orang lain lalu menuduh yang berjaya dengan pelbagai tanggapan. Golongan seperti ini biasanya memang pandai berkata-kata. Mereka akan memperbesarkan kesalahan yang kecil, memandang serong terhadap orang lain dan mudah terpengaruh. Inilah penyebab kenapa melayu kurang berjaya.
      Sepatutnya, ambil yang positif sebagai panduan dan yang negatif pula tegurlah secara bijaksana.

      BalasPadam
    7. Saya sokong pendapat Tanpa Nama 6. Sabda Nabi saw, 'Hasad atau kebasutan itu memakan kebaikan, bagaikan api meratah kayu' - Abu Dawud.

      Mengapa dia hasad? sebab dia tak boleh buat.

      BalasPadam
    8. Salam sejahtera...

      si pengomen 1 ok..menegur perkara yang banar. Kadang-kadang kesilapan kitani yang sedikit atu boleh menjadi bencana yang besar. Kepada AJK penganjur, berhati-hati dengan perkara atu. Tapi jangan jua di salahkan terus kepada penganjur atu. Mungkin ini kesilapan teknik yang di buat oleh si pencetak banner atu(kedai mana kamu membuat atu)??.

      Untuk pengomen 2, jangan remehkan perkara yang kecil, contoh hal'bin'. MEMANG BAHAYA. kalau kitani silap hal macam atu dalam mahkamah, sah memang kalah perbicaraan. Bukan kau inda kenal si Karpal Sing. Contohnya lah.

      si pengomen 3, pandangan positif sikit. Majlis itu bukan untuk politik, tapi untuk seluruh kampung Punang. Cuma orang macam si 3 atu saja inda kan terbuka hati dan minda. Dalam majlis macam atu, ketepikan hal politik. Kan majlis atu untuk penduduk Punang semua. Tapi majlis atu didakan di surau Nurul Syakirin, bukan di masjid Punang. Mungkin tahun depan didakan majlis yang sama di Masjid Punang? Cuma orang yang bodoh sombong macam pengomen 3 atu inda mau menerima kebenaran.hati nya gelap penuh tahi bedukang.

      ' bila tah kamu kan berubah ani? '

      BalasPadam
    9. kepada semua yang menghantar komen di atas, jangan melihat kepada agenda tersembunyi mana-mana pihak dan kalau nak menegur gunalah bahasa yang indah-indah kerana DIA menengur dan mengajar manusia melalui Al-Quran bahasanya maha indah maka kalian sebagai manusia yang lemah harus melihat kepada perkara ini.

      Kalau seseorang mahu berbuat kebaikan biarkan mereka melakukannya, kalau ada pun agenda tersembunyi bukan hak kita untuk menjadi penilainya.

      untuk lebih lanjut berhubung isu ini silalah layari tahailawas.blogspot.com

      BalasPadam
    10. “In human terms, ego and pride should be avoided as taught by Islam...." ini apa yg disuarakan oleh Menteri. Saya rasa YB merujuk kpd golongan yd memboikot majlis ini. Org yg memboikot ini org politik dan mereka inilah brsifat 'Haiwanisma'. Majlis amal dan baik utk masyrkt, mengapa diorg ani memboikot?? Kebetulan saya ada di Majlsi ini masa itu. Sapa mboikot.... tanya diri sendiri??

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Naluri Manusia dan Haiwan Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top