Terkini
  • Terkini

    Ahad, 28 Februari 2010

    SMK Agama menjadi 'Kandang Binatang Buas'

    Saya ada menonton tayangan video yang merakamkan sifat kebinatangan sekumpulan pelajar asrama SMK Agama Limbang terhadap 2 orang pelajar dari Lawas. Terus terang saya katakan saya sebak dan menitiskan airmata dan tidak sanggup saya menghabiskan menonton tayangan tersebut. Perbuatan lebih sepuluh orang pelajar terhadap dua orang mangsa tidak boleh dikatakkan perbuatan buli tetapi diklasifikasikan sebagai JENAYAH.

    Ini adalah satu tragedi dan sejarah hitam bukan sahaja pada sekolah ini tetapi juga bagi seluruh penduduk bahagian Limbang terutama sekali penduduk Lawas. Dari tayangan tersebut, kedua-dua mangsa langsung tidak melawan walaupun ditendang, diterajang, ditumbuk, ditampar, dan dihantukkan ke dinding. Tiap tiap perbuatan disaksikan oleh  lebih kurang 10 orang pelajar lain dan nampaknya mereka  seronok dengan pesta begini sehingga membuat rakaman video untuk kenangan abadi.

    Dari awal saya katakan, kita tidak boleh menyalahkan bapa dan penjahat-penjahat itu seratus peratus tetapi penjenayah yang utama ialah pihak pentadbir SMKAL. Mereka bukan sahaja bersubahat tetapi menidakkan dan menyangkal kejadian seumpama itu pernah berlaku apabila ibu-bapa mangsa berjumpa dan mengadu hal yang sama kepada mereka.

    Diberitakan, pihak sekolah memang sudah tahu kewujudan dan kesalahan-kesalahan kumpulan ini tetapi kononnya untuk menjaga nama baik sekolah AGAMA, semua kejahatan disembunyikan.  Jika diukur dari perolehan tropi dan plak yang tersusun di pejabat, sekolah ini boleh dikatakan yang paling hebat di Bahagian kelima. Tetapi inilah akibatnya, apabila pihak sekolah lebih taksub memperolehi tropi dan plak daripada menjaga akhlak.

    Juga, pihak sekolah juga sedia maklum dengan berlakunya peras ugut, buli, merokok, kecurian dan minum arak di dalam asrama. Malah ada segelintir guru yang tidak amanah kerana, pernah terjadi talipon bimbit yang disimpan bagi pihak muridpun pernah berlaku kehilangan.

    Saya cadangkan strategi-strategi berikut kepada pihak pentadbir daerah Lawas dan ibu-bapa untuk menjaga kehormatan dan keselamatan pelajar Lawas yang belajar di mana-mana sekolah di Limbang
    1. Tubuhkan dengan secepat mungkin satu Kumpulan Bertindak untuk menangani masalah ini.
    2. Kutip derma bagi membaiyai 'medical check-up' mangsa-mangsa kanibalisma SMKAL.
    3. Lantik Penasihat undang-undang bagi kes ini
    4. Bawa kes ini ke peringkat paling tinggi (Federal)
    5. Buat desakan agar semua pentadbir sekolah yang berkenaan seperti HEP, Pengetua dan Timbalan Pengetua digantung perkhidmatan serta-merta untuk melicinkan penyiasatan.
    6. Buat desakan agar pelajar yang terlibat termasuk yang bersubahat seperti on-looker dan juruvideo dibuang sekolah.
    7. Buat desakan agar semua murid yang berasal dari Lawas dipindah dan ditumpangkan kelas mereka di SK Agama Lawas untuk sementara waktu.
    8. Sementara itu sila lantik seorang wakil dari Lawas dari kalangan guru sekolah tersebut khas untuk memantau dan menerima aduan dan rungutan pelajar-pelajar dari Lawas.
    9. Buat desakan agar pihak sekolah menyediakan kounseling dan psaikitri untuk kedua mangsa bagi memulihkan gangguan dan tekanan mental mereka.
    10. Pihak berkuasa SMKAL meminta maaf secara bertulis kepada ibu-bapa mangsa dalam masa 14 hari.
     Saya harap pihak DO tidak teragak-agak dengan cadangan ini.

    Nota:
    Motto SMKAL ialah 3B iaitu Berilmu, Beriman dan Bertakwa 
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    22 KOMEN:

    1. memang tidak dinafikan selalunya kanak-kanak lawas yang bersekolah di limbang, seolah-olah di anak tirikan dalam hal ini.
      saya sendiri telah melihat video tersebut, dan bercadang ingin menghebohkan kepada media massa utama sekiranya tiada tindakan di ambil oleh pihak yang bertanggungjawab.

      BalasPadam
    2. Sila ambil tindakan segera oleh pihak berwajib. Ambil juga tindakan mahkamah kepada guru2 SMKAL yang terlibat, yang menafikan kejadian ini. Buang terus pelajar2 yang terlibat(dipenjarakan ke pusat pemulihan ahlak)

      Munafik sungguh guru2 yang terlibat itu. Sungguh memalukan apatah lagi yang bergelar ustaz. Memalukan agama Islam saja. Itulah namanya ustaz2, guru2 SMKAL yang bertopengkan syaitan

      BalasPadam
    3. Perkara ini harus tindakan segera. Kalau tidak akan berlaku lagi perkara yang lebih teruk. Dan ini akan memalukan ISLAM itu sendiri. Waktu disekolah lagi sudah jadi penjenayah, apalagi kalau diluar kawasan sekolah. Dah tu sekolah Agama lagi tu. Guru2 yang mengajar di sekolah atu patut bertanggungjawab atas kejadian yang amat memalukan ini. Kerana kurang pemantauan dari guru2 SMKAL sendiri. Harap Yang Berhormat dari Limbang dan pihak polis, dan pihak Jabatan Agama Islam Limbang ambil tindakan segera.

      yang prihatin

      BalasPadam
    4. terima kasih kerana perihatin dengan kegawatan akhlak dan moral pelajar kita. namun generalisasi yang dibuat oleh penulis terhadap kes ini perlu ditimbang-timbang agar tidak menjadi fitnah dan hasutan terhadap mana-mana pihak. jika saya boleh menggunakan kaedah yang sama untuk dibandingkan bagi kes remaja perempuan atau lelaki yang melakukan zina yang tidak diam di asrama atau tidak di alam persekolahan, mereka tingal di rumah ibu bapa mereka. adakah rumah ibu bapa mereka boleh dianggap sebagai sarang pelacuran, bapa dan ibunya sebagai bapa atau ibu ayam. anak yang mencuri kita menyifatkan ibu bapalah yang mengajarnya mencuri, atau anak yang bergaduh, merogol, dan apa yang gejala yang negatif kita boleh sandarkan semua datang dari didikan dari rumahnya sendiri. saya fikir tidak wajar dan biadap. justru dalam menulis artikel ini perlu merujuk pihak berkenaan sejauh mana tindakan telah dibuat. tiada untung melakar artikel / mengulas yang menyemarak sifat benci, dendam, perkauman, kedaerahan yang merugikan semua orang kerana nak untung seorang dua sahaja. saya percaya pelajar berkenaan telah diambil tindakan yang sewajarnya. janganlah disimbah api yang marak nanti terbakar semuanya.nabi saw sendiri pernah merasai kesedihan yang amat sangat apabila melihat mayat, hati bapa saudaranya syaidina hamzah diperlakukan dengan tidak sepatutnya oleh hindun tetapi sifat pemaaf nabi lebih besar dan kerana itu hampir seluruh penduduk mekah yang beriman dengan ajaran yang dibawa oleh nabi

      sekadar berkongsi sama. terima kasih.

      BalasPadam
    5. abu imran, itu pun pendapat awak. janganlah nak menegak benang basah. tapi bagaimana dengan tenaga pengajar yang berstatus ustaz. kalau begitu, sekolah SMKAL itu lah sarang maksiat sebenarnya,jenayah berleluasa. walau dilahir dan besarkan dilimbang, tapi tak semestinya menyokong apa yang mungkar. siapalah engkau abuimran dibandingkan dengan anak peribumi limbang ini..saya sebagai anaklimbang sendiri teramat malu dengan tragedi ini, tapi ada juga yang mempertahankan kes ini.

      anak jati limbang

      BalasPadam
    6. Assalamualaikum. Saya agak sealiran dengan pendapat abuimran...kepada yang selebihnya, saya menghormati juga pandangan anda, tetapi jangan terlalu cepat menghukumkan orang dengan apa yang kita hanya dengar daripada 3rd party..apatah lagi membuat tuduhan "munafiq" kepada pihak-pihak yang berkenaan. Tidak layak untuk menuduh orang munafik! Sila fahamkan maksud munafik!dari munafik ..boleh terus membawa kepada tuduhan untuk "menyengutukan" Agama sendiri. Ianya salah!Buktikan bahawa mereka "munafik"!!Astagfirullah!Ianya boleh di bawa kepada pertuduhan di bawah Ordinan kesalahan Jenayah Syariah Sarawak!Buktikan!
      Sila jaga kata-kata dan tingkahlaku apatah lagi membuat pertuduhan yang bersifat "Sampah" dan tanpa usul periksa!Kita sebagai pihak-pihak yang berada di luar sepatutnya terus memberikan dorongan kepada mereka untuk mendidik anak-anak tersebut. Bukan senang hendak mendidik manusia menjadi manusia.Saya percaya pihak pentadbir sekolah sudah memikirkan alternatif dengan cara yang terbaik mengenai dengan setiap permasalahan yang berlaku!
      Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!Jangan kerana hal sebegini, apa kebaikan dan kejayaan selama ini diketepikan..Saya sebagai bekas pelajar dari sekolah ini, tetap memberikan sokongan yang ampuh kepada pentadbiran dan seluruh kakitangan sekolah ini!Tidak ada timbul isu pilih kasih, berat sebelah dan sebagainya!
      Kita sendiri kadangkala tidak dapat menjaga hal peribadi sendiri yang berlaku disekitar kita sendiri!Sebaliknya orang lain yang memberi teguran, nasihat dan pandangan!ketika itu baru kita sedar, "rupa-rupanya...kita sendiri pun ada kekurangan".Jangan salahkan pihak-pihak, sebaliknya jadikannya sebagai iktibar, fikirkan resolusi jalan terbaik dan laksanakan dengan cara penuh hikmah bagaimana untuk mengatasi agar ianya tidak berulang!Itu lebih penting!Serahkan kepada pihak-pihak yang lebih berkuasa untuk menanganinya.Yang benar tetap benar!

      Sekadar memberi pandangan atas pengalaman! Best Regard.

      BalasPadam
    7. Nampaknya, masyarakat kita sudah berubah, kita sekarang lebih peka dengan isu-isu sebegini,tambahan pula berlaku di kawasan kita. Ini menunjukkan betapa kita prihatin dgn masa depan pendidikan terutamanya di daerah tercinta kita ini.
      Saya telah menghadiri sebuah seminar baru-baru ini, apa yang saya ingin kongsi adalah, mentaliti masyarakat kita adalah sangat lemah dan masih lagi di takuk yang lama. Kita lebih kepada fokus kpd benda yg hanya kita nampak, tetapi gagal untuk menafsir apa sebaliknya.

      "adakah cikgu, ustaz di sekolah tidak tahu dan gagal mengawal disiplin pelajarnya?"..saya juga tertanya sebegitu dan masih lagi terus tertanya.

      1-Pada hemah saya, jangan lah kita hanya membuat pertimbangan@ pendapat atas beberapa punca dan dorongan nafsu semata. Besar tangung jawab dan amanah ketika menulis di laman internet. Menulis tak sama dengan berbual. Pahala dan dosa yang kita perolehi melalui penulisan takkan sama dengan yang kita perolehi dengan berbual. Akses kepadanya lebih ramai, lapangannya lebih rencam, ketahanannya lebih lama dan kesannya lebih mendalam.

      2-Apa yang saya kesal adalah, peranan dan jasa para guru yg telah berkhidmat di sekolah seolah-olah dinafikan selama ini. Jika peranan guru itu tidak ada,(spt yg didakwa) mengapa kita tidak memperkatakan lama dahulu lagi? Kenapa baru sekarang?. Pernahkah kita terfikir bagaimana hati dan perasaan guru yg membaca laman ini yg bukan setakat mengajar utk lulus exam, tetapi berkorban, masa, wang ringgit dan tenaga untuk memberikan pendidikan kpd anak bangsanya?

      3-"sekolah *** KANDANG BINATANG BUAS"..."Motto SMKAL ialah 3B iaitu Berilmu, Beriman dan Bertakwa dan selepas ini motto ini akan bertukar menjadi Binatang, Biadab dan Bongkak"..bagi saya adalah satu statement yg agak kasar membawa tafsiran yg begitu serius pada masyarakat kita. berhati-hatilh dgn statement yg diberikan. saya bukan untuk berpihak kpd 'sekolah' tetapi adakah sampai begitu sekali menghukumnya dgn cacian oleh si penulis?You make and decide your own order.

      “Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata baik atau diam…” (HR Mutafaqun ‘alih)

      4- kita harus sedar, Adalah tanggungjawab kita bersama dalam mendidik. Ibubapa memerlukan pihak sekolah dan sebaliknya. Cuma tugas dan peranan guru adalah formal jika ketika di dalam sekolah. Ibubapa dan masyarakat sekeliling pula mengukuhkan ketika anak berada di rumah dan dlm masyarakat.

      sekadar renungan dan harapan

      BalasPadam
    8. Memang betul masyarakat kita sudah berubah. Dulu cikgu cukup prihatin dengan masalah murid and kebanyakan guru menyentuh hati nurani dan kehidupan murid, malah ibubapa itu sendiri. Dulu tiada sekolah Agama Islam tetapi ada sekolah saint-saint sahaja. Sekolah yang bergelar saint sangat baik dan teratur pengurusannya. Sekolah berunsur Islam hanya pada bunyi. Mujur ada blog-blog seperti punang.com – dapatlah masyarakat memperlihatkan protes mereka dan sebagai senarai semak kepada yang dikritik atau diprotes.
      Adalah lumrah dunia, jasa orang tidak dikenang apabila berlaku sesuatu perkara yang sadis. Siapa yang mengenang jasa Sadam Hussien terhadap Irag. Siapa yang mengenang Tunku Abd Rahman yang membawa kemerdekaan Negara. Mengenang jasa orang hanya untuk orang yang pernah tersentuh nuraninya. Itulah sebabnya melayu mundur kerana asyik mengenang kisah dan glori lama. Bangsa lain sudah ‘mengenang’ perkara 10 tahun kehadapan.
      Guru disiplin SMKAL memang betul kurang menjalankan tugas sedangkan mereka tahu si Putra itu budak brutal. Dia diketahui seluruh masyarakat sekolah sebagai pemabuk, jahat, kaki ugut tetapi mengapa dibiarkan kumpulan ini bermaharajalela di kawasan sekolah? Mengapa harus si Putra menjadi barah sedangkan golongan pendidik ini amat tahu. Membiarkan harimau ganas dirumah sendiri sama taraf dengan bunuh diri. Apa hukum bunuh diri?
      Tolong tanya ibu si mangsa, apa kata-kata cikgu apabila beliau mengadu hal ini sebelum melapurkan kes ini kepada pihak polis. Apabila pihak sekolah ambil acuh tak acuh aduan si ibu, apakah tidak terbabit sama kejam namanya. Kalau cikgu mengambil tindakan pantas dan memberi jaminan positif tidak mungkin kes ini dilapurkan kepada polis.
      Apa guna bermoto jika sekadar retorik dan untuk tatapan? Bukan menipu masyarakat namanya. Islam suruh kah macam itu? Kita tidak ada masa untuk berlembut. Kelembutan membawa kemunduruan. Kita perlu tegas untuk maju kehadapan. Kita hormati penulisan anak watan tetapi dia melihat dari suduk berbeza. Begitu juga Sdra Mohd Junaidi – beliau membentangkan soal penulisan tetapi kaku tentang isu sebenar. Inilah mundurnya pemikiran sebilangan orang melayu.
      Mengapa tidak keluar surah dan hukum mengenai kecuaian guru di SMKAL? Mengapa tidak keluar surah tentang jenayah yang dilakukan. Mengapa membela si penjenayah. Kumpulan yang membela jenayah sama seperti penjenayah. Macam loyar
      Tanya polis samada kes ini kes buli atau kes jenayah. Mujur yang di sepak terajang tidak mampus. Mujur ada blog agar cikgu di SMKAL yang tolol akan berhati-hatui dimasa hadapan. Saya harap blog ini akan terus melapurkan rintihan masyarakat seperti ini.
      Fitnah???? Baca lapuran Utusan Borneo pada 25 Feb 2010 untuk mengetahui keadaan sebenar. Ada tercatit cikgu SMKAL menidakkan lapuran si ibu. Baca lapuran akhbar yang sama pada 27 Feb... seorang MP ada menyindir agar guru jangan menyembunyikan kes seperti ini.
      Fitnah??? Rujuk kitab kamu, apakah perbuatan si Putra dan kawan-kawan menyerupai binatang buas atau manusia waras?

      BalasPadam
    9. Memang betul masyarakat kita berubah. Tapi pemikiran guru-guru di SMKAL masih tidak berubah. Tetap kolot. Terutama guru disiplin nya itu. Memang munafik (segelintir guru), kalau tidak masakan perkara ini disembunyikan dari pengetahuan umum. Kalau bukan kerana lapuran polis dibuat, mungkin sampai sekarang kita tak akan mengetahui adanya jenayah berlaku di sekolah yang 'dikatakan' terbaik. Ternyata paling teruk dalam SARAWAK. Kerana ia adalah sebuah sekolah yang mengajar tentang ALAM AKHIRAT.

      Demi untuk menjaga nama baik sekolah, guru-guru yang bertanggunjawab ini sanggup menyembunyikan 'kejahatan'. Dan biarpun sampai ada yang MATI, tak mustahil akan ditutup juga cerita itu. Tapi begitulah, ALLAH tetap membuka aib manusia yang berselindung di balik wajah 'syaitan'.

      Sebagai anak jati Limbang, saya berharap guru-guru yang terlibat harus bertanggungjawab sama. Dan kalau boleh mereka juga mesti dipenjarakan sama, kerana cuai dalam menjalankan tugas. Dan mereka juga mesti di tamatkan kerjaya mereka sebagai guru. Dan tarikh balik 'sijil atau kelayakan mengajar' tak kira mengajar di TADIKA atau sekolah DEWASA. Ertinya tamatkan secara TOTAL. Ini adalah demi satu hukuman untuk guru yang cuai itu dan jua sebagai peringatan kepada guru-guru yang lain.

      (Seorang cikgu yang mengatakan kes SMKAL merosakkan nama dan jenama profesion perguruan.) Dan saya tambah disini, bukan saja merosakkan JENAMA itu, tapi juga memalukan agama ISLAM itu sendiri. Begitulah bila guru-guru berwajah syaitan yang bertopengkan ketayap atau kopiah. Semua nak di sembunyikkan. Entah-entah guru itu lah yang menjadi dalang nya.

      BalasPadam
    10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      BalasPadam
    11. salam kemesraan,

      banyak komen pro dan kontra kedengaraan dari ibubapa,guru-guru dan dari individu yang terlibat secara langsung atau dari pemerhati dan dari pencari kesalahan dan kelemahan sesuatu grup atau puak itu.
      kita tidak dinafikan,kita tidak boleh menyalahkan sesuatu pihak saja dalam hal ini.Tragedi ini pernah berlaku semasa kita masih budak dan bergelar pelajar,tahun 60an dan 70an,tapi kurang pendedahan maka isu dulu-dulu tidak begitu diambil berat dan perhatian oleh pihak sekolah tambahan lagi pelajar dulu adalah pelajar yang berdisiplin dan mengikut 'kata cikgu'.

      Kita tidak boleh menyalahkan pihak sekolah,guru atau ibubapa dalam kes ini.Kita mesti melihat rantaian permasalahan itu.Peratus ibubapa ingin melihat anak gagal dalam kehidupan adalah tersangat kecil.Peratus guru yang bermasalah juga kecil.Mengapa dalam keluarga kita ada anak yang cemerlang,ada yang tak gemilang dan mana ada yang terbilang.

      Mungkin kita boleh menyalahkan sistem pendidikan itu berdasarkan kepada keperluan semasa.Mungkin kita boleh menyalahkan pengurusan itu berdasarkan ketidakcekapan dan ketidakupayaan berdasarkan kekurangan guru-guru atau warden untuk memantau.Atau penguatkuasaan undang-undang disiplin terlalu longgar sehingga ada ruang untuk pelajar untuk menghalalkan cara untuk bertindak atau berbuat sesuatu yang bagi mereka tidak menyalahi undang-undang.

      Berbalik kita kepada jiwa remaja pelajar itu.OPada usia begini,remaja sering tersalah tafsir maksud 'keremajaan' mereka dengan melakukan perkara-perkara yang bertentang dengan nilai dan norma kehidupan berkolektif.Mereka ingin dipuja sebagai hero,handsome,bergaya dan sering ingin terkedepan dalam perlumbaan menguasai penaklean dalam 'berkawan'.

      Permasalahan-permasalahan ini akan tetap terjadi biarpun banyak pemimpin kiakaung baik dalam media elektronik atau massa kerana setiap generasi dan zaman yang menguasai dunia ini permasalahan kehidupan tetap tidak akan sama.Walaupun mulut berbuih bercakap dan bercerita tentang kepincangan,ia takan habis selagi kita hidup dan hidup ini penuh dengan masalah.

      Biarpun penyelesaiannya sudah ditemui,lantas pemasalahan lain timbul dan iatakan habis.

      BalasPadam
    12. Assalamualaikum...slm ukhwah ingin saya ucpkn kpd pmbca....stlh mbc sgala yg tkndung d blog iini,saya terasa terpanggil utk mberi sdikit pndgn...bg saya,kta x bleh mnuding jari pd 1 phak shja.Bg saya,smua phak brsalah..ALASANNYA:

      1.)INSTITUSI KEKELUARGAAN:Kmna tmpahnya kuah kalo x k nasi?jika kta sudah mklum ank kta nkl,mgpa x dddik dgn baik dan berkesan....kta x bleh brgntung kpd phk skolah smata2 utk mddidik ank sdgkn ibu bapa itu mpunyai tggugjwb yg sama dlm mddik ank2...hehe

      2.)INSTITUSI PDDKN:Mri kta lht sstm pddkn dulu dn skrg...jauh bzanya...sstm dlu lbih ktat dan tgas.X slh apbla ank2 drotan dan Diambl tndkn.Tp skrg?ank2 sdah mnjadi trlalu mnja krna tiada tndkn tgas diambl.Puncanya?isu ibu bpa yg trlalu mnjakn ank hgga x sggup mlht ank drotan...wlopapun,kalo nak rtan murid 2 pun,mstilah brsebab...hehe

      3.)INSTITUSI KMSYRKTN:Msyrkt kta hdup bgai krbau dcucuk hdung...mlh lbih truk,ada yg mghakimi tnpa brfkiran rasional.apabla mrh mnguasai diri,sgla kbnrn akn ttutup..mreka trus mnyalahkn sesuatu phak tnpa mnyiasat dgn lbih mndlm...knpa x dsiasat dhulu sesuatu brita...tnya phak skolah,tnya phak mngsa,tnya phak pmbuli...baru la bg ksmpuln...

      4.)PRNAN MEDIA:Phak media harus mnybarkan brita yg bnar dan x berunsur ftnah dan btjuan mmch belahkn msyrkt...jgnlah djaja crita yg x btol hnya smata2 krna nama n hbuan..@pun nafsu smata..ftnah itu lbih buruk drpd mbunuh!tljak prhu bleh diundur,tljak kata...bleh dsaman...hekhek

      5.)PMBCA @PNDGR@PNULIS:Glgn ini mrupkn org yg paling ksian...mgpa?mnjadi mgsa phak2 trtentu.mlepaskn prasaan n tduhn sblm bfkir....lbih mudah tpgaruh apbla mbca@mdgr brita yg berunsur bgini skaligus mndorong mereka utk mnulis n mluahkn perasaan marah mreka tnpa bfkir...kesian...

      KONKLUSINYA:Stiap yg blaku psti da hkmahnya.yg pnting,kta x bleh mnuding jari pd mana2 phak krna suma brsalah tmasoklah saya...haha...brusahalah mprbaiki diri agr prkara2 bgni x berulg lg d lain masa..akar msti kuat,baru pohon tumbuh subur..taqwa mau kuat baru iman mantap...hdup malaysia!!!love peace no war!!!!

      BalasPadam
    13. Salam kepada semua.

      Teguran ini ditujukan kepada Upper6 2009. Sebagai orang yang tidak suka melihat kepincangan penulisan, kami harap saudara-saudara mengunakan 'spelling' yang standard bukan penulisan secara sms. Tidak seperti sms, saudara mempunyai banyak masa untuk menulis dan berfikir di sini.

      Salam hormat

      BalasPadam
    14. Assalamualaikum WRT
      Inilah kali pertama saya membaca artikel ini. Seawalnya saya sendiri rasa berat untuk membukanya kerana takut beremosi dan diselubungi rasa sedih berpanjangan. saya adalah seorang ahli keluarga guru yang mengajar di SMKAL, yang mendapat 'bahagian' dalam kritikan dan hentaman termasuk 'melawankan'kata orang limbang, dari saudara saudari penulis di atas.
      Saya rasa bertanggungjawab untuk menerangkan situasi sebenar dalam kes ini agar fitnah tidak terus berlaku dan berleluasa. Jika selepas ini, masih terbit lagi pelbagai kata nista dan hinaan, biarlah kami mengambil keputusan untuk bersabar dan menunggu saat semoga kesabaran ini terbalas kembali. Saat tersebarnya artikel ini di kalangan guru, kami telah menghubungi pihak polis untuk membuat laporan siasatan kes. namun kami dinasihatkan agar terus membuat saman terhadap penulis supaya kredibiliti guru (termasuk institusi keguruan) tidak diinjak sewenangnya oleh masyarakat. Namun idea ini ditukar. adalah lebih wajar diadakan mesyuarat pibg bagi menerangkan keadaan sebenar daripada mewar-warkan kepada ibubapa melalui interneT yang ramainya petani dan nelayan dan tentu tidak semua dapat mengakses internet.Alih-alih lain pula jadinya. setiap usaha baik, terus diperlekehkan. Saat ini tuan-tuan sekalian, sebilangan kami guru terutama yang bergiat dalam disiplin, sudah lali dengan makian dan hinaan selepas menceburi diri dalam bidang keguruan. lafaz pelajar seperti 'cibai,taipalat, bodoh ', malah menunjukkan penumbuk dan mengancam guru di luar sekolah adalah mainan hidup guru. ada guru di daerah limbang ini sampai tidak berani membawa kenderaan baru ke sekolah. takut dikerjakan. dan tuan-tuan sekalian,sepanjang berbelas tahun saya mengajar, tidak pernah saya mendengar guru mengajar ucapan nista ini dilafazkan oleh anak-anak didiknya !
      BERSAMBUNG...

      BalasPadam
    15. Saudara pembaca sekelian, kisah buli ini bermula begini :
      PADA 21 HB FEB YANG LALU, SEORANG KAKIRANGAN SEKOLAH KAMI MEMBAWA KEGEMPARAN KE SEKOLAH. BELIAU MENUNJUKKAN HPNYA YANG MENGANDUNGI RAKAMAN AKSI BULI PELAJAR SEKOLAH INI. RAKAMAN TERSEBUT DIDAPATINYA DARIPADA SEORANG BAPA PELAJAR YANG BERTANYA PERKARA ITU KEPADANYA SEMASA SATU MAJLIS KENDURI. KAMI YANG MENONTON AKSI ITU TERPANA SEKETIKA. SATU PERJUMPAAN JK TATATERTIB DILAKUKAN SEGERA DAN PELAJAR YANG TERLIBAT MEMBULI DIPANGGIL SERTA MERTA BAGI MENGESAHKAN KEJADIAN. SEBELUM IBU BAPA MANGSA DIHUBUNGI, IBU BAPA PEMANGSA DULU DIPANGGIL KE SEKOLAH. SEBAIK BAPA MELIHAT AKSI ANAKNYA, SATU TAMPARAN HINGGAP KE PIPI. BERCUCURAN AIR MATA SI AYAH. SEBAGAI IBU BAPA, MEMANG SEMUA MAHU ANAKNYA TERJAMIN KESELAMATANNYA DI SEKOLAH. DAN SEBAGAI IBU BAPA JUGA TENTU TIDAK MAHU ANAKNYA MENJADI BINATANG BUAS BILA BERADA DI SEKOLAH. SEBAGAI GURU PULA ADALAH NGERI BILA DILABEL SMKA SEBAGAI KANDANG BINATANG BUAS. SIAPA YANG TIDAK MARAH BILA SUASANA TENANG MENJADI GAWAT. FOKUS GURU UNTUK MENINGKATKAN AKADEMIK TIBA TIBA LAIN PULA JADINYA. PKHEM TIDAK TIDUR 3 MALAM. SENTUH AIR SAJA. KAMI BERMUHASABAH DAN SALING MENASIHATI SESAMA KAMI. JANGAN TERLALU MARAH DGN ANAK ORANG INI. KITA PUNYA ANAK YANG MASIH KECIL. KITA HARAP DIA AKAN MENJADI BAIK SUATU HARI NANTI. TAPI PERKARA DI LUAR JANGKAAN HARUS BERSEDIA.SIAPA TAHU ANAK KITA PULA AKAN MENJADI BINATANG BUAS TANPA DAPAT DIKAWAL ?. JADI USAH MENDABIK DADA! JIKA BUKAN ANAK, CUCU. SELEPAS MENGESAHKAN KEJADIAN TADI, BARU PIHAK IBU BAPA MANGSA DIHUBUNGI. YANG MANA DAPAT DIHUBUNGI PADA 21 HB, DIMINTA TERUS DATANG DAN TINDAKAN GANTUNG TERUS DIAMBIL. ITUPUN TUAN-TUAN, ADA JUGA IBU BAPA YANG MENGATAKAN TAK DAPAT DATANG -TERTINGGAL PASPORT, TAK ADA KENDERAAN DAN TAK DAPAT DIHUBUNGI LANGSUNG.
      TAHU-TAHU, TIBA TIBA KELUAR DALAM AKHBAR CERITA BULI INI DAN ARTIKEL TERAKHIR MENGATAKAN IBU BAPA TIDAK DIMAKLUMKAN OLEH PIHAK SEKOLAH W.PUN TAHU KES INI DARI AWAL. MASYAALLAH, KAMI MENDAPAT BERITA INI DARI LUAR DAN SEJURUS TAHU, TERUS MENGHUBUNGI IBU BAPA. KERANA BERITA INI DARI LUAR, MAKA KAMI DIKATAKAN TAHU TAPI MENYEMBUNYIKAN. INI ADALAH FAKTA YANG BENAR-BENAR SALAH ! TAMPILLAH BERJUMPA KAMI JIKA TUAN-TUAN ADA BUKTI ATAS DAKWAAN INI. KAMI HAIRAN, KES INI BERLAKU LEBIH AWAL. PELAJAR PUN SUDAH BALIK KPG SEBELUMNYA. MENGAPA PELAJAR YANG DIBULI TIDAK MEMAKLUMKAN KEPADA IBU BAPA MEREKA BAHAWA MEREKA DIBULI?? JIKA KEPADA IBU BAPA PUN TIDAK DIMAKLUMKAN, BETAPAKAH GURU YANG TENTU AKAN MENGAMBL TINDAKAN TEGAS THDP KES SEBEGINI? PELAJAR YANG MENYAKSIKAN LANGSUNG TIDAK ANGKAT MULUT MEMAKLUMKAN HAL INI. KENAPA? KERANA MEREKA TAHU PELAJAR BERKENAAN TENTU AKAN DIHUKUM DAN MEREKA TAKUT AKAN DIBALAS DENDAM DI LUAR. INI ADALAH RETORIK PELAJAR YANG BERLAKU DI SETIAP SEKOLAH. MALANG SEKALI SMK AGAMA, HAL INI TERSEBAR DI KHALAYAK UMUM DAN AKIBATNYA GURU DIKATA BERTOPENG SYAITAN ! APAKAH IMPAKNYA HAL INI TUAN-TUAN? RAMAI PELAJAR MENGADU KEPADA GURU, MEREKA MALU BERADA DILUAR SEKOLAH. MEREKA DISINDIR PAKAI TUDUNG LABUH TAPI PERANGAI MACAM SYAITAN. MEREKA TERTEKAN DAN MENANGIS. PELAJAR LAWAS PULA MERASA TERKILAN ARTIKEL INI TERSIAR DALAM PUNANG.COM.SEOLAH OLEH MEWAKILI SELURUH PENDUDUK LAWAS. APATAH LG DAKWAAN MENGANAK TIRIKAN PELAJAR LAWAS. INI ADALAH HASUTAN. KETUA DAN PENOLONG K.PENGAWAS SENDIRI DARI LAWAS. KIRALAH, BERAPA JUMLAH ANAK-ANAK LAWAS YANG TELAH MENJAWAT JAWATAN PENTING DALAM SEKTOR KERAJAAN MASA KINI? SELAIN DARI IBU BAPA, AKURLAH BAHAWA GURU YANG BERTOPENG SYAITAN INILAH YANG SABAR MENDIDIK PELAJAR INI. MUSTAHIL TERBITNYA SUATU KEJAYAAN DARI SEBUAH KANDANG BINATANG BUAS ! BERBALIK KEPADA PELAJAR YANG DIHINA TADI, KAMILAH YANG MENGUSAP JIWA ANAK INI SUPAYA SABAR DAN SEJURUS KEMUDIAN BANTUAN ALLAH DATANG BILA KEPUTUSAN SPM DAN STPM TERBAIK DALAM SEJARAH PENUBUHAN SMKAL ! MANA UCAPAN TAHNIAH DARI PENULIS?? DARI IBU BAPA DAN DARI MASYARAKAT YANG MENCELA ?? TAPI INI BIASA BG KAMI DENGAN ANDAIAN W.PUN NIKMAT ALLAH TURUN MENCURAH CURAH, NAMUN SEDIKIT SEKALI MANUSIA BERSYUKUR.
      BERSAMBUNG...

      BalasPadam
    16. SEBELUM BERUNDUR, RENUNGLAH SEKETIKA, DALAM 10 ORANG ANAK, ADAKALANYA WUJUD ANAK BERMASALAH. BAGAIMANA KALAU MENJAGA 500 ORANG ANAK ATAU 500 ORANG PELAJAR SEKALIGUS. KAMI TIDAK MAHU MENEGAKKAN BENANG BASAH DENGAN MENGATAKAN KAMI BENAR 100%. NAMUN MENUNDING JARI KEPADA GURU SEMATA-MATA ADALAH TIDAK WAJAR. KAMI AKUI ADAKALA KAMI GAGAL MEMBENTUK AKHLAK ANAK ANAK TUAN DI SEKOLAH. NAMUN YANG BERJAYA APA KURANGNYA. TAPI YANG PASTI, JIKA KAMI GAGAL, IBU BAPA JUGA SEBENARNYA TELAH GAGAL ! PEMBENTUKAN ANAK SOLEH ADALAH BERMULA DARI TERPANCARNYA NUTFAH (AIR MANI) KE RAHIM IBU DENGAN LAFAZ TAUHID, BUKAN BERMULA DARI MENJEJAKNYA KAKI ANAK-ANAK KE BANGKU PERSEKOLAHAN ! TOLONGLAH TUAN TUAN SEKALIAN, JGN SEBARKAN FITNAH YANG SALAH, SUPAYA KAMI TERUS KUAT MENDIDIK ANAK BANGSA. KEKUATAN ANAK ANAK DISEKOLAH ADALAH BERDASARKAN KEKUATAN GURU YANG MENDIDIKNYA. JGN BANDINGKAN GURU DAN ANAK ANAK DI SMK AGAMA LIMBANG LEBIH SEDIKIT BERBANDING SEKOLAH LAIN. SETIAP SEKOLAH ADA MASALAHNYA CUMA NASIB SAJA TIDAK TERSEBAR SEPERTI INI. KITA SEDANG MEMANUSIAKAN MANUSIA.BUKAN BENDA. BUKAN MUDAH MEMANUSIAKAN MEREKA MENJADI INSAN KAMIL APATAH LAGI JIKA TELAH BERBELAS TAHUN HIDUP DALAM BUDAYA DAN CARA HIDUP SENDIRI YANG BERBEZA TIA SATUNYA. KEADAANNYA, SEPERTI MENYURUH SEORANG PEROKOK TEGAR YANG BERPULUH TAHUN MEROKOK UNTUK BERHENTI MEROKOK ! PERIT DAN SAKIT ! WASSALAM.

      - KEPADA BEKAS PELAJAR DAN PELAJAR YANG SEDANG MENUNTUT DI SMKAL, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN KRITIKAN. DOA KAMI MENGIRINGI KALIAN.

      BalasPadam
    17. Jika dianalisa dari rintihan diatas, maka malang sungguh pentadbir SMKAL kerana mewakilkan seorang guru yang bernama Along yang bertujuan menyelamatkan maruah sekolah tetapi sebenarnya memecah tembelang sendiri. Jika Along mewakili mentaliti dan cara pemikiran guru-guru SMKAL, boleh kita katakan ‘what a pity’.

      Sila perhatikan petikan-petikan dari 3 siri komen Cikgu Along.

      1. Fokus guru untuk meningkatkan akademik...– Dari petikan ini tahulah kita mengapa akhlak dan akidah murid terbiar. Maka lahirlah manusia ganas seperti si Putra.

      2. Setiap sekolah ada masalahnya cuma NASIB saja… - Tergaman saya membaca petikan ini. Dalam kita percaya kepada cara berusaha untuk mencapai kejayaan, seorang muslim mengajar di sekolah agama percaya kepada NASIB. Selain itu dia menuding jari dan membabitkan sekolah lain. Diharap selepas ini pentadbiran SMKAL tidak bergantung kepada NASIB lagi tetapi berusaha keras membendung jenayah di dalam pagar sekolah.

      3. Kami mendapat berita dari luar… - dari petikan inilah terbuktinya kesilapan dan kecuaian pentadbir sekolah ini. Mengapa orang luar yang lebih mengetahui apa yang berlaku di sekolah. Sepatutnya pentadbir sekolah sudah ada ‘amaran gegaran’ si Putra dan gengnya. Mengapa tidak ada persediaan terhadap ‘rule of antisipasi’ bagi perkara-perkara yang diluar jangkaan. Melainkan jika pentadbir sekolah yakin dan percaya sekolah ini adalah yang terbaik ahklak muridnya.

      4. Mengapa saksi dan mangsa tidak mengadu kepada ibu-bapa dan cikgu…. – persoalan ini sudah dijawab oleh Along. Ini membuktikan yang ‘approach’ sekolah ini terhadap masalah murid kurang tepat dan tidak mesra-murid. Petikan ini juga membuktikan memang betul ada ‘binatang buas’ yang berupaya membalas dendam di luar kawasan sekolah. Memang logic kalau pelajar lain menumpang malu kerana nama SMKAL muncul dalam akhbar atas alasan jenayah.

      5. Murid-murid disindir di luar sekolah… - kami setuju ini bukan salah murid tetapi salah sekolah yang ‘mengandung’. Jangan salahkan masyarakat berpandangan serong terhadap sekolah agama sebab ‘you asked for it’. Masyarakat tidak heran jika perkara jenayah seperti ini berlaku disekolah biasa yang beraneka budaya, bermacam bangsa dan agama. Tanya sendiri mengapa ‘NASIB’ begini menimpa sekolah ini. Kalau Allah pernah menganugerahkan nikmat dan kejayaan, mengapa mengeluh tatkala Allah ‘membenarkan’ tuan-tuan diaibkan, dihina dan dicaci?

      6. SPM dan STPM terbaik… Masyarakat tidak heran kalau SMKAL mendapat keputusan terbaik di seluruh Limbang kerana sekolah ini hanya mengambil pelajar-pelajar yang terbaik dan cemerlang. Lagipun jumlah pelajar hanya 500 orang. Masyarakatpun tidak heran kalau tersenarai antara terbaik di seluruh Malaysia. Tetapi jangan mengharapkan pujian setelah berlakunya jenayah, (bukan kes buli - punang.com), di dalam kawasan anda.

      7. Ibu-bapa tidak ada kenderaan dan tidak dapat dihubungi... – Memanglah kebanyakan ibu-bapa orang kampong dan mempunyai pendapatan yang tidak sehebat Along. Jangan cakap pasal internet, baca suratkhabar jarang sekali.

      Kami masih berharap Along tidak mewakili seluruh masyarakat SMKAL kerana dari tulisan di atas, beliau seorang yang emosional dan cepat punah kesabarannya. Beliau tidak berhati-hati dengan fakta dan seorang generalis. Walaupun sudah bekerja belasan tahun tetapi masih berbudaya menuding jari dan mengunkit air-mani. Dalam personalitinya sebagai seorang yang pendendam, beliau sering merintih dan kurang senang dengan takdir.

      Walaubagaimanapun, kami harap punang.com memberi kesempatan pihak SMKAL (bukan Along) menjelaskan keadaan sebenar tanpa diedit untuk menjernihkan nama mereka.

      Secara peribadi, saya harap laman ini senantiasa menyuarakan kepincangan mana-mana pihak. Zaman ini, semuanya sudah transparen. Kami juga berterima Kasih kepada YB-YB yang menyuarakan sabjek ini, Borneo Post yang melapurkan jenayah ini, Datuk Dr Julaihi yang juga tidak menyokong tindakan pihak sekolah. Pihak-pihak ini memang hebat kerana tidak menyembunyikan fakta sebenar.

      BalasPadam
    18. Salam hormat kepada semua pembaca,

      Sebagai pentabdir, saya bersetuju terhadap cadangan Ketam untuk memberi laluan kepada pihak SMKAL menjelaskan keadaan sebenar. Artikel atau penjelasan boleh dihantar melalui emel: Nazir@punang.com

      Sekian harap maklum

      Nazir

      BalasPadam
    19. Salam hormat kepada Along,

      Punang.com bukan saja mewakili penduduk Lawas tetapi seantero umat lebih-lebih lagi dalam soal amal maaruf nahi mungkar, kepincangan dan kelalaian masyarakat. Nama laman ini tidak semestinya melambangkan pemikiran yang mundur tetapi jauh kehadapan.

      Laman ini bukan hanya dilayari oleh penduduk Lawas tetapi juga dari pelusuk dunia. Bukti: pada 8/2/09 lihat di sini - http://www.punang.com/2009/02/aku-terkejut-tapi-bangga.html

      Kolum 'Bicara dan Pendapat' amat berani dan ditulis atas akauntabiliti penulis sendiri. Sesiapa juga bebas menkritik tetapi biarlah bertamaddun.

      Dari Pentadbir.

      BalasPadam
    20. kalau kita melihat isu kebiadapan ini dari sudut dendam ia tidak akan selesai hingga bila2.Setiap apa yang menimpa pasti ada sebab dan musababnya, tugas kita sebagai manusia adalah mencari jalan penyelesaiannya.Saya ingin mengungkap sejarah lama, dulu anak-anak kita cukup takut jika disebut perkataan tulah tapi kemanakah hilangnya istilah itu, adakah kerana agama melarangnya atau penjelasan kita terhadap konsep tulah disalah ertikan oleh kita sendiri.
      Apa yang pasti berlaku banyak masalah hari ini mungkin banyaknya kerana kita tidak lagi didik dirumah sepertimana ayah dan ibu dahulu mendidiknya, mungkin juga semangat gurunya tidak sekental dulu, mungkin juga pengaruh luarnya sukar dikekang atau mungkin kita sendiri yang lupa bahawa dunia hari ini berbeza dengan dunia yang kita kenal satu masa dulu.Maka sehubungan itu, bercakap secara baik dan penuh hidayah, melihat dengan rasa makrifat, menegur dengan rasa tanggungjawap dan memperbetul dengan niat kerana DIA....

      BalasPadam
    21. by the way...
      mmang ramai 0rg ckap smkal tmpat pembulian,aku x nafikan,
      tpinya ustaz dan jga gru d sna amatlaah mncri jalan utk mncegah shingga rmai yg sdah dbuang skolah....
      bkannya slah gru2 or ibubpa... tpi slah dri sndri yg x pndai cri kwan... and then ingat snang ke nak kwal smk agama tuu???
      klau sndri x tau apa yg trjadi d smk agama dri dlu smpai skrang,jgan nak ckap bkan2 tntng smk agama limbang....

      BalasPadam
    22. (Merujuk kpd Tanpa nama 18/1/12)
      Kenyataan yang mengatakan 'ramai yang sudah dibuang sekolah' membuktikan sekolah ini mempunyai masalah kronik.Kalau Sekolah ini ikut landasan Motto sekolah iaitu 3B, maka jika betul Bertakwa, kejadian kronik ini tidak akan berlaku.

      Memang tidak senang kawal sekolah ttpi mengapa perkara ini tidak terhadi pd sekolah yg lebih besar dari SMKAL. Ingat! Video adalah bukti jelas KRIMINAL itu berlaku. Mengapa harus mempertahankan perkara ini

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: SMK Agama menjadi 'Kandang Binatang Buas' Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top