Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 4 Disember 2009

    Majlis Korban 2009: Datuk Amar Awang Tengah Yang dikasihi

    Sungguh besar pengorbanan Datuk Amar! Pada mulanya komiti Majlis tidak yakin yang beliau akan hadir disebabkan oleh ibunda yang tenat. Tatkala ibu memerlukan kehadiran anak kesayangan dalam penerbangan balik ke Kampung, beliau sempat menghadirkan diri pada Majlis yang boleh dikatakan kurang penting dibandingkan seorang ibu.

    Kita tidak perlu membincang betapa agungnya seorang ibu kepada seorang anak samada seseorang anak itu berkedudukan tinggi atau tidak. Kadang-kadang Datuk Amar merasa ‘torn between two lovers’ kerana beliau juga memegang satu tanggungjawab besar terhadap rakyat. Sering kita tertanya-tanya tentang tahap semangat dan ketekunan beliau bekerja – macamana beliau boleh melakukan semua kerja yang diamanahkan.

    Pernah saya simpulkan yang Datuk Amar seorang superman. Beliau lebih banyak ‘terbang’ dan berada di tempat lain daripada berada di rumah sendiri. Dan dengan keikhlasan, sikap baik dan jujur dan keluhuran hati beliau, rupa-rupanya Allah telah memberikan beliau balasan yang mulia.

    Muhammad Ahmad Abd al-Jawwad, seorang Pakar Bidang Penyusunan Pentadbiran dan Pengembangan Sumber Manusia, mengatakan mempunyai sikap yang baik merupakan titik tolak suatu kepimpinan yang berjaya. Sebaik-baik anugerah yang diperolehi adalah kejayaan para pentadbir.

    Dalam kegagahan sebagai seorang pentadbir, Datuk Amar adalah seorang yang selalu bersikap sederhana, selalu bersyukur, dan banyak bersedekah. Dia senantiasa meletakkan rakyat di dalam dadanya dengan penuh kasih. Dia paling sensitif terhadap orang yang kurang bernasib baik.

    Di bawah ini dicatat perjalanan beliau pada hari Raya kedua Aidiladha, 28 November 2009

    · 07.00 pagi – Penerbangan dari Kuching ke Miri dengan pesawat MAS.

    * · 08.15 pagi – Penerbangan dari Miri ke Lawas dengan helicopter
    * · 09.40 pagi – Tiba di Lapangan Terbang Lawas
    * · 10.00 pagi – Tiba di tapak Majlis Korban dan Berkhatan, Punang Jaya
    * · 12.30 petang – Beredar dari Puanang
    * · 01.30 petang – Menghadiri Majlis Persatuan Archery di Dewan tertutup Lawas
    * · 02.20 petang – Terbang ke Limbang dengan helikopter - menjemput ibunda yang tiba dengan pesawat khas dari Kuching.
    * · 03.05 petang – Berlepas dari Lapangan terbang Limbang bersama ibunda dengan helicopter khas.
    * · 4.15 petang – Tiba di Kampung Dato Kuala Lawas. Helikopter mendarat di Padang Bolasepak sekolah rendah Kampong Dato.

    Dengan kesempatan ini, komiti Majlis Korban dan Berkhatan mengucapkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada Datuk Amar Haji Awang Tengah AliHassan kerana sudi menghadirkan diri walaupun dalam kesempitan masa. Kehadiran Datuk Amar sangat besar ertinya kepada penduduk Kampung Punang lebih-lebih lagi Majlis tersebut mencatat banyak sejarah tersendiri.

    Kami doakan agar Datuk Amar ditenangkan fikiran sentiasa!

    Lapuran Eastern Times @ 2 DECEMBER 2009

    Well-Wishers Call On Tengah’s Ailing Mother

    LAWAS: Thousands of people in Lawas District continue to visit Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan’s sick mother at Kampung Dato, Kuala Lawas here.

    Among state and local dignitaries who visited her yesterday were Ba'kelalan Member of Parliament Dato Henry Sum Agong, Muara Tuang State Assemblyman Dato Sri Mohammad Ali Mahmud, Nangka State Assemblyman Datuk Awang Bemee Ali Basah, Bukit Kota State Assemblyman Dr Abdul Rahman Ismail, State development Officer Datuk Kamal, Political Secretary to the Chief Minister Colonel (Rtd) Awangku Jamaddin Pengiran Haji Kon and PBB Executive Secretary Awang Bujang Awang Antek.

    According to Tengah, Second Minister of Planning and Resource Management and Public Utilities, his mother Raesah Damit, 75, who is suffering from pancreratic cancer for the last two years, had been treated in Singapore and Normah Specialist Hospital before being brought back to her village at her request.

    Besides political leaders, other people who visited her included Lawas District Officer Haji Mohd Supaih Hamdan, Limbang Divisional Lands and Survey Superintendent Awang Zamhari and Lawas Land Transport Officer Julaihi.

    Tengah’s mother arrived here last Saturday and since then, Doa Selamat prayers had been recited at her residence at Kampung Dato’. Tengah expressed his gratitude to all people in the district for their prayers for the well-being of his beloved mother.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. sahabat pernah bertanya pada nabi junjungan, jika aku ingin berbakti kepada siapa aku perlu utamakan...jawap baginda ibumu....soalan itu diulang 3 kali dan jawap baginda ibumu..maka kali keempat baru nabi menjawap kepada Allah dan Rasulnya.....bagi seorang pemimpin tanggungjawap sebagai seorang anak tetap menjadi keutamaan kepada yang berhormat beliau telah berusaha menjalankan kewajibannya sebagai anak dan seorang pemimpin...namun kepada kita ingatlah semasa kedua orang tua masih ada bakti kita pastinya tidak mampu membayar segala yang telah mereka curahkan sepanjang nafas ini kita hembus bersama angin yang berlalu.....fikir-fikirkanlah...

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Majlis Korban 2009: Datuk Amar Awang Tengah Yang dikasihi Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top