Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 3 April 2010

    Filter Rokok diperbuat daripada darah Babi


    Bukan hanya merokok itu membawa maut tetapi penyelidik mengakui tisu darah babi digunakan untuk membuat filter (penyendat) rokok.

    Pada pengakuan yang memungkinkan mengakibatkan rasa bingung dan cepat terkejut kepada perokok, seorang penulis Belanda akan mengeluar sebuah buku yang mendakwa darah babi (khinzir) digunakan sebagai bahan membuat filter (penyendat) rokok.

    Buku berjudul Pig 05049 yang ditulis oleh Christien Meindertsam menyenaraikan 185 cara anggota-anggota babi boleh digunakan termasuk gula-gula, shampoo, roti, bird dan peluru. Mengikut buku ini, Hemoglobin (darah) babi digunakan untuk menapis racun atau kimiayang berbahaya yang berada pada rokok.

    The Indonesian Consumer Protection Foundation (YLKI) meahu pihak berkuasa menyelidiki dakwaan ini. “Kalau dakwaan ini benar National Food and Drug Monitoring Agency (BPOM), the Ministry of Health and the Indonesian Ulema Council’s Food and Drug Analysis Agency (LPPOM) wajib membuat penyelidikan sampel dengan kadar yang segera.,” rayu Tulus Abadi, Pengerusi YLKI, kepada Jakarta Globe.

    Mengikut Tulus pengeluar rokok memang mengunakan penyendat rokok dan tidak ada yang diproses secara local.

    Professor Simon Chapman dari The School of Public Health di University of Sydney berkata dalam Web university tersebut, “many devout Islamic and Jewish smokers and some vegetarians would be horrified to think they were putting a filter in their mouth which contained a pig product.”

    Klik untuk Rujuk :



    Pilihan ditangan anda. Nak babi atau tidak?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 KOMEN:

    1. huh............................................

      macamana pun kita war-warkan rokok atau sigup atu, silent killerkah atau noisy killerkah,orang kitani memang inda faham dan merati.

      lihat,berapa ramai lagi anak sekolah kitani yang pandai dan yang akan belajar basigup.
      munkan disalahkan penigup,inda jua patut dan munkan disalahkan tukang buat sigup pun inda jua patut.antara keduanya sering memerlukan.munkan ditutup kilang sigup atu,kerajaan akan hilang pendapatan dari sudut cukai dan penyigup akan beralih kepada dadah,syabu............tahai????

      dari sudut kesihatan basigup memang inda baik tapi dari sudut penjanaan ekonomi ia sesuatu yang mendatangkan kebaikkan dan keuntungan.tapi apa-apa pun yang diciptakan jelama atu memang ada pro dan kontranya.terpulang pada minda kita lagi untuk menilai.mun minda rosak,maka rosaklah seluruh sistem kehidupan kita,mun minda normal,kita adalah manusia terbaik yang diciptakan oleh Tuhan.

      Penyigup-penyigup jangan rasa khuatir dan takut kerana selepas ani jakim akan membuat serbuan kekilang rokok untuk pemeriksaan sijil halal.

      BalasPadam
    2. Salam,

      Sigup ani sebenarnya dibuat untuk menabun rangit(nyamuk) kalau kitani dalam utan atu. Atau kalau ketani mengabat lauk di siring-siring kayu bakau atu..asap sigup atu tah ganti 'ubat nyamuk'. Atau masa kitani lepak-lepak becerita di mana-mana pada malam hari. Iyatah ubat nya pakai membuang kalau parut rasa mual-mual lapas makan. 3 batang baru cukup tu.

      Dalam kes ani, kalau banar lah penapis sigup atu di buat dari khinzir, baik tah kitani beranti besigup. Hukum besigup atu makruh sudah jelas, tapi bila berita ani banar, maka jatuh lah HARAM hukumnya besigup atu. Sebab apa-apa yang berasal dari khinzir atu, kalau kitani gunakan masuk kedalam perutkah, atau singan idung nganya kah, ia tetap haram. Ertinya sudah jelas hukum nya tu. Lainlah kalau macam kulitnya atu kitani pakai, macam kasut dari kulit khinzir, hukumnya najis mugalazah. Basuh tiya sama tanah kuning 1 dan aing 6 kali.

      Tapi kalau banr ani terjadi, baik tah kitani beralih kepada yang lain. Atau kan besigup jua, kitani pakai tiya sigup daun apung.Nya kitani sebelah ke Limbang Lawas ani, SIGUP KIRAI.

      tepuk dada tanya IMAN

      BalasPadam
    3. Hisap rokok daun aje lah!!!!

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Filter Rokok diperbuat daripada darah Babi Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top