Terkini
  • Terkini

    Rabu, 9 Disember 2009

    'RUMAH IKAN' SIAP DIBINA DAN DILABUHKAN

    Projek Tukun tiruan dasar lembut yang telah bermula sekitar akhir September, 2009 telah pun dilabuhkan di laut Labik-Labik (Kuala Belipat) pada 7 hb. Disember, 2009 yang mana Majlis penyempurnaannya telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Awang Tengah B. Ali Hasan, Menteri Perancangan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak bertempat di perkarangan Pengkalan Marin, Awat-Awat.

    Projek yang menelan belanja RM 400,000.000 itu telah dilaksanakan oleh Kontraktor tempatan, Seri Menanti Enterprise dan Kristal Enterprise yang mana kesemua 23 orang pekerjanya rata-rata dari Kampung Punang.

    Sebanyak 27 'rumah ikan' empat tingkat setinggi 3.7 meter telahpun selesai dilabuhkan pada hari tersebut pada kedalaman 14 meter.

    Menurut juruselam yang sempat ditemui menyatakan yang kesemua 27 konkrit rumah ikan itu masih tegak berdiri dan cuma mendap dalam 1 kaki kedasar laut. Ikan-ikan sudah mula mendekati kawasan tersebut walaupun baru satu malam dilabuhkan

    Para-para nelayan, khususnya pemancing telah lama menanti perlaksanaan projek ini kerana selama ini Teluk Brunei tempat mengaut rezeki seperti kepupusan ikan.

    Lubuk ikan yang baru ini diharap akan menjadi lokasi penting untuk para-para nelayan kita di samping kaki-kaki pancing yang sudah semakin ketagih heretan ikan.





    Lokasi lubuk ikan baru yang tidak jauh dari Sari















    Konkrit rumah ikan dilabuhkan














    Konkrit rumah ikan 4 tingkat setinggi 3.7 meter

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    5 KOMEN:

    1. Sekian lama ujud Punang.com menjadi rujukan kepada semua penduduk Punang yang hidup di merata dunia dan tak kurang juga untuk penduduk kampung lain melihat kita maju dari sudut it.

      Kehangantan Punang.com biasanya ujud pengomen-pengomen yang bermacam-macam mentaliti dan akan menengelamkan setiap artikel yang ti paparkan.

      Tampa kita sedari kita sudah beralih ke zaman di mana kita membuat perbincangan, perbalahan tampa bersemuka dan mengelakkan terjadi perkara yang tak diingini seandainya para pengomen ini berhadapan sesama sendiri..

      Saya tertarik dengan artikel ini di sebabkan ai adalah satu berita yang mengembirakan bagi nelayan kita yang selama ini kekurangan pendapatan, dengan ehsan kerajaan kita, mungkin perkara ini dapat memberi lembaran baru para nelayan mencari rezeki.

      Walaupun saya tak mempunyai minda politik yang baik, saya harap sebelum kita becerita panjang lebar, jangan lah politikkan lagi perkara yang terbaik untuk kita semua, bagi saya, saya akan menyokong mana-mana kerajaan yang akan membuat kita maju dan membangunkan modal insan tak kira kerajaan itu dari bulan atau dacing...

      Salam hormat.

      BalasPadam
    2. Dear AMAD,

      Good reporting. Keep up the update. This is very important indeed.

      Nazir

      BalasPadam
    3. Saya begitu teruja dan sangat-sangat merasa bangga dengan apa yang telah pihak berkuasa terutama Jabatan Perikanan, kerana memberi satu dari banyak jalan alternatif untuk para nelayan atau pemancing menerokai laut dengan khazanah yang berkualiti.

      Kita tidak nafikan setelah bertahun berjuang untuk melihat para nelayan mempunyai sumber pendapatan yang berterusan,setelah sumber-sumber laut semakin pupus kerana pembangunan yang tak terancang dan teratur,maka hari ini kita melihat kaedah ini sebagai satu keperluan yang mesti diteruskan

      Ambuyat,
      Alam siber ialah alam yang penuh tipudaya dan prejudice.Kita boleh terima berjuta sumber dan mencipta berbillion sumber.Kebanyakan sumber yang kita perolehi bersifat negatif dan pasif.Hanya 10% persifat positif jadinya.Alam siber juga membuat kita lebih matang dan bersikap tenang dalam melayan atau membina isu.Kekadang isu yang dibincang dan dicanggah takkan selesai kerana minda dan pendapat berlainan.Sejuta manusia terdapat sejuta presepsi dan sejuta ideologi.

      BalasPadam
    4. Salam..
      siyok tu AMAD..report yg bagus. kalau kan dapat ikan free, kemari tah nah(tukun) mengambor, kalau ari anam inda keraja atu. lupakan sekajap wayar2 atu nah.

      Jadikan tampat atu destinasi untuk kaki2 pancing, bukan nganya di kawasan sebalah LAWAS, tapi untuk peminat2 di seluruh SARAWAK(jgn tah jauh nah)

      sambil2 mangambor atu, bulih jua becerita hal POLITIK, hal ALAM SIBER yg 'menipu', hal IDEALOGI yg sejuta, hal 10%!!

      ani nganya
      bisai kalau faham!

      BalasPadam
    5. saLAM...
      Syukur udah tani tu ampir tmpt tukun atu, tapi ingat2 jua, sekarang ani life jacket diwajib kepada semua pemegang perahu, faham2 tah memakai ya. Tau lah sekarang ani angin slalu kancang, laut pun bergelora. Jangan gara2 mengambor di tukun atu ada kedengaran abar yg inda baik.
      Kepada perahu2 kecil baik tah pakai walau pn udah exspart ke laut.ingat2 jua ank bini di rumah.
      bah atu sj, mun c apa dapat lauk bsr di tukun atu sila masuk kan gambar ya, aku kan meliat jua.....
      kkkk, buleh kaliah...

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: 'RUMAH IKAN' SIAP DIBINA DAN DILABUHKAN Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top