Terkini
  • Terkini

    Selasa, 1 Disember 2009

    Majlis Korban 2009: Rentetan Kehadiran Datuk Amar

    28 November 2009, Sabtu, Aidiladha
    Majlis Ibadah Korban dan Berkhatan dianjurkan bersama oleh PBB Ranting Punang Jaya, JKKK Kampung Punang dan Surau Nurul Syakirin selamat disempurnakan oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam. Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang ini berlangsung di perkarangan Surau, Punang Jaya.

    8.45 pagi: [Lawas] Kebakaran Van yang berisi minyak petrol terbakar tanpa dapat dikawal. Sebuah kereta Bomba yang dalam perjalanan ke Punang untuk membantu menjayakan Majlis berkhatan terpaksa berpatah balik. Keadaan ini membuatkan penganjur panik kalau-kalau Majlis terganggu. Mujur ada satu buah lagi. Syabas Lawas ada 2 buah kereta Bomba.Gambar in dirakam dari Pasar Besar Lawas. Pada ketika ini Datuk Amar sedang berada dalam helikopter antara Awat-Awat dan Punang.


    Warga Punang menunggu kehadiran pemimpin di bawah khemah


    9:38 pagi: Ketibaan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan ke perkarangan Surau Nurul  Syakirin disambut oleh Timbalan Ketua Ranting.


    9.40 pagi: Ketibaan pemimpin disambut oleh golong muda yang bercuti sekolah. Tujuan kami bukan saja melibatkan golongan ini, tetapi agar mereka menghormati pemimpin yang berjiwa rakyat. Walaupun Majlis bermula pada pukul 10.30 pagi, Datuk Amar tiba lebih awal, menunjukkan pemimpin yang prihatin dengan kepayahan rakyat.


    9:43 pagi: Datu Amar bergembira setelah mendengar nyanyian kumpulan Kompang yang diketuai oleh Awangku 'Pazan'

    Datuk Amar bersalam mesra dengan warga Kampung Punang

    Menghormati warga emas

    Bersalaman dengan pegawai Bank


    Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh al-fadil Ustaz Omar Bin Haji Mat. Kelihatan Pegawai Daerah, Tuan Haji Supaih berbaju putih dan YB Datuk Henry Sum Agung bersebelahan dengan Datuk Amar.

    Pengerusi Majlis dan Ketua Ranting PBB Punang Jaya, Saudara Bohari menyampaikan ucapan pembukaan.


    10.05 pagi: Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan menyampaikan ucapan. Beliau menyentuh banyak isu yang membabitkan ibadah korban, perbanding manusia dengan haiwan, pentingnya pelajaran, projek-projek akan datang. Beliau juga memuji usaha kepimpinan Bob dalam menganjurkan Majlis ini. Kata-kata yang paling dinamik apabila beliau memuji kepimpinan yang membawa pembaharuan.


    Para hadirin yang khyusuk mendengar ucapan Menteri

    Menyerahkan kerusi roda sumbangan peribadi Datuk Amar kepada Dayang Sari. Dayang Sari diwakili oleh anak beliau.

    Datuk Amar menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada murid tahun 6 yang cemerlang dalam perperiksaan UPSR. Lapuran Sunday Post: "Meanwhile, Tengah commended the organising committee for holding the event, which also included the presentation of academic excellence awards for the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)...".

    Menyampaikan daging korban kepada seorang ibu tunggal

    Acara menyiram murid yang berkhatan bersebelahan pentas. Teringat gurauan Datuk Amar semasa saya memberitahu tentang kehadiran pihak bomba: " Kan kamu bari lamas kanak-kanak atu...?"

    Seramai 25 murid yang mengikuti berkhatan beramai-ramai dan disempurnakan oleh Datuk Amar. Enjoy...


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    5 KOMEN:

    1. Great Post...
      Can see my father and some
      relatives there...hehhe
      Rindu pulang dengan kampung Punang

      BalasPadam
    2. great post, great moment :)
      congrats to all those people who spent their valuable time to get this job done.


      but;
      whats wrong with the picture?
      this kind of activities should have better picture, some picture are overexposed, some are underexposed.

      BalasPadam
    3. sometimes when we deals with friends theirs harm us.
      We had no choices and option but we have to face it.

      nevertheless congratulation because theirs done well and hope futurely creating more blissfully are my hope.

      agree,the picture are very poor.
      we should be proud to be a Malaysian and maybe one day their is a programme or "an opening ceremony of Kampong Punang Jaya".Who knows,kampong leader had an ideas of it

      BalasPadam
    4. Oi sagaidangabut,

      You spek England very good lah. I catch fish in Punang, england no good. My england broken.No stylist.

      Banana I like to eat.

      BalasPadam
    5. wah banga mendangar uhang kitak ani berkurapak uhang puteh...buleh tu kalia teruskan usaha anda moga ia menjadi contoh dan ikutan sepanjang masa...jom berbicara di tahailawas@blogspot.com

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Majlis Korban 2009: Rentetan Kehadiran Datuk Amar Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top