Terkini
  • Terkini

    Selasa, 9 Februari 2010

    Program Berdudun PPWS

    Program bedudun Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak atau lebih dikenali dengan WI adalah program tahunan yang mana kali ini giliran Cawangan Kpg. Punang Jaya menjadi tuan rumah untuk acara tersebut.

    Oleh kerana banyak program yang bertindih dengan tarikh cadangan awal, maka program tersebut hanya dapat dilaksanakan pada 25 hb. Januari, 2010 lepas bertempat di perkarangan Surau Nurul Syakirin, Kampung Punang Jaya.

    Walaupun tidak ada peruntukkna khas untuk program ini namun dengan kerjasama semua ahli dan tabungan Cawangan telah mampu menganjurkan program tersebut dengan jayanya.

    Anak-anak juga tidak ketinggalan untuk turut serta memeriahkan program ini walaupun Persatuan ini adalah untuk wanita. Para-para suami juga telah datang untuk memberi sokongan dalam menjayakan majlis itu.

    Antara pertandingan yang begitu menarik perhatian ramai ialah menghias peserta dengan menggunakan surat khabar lama. Walaupun hadiah-hadiah yang disediakan tidak begitu berharga namun semangat penyertaan para peserta begitu memerangsangkan.

    Pertandingan yang tidak pernah ketinggalan dalam setiap kali penganjuran program ini adalah mengupas buah pinang dengan menggunakan kacip pinang.


    Pertandingan gulintangan menggunakan kayu sedaman adalah program kemuncak pada hari itu kerana biasanya pertandingan seperti ini menggunakan gulintangan asal. Kegembiraan para peserta dan tetamu yang hadir nyata menggambarkan penganjuran program tersebut telah berjaya.

    Tahniah kepada WI Cawangan Kpg. Punang Jaya dan terima kasih kepada semua para-para peserta dari Cawangan lain yang telah sama-sama menjayakan program tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Program Berdudun PPWS Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top