Terkini
  • Terkini

    Rabu, 10 Februari 2010

    BIRANG


    Birang merupakan gelaran bagi sejenis ular laut bagi masyarakat melayu Brunei disekitar kepulauan Borneo.Termasuklah bagi masyakat nelayan Kampung Punang, ular laut ini sudah sinonim dengan gelaran ‘birang’.

    Bagi masyarakat nelayan setempat , birang ini sudah menjadi lumrah , ianya sering tersangkut di pukat udang dan sesekali memakan umpan pancing.Untuk meleraikan ular ini dari pukat atau pun dari mata pancing adalah tidak menjadi masalah bagi mereka.Memandangkan birang ini tidak seagresif ular di darat, rata-rata para nelayan dapat menyelesaikan masalah ini dalam masa yang singkat.

    Namun bagi kaki pancing yang baru berjinak-jinak dengan laut lain pula ceritanya.Birang yang tersangkut di mata pancing ini merupakan perkara yang boleh meriuhkan seisi perahu.Keputusan yang biasa mereka ambil adalah dengan memutuskan tali pancing.

    Dari sudut saintefik birang ini mempunyai kelainan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan ular-ular yang berada di tanah daratan.Walaupun bentuk fizikal nya yang hampir serupa dengan ular di daratan, terdapat perbezaan ketara pada bahagian ekor nya. Ekor birang ini lebih leper bagi memudahkan ia nya berenang di dalam air. Birang ini sangat tangkas berenang dan menyelam di dalam laut.Walau bagaimana pun ia nya tetap perlu naik kepermukaan laut secara berkala untuk mendapatkan oksigen.Terdapat lebih dari 70 jenis species ular laut yang diketahui setakat ini.Kebanyakan nya mendiami habitat kawasan terumbu karang yang berkedalaman sederhana.

    Menurut kajian saintefik juga birang ini boleh bertahan lama di dasar laut adalah kerana ia nya mempunyai paru-paru sebelah kiri yang panjang yakni sepanjang tubuh nya. Birang ini juga mempunyai kelainan yang mana ia nya tiada mempunyai kelopak mata.Spesies ini akan bertukar kulit dalam jangka masa 2 hingga 6 minggu , ini kerana untuk mengelakan jangkitan parasit laut pada kulit tubuh nya.Ular ini juga sangat bisa dimana di percayai lebih bisa dari ular tedung dengan kadar 10 kali ganda.Namun demikian reptilia jenis ini jarang bertindak agresif tetapi kita kena sentiasa berhati-hati dengan nya.Cara paling selamat adalah menggunakan teori kaki pancing yang bijak..’kerat tali pancing’ – settle problem.

    Sedikit data saintefik :-
    Common Name: Banded Sea Snake
    Scientific Name: Laticauda colubrina
    Snake Family: Elapidae
    Sub-Family: Hydrophiinae ("true" Sea Snakes)
    Description: Shades of Light Blue with Black bands that look like black rings running the full length of their bodies.
    Characteristics: Not known to be aggressive but will defend themselves when threatened.
    Reproduction: Viviparous (bearing live young) and breed from spring to fall giving birth to as many as 14 young from late summer to early fall.
    Length: 75-200 centimeters (Approx. 2.5-6.5 ft)
    Habitat Distribution: Common in oceanic coastal waters of Australia, New Guinea, Pacific Islands, the Philippines, Southeast Asia, Sri Lanka, Japan. Absent in the Atlantic Ocean, and the Caribbean north of Baja.
    Subspecies - There are Five (5) major groups of Sea Snakes:
    Hydrophiids: True Sea Snakes (54 Species) evolving 30 million years ago from terrestrial Elapids with Fixed Front Fangs.
    Laticaudids: Sea Kraits (5 Species) four of which are marine. Strongly banded, common in Southeast Asia and the Pacific Islands.
    Acrochordids: File Snakes (3 Species). Only one species is fully marine. Non-Venomous giving birth to live young.
    Homalopsids: Mangrove Snakes evolved from the Colubridae family. Venomous but rear-fanged found in tropical Asian and northern Australian waters.
    Natricids: Salt Marsh Snakes (3 Species) also evolved from the Colubridae family. Not venomous and confined to salt marsh environments in temperate and sub-tropical North America.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: BIRANG Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top