Terkini
  • Terkini

    Selasa, 20 April 2010

    Lot Rumah Punang Jaya Fasa ke 2

    Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang telah memperuntukkan 86 lot tanah untuk dibahagikan kepada penduduk jati Kampung Punang yang berkelayakan. Borang permohonan untuk fasa ke dua ini boleh didapati dari Penghulu Reduan Tahir dan KK Awangku Adenan Pengiran Tangah. Tarikh tutup untuk menghantar borang permohonan ditetapkan pada 12 Mei 2010.

    Dalam pembahagian lot fasa yang lepas, banyak kontraversi yang sehingga sekarang diungkit dan  meniti dari bibi ke bibir. Paling banyak diperkatakan adalah kepincangan pemimpin masyarakat mengendalikan pembahagian dengan cara yang tidak telus dan banyak fitnah yang ditabur kononnya ketua masyarakat pilihkasih, belot dan sebagainya. Disebabkan oleh kepincangan ini maka sebanyak-sedikit terpalit kredibiliti YB Datuk Amar dan kerajaan negeri.

    Pastinya, keadaan 'rumah siap tukul berbunyi' ini tidak akan berlaku jika cara dan mode pembahagian dilakukan secara adil dan telus. Jika benar tuduhan di atas berasas, maka secara peribadi saya syorkan agar ketua masyarakat tidak mengulangi kesilapan masa lalu.

    Untuk mengembalikan kredibiliti semua pihak, pihak berkuasa dinasihatkan membentuk jawatankuasa bagi tujuan menapis semua permohonan supaya tidak akan timbul salah faham dikalangan masyarakat. AJK penapisan disarankan diwakili oleh Penghulu, KK, pemimpin Ranting, wakil dari Jabatan Tanah dan seorang wakil masjid atau surau. Disebabkan oleh pengelaman lepas, masyarakat sudah hilang kepercayaan jika pihak yang akan meluluskan adalah orang lama yang sama.

    PERSOALAN YANG SERING DITANYA

    Soalan -soalan berikut sering diketengahkan oleh masyarakat kampung baik di Lagun ataupun semasa keramaian.

    Soalan 1:
    Siapa yang sepatutnya didahulukan dalam pembahagian lot rumah?
    Jawatankuasa khas sepatutnya mengariskan panduan-panduan yang bukan sahaja dilihat lebih adil tetapi lebih telus. Pemohon yang mempunyai kriteris-kriteria berikut seharusnya dikategorikan sebagai penerima utama:

    1. Individu-individu yang sudah berkeluarga dan telah membeli perkakas untuk membina rumah.
    2. Individu-individu yang sudah berkeluarga dan TERDESAK untuk menetap di rumah sendiri.
    3. Individu-individu yang sudah berkeluarga dan sudah berusaha mengumpul duit untuk memulakan pembinaan rumah dalam dalam 6 bulan hingga 3 tahun akan datang.

    Soalan 2
    Apa hak pemohon yang pasangannya bukan berasal dari kampung Punang?.
    Tidak ada masalah jika perkara ini berlaku kerana jika si suami berasal dari tempat lain maka nama geran harus diletak atas nama isteri (penduduk jati). Rasionalnya, jika berlaku pencaraian suami-isteri, sekurang-kurangnya si isteri tidak merempat di tempat sendiri.

    Soalan 4
    Macaman jika pemohon sedang berada di luar kawasan atau di luar negara?. 
    Semua anak jati Kampung Punang berhak memohon dan mendapatkan lot tetapi disebabkan oleh kekurangan peruntukan maka yang diutamakan adalah individu-individu yang sedang menetap di kampung. InsyaAllah, jika ada fasa seterusnya akan dipertimbangkan.

    Soalan 5
    Didapati ramai yang diberi lot pada fasa pertama telah menjual lot tersebut secara senyap. Apakah mereka masih layak untuk memohon? 
    Mereka tidak layak untuk mendapatkan lot kali kedua kerana dalam rekod kerajaan (Jabatan Tanah), nama mereka dlam geran tidak dipindah milik. (Untuk pengetahuan umum, penjualan lot yang dilakukan secara persendirian tanpa persetujuan Jabatan Tanah dikira tidak sah dan geran tanah akan dikeluarkan dengan nama yang asal.)


    Tarikh Tutup: 12 Mei 2010
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. salam,

      kita sudah ada ciri-ciri atau kriteria-kiriteria tertentu yang telah diutarakan untuk rujukan dan panduan dalam pemilihan lot-lot itu.kita amat mengharapkan agar panduan ini diikuti dengan sebaiknya supaya kita dapat mengurangkan sedikit pemasalahan itu.

      kita tidak boleh menghalang kronisma berlaku dalam pembahagian itu nanti sebab sistem itu telah diamalkan baik dalam pemerintahan negara yang mengamalkan demokrasi,komunisma,sekularisma.Mungkin pemerintahan secara islamisasi saja yang saya rasakan ada ketulusan dan tak mengamalkan kronisma ini..

      kita tidak boleh menyalahkan pemerintah sekira mereka mengamalkan kronisma sebab dalam sistem berkeluarga orang yang terdekat akan mendapat faedahnya dari prioriti yang dimiliki.

      saya cuma berharap pemimpin yang dilantik dalam pemilihan lot-lot itu tidak mengamalkan kronisma sebab minda orang-orang kita masih ditahap yang tidak boleh menerima definasi kronisma.

      BalasPadam
    2. Salam Sejahtera,,

      Memang benar, harus ada ketelusan dalam perkara seperti ini. Dan tidak akan berlaku 'kesilapan yang disengajakan' itu lagi. Ketua Kampung atau PENGHULU jangan lakukan kuasa VETO lagi dalam mempengaruhi individu dalam Jabatan Tanah & Survey, untuk memilih kroni-kroni nya.

      Memang 'kesalahan' yang disengajakan itu, dalam hal ini tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab. Di harap orang 'INI' tidak lagi dipertanggungjawabkan dalam memilih siapa yang layak.

      Bagi Orang2 yang dalam Jabatan Tanah & Survey itu, jalankan tanggungjawab dan tugas KAMU dengan jujur dan ikhlas.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Lot Rumah Punang Jaya Fasa ke 2 Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top