Terkini
  • Terkini

    Isnin, 8 Februari 2010

    Shaban Homestay di Punang Jaya

    Shaban Homestay was started by Encik Shaban Salleh at his house in Punang Jaya area. It was a simple one room equipt with 2 beds, a fan and proper toilets. Food provided upon request.

    Sekumpulan tujuh orang Persatuan Pencinta Alam Malaysia Cawangan Miri telah berada di Kampung Punang Jaya dan menginap di tiga buah rumah @ homestay dari 5.2.2010 hingga 7.2.2010.

    Tujuan mereka adalah untuk membuat tinjauan habitat burung di kawasan Teluk Brunei . Mereka telah meninjau beberapa kawasan sepanjang pantai sehingga ke Kuala Sungai Trusan dan berpuas hati dengan kehadiran senarai burung-burung yang dipercayai telah datang sejauh Negeri China dan benua Eropah .
    Rombongan yang diketuai oleh Encik Nazeri Abghani, seorang lulusan dari sebuah Universiti di Amerika begitu berpengalaman dan telah pun membuat tinjauan tentang habitat burung di beberapa tempat di Eropah sambil dibantu oleh isteri serta beberapa rakan-rakan yang lain.

    Kumpulan ini juga tidak melepaskan peluang meronda kawasan hutan bakau sekitar sungai-sungai berdekatan. Pada sebelah malam mereka menyaksikan dan membuat tinjauan mengenai kehadiran kunang-kunang di sepanjang Sungai Punang yang mana data-data yang diperolehi akan dihantar ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur.

    Sepanjang penginapan mereka di homestay di Kampung Punang Jaya, mereka mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas layanan serta keramahan disamping makanan yang menyelerakan pasti menggamit hati mereka untuk datang kembali lagi






    Peserta-peserta Persatuan Pencinta alam menaiki bot untuk menuju ke destinasi yang dihajati














    Peserta paling muda, Siti Aisyah yang dilahirkan di Belanda turut serta dengan ibu bapa













    Encik Musa Musbah berpengalaman dalam habitat kunang-kunang

















    Pn. Clarissa sedang meninjau burung





    En. Nazeri memberi arahan kepada Nur Ziana dan Sara Wong untuk menggumpul data-data yang dikehendaki.
    Layari: bird watching
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    6 KOMEN:

    1. terima kasih uncle,auntie and Azri for having us at your home. we are still thinking about anties delicios cooking especially her 'Liking','steamed fish' and 'tomyam'. My papa misses the belacan and ulam timun. We hope to visit you again soon especially me. salam,Ali
      P.S I'm writing this on my own laptop.

      BalasPadam
    2. Lawatilink ini untuk mengetahui seterusnya.

      http://miribirding.blogspot.com/

      http://sarawakfireflies.blogspot.com/

      http://musmiri.blogspot.com/

      http://friendsofsimilajau.blogspot.com/

      http://friendsoflambir.blogspot.com/

      YB Musa Musbah

      BalasPadam
    3. Harapan penduduk kampung Punang keseluruhannya, akan ada sambungan pelawat2 dalam program HOMESTAY ani datang lagi..dan seterusnya..dan seterusnya..dan seterusnya..

      Detinasi Punang selepas ani akan tercatat dalam dairi para penyelidik2 bukan saja tentang burung2, tapi jua tentang ikan2(lemading(tenggir), rumahan(kembong), tamban, mangkuk2(tongkol), Tapi ikut sedih dan kesian jua sedikit, sebab tetamu pertama atu inda 'kejumpahan' ambuk merah. Harapan kepada Encik Shaban dan yang terlibat dalam program homestay ani, survey2 lah masuk ke utan bakau atu untuk beunjar di mana 'ambuk merah' atu rumah nya.?

      Jadi, kalau udah tau ada terjumpa, sanang kerja kamu. Terus saja mengagga tampat atu. Dan aku pernah terjumpa ambuk merah atu masa aku ikut mulah bapa bekeraja menjaga sawmil(kilang papan) di Pelait, masa cuti sekolah. Jadinya, kawasan hutan bakau di Pelait atu tah 'rumah bisdorang'.

      Harap-harap ada lagi ambuk merah atu, sebab cerita ku ani adalah kira2 30 tahun yang lalu. 'Ambuk merah'yang ku lihat atu daulu mungkin sudah bertungkat kali eh jalannya? sudah tua ya tu. Iya tah kali nya urang 'bangkatan' namanya ?

      Antah lah jua.

      BalasPadam
    4. Syabas kpd keluarga yg terlibat dalam Homestay Kpg Punang..kami tumpang bangga..

      BalasPadam
    5. Syabas dan tahniah kepada warga kpg Punang & Punang Jaya kerana b`jaya memiliki laman web ini...sememgnya sgt pntg utk info bersama dan berasa bersyukur dpt mengenali masyarakat yang ramah di sana...terima kasih yg x t`hingga di ucapkan dr phk kami kerana memberi layanan yg ckup baik semasa Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT dr UMS-KAL yang lepas (11-15 Mei 2010)...kenangan yang x dapat di lupakan sampai bla2..

      Pengarah Program (^_^)

      BalasPadam
    6. Saudara Pengarah Program,
      Kami ucapkan terima kasih atas perkataan yang sedap didengar dan kami akan terus berusaha belari bersama arus kemodenan baik dari segi inovasi IT dan perkhidmatan. Tetapi tanpa memingirkan adat yang relevan.

      Salam hormat dari kami.
      Nazir

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Shaban Homestay di Punang Jaya Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top