Terkini
  • Terkini

    Isnin, 22 Februari 2010

    Produk @ Ikon Punang






    Soalan : Dimanakah tempat atau cara terbaik untuk mempromosikan Perniagaan?

    Jawapan :-Sebenarnya, tiada satu tempat pun yang terbaik mempromosikan jenis perniagaan. Ia bergantung kepada produk anda, harga, pelanggan anda dan juga wang yang anda sanggup laburkan dalam promosi.

    *Tanya diri sendiri-apakah cara paling efektif untuk anda mempromosikan produk anda untuk mencapai pelanggan yang mempunyai kebolehan kewanggan membeli dari anda?
    Daripada pertanyaan dan jawapan yang tertera diatas ia mampunyai satu hikmah bagi penduduk kampung Punang. Kita mempunyai produk yang secara tak langsung menjadi IKON kepada pengunjung/pelancung bila saja mereka berada di Punang.



    LAGUN @ TITIAN yang panjang mengala ke laut/teluk Brunei sebenarnya sudah menjadi Ikon kepada kampung punang. setiap pengunjung yang datang ke Kampung Punang pasti tak akan melepaskan peluang untuk menjejak kaki di titian ini sehingga di Lagun hujung, pengalaman pengunjung ini juga akan mereka kongsikan kepada kawan-kawan mereka dan para pengunjung pasti tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Dan bagi penduduk di bahagian Lawas ia sudah menjadi tempat memancing sambil bersantai di hujung minggu.

    Setiap kali mereka balik ke tempat masing-masing, sanak saudara dan kawan-kawan mereka pasti ingin tahu di manakah tempat mereka bergambar itu. Anda pasti tahu jawapanya kan?

    Punang sinonim dengan ikan Tahai nya, Belacan nya, Ikan Segar nya dan kini kita mempunyai satu Produk yang juga bisa menjana kemasukan pendapatan penduduk jika pandai mengambil peluang ini, Titian@Lagun ini membuka lembaran baru kepada produk pelancungan, di hujung minggu penduduk boleh berniaga makanan (tahai dan sebagainya) dan minuman dan pelbagai jenis barang sampingan atau pun dengan erti kata lain barangan yang di buat sendiri (kraftangan) untuk membuat pengunjung ada buah tangan bila mereka balik ke tempat mereka, kita boleh juga menjual gambar-gambar menarik yang memaparkan keindahan Kampung Punang dan juga kenapa kita tak melekat papan notis sebelum menaiki titian ini yang tertulis:
    "Kami menyediakan perkhimatan memancing di laut"
    Kadar Sewa :
    1 jam RM 50.00 maksimum 4 org
    2 jam RM ????
    Untuk menempah Hubungi Marajeh : 0123456789 (contoh)
    atau pun kita buat dengan cara pakej lain.

    Pelancungan adalah sumber kewangan utama bagi sesetengah negara di dunia, ia membawa pertumbuhan ekonomi yang baik dari segi kemasukan wang ke tempat yang di kunjungi.

    Seperti saya katakan tadi, kita sudah mempunyai produk yang sesuai untuk menjana ekonomi Punang, tinggal hanya kita saja lagi bagaimana untuk menjayakannya. Seperti laman web PUNANG.COM ini juga sudah menjadi produk Kampung Punang secara tak langsung, tempat di mana pengunjung boleh mengetahui terlebih dahulu tentang Punang sebelum mereka merasa sendiri keunikan Punang itu.
    Produk yang baik adalah satu benda yang membolehkan pengeluarnya terkenal dan berjaya.
    LAGUN@TITIAN adalah produk Punang untuk pelancungan.



    Semakin kita maju semakin itu juga kita ketinggalan.
    Semakin kita tinggi di puncak semakin itu juga kita cepat terjatuh.
    *Fikir-fikirkanlah..


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 KOMEN:

    1. Salam Saudara Ambuyat, Satu idea/pandangan/buah fikiran yang sangat bernas dari saudara..para penduduk Punang patut mengambil peluang ini...

      BalasPadam
    2. Huh.............................................

      kita terlalu mengharapkan tapi kita tidak pernah berbuat sesuatu untuk menterjemahkan menjadikannya suatu keberhasilan.

      kita sering bercakap kehulu-kehilir bahawa kita mempunyai elemen-elemen tertentu dalam sektor pelancongan maupun pembuatan untuk menjana ekonomi penduduk kampong tapi kita lambat untuk melaksanakannya.

      kita teramat pantas dalam memberi idea atau mencipta idea baru tapi sistem pengurusan kita masih ditahap yang sangat menyedihkan sedangkan kita sudah berada di era yang serba serbinya pantas dan memerlukan komitmen yang tinggi.

      kita teramat sedih kerana ada sebahagian dari kita mempunyai minda yang rosak,tidak pernah menghargai sumbangan dan titik peluh seseorang.

      Tahniah buat anda kerana dapat mencetuskan minda itu menjadi lebih bergerak dan bertenaga.Peluang kita untuk berjaya sangat tipis dan nipis kerana kehebatan kita cuma menciptakan peluang sedangkan orang lain yang mendapat keuntungannya.

      tahniah ambuyat

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama3/2/14 6:43 PTG

      Salam...saya sedang mencari bahan menarik dari Lawas untuk satu penerbitan program tv. Sila email saya: zalhass1968@gmail.com

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Produk @ Ikon Punang Rating: 5 Reviewed By: AMBUYAT
    Scroll to Top