Terkini
  • Terkini

    Ahad, 6 Disember 2009

    Gotong Royong melaksanakan Korban

    GOTONG ROYONG -Adalah bekerja bersama-sama dalam menyelesaikan pekerjaan dan secara bersama-sama menikmati hasil pekerjaan tersebut. Atau suatu usaha atau pekerjaan yang dilakukan secara sukarela oleh semua warga menurut batas kemampuannya masing-masing.

    Sifat gotong royong dan kekeluargaan di daerah Lawas lebih menonjol dalam pola kehidupan mereka, terutama sekali dalam majlis perkahwinan dan kematian. Sedangkan di kota-kota gotong royong dapat dijumpai dalam kegiatan kerja bakti. Dari konsep ini timbullah rasa kebersamaan, kekeluargaan, tolong menolong sehingga dapat terbina rasa kesatuan dan persatuan masyarakat

    Semangat gotong royong didorong oleh suatu pandangan iaitu:
    a. Manusia tidak hidup sendiri melainkan hidup bersama dengan orang lain atau lingkungan sosial;
    b. Pada dasarnya manusia itu tergantung pada manusia lainnya;
    c. Manusia perlu menjaga hubungan baik dengan sesamanya; dan
    d. Manusia perlu menyesuaikan dirinya dengan anggota masyarakat yang lain.

    Dari pandangan inilah timbul suatu kesedaran bahwa kita tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri atau kelompok sendiri. Oleh karena itu perlu ditumbuhkan suatu kesadaran dan tanggung jawab terhadap kepentingan bersama.



    Semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh kaum ibu sehari sebelum Majlis Korban dan Berkhatan di perkarangan Surau  PJ


    Tuan-muda melibatkan diri semasa penyembelihan binatang korban. Penyembelihan dilakukan berhampiran dengan perkarangan Surau PJ

    Pembunuh bersiri telah diberkas oleh FBI (baju Merah) setelah bersembunyi di dalam semak. Beliau sering melakukan pembunuhan sebaik tiba perayaan Korban

    Beginilah caranya beliau melakukan pembunuhan bersiri semasa musim perayaan


    Semua tunduk dan tidak berani membantah kemarahan Saudara Shaban (baju serena) disebabkan oleh kesalahan 'memayuk' binatang Korban. Bob, Rusdi, Marajeh, Akil dan Kadir lari menghilangkan diri.


    Saudara Haji Zainal... antara berani dan takut.


    Menangis dan beliau mengaku memberi arahan memayuk kerabau yang salah.

    Tuan Haji Puasa @ Harun buat kerja tidak senonoh.

    Proses melahap daging. Tidak kurang yang menjadi mandur

    Cikgu Rusdi Amit fokus merekodkan jumlah berat daging untuk dibahagikan kepada 4 bahagian. Dua bahagian untuk fakir miskin dan orang kampung, Satu bahagian untuk penderma korban dan satu bahagian untuk AJK yang mentadbir Majlis ibadah korban.

    Berehat sebentar

    Tulang kaki yang habis di siang

    Saudara Akil menunjukkan beliau mampu mencabut ekor kerbau mengunakan gigi.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. tidak dinafikan gotong royong memberi sumbangan yang besar terhadap sistem kehidupan bermasyarakat manusia sejak Muhammad diangkat menjadi Rasul.

      Adalah menjadi harapan kita seandainya konsep ini terus menguasai 100 generasi akan datang.Tapi apakah kita pasti atau benar-benar pasti konsep itu akan bertahan?
      Dari simptom-simptom yang dapat dilihat pada masa ini konsep itu mungkin akan hilang 10-15 tahun akan datang.Mengapa?Kerana kita terlalu berdemand dengan kehidupan ini.Kita terlalu memandang materialistik dan individualistik.

      Masa dan keadaan telah mengajar kita supaya untuk mendapatkan sesuatu itu kita hanya perlu menekan punat komputer,handphone atau belldoor.

      yang pasti kita mesti berubah seandai mau menguasai dunia dan mengajar masa.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Gotong Royong melaksanakan Korban Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top