Terkini
  • Terkini

    Ahad, 11 April 2010

    Virus Kencing Tikus

    Mulai semalam kita dikhabarkan denqan berita duka. Saat ini selebriti DJ Din Beramboi telahpun meninggal dunia angkara virus kencing tikus. Kita tidak tahu dari mana beliau mendapat viirus tersebut tetapi cerita seumpama ini bukan baru. Sudah banyak kes kematian terutama dikalangan kaum Cina.

    Secara kebetulan saya mempunyai rakan Tionghua yang anak saudaranya meninggal kerana virus ini. Lelaki remaja ini seorang yang pintar dan amat aktif dalam sukan. Keluarga kaya ini yang tinggal dalam perumahan 'gated community' merasa sangat kehilangan dan bagai tidak percaya dengan apa yang menimpa mereka. K.eluarga ini sangat cerewet tentang pemakanan dan tidak menyentuh minuman keras dan 'soft drinks'.

    Lalu mereka mencari dan cuba mendalami punca secara sendiri dan hasilnya amat memeranjatkan. Anak malang keluarga ini sangat suka minum air tebu! Selepas bersukan, air tebu satu kemestian. Itu laporan rakan-­rakannya dan sipenjual tebu itu sendiri.

    Apa kaitan air tebu dengan kencing tikus?

    Begini. Tebu datang dari luar bandar. Dibawa ke bandar berlori-lori . Sampai di pusat pemunggahan selalunya disandarkan dimerata tempat, disandarkan di tepi longkang, di tempat yang agak lembab, belakang kedai dan lain-lain. Tebu-­tebu ini tidak habis sekelip mata. Kadanq--kadang berbulan disitu. Selepas dua tiga hari, akar baru mula tumbuh dan di tempat-tempat seperti ini sang tikus memang bermaharaja lela. Bayangkan kadang-kadang sang tikus irn lebih besar dari kucingl
    .
    Kesimpulannya, sang tikus memang suka tebu. Manis. Bila sang tikus dah dapat makan tebu, di situlah juga ia melepaskan air kencingnya dan akar-akar tebu tadi menyerap sebagai 'survival' dan bila tebu tadi diproses jadi air minuman, manusia secara terus juga berkemungkinan mengitar semula virus air kencing tikus-tikus tadi. Betul atau tidak, wallahuallam.

    Apa pun cuba kta fikir logik dan `simple science of life cyde'. Suratan atau kebetulan?

    Azrin B Awang (CSD_IPC/PETH)

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Virus Kencing Tikus Rating: 5 Reviewed By: hariz
    Scroll to Top