Terkini
  • Terkini

    Ahad, 4 April 2010

    Sistem Mencari Punca

    Mencari punca bertujuan memahami dan membuat pembetulan perkara yang berlaku dan akan berlaku dalam sesuatu operasi. Selain penyelesaian secara kos-efektif, ianya juga membantu dalam ‘lesson learned’ agar perkara tersebut tidak berterusan berlaku. Tidak kira samada perkara positif atau sebaliknya. Fenomena punca dalam sesuatu perkara adalah perkara berangkai – bukan ‘stand-alone’ atau parallel.

    Secara ringkasnya mencari punca mempunyai cara kearah mencari keputusan yang sistematik dan menghadirkan SEBAB yang efektif. Secara sistematiknya mencari punca berpandukan kepada ‘Peta Tulang Ikan’.

    Konsep ‘pemetaan cara Tulang Ikan’ adalah yang terbaik untuk mencari interaksi-sebab sesuatu perkara. Maksudnya mengapa kriminal berlaku dan macamana ianya bersangkut-paut? Selepas ini barulah mengarah tumpuan kepada penyelesaian. 

    Melainkan jika bertujuan akademik atau spesifik, mencari punca tanpa bertujuan untuk membuat penyelesaian yang praktikal adalah sia-sia. Begitu juga, ada pihak yang mencari punca bertujuan untuk menuding jari terhadap orang lain atau terhadap kerajaan.

    Penyelesaian praktikal bermaksud bersesuaian dengan keadaan dan berada di ‘dalam kawalan’ Tidak perlu mencari punca yang penyelesaiannya di luar kawalan kita.

    Kita ambil contoh tragedi yang berlaku di SMKAL baru-baru ini. Kita akur kepada dua ‘Pemetaan Tulang Ikan’, pertama mengenai murid yang brutal dan kedua pihak berkuasa sekolah (PBS) yang cuai.

    Murid Yang Brutal (MYB)

    Tiap-tiap sekolah di dunia ini mempunyai murid yang nakal lagi brutal, termasuk SMK Limbang dan SMK Trusan. Umun sudah mengetahui ada banyak punca yang menyebabkan seseorang itu ganas seperti TV, kawan-kawan dan suasana rumah yang tidak kondusif. Punca-punca seperti ini tidak perlu dicari dan dipersoal lagi kerana sudah banyak data penyelidikan. Lagipun untuk menyelesaikan punca seperti di atas sudah tidak releven lagi setelah murid itu sudah remaja dan berada di dalam pagar sekolah.

    Setelah MYB di dalam tanggungan pihak sekolah perlu kita mencari punca mengapa MYB terlalu licik dan boleh melakukan criminal di dalam kawasan sekolah? Mengapa MYB boleh menubuhkan kumpulan?


    Pihak Berkuasa Sekolah (PBS)

    PBS pula bukan sahaja mencari punca mengapa kriminal berlaku di dalam kawalan mereka tetapi harus bertanya mengapa PBS terutama sekali guru disiplin cuai. Persoalan-persoalan berikut mungkin relevan untuk PBS

    • Mengapa pergerakan MYB tidak terkawal dan tidak diperhatikan oleh PBS?
    • Mengapa PBS tidak mengenal pasti lebih awal terbetuknya kumpulan MYB
    • Mengapa boleh berlaku kriminal terancang (organised crime)dalam kawasan sekolah.
    • Siapa PBS yang bertanggung-jawab.
    • Mengapa tidak ada konsep antisipasi dalam diri PBS

    Tidak wajar mencari punca terlalu jauh hingga merungkai sejarah keluarga PBS atau guru disiplin itu sedangkan punca hakiki berada di hadapan mata. Jika punca sebesar gajah berada di depan mata, seseorang tidak perlu jauh mencari punca yang sekecil kuman. Masa terlalu pantas berlalu untuk masyarakat memandang jauh kebelakang jika hasilnya hanya sekadar melukut.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 KOMEN:

    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      BalasPadam
    2. salam 'anak' saysng,

      indalah aku kan mempertikai teguran si'anak' itu tapi sekurang-kurangnya si anak masih mempunyai minda yang masih normal dan fakta yang logikal sebelum mengkritik orang.

      setiap negara didunia menggunakan sistem yang pelbagai dalam mentadbir negaranya.komunisma,sekularisme,demokrasi yahudis dan islamisasi.tapi tujuannya sama iaitu ingin meraih kekuatan politik maupun ekonominya.

      kita dimalaysia juga mempunyai pendekatan yang berbeza dari individu itu dalam menghadapi kehidupannya tapi tujuannya sama iaitu untuk meraih kebahagian.

      dalam penulisan juga mempunyai stail dan pendekatan yang berbeza,hamka,a samad said,rustam a sani,subky latif dan banyak lagi tapi tujuan mereka sama iaitu memberi maklumat dan ilmu kepada pembaca.ada gaya literasi,politis dan bermacam.

      syor kepada anak,baca saja jangan menghina.kalau tak setuju,tinggalkan,jika tidak ia akan menjadi bebanan dan akan merosak minda.

      kehebatan milik tuhan dan kerosakkan dimuka bumi ini adalah dari tangan manusia itu sendiri.

      BalasPadam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Sistem Mencari Punca Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top