Terkini
  • Terkini

    Isnin, 8 Mac 2010

    Pontianak Menghisap Darah

    Memang saya tidak permah cinta untuk kembali ke Bandaraya Pontianak selepas lawatan muhibbah pada Mac 1983. Bukan kerana bandar itu kurang menarik tetapi saya sangat serik dengan karenah birokrasi dan mesyarakatnya yang oportunis.

    Semasa lawatan saya baru-baru ini keresahan saya benar-benar terjadi. Kami mengambil masa selama satu jam hanya untuk menyelesaikan kemasukan kenderaan peribadi di sempadan Tebedu (Sarawak) - (Entikong) Kalimantan. Kita selalu serik dengan karenah individu di imigresen Puni, Temburong tetapi karenah personaliti di Entikong lebih mendera. Saya tertanya-tanya mengapa bahagian polis trafik juga terlibat dalam hal kemasukan kenderaan sedangkan Department Pengangkutan Jalan sudah memasukkan data ke dalam komputer. Walaupun setelah semua syarat dipenuhi, kami masih tertunggu-tunggu mengapa dokumen kami belum dikembalikan. Rupa-rupanya menunggu duit korupsi. "Dua puloh Ringgit, Pak!" Minta duit ringgit pulak tu.

    Dua puloh tujoh tahun yang lalu, saya bersama rombongan pelajar dari Kuching melawat Universitas Tanjung Pura (UNTAN). Sebagai ketua, saya banyak berinteraksi malah diinterbiu oleh akhbar tempatan. Dalam interaksi yang baik dan manis mereka sebenarnya oportunis. Contohnya, orang yang ditugaskan membawa kami pergi ke bank untuk pertukaran wang juga mengambil kesempatan sama seperti pekedai-pekedai yang merasa rezeki mereka berlipatganda dengan kehadiran orang Malaysia.

    Pada sabtu lepas kami makan nasi campur di kedai makan bernama "Ayam Remaja Goreng" Dengan campuran sebanyak 3 jenis lauk-pauk kami dicaj sebanyak (bersamaan dengan) RM20 termasuk air minum biasa. Sebenarnya harga ini lebih mahal jika dibandingkan makan di hotel tempat kami menginap. "Mengapa begitu pak?" saya tanya orang Indon yang sekarang bekerja di Sarawak. 'Mereka tahu kamu orang Malaysia' Jawabnya ringkas. " Memang dah namanya Pontianak... hisap darah!!" sampuk kawan dari KL.

    Kita tahu perdagangan memang bertujuan untuk meraih keuntungan tetapi jika meletakan harga 100 peratus lebih tinggi daripada biasa bukan berdagang namanya tetapi menindas.

    Kami juga diberitahu agar berhati-hati memandu kerana disepanjang jalan memang padat dengan penduduk kampung. Jika orang Malaysia terlanggar seekor ayam atau anjing, pendudukan tempatan akan meminta bayar hingga seribu ringgit. Rakan kami pernah terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan kehilangan nyawa orang tempatan. Beliau bukan hanya membayar wang tebusan tetapi juga merengkok di dalam penjara selama 6 bulan. Waduuuh..--- perit dibuatnya pak!

    Pontianak adalah ibu negeri provinsi Kalimantan Barat dengan keluasam 107 km persegi. Bandaraya yang betul-betul terletak digarisan khatulistiwa, dibina pada 1772. Ianya terletak ditanah rendah muara sungai Kapuas, sungai yang terpanjang di Indonesian dan ke4 di dunia.

    Bandaraya Pontianak mempunyai populasi seramai 600 ribu jiwa dengan majoriti penduduknya ialah Melayu, dayak dan Cina. Kehadiran etnik Madura dan Jawa di kawasan ini adalah disebabkan oleh polisi transmigrasi oleh kerajaan pusat.


    Jambatan merentasi Sungai Kapuas

    Tugu Khatulistiwa

    Selamat Datang Ke Bandaraya Pontianak

    Poster di tepian jalan Siantan, Pontianak

    Panjual Pisang bertungkus lumus untuk menyara hidup

    Balik Kota pada Hari Ahad

    Kabnayakkan bumbung bangunan ditambah untuk industry Sarang Burong. Inilah akibatnya jika tiada undang-undang menyekat pembinaan sebarangan.

    Lihat pembinaan Sarang Burong di kampung


    Rujukan: Jalan Tayan Ponti-Sosok
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Pontianak Menghisap Darah Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top