Terkini
  • Terkini

    Rabu, 2 Disember 2009

    Majlis Korban 2009 & Berkhatan

    28 November 2009: Kejayaan Majlis Korban & berkhatan beramai-ramai yang telah berlalu akan menjadi kenangan sampai bila-bila, lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam majlis berkhatan atau sinonimnya 'bersunat'. Apa tidaknya, mereka-mereka ini pasti akan mengingati sewaktu disiram serta ditepung-tawar oleh seorang menteri yang berjiwa rakyat.

    Begitu juga yang baru pernah melihat secara dekat penyembelihan binatang korban dengan menunjukkan aksi hero bila kerbau telah direbahkan dan tidak berdaya, namun akan bertempiaran bila kerbau tersebut meronta-rota cuba untuk melepaskan diri.

    28 November 2009: Keceriaan pada anak-anak bergitu terserlah ketika sessi disiram YB Datuk Amar, namun perasaan takut dan gusar menjelma ketika saat menunggu giliran untuk sessi ujian pemeriksaan dan lebih-lebih lagi giliran mereka bersunat yang mana telah diselenggarakan oleh Pegawai-pegawai Kesihatan yang mewakili Persatuan Kebajikan Islam Jabatan Kesihatan, Hospital Lawas.

    11 orang daripada 35 orang yang telah mendaftarkan diri tidak layak untuk disunat juga menampakkan keceriaan dan juga kehampaan kerana terselamat dan juga terlepas peluang bersama-sama rakan mereka untuk diraikan bersama.

    Anak-anak yang meyertai majlis ini terdiri dari kampung berdekatan; Kpg. Punang, Punang Jaya, Sualai, Sungai Bangat dan ada juga dari Kpg. Aru Baru Sundar yang tidak melepaskan peluang untuk turut serta.

    Pengorbanan YB Datuk Amar juga tidak dinafikan dengan kehadiran beliau untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut walaupun ketika ibunya sedang sakit namun keceriaan yang dipamerkan telah meninggalkan kenangan kepada para hadirin yang sempat bermesra dengan beliau.

    Kenangan bergambar-sama dengan Datuk Amar juga akan menjadi album kenangan kepada anak-anak serta AJK majlis yang rata-rata berpuas hati dengan kejayaan dalam penganjuran majlis tersebut.

    Kesempatan untuk merapatkan hubungan jiran dan sanak-saudara pulang beraya di kampung telah dipertemukan di majlis tersebut serta keseronokan dalam persediaan di saat-saat akhir begitu menyeronokkan.

    Kita berharap di masa-masa akan datang program sebegini akan dapat diteruskan.


    Aksi hero merebahkan kerbau untuk disembelih








    Album kenangan bersama Datuk Amar
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. Syukur alhamdullilah... itu lah pimpinan yang ketani mau. Mudah-mudahan intipati ucapan beliau itu terus subur dalam diri sanubarinya. Jangan hanya dalam ucapan, tapi realitinya sebaliknya. Mudah-mudahan beliau sentiasa sihat dan dipanjangkan umur, dan menjadikan jawatan dan pangkatnya sebagai jambatan ke syurga tertulis sebagai antara para suhada dan ambia... amin ya Allah yarabul alamin. Ini keran tidak semua dikalangan kita diamanahkan sebagai pemimpin tetapi sekiranya ada dikalangan kita ada pemimpin yang berjiwa seperti yang beliau katakan itu, taatilah, kasihilah dan doakanlah semoga beliau sentiasa mendapat rahmat dan hidayah hingga ke akhir hayat....

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Majlis Korban 2009 & Berkhatan Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top