Terkini
  • Terkini

    Khamis, 18 Mac 2010

    Apa Kata Pihak SMK Agama Limbang?

    Pada hujung bulan ini SMK Agama Limbang akan mengadakan mesyuarat PIBG. Cikgu akan berhadapan dengan ibu-bapa dalam suasana diselubungi oleh kes jenayah yang berlaku sebulan yang lalu. Maka kononnya bersedialah pihak sekolah untuk berhadapan dengan ibu-bapa yang ramainya datang untuk memberontak. Sebenarnya pihak SMKAL tidak perlu khuatir kerana para ibu-bapa yang ramainya berprofil nelayan, petani, buruh kasar dan hanya segelintir pegawai dan kakitangan kerajaan.

    Ibu-bapa sudah tidak mempercayai kebolehan pihak SMKAL yang ada sekarang mentadbir sekolah yang terpuji ini. Kalau adapun, sekadar kepercayaan ditahap was-was. Mereka hanya berserah kepada Allah untuk melindungi yang hak.

    Ibu-bapa tahu pihak sekolah akan memberi berjuta alasan kerana mereka ini lebih pandai berkata-kata dibanding dengan nelayan-nelayan atau petani-petani. Yang pasti pegawai kerajaan terutama yang ibu-bapanya bekerja sebagai cikgu tidak akan bersuara atas dasar kenal dan menjaga silaturahim.

    Adakah Ibu-bapa akan dibuli dengan alasan-alasan pihak sekolah?

    Sesi ini bukan masa untuk memberi alasan dan berpancak silat. Ibu bapa sudah tidak minat dengan alasan yang berirama kerana walau sejuta alasanpun, ternyata jenayah sudah berlaku. Alasan hanya mengembirakan yang memberi - bukan yang mendengar. Hanya orang yang berfikiran mundur yang memberi alasan. Ini mesej yang nyata: “No More Excuses, please”

    Ibu-bapa juga tidak mahu pihak sekolah mentafsir kes ini sebagai kes buli yang terpencil. Pertama ini bukan buli tetapi sesuatu perlakuan jenayah. Kalau kes buli, pihak polis tidak memerlukan Order to Investigate. Kedua ianya bukan terpencil. Sudah banyak kali berlaku di sekolah yang sama.

    Rosaknya Profesion Cikgu

    Pihak sekolah juga tidak perlu berbohong mengapa jenayah seperti ini tidak disekat dari awal. Berbohong jika pihak sekolah mengatakan mereka tidak tahu-menahu tentang kumpulan ini. Kalaupun betul mereka tidak tahu, maka kita syorkan orang yang berkenaan cabut lari dari profesion ini. Saya menerima emel dari seorang cikgu yang mengatakan kes SMKAL merosakkan nama dan jenama profesion perguruan. Beliau sungguh kecewa, lebih-lebih lagi sekolah agama yang kononnya terbilang seperti SMKAL. Dalam facebook bekas pelajar SMKAL juga mengatakan malu dan kecewa dengan kejadian kes ini.

    Rata-rata ibu-bapa mahukan pihak sekolah mengambil tindakan berikut semasa mesyuarat nanti:

    1. Minta maaf secara terbuka dan diminitkan di dalam minit mesyuarat
    2. Semasa mesyuarat nanti, edarkan senarai murid-murid nakal dan bepotensi menjadi pembuli, peras ugut, pemabuk, perokok dsb di sekolah ini. Bohong kalau tidak ada. Bodoh namanya kalau tidak tahu.
    3. Beri jaminan yang kes buli, lebih-lebih lagi kes jenayah tidak akan berlaku lagi disekolah ini. Jaminan mesti disokong dengan plan tindakan, strategi cara dan lapuran progress kepada ibu-bapa. Ibu-bapa sudah serik dengan jaminan diatas kertas atau dipinggir bibir.
    Mungkin bunyinya leceh tetapi inilah harga yang wajib dibayar oleh pihak sekolah jika lalai dan cuai  menjalankan tugas. Kalau tidak sanggup, sila berundur dari profesion ini.


    Updated: 1 April 2010
    Kesemuanya ada 9 buah sekolah menengah di bahagian Limbang dan  SMK Limbang dibina pada 1961 adalah yang paling tua sekali. SMKAL pula mulai beroperasi pada tahun 1991. SMK Limbang, SMK Lawas dan SMK Pitiambun mempunyai pelajar yang paling ramai iaitu masing-masing mempunyai 1,300, 1,100 dan 1,200 pelajar pada satu-satu masa.


    SMKAL hanya menampung 550 pelajar, adalah smk yang paling tersedikit pelajarnya. SMK Merapok dan SMK Kabong yang mulai beropersai pada 2004 mempunyai 1,000 dan 900 pelajar dalam satu-satu masa. 
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    9 KOMEN:

    1. Memang betul masyarakat kita berubah. Tapi pemikiran guru-guru di SMKAL masih tidak berubah. Tetap kolot. Terutama guru disiplin nya itu. Memang munafik (segelintir guru), kalau tidak masakan perkara ini disembunyikan dari pengetahuan umum. Kalau bukan kerana lapuran polis dibuat, mungkin sampai sekarang kita tak akan mengetahui adanya jenayah berlaku di sekolah yang 'dikatakan' terbaik. Ternyata paling teruk dalam SARAWAK. Kerana ia adalah sebuah sekolah yang mengajar tentang ALAM AKHIRAT.

      Demi untuk menjaga nama baik sekolah, guru-guru yang bertanggunjawab ini sanggup menyembunyikan 'kejahatan'. Dan biarpun sampai ada yang MATI, tak mustahil akan ditutup juga cerita itu. Tapi begitulah, ALLAH tetap membuka aib manusia yang berselindung di balik wajah 'syaitan'.

      Sebagai anak jati Limbang, saya berharap guru-guru yang terlibat harus bertanggungjawab sama. Dan kalau boleh mereka juga mesti dipenjarakan sama, kerana cuai dalam menjalankan tugas. Dan mereka juga mesti di tamatkan kerjaya mereka sebagai guru. Dan tarikh balik 'sijil atau kelayakan mengajar' tak kira mengajar di TADIKA atau sekolah DEWASA. Ertinya tamatkan secara TOTAL. Ini adalah demi satu hukuman untuk guru yang cuai itu dan jua sebagai peringatan kepada guru-guru yang lain.

      (Seorang cikgu yang mengatakan kes SMKAL merosakkan nama dan jenama profesion perguruan.) Dan saya tambah disini, bukan saja merosakkan JENAMA itu, tapi juga memalukan agama ISLAM itu sendiri.

      [ Rata-rata ibu-bapa mahukan pihak sekolah mengambil tindakan berikut semasa mesyuarat nanti:


      1.Minta maaf secara terbuka dan diminitkan di dalam minit mesyuarat
      2.Semasa mesyuarat nanti, edarkan senarai murid-murid nakal dan bepotensi menjadi pembuli, peras ugut, pemabuk, perokok dsb di sekolah ini. Bohong kalau tidak ada. Bodoh namanya kalau tidak tahu.
      3.Beri jaminan yang kes buli, lebih-lebih lagi kes jenayah tidak akan berlaku lagi disekolah ini. Jaminan mesti disokong dengan plan tindakan, strategi cara dan lapuran progress kepada ibu-bapa. Ibu-bapa sudah serik dengan jaminan diatas kertas atau dipinggir bibir.
      Mungkin bunyinya leceh tetapi inilah harga yang wajib dibayar oleh pihak sekolah jika lalai dan cuai menjalankan tugas. Kalau tidak sanggup, sila berundur dari profesion ini. ]

      Dan saya tambah lagi sedikit. Kalau boleh tukarkan saja guru disiplin itu dan guru besar nya. Mereka lah sebenar menjadi LIABILITY kepada jenama GURU seluruh nya. Dan hukum juga mereka (guru-guru)yang terlibat) dengan memenjarakan sama atas kecuaian yang mereka lakukan dan perkara yang mereka sembunyikan. Tamatkan terus 'SIJIL' mengajar mereka secara TOTAL. Dan GURU BESAR sekolah itu juga harus di HUKUM sama 'kerana tidak tahu-menahu tentang JENAYAH ini'.

      MEMALUKAN AGAMA dan PEROSAK BANGSA.

      BalasPadam
    2. salam kemesraan,

      Kalau kita nak bicara atau diskusikan soal permasalahan sejagat,curi,buli,rasuah,gangsterisme dan sebagainya,hanya kiamat penghabis cerita.saya bukan nak mengaku kalah sebelum berperang tapi harus diingat kehidupan ini penuh dengan tipudaya dan muslihat.

      Ingatlah Adam a.s melanggar larangan Tuhan.
      Ingatlah syaitan laknatullah memprotes kewujudan manusia.
      Mengapa Qabil dan Habil berbunuhan?
      Mengapa Israel mahu menakluki bumi Palestin?

      Berbalik kita kepada pemasalahan,pengomen 'anak' terus menyerang dan melihat pemasalahan itu dengan bersikap negatif.Mengapa kita terus menjatuhkan hukuman sedangkan kita tidak mencari punca pada pemasalahan itu?
      Kita tidak boleh menyalakan guru kerana guru juga ibubapa.Kita tidak boleh menyalahkan pihak sekolah kerana warga sekolah terutama pihak pengurusan juga ibu dan bapa.
      Tiada Ibubapa mahu melihat anaknya berjalan senget dan tempang.

      Kenapa kita tidak cari punca kepada pemasalahan ini?Siapa pelakunya dan mengapa mereka melakukannya.Kita difahamkan pelakunya atau mastermindnya budak yang sudah bermasalah.Disasarkan yang disekolah setelah diluar tiada sasaran yang dapat memenangkannya.

      Kita akan dianggap tidak pandai seandainya kita cuma berbicara dan mencari penyelesaiannya dalam lingkungan pagar dan blok sekolah sahaja.Kita mesti keluar,kerumah(masalah keluarga),ke cyber cafe(games,rokok dan judi)dan kedalam masyarakat itu sendiri.Masyarakat persekitaran bermasalah maka generasi kita sentiasa akan bermasalah.Lantas penyelesain pada masalah itu berbeza-beza antara individu itu.Ada yang menganggap ini masalah kecil dan ada yang menanggap satu dunia harus tahu dan patut ikut menyelesaikannya.

      Mengapa Firaun melantik dirinya Tuhan dan pemerintah bumi ini?

      BalasPadam
    3. Si SAGAI atu sebanar nya inda faham. Bukan punca masalah dirumah atau disekolah dalam kes ani, tapi MENGAPA guru2 disiplin membiarkan perkara ani berlaku tanpa ada tindakan; sehingga ibubapa murid atu sendiri melaporkan ke Polis. Kalau ibubapa murid2 yang anak2nya kena pukul atu inda melaporkan perkara ani, nescaya guru2 sekolah SMKAL atu memang ditutup nya kes ani. Tapi perkara ani terbongkar jua.

      Jadi apa tindakan guru2 selama ani ? Membiarkan saja kan perkara ini berlaku. Jadi faham2 lah sikit dalam kes ani siSAGAI. Macam tak faham pulang kau ani.

      BUKAN SEBAB BERPUNCA DARI RUMAH KAH SEKOLAH KAH; TAPI SELAMA INI GURU2 MEMBIARKAN PERKARA SEPERTI INI BERLAKU. MACAM MANA KALAU ADA YANG MATI ? BIARKAN JUGA ? sisagai.

      ertinya perkara ini memalukan penduduk2 Limbang ani. Jadi aku pun ikut malu. Apa kau inda pemalu kah si Sagai ?

      Faham2lah sikit persoalan atu. FAHAM KAU SAGAI. KAU PUN SAMA JUA KALI MACAM GURU2 di SEKOLAH SMKAL ATU.

      Anak Jati Limbang

      BalasPadam
    4. Saya setuju dengan pendapat Anak Jati Limbang. SiGabut tersesat jalan. Mengapa harus masuk kampong dan kota untuk mencari punca sedangkan punca sebenar sudah nyata. Ibu-bapa di Kampung pasti tidak mampu menjawab kalau ditanya “ Mengapa pihak SMKAL menyembunyikan kesadisan ini atau mengapa pihak sekolah tidak memberi perhatian terhadap kumpulan ini?”

      Memang kita mencari punca kalau belum diketahui puncanya tetapi kalau tidak paham, abis saja minyak motosikalku kan masuk kampong. Si Gabut adalah orang yang tidak paham isu tetapi liuk lintuk dengan bahasa yang tidak praktikal. Dalam bahasa yang pendek, “semua orang lain salah melainkan aku”.

      Andaikata si Gabut ini seorang Pengetua di SMKAL, tiap kali berlaku kejahatan atau kemungkaran di dalam pagar sekolahnya, seperti murid bunting, dia akan terus pergi ke kampong dan cari keluarga budak yang membuat kemungkaran itu. Dia akan kata…”… bukan salah kami tetapi ibu-bapa, masyarakat, cyber café, TV, handphone, kerajaan…”

      Anak Pandaruan

      BalasPadam
    5. salam kemesraan,

      Kekadang kalau bicara atau bertindak terlalu EMOSIONAL,kita akan kalah.Kita tidak boleh lari dari bersikap provokatif,berpresepsif,berimiginatif dan defensif dalam membicarakan sesuatu masalah tambahan kita terlibat sama.Kita mempunyai budaya menghormati orang tua atau yang lebih tua dari kita.

      Dasar pendidikan negara tidak pernah memihak kepada warga perndidik itu sendiri.kita ada prosedure tertentu dalam menangani dan mencari penyelesaiannya.
      Kita bukan menegakkan benang basah tapi kita lebih terarah kepada pencarian pada puncanya.

      Kita keluar dulu kepada unsur atau budaya yang bersifat negatif jadinya seperti filem-filem yang ganas yang mudah diperolehi dalam bentuk cd,budaya kuning juga dalam bentuk cd.Majlis perkahwinan orang-orang melayu yang condong kepada bersifat hiburan,karaoke,gambus dan ada yang lebih sadis lagi tuan rumah membenarkan perjudian(main katam).handphone dengan bluetoothnya.

      Saya tetap tidak akan menyalahkan pihak sekolah itu walaupun saya bukan seorang pengetua.
      Sekolah berasrama ialah sebuah tempat dimana pelbagai ragam dan sikap berhimpoun dan berkembang.
      Unsur-unsur negatif lebih pantas berkembang dan membiak disebabkan naluri ingin tahu dan ingin mencipta sesuatu itu menguasai minda jiwa remaja kita tanpa memikirkan kesan atau risikonya.

      Remaja itu ingin dilihat gah dan hebat dikacamata golongan yang seangkatan dengannya.Kita tidak boleh menyalahkan mereka andai mereka bersikap positif dan profit.tapi jiwa remaja adalah jiwa yang penuh dengan gelora,aktif dan pasif.

      Kita rasa bersyukur kerana remaja kita masih ingat akan rumah walaupun usia mereka lebih 18 tahun,bukan seperti dinegara-negara maju seperti Amerika.

      BalasPadam
    6. MASIH JUA INDA FAHAM SI SAGAI DANGABUT ITU. TETAPI DALAM KES INI, APA PERLU MENCARI PUNCA MASALAH INI. SEMEMANGNYA PUNCA MASALAH SOSIAL ITU BERPUNCA DARI PERASAAN INGIN TAHU DAN MENCUBA.

      Tetapi dalam kes yang telah terjadi ini, dan sebelum KES ini dilaporkan, sudah bamyak berlaku kes yang lain2. TETAPI mengapa para pendidik di SMKAL itu menyembunyikannya? INI yang jadi PERSOALAAN-NYA.

      ERTINYA si sagaidangabut cuba menyalahkan pihak ibubapa. (SIDANGABUT ADA 5 anak.3 perempuan dan 2 ANAK LAKI2(abang dan adik). RINGKAS CERITA.Adik nya jatuh masuk parit, lalu kita abangmya melihat saja tanpa menolongnya untuk naik keatas semula. datang sidangabut marah-marah dengan anaknya (siabang ini). "kenapa kau biarkan adik mu itu dalam parit.Tolong lah adikmu atu naik keatas. nanti kalau kau biarkan lama dalam parit tu takut nanti mati lemas..". PASTI terus begitu si sagaidangabut bersuara. Tapi dia tak akan bertanya. apa punca adikmu ini jatuh? mengapa tak bertanya kepada adik2 yang lain atau ibunya(si isteri), apa punca adik jatuh parit.)

      Tak payah nak liuklintuk bahasa berbunga-bunga, kalau sebenarnya INDA faham BAHASA!

      BalasPadam
    7. salam..
      sebagai bakal pendidikan.. permasalahan ini menjadi satu tanda tanya buat saya mengenai persekitaran dalam sekolah yang sebenar.. saya merasa timbul masalah dan ketidak sefahaman dikalangan warga sekolah.. saya tidak memihak kepada mana2 pihak, kerana saya tidak terlibat secara langsung dalam konflik di sekolah tersebut.. saya tidak mengetahui secara detail mengenai permasalahan ini.. amat kurang bijak bagi saya untuk menilai secara detail dan menghentam mana2 pihak..

      tetapi berdasarkan luahan dan tulisan sahabat pena di atas..kita boleh lihat punca serba sedikit perkara ini.. bagi saya amat kurang wajar kalau perkara ini di rahsiakan (kalau betul pihak sekolah merahsiakan) kerana ia melibatkan keselamatan warga sekolah tersebut, jgn kerana terdapat individu yang mungkin punya masalah peribadi kita memberi peluang kepada mereka, bagi masalah sebegini nama sekolah adalah NO2 dan perlu diutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar.dan amat memalukan kerana terdapat mangsa dari kalangan pelajar yang tidak terbela tanpa tindakan.

      kemudian kalau betul ia dirahsiakan saya ingin mengetahui KNP perkara ini perlu dirahsiakan ATAU mungkin pihak sekolah tidak mengetahui masalh tersebut kerana kemungkinan mangsa masalah ini terus melapor kepada ibubapa dan pihak polis. ini bagi mengelak menjadi mangsa seterusnya jika terus diketahui pihak sekolah.

      tetapi kalau pihak sekolah memang mengetahui perkara tersebut dari awal, kemungkinan ada sebab dan munasabah perkara ini dirahsiakan, mungkin bagi menilai kenapa masalah ini berlaku, adakah seratus pertus kesalahan pelajar yang membuli atau ada kesalahan mangsa sendiri..

      tetapi mengikut fikiran rasional saya, jika berlaku permasalahan ini pihak sekolah perlu menjalankan tindakan dengan segera.. jangan merahsiakan perkara ini.. masalah ini perlu diambil berat kerana bukan melibatkan satu pihak sahaja kita perlu lihat IBUBAPA, MANGSA BULI, PEMBULI, DAN PELAJAR SEKOLAH YANG LAIN..

      perkara yang berlaku ini kita perlu bincang kan jalan penyelesaiannya dan bukan saling menuding mana2 pihak.. kita juga perlu ambil iktibar dan jgn ulang perkara yang sama.. kerana KES BULI ini tidak pernah hilang dari pendengaran kita dari zmn sekolah hingga kita punya kerjaya yang tetap..

      bagi yang terlibat dalam masalah ini, kita perlu menerima kesalahan sendiri dan cuba perbaiki untuk kemaslahatan warga sekolah seterusnya.. amat wajar kiranya perlu dijalankan perubahan dari segi disiplin dan pengurusan di sekolah, kerana setiap permasalahn menunjukkan ada kekurangan di sekolah itu sebenarnya..

      masalah pelajar di rumah adalah rahsia peribadi mereka sebagai guru kita perlu cari penyelesaiannya, kdg2 penyelesaian yang kita pilih sebenarnya menjadi punca masalah tersebut semakin berleluasa dan berpanjangan.

      kerjasama dari semua pihak dalam sekolah amat penting, persefahaman warga sekolah dan saling mementingkan kemaslahatan bersama perlu dititik beratkan.. bukan hanya memilih jalan selamat..

      salam maaf kiranya luahan fikiran saya ada kekurangan dan alhamdulillah kita diberi ruang untuk berkongsi rasa dan anugerah cara berfikir yang pelbagai..

      BalasPadam
    8. Huh...........................

      kalau kita terlalub taksub benda yang memudaratkan akan dianggap selari dengan dasar dan prinsip kehidupan kita.
      kalau kita terlalu fanatik,kekadang kita lupa diri dan asal usul kita,kita melupakan budaya,tanggongjawap terhadap alam ini,sesama insan itu dan kekadang 'terlupa' tujuan agama itu diturunkan Tuhan.

      serba salah kita jadinya,diluah mati emak ditelan mati bapak.
      kita akan kehilangan sesuatu sekiranya kehidupan yang dihadapi tanpa disiplin atau undang2.menuntut ilmu juga memerlukan disiplin.

      kita teramat bangga dan gembira andai anak kita terpilih untuk kesekolah berasrama penuh untuk melanjutkan pelajaran atau kesekolah-sekolah yang mempunyai prestasi yang baik dalam pencapaian akademiknya.pernahkah kita berfikir bahawa disiplin itu amat dipentingkan dalam alam persekolahan agar tuntutan ilmu itu selari dengan kejayaan akademiknya.

      pernah kita terfikir seketika mengapa anak kita dirotan oleh guru disiplin?haruskah laporan polis dibuat dengan kejadian ini sedangkan sekolah atau guru disiplin itu tugasannya mendisiplinkan pelajar?haruskah kita menyalahkan guru atau pihak sekolah andainya anak kita dibuang sekolah setelah amaran demi amaran telah diberikan supaya berkelakuan baik dan menjadi manusia sebenarnya.

      parahnya,anak kita sering berbohong dan menyalahkan pihak sekolah dan guru disiplin.sadisnya pihak sekolah juga sering dibohongi.

      Kita akur,zaman keremajaan anak kita ialah dimana saat kesusahan hati kita,saat keresahan jiwa kita dan saat 'bibiran'kita berpanjangan dan tak memilih waktu dan tempat.

      kita berphobia jadinya.

      BalasPadam
    9. Nurislami,

      Dunia memang kejam, oleh itu hadapilah dengan berhati-hati. Kes di atas bukan kes buli tetapi polis mengklasifasikan sebagai kes kriminal. Mujur yang melakukan masih juvenil. Definasi Buli tidak membabitkan pisikal tetapi setakat verbal.

      Apabila ditanya mengapa kriminal berlaku di dalam kawasan SMKAL? Banyak jawapan menjurus kearah kecuaian pihak sekolah.

      Apa puncanya, saya kurang yakin. Tetapi yang pasti SMKAL hanya mempunyai 550 murid berbanding SMK Limbang dan SMK Pitiambun masing-masing mempunyai 1,300 dan 1,200. SMKAL bersama SMK Sundar adalah sekolah menengah yang paling kecil di bahagian Limbang dari segi jumlah muridnya.

      Pelajar SMKAL mempunyai himpunan pelajar terbaik seluruh Limbang dan 'agaknya' begitu juga cikgunya. Dalam mereka menikmati segalanya terbaiklah, mereka pada masa ini jatuh ketahap yang terburuk.

      Apa rahsia Allah membuka pekung dan menjatuhkan mereka, kita tidak tahu. Yang pasti Allah tidak redha kepada perbuatan yang diragui setakat ini.

      Kalau ingin tahu siapa mereka dan apa terjadi di sekolah yang berstatus Agama ini, sila hubungi bekas pelajar...

      Salam Hormat

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Apa Kata Pihak SMK Agama Limbang? Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top