Terkini
  • Terkini

    Rabu, 2 Disember 2009

    Majlis Korban 2009 dan Khatan – Satu Titik Mula?



    28 November 2009: Saya tidak menafikan memang banyak program atau aktiviti yang telah dijalankan di Kampung Punang. Syabas dan tahniah kepada mereka yang terlibat menjayakannya. Jadi kenapa tajuk di atas seolah-olah menafikan perkara yang lalu. Saya melihatnya dari beberapa aspek, walaupun mungkin ada yang kurang bersetuju. Tak mengapa kerana itu merupakan amalan biasa dalam hidup bermasyarakat.

    Dari sudut perancangan kerja dan pendokumentasian, majlis ini berjaya menghasilkan kertas kerja yang sentiasa diperhalusi sehingga saat berlangsungnya majlis. Setiap jawatankuasa dan ahli diberi kebebasan untuk melaksanakan tugas. Penasihat, pengerusi atau JK induk hanya menasihat atau memantau. Hasilnya, mereka yang terlibat mendapat suatu kepuasan yang sukar digambarkan.

    Saya tidak ingin melihat perkara ini dari sudut politik atau kempen orang politik. Walaupun mungkin ada, terpulanglah kepada individu untuk menilainya dari sudut tersebut. Saya melihatnya dari sudut motivasi. Kepada pelajar, sudah tentu mereka akan lebih melihat nilai atau ganjaran yang diberi (wang). Namun perkara tersembunyi di sebalik itu ialah wujud semacam keazaman untuk lebih berjaya. Masyarakat kampung pula, mereka setentunya inginkan suatu aktiviti atau majlis yang lebih hebat, meriah dan bermakna suatu masa mendatang.

    Harapan terbesar dari kita kepada para pemimpin masyarakat atau organisasi ialah jadikanlah majlis ini suatu titik mula untuk bertindak dan berfikiran positif. Saya yakin mereka sebenarnya mempunyai misi untuk menjayakan kampung. Mereka adalah jambatan penghubung antara rakyat dan pemimpin dan penyambung lidah masyarakat dengan Pegawai Daerah. Masih banyak perkara yang perlu kita lakukan antaranya:

    a. Membina jeti pendaratan ikan yang lengkap dengan stesen minyak dan bekalan air batu.
    b. Membuka gerai jualan dan pondok rehat di kawasan penghadang hakisan pantai.
    c. Pembinaan masjid baru (separuh terapung) yang moden
    d. Industri kecil berasaskan ikan atau sumber laut yang lain.
    e. Mewujudkan koperasi nelayan.
    f. Pembinaan jambatan konkrit (Terdapat sudut info atau papan kenyataan di lagun)
    g. Program dakwah dan mendekatkan golongan muda dengan masjid/ surau.
    h. Kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar, sistem pembuangan sampah dan kepupusan spesies hidupan laut.
    i. Meningkatkan kerjasama guru dan ibu bapa.
    j. Tabung kebajikan atau khairat kematian (telah wujud tetapi perlu lebih sistematik- selama ini sumbangan tersebut habis untuk tujuan kenduri. Ianya boleh diperluaskan bagi membantu waris atau anak meneruskan pelajaran.)

    Namun perkara di atas akan cuma tinggal angan-angan jika pada peringkat awal kita berfikiran begini:

    • - Payah tu.. siapa menjaga karang?
    • - Abis tia dibinasakan oleh bisidia.
    • - Inda diorang mau membuat tu.
    • - Basar belanja tu.
    • - ….dan kata-kata yang seumpamnya.


    Semoga apa jua yang dirancang dan bakal dilaksanakan akan dapat dinikmati oleh penduduk kampung.

    Majlis Berkhatan Beramai-ramai. Pada 28.11.2009(Sabtu) seramai 4 orang kanak-kanak telah dikhatan. Pada 30.11.2009 (Isnin) pula seramai 21 orang dikhatan. Majlis selesai pada jam 5 petang. Jika difikir sesecara negatif memang susah untuk dilaksanakan kerana meibatkan kos, kerjasama dengan pihak hospital, guru serta pihak ibu bapa). Namun atas semangat dan keyakinan ia dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada pihak pengurusan SK Punang kerana membenarkan kelas Pra Sekolah digunakan untuk majlis berkhatan. Setinggi penghargaan kepada pihak Hospital Lawas kerana memberi kerjasama yang mantap. Syabas dan tahniah kepada ibu bapa kerana sabar menunggu dan melayan kerenah anak masing-masing. Sekalung budi kepada jentera penggerak yang rata-ratanya terdiri daripada golongan muda.

    Apabila anak tidak dilatih,
    Jika besar bapanya letih.
    Apabila banyak mencela orang,
    Itulah tanda dirinya kurang.
    Apabila orang banyak tidur,
    Sia-sia sahajalah umur.
    Apabila mendengar akan khabar,
    Menerimanya itu hendaklah sabar.
    Apabila mendengar akan aduan,
    Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
    Apabila perkataan yang lemah lembut,
    Lekaslah segala orang mengikut.
    Apabila perkataan yang amat kasar,
    Lekaslah orang sekalian gusar.
    Apabila pekerjaan yang amat benar,
    Tidak boleh orang berbuat onar.

    "petikan gurindam melayu"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    4 KOMEN:

    1. Assalamualaikum

      Tahniah kepada penduduk Kampung Punang

      BalasPadam
    2. salam,

      tidak dinafikan,untuk berjaya dan menguasai dunia banyak perkara perlu kita tengok dan ambil perhatian.ada halangan dan kekangan yang terdapat didepan jalan.

      negara sudah merdeka dalam 52 tahun tapi mengapa masih ada sebahagian dari warga kita bertindak dan berfikir di dalam kotak.kita harus menyalahkan pemerintah kerana tiada pendekatann atau formula untuk melihat rakyat maju dan berjaya.Mereka yang berada diatas cuma memikir dan berjuang untuk kepentingan diri dan kroni saja.Masa kita begitu banyak terbuang dengan benda-benda yang remeh-temeh.Mereka cuma pandai berretorik dan yang jadi mangsa ialah golongan yang tidak berfikir bahawa mereka telah dipergunakan demi keuntungan grup atau individu tertentu.Kita terlalu leka dengan dunia ini sehingga kita lupa tugas kita.Kita terlalu taksub dengan prinsip dan perjuangan yang tak berpenghujung sehingga tugas terhadap keluarga terabai.Sehingga 50 tahun kita menyokong secara membabi buta dan tuli sehingga kita jauh tertinggal.

      Kita tidak akan berjaya selagi minda kita dikuasai oleh individu tertentu yang menggunakan kita sebagai objek untuk meraih keuntungan peribadi mereka.Mereka tidak rela kita berubah sokongan kerana itu akan membuatkan mereka dalam dilema yang berpanjangan.Mengapa ini terjadi kerana kita masih di kuasai oleh sistem pemerintahan sekular yang mementingkan materialistik dan individualistik.Kita diajar dan ditekankan untuk tidak menghormati orang dan menghargai orang.sistem itu mengajak orang untuk menjadi kurang ajar.

      Sistem itu tidak pernah belas kasihan dan tolak ansur.Sistem itu tidak pernah mahu berkomfromi.Sistem itu adalah sistem menjajah negara dan minda.

      Saya bukan tidak menghormati dan menghargai pandangan dan fakta yang anda utarakan untuk meraih kejayaan tapi kalau sekadar begitu dan begini berbicara,anak kecil lebih hebat dan menagil tangisnya.
      Mengapa kita tidak selitkan dengan irama keIslaman dan keimanan dan mengatur langkah kejayaan berpandukan kepada al-Quran dan assunah.Apakah kita sudah semakin jauh dari cahaya itu atau itu sekadar kulitnya?

      Tidak semestinya yang baik dan indah itu tiada cacat celanya.
      Kesempurnaan hanya milik Illahi.

      BalasPadam
    3. Salam

      andangnya tu...kadang2 kau berbicara ini seolah-olah inda puas hati dengan individu tertentu.
      Kalau banar kau kan mau meliyat anak bangsa ani maju dan berfikir secara global, seperti yang kau mahu, bah bantu tiya dari segi buah fikiran dan pendapat. Jangan hanya bisai berbunga kata-katamu di dalam komen ani.

      Bicara mu atu memang ada unsur politik. kalau inda masakan kau berucap "kroni lah'. Macam kau jua si sagaidangabut, leka berbahasa bunga2 dalam mengomen. Tapi inda jua kau begarakberusik dalam membantu memberi buah fikiran, macamana kan menyelesaikan masaalah kampung(inda kira kau orang mana).?

      Kau salahkan sistem, tapi siapa yang mencipta sistem? Kau di cipta dari sistem apa? Jadi mengapa kau inda mengubah sistem atu supaya inda lagi jadi sistem sekular. Orang macam kau lah sagaidangabut yang patut membantu dalam memberi buahfikiran; bukan nganya kan bekurapakmengomen dalam blog ani! Inda jua guna kalau pandai becekap, tapi 'tangan' inda begarakberusik.

      atu tiya,,wasalam

      BalasPadam
    4. setiap inci bumi ini adalah ilmu.kalau kita rajin megkaji dan mencari fakta,99% kehidupan ini dikuasai oleh politiking.
      Dalam "minda yang longgar",tulisan Elmy ada terdapat huraian-huraian dan kupasannya.

      Dari pemilihan PM hingga ke jawatan yang tidak berharga(tak bergaji-ngo)politik memainkan peranan penting untuk mengubah struktur sebuah organisasi.Kita sudah berpolitik setelah dipaksa untuk memangkah 'timbangan'.Kehidupan kita dikelilingi oleh politik baik bermasyarakat atau berkeluarga.

      Permulaan politik adalah bersifat baik dan menjana kehidupan yang gemilang tapi oleh kerana pengamalnya mempunyai minda dan pendekatan yang pelbagai,maka politik menjadi begitu abstrak untuk ditafsir.Maka lahirlah politik yang penuh dengan ketidak tentuan,penindasan,penipuan dan yang lebih sadis lagi ialah yang menghalalkan cara.

      Prinsip,ideologi,gerakerja dan minda kita memang berlainan tapi tujuan hidup adalah sama.
      saya tidak mengajak untuk mengikut geraktari dengan irama yang bingar tapi sekadar memberi maklumat dan supaya anda berfikir dan terus berfikir tidak salah bukan.

      Kita sering memerlukan antara satu sama lain baik membina ukuhwah,membina keluarga bahagia,membina komuniti yang bersatu padu dan dapat melahirkan modalinsan yang mempunyai jatidiri yang tinggi,dayatahan yang ampuh dan minda yang mempunyai gagasan.

      MUHAD.........we continue later..

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Majlis Korban 2009 dan Khatan – Satu Titik Mula? Rating: 5 Reviewed By: haziq
    Scroll to Top